Trimester ketiga bagi kebanyakan ibu adalah yang paling mencabar selain dari trimester pertama. Yakinlah, ia adalah latihan untuk ibu tidak terkejut apabila bayi lahir nanti.
Trimester ketiga memang selalunya penuh dengan ketidakselesaan & kesakitan. Secara fizikalnya ia membesar pada tahap optimum sebelum dilahirkan. Namun hikmahnya ibu akan lebih bersedia.
Penyanyi Tasha Manshahar kini berada di trimester ketiga melalui pengalaman yang sukar di trimester ketiga. Perkongsiannya di Instagram cukup positif, boleh menyuntik semangat kepada ibu-ibu lain yang turut melalui trimester yang mencabar ini.
TRIMESTER KE-3 MENCABAR I’m now somewhere in my 3rd trimester. How time flies. Setiap bulan, lain-lain experience. And syukur, my first and second trimester were not so bad. Penat, mual, muntah sikit-sikit tu normal. But Alhamdulillah Alhamdulillah nothing serious. Allah mudahkan. _ But honestly, 3rd trimester is something different. Taktahu nak describe. It is tough I must admit, but I enjoy every bit of it. Penat, tapi seronok, tapi tak larat, tapi best. Faham tak? ?
Ads
TULANG PINGGANG RASA REMUK, BENGKOK Susah tu bukan susah apa tau. Macam mana nak cite eh. Okay, macamni. Tulang pinggang rasa macam remuk bengkok especially belah kanan, my lower body selalu rasa ngilu, selalu rasa cramp bahagian pangkal peha. Tak boleh salah gerak sikit especially time tidur. Sometimes kaki rasa kebas walaupun tak buat apa-apa. Time tak bergerak pun kadang urat semua macam nyut nyut nyut ?
SAKIT BAWAH PERUT
Pastu, beratnya badan ni ya Rabbi! Bahagian bawah perut sakit especially masa berjalan. Setiap kali bangun dari baring yang lama (contohnya time bangun tidur), semua bahagian sakit secara serentak!
Ads
MENGAH & TIDUR TAK NYENYAK
Perut rasa sakit, tp bukan nk buang air, sebu pun bukan, lapar pun bukan. Entah taktahu nak describe rasa tu. Mengah most of the time walaupun time baring. Maybe sebab baby dah besar. Tidur pun dah tak nyenyak. Allah mungkin nak bagi latihan supaya kita tak terkejut masa jaga baby nanti. Baiknya Allah! Patutlah ibu ni Allah letak dekat tempat paling special. Thank you and congratulations to my mommy and all mothers out there yang dah lebih awal berjaya dalam “perjuangan”. ♥️
Ads
MEMENATKAN TAPI SERONOK Tapi kan, rasa syukur sangat untuk experience ni. Memenatkan tapi seronok. I’m enjoying the pain la kiranya ? walaupun kdg rasa nak cepat-cepat je bersalin sebab dia punya tak larat tu lain mcm! Haha tapi I always make du’a that Allah izin I bersalin dengan selamat, baby pun dalam keadaan yg sihat walafiat, pada waktu dan keadaan yang terbaik. Doakan ya?
Untuk semua yang teringin nak ada baby, my du’a is with all of you. Semoga kalian juga dapat merasa nikmat mengandung secepatnya, dan semoga kita sama-sama berpeluang untuk merasa nikmat melahirkan zuriat yang soleh/solehah. Amin ?
Memang tidak dinafikan isu saiz perut selalu jadi idea perbualan kebanyakan orang dengan ibu hamil. Nak tak nak, ibu hamil perlu hadapi juga. Ummi Nazeera utarakannya di Instagram.
Ummi yang kini sedang hamil 8 bulan baru mengutarakan perkara tersebut di posting Instagramnya.
That face ? you make when people say.. ” eh u dah 8 bulan lebih .. kecil eh perut .Ataupun .. eh you dah 8 bulan lebih besar eh perut you “. Maka ibu mengandung pun.. balik rumah… tanya suami … “betul ke apa org tu cakap . Risau pula”. Haaaaa .. Ada sesiapa pernah mengalami ? Apa perasaan you? Hehehe.
Posting aktres yang baru menyambut hari lahir ke 28 ini mendapat pelbagai reaksi daripadapara peminatnya. Rata-rata mengatakan perkara tersebut sebagai lumrah yang akan dihadapi ibu hamil dan perlu bersabar melaluinya. Asalkan hasil pemeriksaan doktor mengatakan semua dalam keadaan baik, ibu hamil tidak perlu risau.
Arif Jiwa, begitu gembira & teruja menerma berita kehamilan ibunya, Tya Ariffin. Gelagat instafamous cilik ini tatkala menerima berita kehamilan ibunya itu menarik perhatian netizen.
Ariff dalam video tersebut telah menerima alat penguji kehamilan daripada Tya dan kemudian menyerahkan kepada ayahnya, Asyraf. Kejutan dari Tya membuatkan Asyraf terkejut dan Arif juga gembira dan ketawa.
Berita kehamilan ini dikongsikan oleh Asyraf Khalid & Tya Ariffin di media Instagram. Katanya, ia adalah berita yang menggembirakan buat mereka sekeluarga.
Manakala Tya pula mengesahkan berita kehamilannya kini berusia 17 minggu. Aktres kecil molek ini juga memohon doa dari semua agar bayi dalam kandungannya sihat.
Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah gelagat Arif dalam video terbabit yang kelihatan sangat gembira. Tidak kurang juga ucapan tahniah daripada para follower.
DATUK SRI SITI NURHALIZA JUGA TURUT MENGUCAPKAN TAHNIAH
Sel stem memang seelok-eloknya disimpan untuk kegunaan anak dan adik-beradiknya. Keajaiban sel stem mempunyai banyak manfaatnya. Nak tahu lebih lanjut, boleh ikuti rancangan TV Pa&MA yang mengetengahkan tajuk Kepentingan Stem Cell pada 11Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135). Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Tabiat membaca buku oleh ibu mengandung
Ibu hamil sering dihujani maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan tentang bagaimana menjadi ibu bapa terbaik, walaupun sebelum melahirkan anak.
Berbicara mengenai soal mendidik anak-anak, kajian menunjukkan pendidikan anak bermula beberapa bulan sebelum mereka dilahirkan ke dunia dan bertahun-tahun sebelum bersekolah.
Pun begitu, antara topik perbahasan terbesar adalah sama ada tabiat membaca buku kepada bayi ketika mereka masih di dalam rahim benar-benar memberikan manfaat.
Bukan setakat itu, persoalan lain yang turut menjadi tanda tanya adalah mengenai keberkesanan membaca buku dengan kuat oleh ibu mengandung dapat menjadikan bayi lebih pintar.
Tabiat membaca buku & berbual bersama bayi dalam kandungan
Anda mungkin pernah terlihat sama ada di perpustakaan, pusat beli-belah, bahkan di jalanan, seorang ibu mengandung meletakkan tangan di perut sambil berbual dengan bayi dalam kandungannya.
Seolah-olah mereka sedang berbicara dengan kanak-kanak atau individu dewasa lain yang dapat memahami apa yang dituturkan.
Apa yang anda fikirkan ketika melihat perkara sedemikian?
Berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh seorang pakar psikologi mendapati, seorang bayi akan mula dapat menyerap bahasa seawal 10 minggu sebelum dilahirkan.
Kajian yang dijalankan
Analisis tersebut melibatkan kumpulan sampel 40 bayi yang baru dilahirkan; lelaki dan perempuan.
Hasil kajian menunjukkan bayi-bayi tersebut dapat membezakan antara bahasa ibunda ibu mereka dan bahasa asing dalam beberapa jam selepas dilahirkan.
Menurut kajian itu, bayi mula mengembangkan kemampuan untuk mendengar sekitar minggu ke-30 kehamilan. Ini bermakna mereka bukan sekadar mendengar suara tetapi lebih daripada itu.
Ini bermakna tabiat membaca buku dan bercakap dengan bayi dalam kandungan mungkin memberikan beberapa kelebihan.
Jadi, ibu mengandung sekalian, usah terkejut andai si manja memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan luar, terutamanya jika terdapat bunyi yang kuat.
Sebaliknya, cuba untuk menenangkan mereka dengan cara bertutur secara lembut. Jangan lupa untuk memberikan usapan juga, okay?
Masa memulakan tabiat membaca buku
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk si manja mereka, salah satunya pasti supaya anak jadi bijak, kan?
Jadi bila masa yang sesuai untuk mula membaca buku bersama bayi dalam kandungan?
Membaca tidak memerlukan tempoh masa tertentu bagi memulakannya. Namun, jika anda mahu membaca buku untuk si manja, penting untuk anda mengetahui masa yang tepat.
Pada bulan-bulan awal, adalah untuk bayi membiasakan diri dengan keadaan di dalam rahim dan mengenali persekitarannya.
Apabila mereka mula membesar, si manja akan mula mendengar suara daripada luar. Ketika ini, bayi lebih mudah untuk mendengar setiap lagu atau ungkapan kata-kata yang anda ucapkan.
Oleh itu, apabila anda menghampiri minggu ke-23 kehamilan atau secara mudahnya fasa terakhir dalam trimester kedua, anak dalam kandungan akan memberikan tindak balas terhadap suara anda dan bunyi yang didengarnya.
Ini juga bermakna perkembangan kognitif bayi anda juga berkembang pesat.
Anda boleh menggunakan kelebihan ini dengan memperdengarkan muzik serta memulakan tabiat membaca buku yang bermanfaat untuknya.
Kelebihan membaca buku
Mesti anda ingin mengetahui kelebihan membaca buku kepada bayi yang masih berada dalam kandungan, kan?
Berikut disenaraikan 4 kelebihannya:
1. Perkembangan otak bayi
Menjelang trimester ketiga, telinga bayi sudah sedia untuk mendengar.
Secara amnya, bayi di dalam rahim mendengar apa yang berlaku di luar sekitar 10 desibel lebih rendah daripada yang anda ucapkan.
Pun begitu, irama, melodi, dan corak bahasa lain yang menjadi asas pertuturan sebenarnya dapat didengar dengan jelas.
Terdapat juga kajian mencadangkan bahawa pada trimester ketiga, bayi bukan sekadar mengikut corak bahasa, tetapi selepas lahir mereka dapat mengenali kata-kata yang didengar semasa dalam rahim.
Walaupun sejauh mana kemampuan bayi belajar semasa dalam rahim masih belum ditentukan, tetapi bacaan pranatal tetap merupakan cara yang baik untuk memulakan perkembangan otak yang sihat.
2. Mengurangkan tekanan
Luangkan masa untuk tempoh beberapa minit dalam sehari untuk membaca- ini adalah cara terbaik untuk berehat. Bahkan, ia juga sangat membantu ibu mengandung.
Aktiviti santai seperti tabiat membaca buku dengan kuat penting untuk kehamilan yang sihat. Cubalah!
3. Membina ikatan dengan bayi
Kajian menunjukkan bahawa bayi pada trimester ketiga tidak hanya mendengar tetapi juga mengenali suara ibu mereka.
Nada suara ibu bukan sekadar menenangkan tetapi menyebabkan degupan jantung janin menurun.
Di samping itu, ia dapat membantu menjalin hubungan yang berterusan antara ibu dan bayi setelah dilahirkan.
Selain ibu, ayah dan juga ahli keluarga lain boleh menjalinkan hubungan dengan bayi. Jadi bercakap dan berbuallah dengan kandungan, okay?
4. Membina tabiat yang baik
Membaca bersama adalah antara perkara terbaik boleh anda lakukan untuk membantu anak menjadi pembaca dan pelajar yang berjaya.
Mengapa tidak dimulakan sekarang? Jadikan tabiat membaca buku sebagai kebiasaan pada hari ini, agar ia menjadi sebahagian daripada diri kemudian nanti.
Bergembiralah!
Usah risau tentang bagaimana suara anda kedengaran, penggunaan perkataan yang tidak tepat atau terlangkau ayat.
Si manja tidak akan menghakimi anda.
Mulakan tabiat membaca sebagai aktiviti yang menjalinkan ikatan yang membahagiakan untuk anda dan si kecil.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki musim banjir, penoreh getah ambil upah jadi tukang cuci. Seorang penoreh getah di Besut, Terengganu menjadikan perkhidmatan mencuci rumah mangsa banjir sebagai sumber pendapatan sampingan.