Kenderaan dengan sunroof yang boleh dibuka seakan menjadi kemegahan malah melihat anak gembira ketika dibukakan bumbung kereta menjadi satu kesukaan buat kita. Elakkan hal yang semacam ini kerana ia sangat berbahaya buat anak kita.
Bagaimana ia boleh mendatangkan bahaya? Ini yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
TEGAH ANAK BERDIRI KELUAR SUNROOF
Di Malaysia ni, ramai yang suka kenderaan ada sunroof. Kalau beli kereta, ramai cari yang ada sunroof, jika tiada sunroof, mereka retrofit sunroof. Ia dianggap satu kemewahan dan sesuatu yang boleh dimegahkan.
Tiada masalah dengan memiliki kenderaan sunroof, kecuali apabila membenarkan anak-anak berdiri dan keluar separuh badan melalui sunroof. Lumrahlah anak-anak nak buat begitu, namun tegah perbuatan yang berbahaya ini.
Ads
Sepanjang saya bertugas sebagai doktor ada beberapa kes yang saya pernah lihat di hospital/klinik, yang berpunca daripada salah guna sunroof ini.
◼️KES 1
Seorang budak lelaki 5 tahun separa lumpuh kerana sewaktu kepalanya berada di luar, sehelai beg plastik yang berterbangan di jalan raya, melayang ke mukanya lalu menyebabkan kepalanya tertolak dengan ke belakang.
Daya kilas dan hentakan leher budak itu pada salah satu sisi bukaan sunroof menyebabkan tulang leher patah dan merosakkan saraf tunjangnya. Sehelai beg plastik sahaja tahu. Bayangkan jika benda lain yang lebih berat.
◼️KES 2
Seorang budak perempuan 8 tahun, pecah hati dan kura (sleen) apabila bapanya melakukan brek kecemasan untuk mengelak lori yang menukar lorong dengan melulu. Inertia menyebabkan budak yang sedang berdiri separa di luar bumbung tertolak ke hadapan.
Ads
Abdomennya terhentak di sisi hadapan bukaan sunroof dengan kuat sehingga menyebabkan organ dalamannya pecah. Pembedahan untuk membuang sebahagian hatinya terpaksa dibuat untuk berhentikan pendarahan.
◼️KES 3
Seorang kanak-kanak 4 tahun, bengkak batang hidung dan kening kerana mukanya tersangkut di pemanis di bumbung garaj ketika ayahnya parkir kereta. Kereta perlahan sahaja, tapi kecederaan itu agak serius.
Walaupun di kawasan kampung atau rumah sekalipun, jangan benarkan mereka keluar dari sunroof, kerana malang tak berbau. Kadang-kadang ia berlaku dalam keadaan yang kita tak jangka.
Ads
BAHAYA TAK?
Latih anak-anak menjaga keselamatan diri mereka semasa menaiki kenderaan. Pastikan mereka duduk di tempat duduk atau child car seat, dan memakai tali pinggang keledar. Terangkan pada mereka mengapa perlu duduk dengan betul dalam kenderaan.
Memang seronok bila tengok barang permainan yang macam-macam dekat pasaran. Kadang sampai tak tahu mana nak pilih. Itu belum lagi yang boleh dibeli secara online. Setiap hari ada sahaja barang baru yang dibeli untuk si kecil tersayang.
Tak dinafikan barangan permainan dapat membantu anak-anak untuk tumbesaran mereka. tapi kadang tu kita main beli sahaja permainan tanpa tahu apakah objektif sebenar permainan yang dipilih.
Untuk mengetahui barang permainan yang sesuai usia anak-anak, ikuti perkongsian Puan Nursaidah Nafisa Che Abdullah, Terapis Cara Kerja dari UiTm:
Mainan apa ya yang sesuai untuk anak berumur 0-12 bulan?
Banyak sangat mainan di pasaran ni memang boleh buat terbeliak biji mata nengoknye. Teruja dia lain macam sikit.
Perkembangan bayi 0-12 bulan dilihat sangat pesat lebih laju dari keretapi ETS.
Bayi ni belajar dengan bermain tau, tu memang pekerjaan hakiki mereka.
Hakikatnya sambil main tu banyak sangat mereka belajar.
Nak pilih mainan bayi ni , kita tengok adakah mainan tu membantu perkembangan motor kasar, motor halus, kognitif dan sosial .
Momies boleh belek buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak 0-6 tahun Kementerian Kesihatan Malaysia muka surat 13.
Peraturan pertama bermain dengan bayi adalah elemen “ HADIR”. Ibubapa bermain bersama dengan anak-anak. Kehadiran kita lebih penting berbanding mainan anak-anak.
Ransangan terbaik adalah dari Mommies sendiri .
Momies ada kuasa Magis tau!
Bayi kita memerlukan ransangan :
1- Penglihatan (visual)
2- Pendengaran (auditori)
3- Bau (olfactory)
4- Rasa ( gustutory)
5- Sentuhan ( tactile)
6- Vestibular ( pergerakan dan keseimbangan bila kepala dan badan bergerak)
7- Proprioception (kesedaran anggota badan yang mengaitkan antara anggota lain seperti berapa banyak tekanan nak digunakan semasa menulis supaya bila tulis tekanan pensil tak mengoyakkan kertas)
Saya kongsikan helaian dalam buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak 0-6 tahun Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai permulaan.
Saya akan kongsikan Ciri dah contoh mainan di post yang akan datang, dah baca boleh sedekah komen sikit. Hehe
Mainan Sesuai Ikut Perkembangan Umur
Mainan yang sesuai untuk bayi mengikut perkembangan umur 0-12 bulan part II
Sini ,Saie nak kongsi sikit rahsia beli mainan.
Pertama, mommies boleh lihat perkembangan bayi pada umur berapa.
Contohnya bayi mommies berusia 0-2 bulan, perkembangan dia adalah :
Elemen utama dalam bermain adalah “HADIR” .
Mommies berkuasa magis boleh “main” dengan anak sambil ransang perkembangan anak.
Mommies boleh guna intonasi suara yang berbeza seperti tinggi dan rendah,
Boleh kerapkan sentuhan di bahagian badan bayi,
Buat gerakan didepan bayi, dan angkat dan gerakkan bayi.
Ciri- ciri umum mainan yang sesuai untuk bayi antaranya 0-12 bulan :
Mainan yang berbunyi.
Bayi lebih beri perhatian kepada bunyi-bunyian. Dari dalam Rahim lagi bayi dibiasakan mendengar pelbagai bunyi .
Kebanyakan mainan bayi ada loceng bila digerakkan berbunyi-bunyi contohnya rattle.
Mainan yang bercahaya dan berwarna-warni seperti rattle warna-warni.
Bayi suka mainan yang bercahaya dan berwarna-warni.
Pada awal kelahiran, system penglihatan baru nak belajar dan berkembang ,
Mata mereka lebih focus kepada yang bercahaya dari yang pudar warnanya.
Mainan yang boleh digigit, dijilat dan dimakan.
Bayi belajar dengan menyua mainan kearah mulut .
Mainan yang dibeli hendaklah boleh digigit, dijilat, dan dimakan. Bayi suka sangat mengutip segala benda di atas lantai.
Mainan pelbagai tesktur dan rasa.
Bayi belajar dengan pelbagai tekstur dan rasa contohnya tekstur kasar, licin , lembek dan keras.
Tekstur dan rasa mendedahkan bayi kepada dunia baru.
Bayi suka nak menggapai semua benda,lepas itu baru bayi belajar untuk suka atau tak suka apa dia sentuh dan rasa.
Mainan yang boleh dibersihkan.
Mainan bayi juga perlu yang boleh dibersihkan kerana bayi suka jilat,dan gigit
Selepas sehari, digalakkan mainan dibersihkan dan sanitasi supaya mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria.
Mainan yang bergerak-gerak.
Bayi tertarik dengan mainan yang bergerak-gerak.
Mainan tersebut menarik perhatian mata bayi lantas bayi akan berusaha keras mengejar mainan itu, tidak pun dia berusaha menggapai.
15 minit mommies luangkan masa untuk bermain dengan bayi .
Kemudian beri bayi bermain sendiri (free play) dengan alat permainan di tempat yang selamat.
Ps: Hayyan saie suka main dengan senduk plastic buat ketuk-ketuk , jimat duit umi dari beli mainan, hehe
Ibu Guru Pertama Bayi
Main untuk meransang perkembangan bayi 0-12 bulan part III
Silap besar mommies beli mainan tapi tak main dengan bayi.
Selain free play, perlu juga sesi bermain Bersama bayi,
Mmommies adalah guru pertama. bayi.
Bermain tu “pekerjaan” terbesar dia.
Nak bayi pandai, mesti selalu bermain.
Bagaimana mommies boleh bantu perkembangan bayi?
Bayi banyak belajar dari deria seperti :
1- Penglihatan (visual)
2- Pendengaran (auditori)
3- Bau (olfactory)
4- Rasa ( gustutory)
5- Sentuhan ( tactile)
6- Vestibular ( pergerakan dan keseimbangan bila kepala dan badan bergerak)
7- Proprioception (kesedaran anggota badan yang mengaitkan antara anggota lain seperti berapa banyak tekanan nak digunakan semasa menulis supaya bila tulis tekanan pensil tak mengoyakkan kertas)
Ada pelbagai cara nak main dengan bayi antaranya seperti :
Main sambil ransang dari pelbagai arah seperti depan dia, tepi kiri dan tepi kanan .
Mommies boleh buat bunyi yang berbeza seperti ohhh, aaaaa, panggil nama mesra bayi.
Sua mainan dan gerakkan mainan itu. Automatic bayi akan mencari arah tersebut akan menggerakkan anggota badan seperti mata,kepala, dan kedua tangan.
Mata bayi akan tertarik dengan mainan berbunyi dan berwarna cerah, gerakan mata akan mengikut mainan, kepala juga akan bergerak,
Bila dia lihat dia akan memberi reaksi seperti senyum kegembiraan,
Kemudian bayi akan cuba menggapai mainan tersebut menggunakan kedua-dua tangannya,
Untuk bayi yang kecil, main pada jarak yang mata bayi boleh lihat.
Bayi sangat sukakan sentuhan , ia cara bayi belajar pada awal kerana system penglihatan belum berkembang sepenuhnya lagi,
selepas mandi,
Mommies boleh selalu adakan sesi urutan dengan bayi.
Gunakan minyak urutan bayi yang natural dan selamat,
Semasa mommies urut bayi, mommies boleh juga berkomunikasi dengan bayi, menyanyi , bertasbih,takkan nyanyi rock pula.
Selain itu, Kenalkan bayi pelbagai tekstur juga dari mainan seperti bola bertekstur,
Bawa bayi main rumput,,pasir pantai dan air.
Gerakkan bayi dengan pelbagai gerakan semasa mendukung bayi seperti aksi mendodoi,mengangkat.
Pelukan mommies memberi kesan “comfort” dan proprioseptif. Ianya sama seperti mereka didalam air ketuban dahulu.
Angkat dan gerakkan bayi keatas dari cecah lantai, ia adalah ransangan vestibular.
Elakkan menggoncang bayi terlalu kuat kerana risiko “baby Shaken syndrome”.
“Tummy time”digalakkan untuk bayi sekerap mungkin.
Tummy time adalah mommies letakkan bayi meniarap, bayi 2 bulan akan berusaha mendongak dan menegakkan kepala.
Mainan boleh menarik perhatian bayi untuk focus lebih lama.
Bayi 2.5 bulan sudah mula meniarap dan menelentang, mommies boleh letakkan bayi di atas alas yang selamat dan bersih untuk mereka bermain.
Mommies boleh selalu bermain dengan bayi, main dengan bayi sangat menyeronokkan.
Hilang masalah dunia dan Lelah penat bekerja.
Mommies Magis boleh bantu bayi belajar dan berkembang dengan sihat.
Curi dan cari masa untuk bayi kita.
Ada yang nak lebih bagaimana main dan ransang bayi mengikut peringkat umur 0-12 bulan?
Ajal maut tiada siapa yang tahu bilakah tertulis pemergian itu. Pada awalnya anak kecil ini demam panas dan disahkan terkena jangkitan kuman ketika berada di Madinah untuk menunaikan umrah bersama keluarga.
Namun Allah lebih menyayangi anak yang baru berusia 4 tahun ini, adik Nur Alesha Ammara akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 14 februari lalu di Madinah.
Bertuahnya Anak Syurga ini.
Adik Nur Alesha Ammara, 4 tahun. Meninggal kerana demam panas dan jangkitan kuman. Allah lebih sayang dan rindu dengan adik. Semoga adik sentiasa tenang disana.
Di Solatkan dan di doakan oleh ribuan jemaah di Masjid Nabawi. Di makamkan di Jannatul Baqi’, dekat dengan Ahli Bait Baginda Rasulullah, bahkan hanya berjarak beberapa Meter dengan Makam Baginda Rasulullah bersama sahabat Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dan Sayyidina Umar Al Khattab
Sewaktu hayat Baginda Rasulullah sering menziarahi Perkuburan Baqi’, Baginda juga sering mendoakan para penghuni pekuburan al-Baqi’. Aisyah radhiallahu ‘anhaa berkata :
“Kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika menginap di tempat Aisyah maka Nabi shallallahu álaihi wasallam keluar di akhir malam ke pekuburan al-Baqi’ lalu baginda berkata, “Keselamatan atas kalian para penghuni tempat tinggal kaum mukminin, telah datang kepada kalian apa yang kalian dijanjikan, kamipun akan seperti kalian hanya saja untuk kami ditunda hingga kemudian hari, dan kami insyaa Allah sungguh akan menyusul kalian. Ya Allah berilah ampunanMu kepada penghuni kuburan Baqi’ al-Ghorqod” (HR Muslim no 974)
Setiap hari, ratusan bahkan ribuan umat islam akan berebut2 masuk ke Baqi’ untuk mendoakan ahli Baqi’.
Tiap hari Alesha akan didoakan. Tiap hari Alesha akan di ziarahi jemaah yg datang dari seluruh penjuru dunia. MasyaAllah benar2 kematian yang sangat di cemburui. Benar2 Anak Syurga yang terpilih.
Berbahagialah dan bergembiralah di sana sayang, bermain dan berlari2lah bersama Wildan Syurga yang lain. Nantikan orgtuamu di pintu syurga ya. InsyaAllah kami juga bakal menyusulmu 😢
Nur Alesha Ammara Binti Mohamad Amirul 4 Feb 2019 – 14 Feb 2023
Benarlah kata orang sukarnya menjaga anak perempuan berbanding anak lelaki. Sukarnya kerana terpaksa melebihkan bekalan jiwa buat anak kecil kita yang masih tak mengerti apa-apa. Biarpun satu-satu perkara nampak remeh, tapi buat anak perempuan kita, semuanya nampak besar. Jadi kena hati-hati.
Sekecil-kecil perkara seperti mandi pun kena ajarlah cara yang betul supaya jadi benteng buat anak kita. Dr Taufiq Razif berkongsi kisah dan tip buat ibu bapa yang punya anak perempuan.
Maryam jangan mandi dengan sepupu lelaki tau!
Ni lah pesanan saya tiap kali anak saya, si Maryam Soolihah ni nak balik kampung atuk dan neneknya.
Bukan sebab saya tak percayakan anak buah dan sepupu sepapat sendiri tetapi sebagai langkah pencegahan ( precautions ) dan untuk tanamkan RASA MALU dalam diri anak perempuan saya tu.
Anak perempuan ni tak macam anak laki sikit. Jiwanya lembut. Dipuji, dirayu sikit je dia boleh tewas. Jadi kita sebagai mak ayah ni la kena ajar anak kita bina PENDINDING DIRI!
Selain doa, pendinding diri paling ampuh pada anak perempuan adalah :
Rasa malu
Anak yang tebal rasa malunya akan menjauhkan diri bila ada yang ajak buat benda benda pelik dan tak senonoh. Fitrah malu tu sendiri dah ada dalam diri anak kita cuma kita la kena berjaga jaga jangan sampai rasa malu & harga diri tu hilang daripada anak anak kita
Biar pun Maryam masih kecil dan auratnya pun tak wajib ditutup tapi kalau dia tergedik gedik keluar bilik air tanpa pakai tuala dekat kampung memang saya jerit lah ” Maryam! Malulah kalau sepupu laki nampak!!! ”
Tolak Permintaan dan “say NO”
Anak perempuan biasanya paling mudah makan pujuk rayu orang. Jadi saya kena ajar kalau ada orang lain nak pegang tempat sulit anak perempuan saya ataupun buat benda benda yang dia tak suka cakap je” NO! TAK BOLEH! ”
Saya ajar je anak saya beradab dan hormat orang tapi kalau melibatkan maruah, nak tendang ke nak gigit ke dipersilakan! Ajar juga anak kecil kita menjerit ye. Jangan main main, jeritan anak kecil boleh menyelamatkan nyawa dan maruahnya tau!
Jangan Berhenti Mengadu
Ni la kenapa, walau apa pun terjadi saya akan jaga TRUST si Maryam tu pada saya. Dengan TRUST la anak akan jadi tak kekok nak mengadu kat saya.
Bila si Maryam Soolih ni mengadu, saya kena fokus mendengar dan bagi respon yang cepat dengan aduannya walau sesibuk apa pun saya. Saya kena jadi BEST LISTENER pada anak saya walau sesibuk apa pun saya!
Kenapa? Sebab saya taknak anak saya berhenti mengadu kat saya. Memang la agak annoying bila semua benda dia nak mengadu kat kita tapi tanpa sedar tu la sebenarnya tanda anak kita masih PERCAYAKAN kita!
InsyaAllah bila semua pendinding diri ni ada pada anak kita, anak kita akan selamat. Ajar la pasangan kita tentang benda ni juga ye untuk keselamatan anak anak kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.