
Mulai 1 Julai 2025, struktur tarif elektrik di Malaysia berubah dengan kenaikan tarif asas 14.2% serta pengenalan skim “Time of Use”. Kenaikan ini bukan sekadar angka dalam bil TNB ia memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian ibu bapa, terutama yang menguruskan rumah tangga dengan bajet yang ketat.
Tapi di sebalik cabaran, ini juga peluang emas untuk ibu bapa mendidik anak-anak tentang nilai tenaga, tanggungjawab, dan disiplin kewangan dalam kehidupan seharian.
Bil Elektrik Melambung: Penggunaan pendingin hawa, pemanas air dan alat elektronik secara berterusan akan menyebabkan bil meningkat cabaran buat keluarga besar.
Tekanan Kewangan Isi Rumah: Terutama bagi ibu bapa yang bekerja sendiri atau bergaji tetap, perubahan ini boleh menjejaskan bajet bulanan.
Perubahan Gaya Hidup: Keluarga perlu menyesuaikan masa guna elektrik contohnya elakkan guna mesin basuh waktu puncak.
Tarif baharu ini boleh dijadikan alat pendidikan dalam rumah tangga:
Gunakan carta masa untuk bantu anak faham waktu guna tenaga murah vs mahal. Contohnya:
Guna mesin basuh lepas jam 10 malam (luar waktu puncak)
Cabut plug permainan elektronik selepas digunakan
Buat aktiviti menyeronokkan seperti:
Cabaran Seminggu Tanpa Pendingin Hawa
Siapa paling banyak tutup suis bila keluar bilik?
Sticker reward chart
untuk anak kecil yang rajin matikan TV atau lampu.Baca buku fizikal waktu malam (gantikan gajet)
Mandi air sejuk pada waktu siang
Kongsi kipas dalam satu bilik waktu tidur
Ibu bapa boleh ajar anak tentang nilai wang dan bagaimana setiap sen digunakan dengan bijak. Bila anak nampak ibu ayah pantau bil elektrik, mereka juga belajar mengurus sumber dengan lebih bertanggungjawab
.Tarif elektrik yang meningkat bukan sekadar beban ia juga peluang membentuk generasi anak yang lebih cakna tenaga, bijak berbelanja, dan menghargai sumber. Kalau pendidikan bermula dari rumah, anak-anak kita akan lebih bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.