Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi di laman intagramnya tentang kehamilan dan berkongsi keputusan MGTT, bacaan gula rendah dari normal dan terpaksa membuat ujian MGTT kembali untuk pastikan kadar bacaan yang sebenar.
Selepas mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018, suaminya, Raqib Majib mengumumkan Tasha hamil dan penyanyi nasyid itu juga memberitahu ia bagai mimpi apabila mendapat tahu dalam rahim isterinya kini mengandungi zuriat mereka.
Gambar hiasan. Zaman kepala masih berbentuk sedikit lonjong. #raqshajrjourney
Result Bacaan Gula Rendah
Ads
Tasha kena repeat MGTT sebab result bacaan gula kali pertama tu rendah dari normal. What is MGTT? Refer my previous post. Okay sambung. Gula rendah sgt pun tak boleh rupanya. Jadi doktor minta repeat untuk reconfirm the result. And alhamdulillah, hasil dapatan daripada MGTT yang kedua, bacaan gula i normal. Nurse kata kalau lebih daripada range bacaan normal iaitu 8, ada byk prosedur lain kena buat. Akan ada risiko lain pulak. Berdebar nak tunggu result tu. Jadi bila datang balik selepas dua jam, Alhamdulillah bacaan gula terkawal. HB pun alhamdulillah cantik doktor kata. Alhamdulillah
Jaga Makan, Makan-makanan Berkhasiat
Cuma, still Dr. Mama pesan supaya jaga makan. Kena makan makanan berkhasiat. Sayur, buah. Kena kurangkan gula sebab gula salah satu punca utama naik berat badan kan. Last month Tasha naik 5kg! Terkejut doktor.
Ads
Perlu Buat MGTT takut-takut ada kencing manis
Sebabtu kena buat MGTT takut-takut ada kencing manis masa pregnant ni. Sebab ada yang kena time pregnant je. Ada juga yang mmg keturunan ada kencing manis, jd risiko untuk dia pun ada kencing manis tu lebih tinggi. Kebiasaannya.
Doktor Pesan Kontrol Makan Tapi Jangan Berlapar
Ads
This month pulak naik 3kg. Mana tak “comel” Walaupun ada peningkatan sebab berjaya kurangkan kenaikan berat badan daripada bulan lepas, tapi doktor tetap juga pesan untuk control. Doktor kata, “Hmm mengagumkan juga ya kenaikan berat badan mama ni” So doktor minta Tasha cuba untuk tak reach more than 2kg next month. Jangan berlapar, tapi makan makanan yang bersih dan sihat. Sebab nak kurangkan banyak risiko. Antaranya ialah risiko baby besar. Kita tengok next month okay
Air Ketuban Tak Boleh Kurang Sangat, Tak Boleh Lebih Sangat
Doktor monitor juga air ketuban. Doktor kata air ketuban tak boleh kurang sgt, tak boleh banyak sgt jugak. Thank you Dr Mama and nurses from @kumpulan_megaklinik_zahran sebab jaga/monitor Tasha dan mommies lain dengan baik sekali.
Masalah kaki bengkak ketika hamil antara yang sering dialami ramai ibu-ibu mengandung. Apabila kaki mula membengkak, mulalah ibu-ibu rasa tidak selesa. Kaki jadi berat dan susah hendak bergerak.
Awas ya mama, gejala kaki bengkak ini perlu dipantau. Bimbang terbentuknya darah beku yang boleh ke paru-paru.
RAHIM MEMBESAR & MENEKAN ORGAN SEKELILING
Semasa hamil, terutamanya semasa bayi sudah agak besar, rahim yang besar akan menekan organ-organ disekitarnya termasuk saluran darah besar yang dipanggil vena cava.
Salur darah besar ini datang dari salur darah daripada kaki dan terus ke jantung. Jadi, darah yang membawa oksigen ke kaki itu akan kembali ke jantung melalui vena dari kaki, seterusnya akan melalui vena cava dan sampai ke jantung.
WATER RETENTION MENJADI PENYEBAB
Apabila vena cava dihimpit oleh rahim yang sedang membesar ketika hamil, pengaliran darah dari kaki akan menjadi perlahan. Bila aliran darah perlahan, tekanan dalam saluran darah tadi akan meningkat dan menyebabkan air tiris keluar dari salur darah ke tisu disekitarnya. Air ini lah yang menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil water retention.
Jadi, sekiranya ibu-ibu hendak mengurangkan kaki bengkak perlu selalu tinggikan kaki supaya graviti membantu dalam pengaliran darah dari kaki ke jantung.
JADI SENTIASA PERIKSA BENGKAK KAKI ANDA, KALAU SEBELAH LEBIH BENGKAK DARI BIASA DAN SAKIT, DAPATKAN PEMERIKSAAN DOKTOR DENGAN SEGERA.
SEBELAH KAKI SAHAJA BENGKAK, IA MUNGKIN DEEP VEIN THROMBOSIS
Tapi jika sekiranya satu belah sahaja kaki yang bengkak, dan disertai rasa sakit, itu mungkin tanda yang bahaya. Ia mungkin disebabkan oleh Deep Vein Thrombosis (DVT).
Perlu difahami yang kehamilan akan meningkatkan risiko berlakunya DVT. DVT ini dengan maksud mudahnya ialah darah beku yang tersumbat pada salur darah.
Apabila salur darah tersumbat, darah tidak boleh nak melalui ikut salur darah tersebut dan menyebabkan terjadinya tekanan dalam salur darah tersebut akan meningkat dan kaki akan jadi bengkak. Tapi itu belum betul-betul bahaya lagi.
DARAH BEKU PECAH & MENYEBABKAN PARU-PARU TERSUMBAT
Yang lebih bahaya ialah apabila, darah beku (thrombus) tadi pecah dan ia terus naik ke jantung dan ke paru-paru. Thrombus yang pecah dan mengalir dipanggil embolus.
Embolus tersebut boleh menyebabkan saluran dalam paru-paru tersumbat. Ini kerana saluran darah dalam paru-paru jauh lebih kecil dari saluran darah di kaki.
Jadi thrombus yang pecah kepada serpihan kecil tadi boleh tersumbat di paru-paru menyebabkan berlakunya Pulmonary Embolism (PE). PE boleh membawa maut, ia sangat bahaya.
SIMPTOM PULMONARY EMBOLISM
Simptom apabila PE berlaku adalah seperti sakit dada, sesak nafas, batuk dan pengsan.
Jadi sentiasa periksa bengkak kaki anda, kalau sebelah lebih bengkak dari biasa dan sakit, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Berikut dikongsikan langkah yang boleh mama lakukan untuk mengatasi masalah kaki bengkak:
1. Pakai stoking ibu hamil
Cuba pakai stoking ibu hamil untuk mengurangkan simptom bengkak kaki. Stoking ini dapat memastikan tekanan pada kawasan kaki kekal normal. Ia juga dapat membantu menolak semula cecair lebihan kembali ke dalam salur darah. Elakkan memakai stoking yang ketat atau mempunyai getah pada bahagian atas. Ini boleh meningkatkan risiko darah beku.
2. Rehat secukupnya untuk elak kaki bengkak ketika hamil
Ibu hamil perlulah berehat dengan secukupnya. Pengaliran darah ke seluruh tubuh badan akan menjadi semakin lancar jika ibu mendapatkan rehat yang cukup. Ketika anda menonton televisyen, membaca atau sedang duduk, cuba tukar posisi badan dan lunjurkkan kaki ke depan dan ke atas, lebih tinggi daripada dada. Posisi ini akan mengurangkan tekanan pada kawasan vena dan mengurangkan kaki bengkak ketika hamil.
Rendamkan kaki yang sembap di dalam air sejuk selama 20 minit untuk mengurangkan bengkak. Cara ini juga dapat membantu mama mengurangkan rasa hangat disebabkan cuaca yang panas. Pastikan suhu air tidak terlalu sejuk. Suhu yang terlalu rendah boleh menyebabkan salur darah kecil mengecut dan mengurangkan peredaran darah. Boleh amalkan seminggu sekali.
4. Beli kasut yang muat
Kasut yang ketat bukan sahaja tidak menyelesakan, ia juga akan menyebabkan mama mengalami kesakitan yang lebih teruk. Masalah ini boleh berlarutan selepas kelahiran. Tidak rugi jika mama berbelanja lebih untuk sepasang kasut yang selesa. Pilih kasut yang rata dan boleh disarung dengan mudah.
5. Jumpa pakar jika masalah kaki sembab ketika hamil semakin serius
Masalah kaki sembab ketika hamil juga boleh diselesaikan oleh pakar. Mungkin mama tidak sedar kesakitan pada tapak kaki mungkin berlaku disebabkan perkara lain seperti kuku cengkam.
Pakar akan bantu selesaikan masalah kuku cengkam ini supaya ibu boleh berdiri dengan lebih selesa. Jangan biarkan kesakitan melarat. Jika tidak, anda akan alami masalah yang lebih besar, terutamanya ketika kehamilan menginjak ke trimester ke-3.
Urutan atau refleksologi pada kawasan kaki dan tangan juga mungkin dapat membantu melegakan kesakitan yang dialami.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan cahaya mata sendiri. Namun rezeki untuk terus dikurniakan anak itu sudah semestinya ditangan Yang Maha Esa. Paling penting setiap pasangan tidak pernah putus asa untuk berusaha dan berdoa memohon dimakbulkan doa untuk mempunyai anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Iqa Nasra atau lebih sinonim dikenali sebagai Iqa Mentor. Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, Iqa mengumumkan berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Melalui posting yang dikongsi di Instagram miliknya itu, bintang yang pernah memeriahkan dunia seni sejurus program Mentor musim kelima ini berkongsi foto-foto terkini dirinya yang kini sudah memasuki usia kandungan trimester kedua.
Berkongsi berita gembira tersebut ketika Umat Islam menyambut hari pertama Syawal, Iqa memanjatkan rasa syukur dengan doa yang dimakbulkan Allah SWT selepas empat tahun menunggu dikurniakan cahaya mata.
“Allah is truly the Greatest, AllahuAkbar. Alhamdulillah.. After few months struggling with bad allergies, cravings, morning sickness and so on.. .
“Today, on 1st Syawal, I am so glad to let you guys know, alhamdulillah I’m pregnant with my first child after almost 4 years of marriage.
“Finally You answered our duas Ya Allah
“Now dah 2nd trimester.
“Doakan baby sihat ya.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir Dan batin,” tulisnya di Instagram.
Iqa berkongsi bahawa dia juga ada mengalami alahan pada awal kehamilan dan juga beberapa masalah lain yang biasa dialami oleh wanita hamil. Namun dalam masa yang sama dia memuji akan kebesaran Allah SWT yang akhirnya menjawab doanya untuk dikurniakan seorang cahaya mata.
Dalam perkongsian tersebut juga, Iqa memohon doa dari orang ramai untuk mendoakan kandungannya sihat.
Dalam posting lain, Iqa turut memaklumkan tentang perkembangan terkini kehamilannya yang sudah masuk usia 22 minggu.
Perkongsian yang dibuat mendapat reaksi daripada rakan artis dan juga peminat. Ramai yang mendoakan ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan baik.
Dalam rancangan realiti Mentor, Iqa merupakan protégé kepada Endry Abdul Halim. Turut bersaing dalam program yang sama ketika itu adalah Salma Asis dan juga Shiha.
Iqa atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Raja Azlan Shah pada Ogos 2016.
Sumber: Media Hiburan & Instagram Iqa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih dua tahun berkahwin, penyanyi Hazama akui dia dan isteri Genervie Kam sama seperti pasangan lain iaitu sentiasa mengimpikan cahaya mata dalam perkahwinan.
Namun Hazama berkata dia percaya dengan ketentuan Allah untuk bila masa yang sesuai buat mereka dikurniakan rezeki tersebut.
“Kami sentiasa mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam rumah tangga kami.
“Namun dalam masa yang sama saya percaya dengan ketentuan Allah.
“Saya cuma berdoa, jika kami layak bergelar ibu bapa maka kurniakanlah kami cahaya mata dari zuriat kami, tapi jangan beri jika kami tidak bersedia memikul tanggungjawab itu,” katanya.
Menurut Hazama, menimang cahaya mata bukan trend yang perlu diikut-ikut sebaliknya ia perlu disertakan dengan tanggungjawab.
“Saya tak mahu nak anak kerana terikut-ikut kerana lihat orang lain ada anak atau trend sebab ia perlu disertakan dengan tanggungjawab yang besar bila saya bergelar bapa nanti,” katanya lagi.
Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017.
Sebelum ini Hazama pernah berkongsi mengenai keadaan isterinya apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkinan untuk gugur semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.