Mulai 1 Julai 2025, struktur tarif elektrik di Malaysia berubah dengan kenaikan tarif asas 14.2% serta pengenalan skim “Time of Use”. Kenaikan ini bukan sekadar angka dalam bil TNB ia memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian ibu bapa, terutama yang menguruskan rumah tangga dengan bajet yang ketat.
Tapi di sebalik cabaran, ini juga peluang emas untuk ibu bapa mendidik anak-anak tentang nilai tenaga, tanggungjawab, dan disiplin kewangan dalam kehidupan seharian.
👨👩👧👦 Kesan Terhadap Keluarga & Rumah Tangga:
Bil Elektrik Melambung: Penggunaan pendingin hawa, pemanas air dan alat elektronik secara berterusan akan menyebabkan bil meningkat cabaran buat keluarga besar.
Tekanan Kewangan Isi Rumah: Terutama bagi ibu bapa yang bekerja sendiri atau bergaji tetap, perubahan ini boleh menjejaskan bajet bulanan.
Perubahan Gaya Hidup: Keluarga perlu menyesuaikan masa guna elektrik contohnya elakkan guna mesin basuh waktu puncak.
📚 Pendidikan Awal Tentang Penjimatan
Ads
Tarif baharu ini boleh dijadikan alat pendidikan dalam rumah tangga:
✅ Ajar Anak Tentang “Waktu Puncak”
Gunakan carta masa untuk bantu anak faham waktu guna tenaga murah vs mahal. Contohnya:
Ads
Guna mesin basuh lepas jam 10 malam (luar waktu puncak)
Cabut plug permainan elektronik selepas digunakan
✅ Projek “Penjimat Tenaga” Keluarga
Buat aktiviti menyeronokkan seperti:
Cabaran Seminggu Tanpa Pendingin Hawa
Siapa paling banyak tutup suis bila keluar bilik?
Sticker reward chart untuk anak kecil yang rajin matikan TV atau lampu.
Ibu bapa boleh ajar anak tentang nilai wang dan bagaimana setiap sen digunakan dengan bijak. Bila anak nampak ibu ayah pantau bil elektrik, mereka juga belajar mengurus sumber dengan lebih bertanggungjawab.
Tarif elektrik yang meningkat bukan sekadar beban ia juga peluang membentuk generasi anak yang lebih cakna tenaga, bijak berbelanja, dan menghargai sumber. Kalau pendidikan bermula dari rumah, anak-anak kita akan lebih bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan stok topeng muka dan pencuci tangan susah nak dapat di pasaran ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk penjagaan kebersihan diri.
Ramai yang risau apa harus dilakukan jika ada gejala batuk dan selesema dan terpaksa keluar atas urusan tertentu tapi sukar untuk melindunginya.
Berikut perkongsian Dr Anisah Ali yang memberi alternatif dalam keadaan sekarang ini yang sentiasa memerlukan penjagaan lebih terutama aspek kebersihan.
Face Mask tengah out of stock everywhere! Kakitangan hospital dan klinik pun bercatu menggunakan face mask sekarang ni.
Salah satu teknik PREVENTION yang sangat ditekankan pihak kementerian kesihatan adalah untuk kita COVER MULUT & HIDUNG dengan MENGGUNAKAN FACE MASK jika ada gejala-gejala batuk & selesema!
Ni penting ya supaya kita tak menyebarkan jangkitan ke persekitaran.
Sekiranya TAK ADA MASK dan ada gejala-gejala batuk/selesema, ini yang patut anda lakukan.
1) Pegang Tissue atau Napkin atau Handkerchief.
Cover mulut dan hidung dengan tissue/napkin/handkerchief ketika bersin/batuk.
Dah selesai bersin/batuk pada tissue tu, terus buang ke dalam tongsampah ya! Jangan perap-perap dalam tangan atau dalam handbag atau dibiar atas meja. Jangan!
2) Jangan Tutup mulut dengan tapak tangan ketika batuk/bersin. Tapi, tutuplah dengan pelipat siku!
Ini akan lebih mengurangkan penyebaran jangkitan melalui tapak tangan.
(Ada ke orang pegang tombol pintu dengan siku?)
3) Kerapkan membasuh tangan dengan air dan sabun atau dengan Hand Sanitizer.
Setiap kali selepas bersin/batuk. Atau sekerapnya.
4) Kurangkan movement anda selagimana anda masih bergejala. Stay at home and rest saja.
Ambil ubatan yang perlu (seperti yang disarankan doktor ; Paracetamol, Anti-histamine, Antibiotic jika perlu), makan makanan yang baik untuk kesihatan, ambil vitamin yang selamat dan yang membantu menambah baik kesihatan.
Dan yang penting juga,
AJARKAN ANAK ANAK KITA LANGKAH LANGKAH PENCEGAHAN YANG BETUL!
They need to know how things are done. Because they can do it too. Correctly.
These are simple steps. But if done correctly, we can help calm the current storm!
Stay safe. Practice good hygiene. Dont be selfish! Take Care, All!
Kebanyakan ibu bapa pasti pernah berkongsikan gambar anak di media sosial, betul tak? Tetapi tahukah anda kesan penggunaan media sosial itu boleh mengundang bahaya tidak terjangkau dek fikiran?
Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak
Sebagai ibu bapa, pasti anda akan terfikir, “Tiada salahnya untuk berkongsikan gambar si manja di media sosial”. Tetapi adakah apa yang anda fikirkan itu tepat dan betul?
Atau mungkin gambar yang ingin dikongsikan itu tidak sesuai dan seharusnya tidak dijadikan tatapan umum?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menerima kesan penggunaan media sosial akibat berkongsikan gambar anak di Facebook, Instagram atau TikTok.
Boleh tarik perhatian pelbagai individu
Kanak-kanak merupakan antara individu mudah mendapat perhatian di media sosial. Dengan berkongsikan gambar comel si manja adalah cara yang boleh anda lakukan jika ingin menjadi tumpuan.
Tetapi seperkara penting yang sering dilupakan, anda mungkin meraih perhatian daripada pihak tidak sepatutnya seperti golongan pedofilia.
Menyiarkan terlalu banyak gambar anak ketika mereka dalam proses tumbesaran boleh menjadikannya sasaran untuk pemangsa.
Risikonya semakin bertambah jika anda secara tidak sengaja telah berkongsikan maklumat peribadi di atas talian.
Anak memerlukan privasi
Si kecil di bawah usia 5 tahun mungkin tidak kisah dengan apa yang anda kongsikan atas talian. Walau bagaimanapun, situasi itu pastinya akan berubah apabila anak semakin dewasa dan mula mengembangkan identiti mereka sendiri.
Keadaan boleh menjadi buruk apabila anak menyedari banyak perihal kehidupan awal mereka dikongsikan tanpa persetujuan.
Ibu bapa harus berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial. Sebagai contoh, anda mungkin berasa comel untuk berkongsikan foto anak ketika mandi di Facebook tetapi apabila mereka meningkat dewasa, anak mungkin berasa malu mengenainya.
Anda juga harus mengelakkan daripada menggunakan anak untuk membuat kenyataan berkaitan politik, sosial atau keagamaan.
Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak, boleh wujudkan tekanan
Sekiranya anak diperkenalkan dengan kewujudan internet sedari kecil, ia boleh memberikan kesan buruk pada usia remaja mereka.
Umumnya apabila anak semakin meningkat usia awal remaja, mereka lebih peka terhadap imej diri. Jadi anak mungkin berasa malu dengan gambar yang dikongsikan anda semasa mereka masih kecil.
Situasi tersebut boleh menjejaskan cara mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya. Malah membesar dengan mendapat perhatian di media sosial juga boleh menyebabkan anak mengalami tekanan untuk terus mengekalkannya.
Menjadi individu yang gemar mencari perhatian atau attention seeker adalah tabiat yang tidak sihat yang telah banyak menghancurkan kehidupan kanak-kanak dan juga belia.
Menjual data anak semasa ‘berkongsi’
Faktor lain yang perlu anda ambil kira adalah mengenai jumlah maklumat dikongsikan atas talian.
Apabila berkongsikan video dan gambar anak berkaitan tumbesaran mereka di internet, secara tidak langsung anda ‘menjual’ informasi kepada syarikat atas talian.
Syarikat ini mengumpul data dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudian menjualnya kepada pengiklan.
Pihak pengiklan inilah yang akan menggunakan maklumat untuk menyasarkan anda dengan iklan tertentu yang cenderung menyebabkan pembelian sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Contoh teladan kepada anak
Anda pastinya pernah atau akan mengingatkan anak tentang kesan penggunaan media sosial dan risikonya, selain mengajar mereka tentang keselamatan atas talian.
Namun, dalam masa sama anda sendiri mengabaikan nasihat tersebut dengan berkongsikan gambar anak-anak.
Apabila anak membesar dan kerap melihat perkongsian foto diri mereka di media sosial, secara tidak langsung akan menganggap ia adalah kebiasaan.
Ini bermakna anda sendiri telah mengajar anak untuk tiada privasi dan kawalan terhadap foto mereka.
Elak kesan penggunaan media sosial dengan 5 soalan ini
Anda mahu ‘berkongsikan’ anak dengan dunia. Namun malangnya anda harus sedar bahawa kehidupan anak yang sedang dipertaruhkan.
Sekiranya ingin berkongsikan foto anak dengan keluarga dan rakan, pastikan anda memahami tetapan privasi di media sosial terlebih dahulu.
Anda harus sedar bahawa setiap perkongsian gambar atau text di Facebook akan dikumpulkan data. Jadi, sebaiknya pilihlah medium yang tidak mempunyai akses kepada kandungan mesej anda.
Sebelum menggunakan media sosial untuk berkongsikan sebarang gambar anak, tanyakan 5 soalan ini kepada diri sendiri:
Perkara sama juga perlu anda fikirkan semasa mengambil gambar berkumpulan yang melibatkan kanak-kanak lain. Fikirkan sebelum berkongsi atau anda akan menyesal di kemudian hari!
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Benarlah kata peribahasa ‘Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Nak mendidik anak-anak membesar menjadi insan dan anak yang soleh dan solehah harus bermula dari mereka kecil lagi. Dan semestinya jika inginkan anak-anak membesar dengan baik, asas agama perlu kuat dan dititik beratkan sejak dari kecil lagi.
Dengan didikan agama yang baik, insyaAllah si kecil akan membesar menjadi insan yang soleh dan solehah kelak. Pasangan selebriti Ozlynn Waty dan Johan Raja Lawak antara pasangan yang boleh dijadikan contoh dalam mendidik anak-anak mereka.
Sering kali memuat naik aktiviti bersama keluarga, keletah anak-anak pasangan ini memang sering mencuit hati. Kalau dahulu Chantiq sering menjadi perhatian, kini tiba pula giliran Moleiq Hanania dengan keletah yang cukup comel.
Mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidup bersama, walaupun hidup dalam dunia serba moden dan glamor, keluarga ini tidak hanya mementingkan dunia semata-mata. Akhirat turut dijaga.
Sesekali Ozlynn rajin memuat naik aktiviti mereka sekeluarga seperti solat berjemaah bersama, anak-anak ke Masjid untuk Subuh berjemaah dan sebagainya. Pastinya ia bukanlah untuk menunjuk-nunjuk namun hanya sekadar perkongsian dan simpanan buat memori mereka sekeluarga.
Dalam posting terbaru di Instagram Jozlynnhanania, Ozlynn bercerita tentang si kecilnya Moleiq yang dan semakin bijak. Menurut Ozlynn Moleiq selalu panggil abang-abang dan kakaknya solat. Comel sangat.
Dalam posting itu juga, Ozlynn teringatkan insiden anak buahnya yang baru berusia 5 tahun terbuang air besar ketika solat berjemaah. Ozlynn sebenarnya dah rindu dengan semua anak-anak buahnya dan berharap keadaan akan pulih seperti biasa kembali.
Baby Moleiq
Bila dah besar.. makin bijak.. dia garang sebijik ikut mama.. plus dia punya tanggungjwp tu masyaAllah.. kadang dia yg panggil abg2 n kakak dia solat.. walaupon dia hanya smp rakaat ke 2 jek pastu dia baring n senyum2 kat dpn muka kita.. 🙄 bertabah byk kdg.. sb comel sgt!! Dgn bambam buat muka cute n pastu buat2 tanya kita.. mama olat?? (Solat) idung ko pon kdg kembang kuncop🤣🤣 aduhaiii ada x mak2, bapak2, akak2, atau abg yg terkono mcm nih.. aku aritu kena dgn anak buah aku siak… tetibe bau naik pastu dia siap toleh jeling kite.. hmmm tau2 taik dh jejeh kat sblh.. rupanya masa papa jo ajak solat.. dia dh rasa nak berak.. tp takot nak bgtau bila papa jo sound sume.. “cpt ambik wuduk.. “ dlm tonasi yg agak tegas.. 🤣🤣🤣 member baru 5 tahun bhai.. trus masok saf.. rakaat kedua dh semua dia jamu bau🤣🤣🤣🤣.. aduhai comel n rindu kat sume anak2 buah aku.. harap semua keadaan ni pulih seperti biasa.. ❤️ salam maghrib dari #familyhanania
Bukan je Ozlynn yang rindukan ahli keluarga yang lain. rasanya semu orang rindu nak berkumpul dengan sanak saudara macam dulu lagi. Jadi sama-samalah kita bantu kerajaan untuk bendung penularan Covid-19 ni dengan duduk di rumah. Selain itu doa jangan lupa agar Allah sentiasa melindungi kita semua dari Virus yang merbahaya dan doakan semua ini akan berakhir tak lama lagi. Aaminnn.