Sesetengah wanita mengalami masalah praeklampsia ketika mereka mengandung. Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dalam air kencing.
Peringkat kandungan yang berusia dalam 20 minggu keatas dengan tekanan darah melebihi 140/90mmHg dan mempunyai kandungan protein sebanyak 300mg sehari didalam air kencing diklasifikasikan sebagai preeklampsia. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang keadaan ini daripada Dr. Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan dan Sakit Puan dari Hospital Metro IVF, Klang.
Statistik menunjukkan kadar berlakunya praeklampsia untuk negara membangun seperti US (United States) adalah sebanyak lima ke sepuluh peratus. Manakala di Asia atau negara yang sedang membangun kadar praeklampsia meningkat ke 10-20 peratus.
Jika dilihat pada kadar statistik tersebut, masalah ini perlu diberi perhatian kerana komplikasi kepada kematian ibu hamil adalah tinggi sekiranya keadaan ibu tidak dipantau dengan ketat.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Etilogi mengenai praeklampsia masih belum dapat dijelaskan dengan tepat. Namun, kajian yang dijalankan mendapati, ia adalah berkaitan dengan masalah uri atau plasenta di dalam rahim ibu.
Patogenesis yang dikaitkan ialah:
Placental ischemia atau kekurangan salur darah ke plasenta. Untuk kehamilan normal (seperti dalam gambarajah) cytotrophoblast akan meresap masuk kedalam dinding rahim dan membantu kelancaran salur darah, namun untuk ibu yang mengalami masalah praeklampsia ini perubahan faktor imuniti badan antara ibu-bayi telah menyebabkan salur darah itu menjadi sempit.
Pengurangan penghasilan enzim vasodilator.
Kajian terperinci mengenai punca praeklampsia telah mendapati bahawa agen untuk pengembangan saluran darah pada ibu mengandung sangat kurang.
Faktor ketidakstabilan fungsi sistem endothelial
Faktor keturunan atau genetik.
Kenal Pasti Simptom Preeklampsia
Sistem pemeriksaan antenatal di Malaysia adalah salah satu yang terbaik di Asia, pemantauan secara penyeluruh telah berjaya mengesan risiko praeklampsia dalam kalangan ibu. Sekiranya ibu didapati mengalami tekanan darah lebih 140/90mmHg dan dikesan mengadungi protein di dalam kencing, pemeriksaan darah untuk beberapa ujian akan terus dijalankan.
Ads
Ini bertujuan untuk mengenalpasti risiko organ lain yang berkemungkinan terlibat kerana masalah praeklampsia. Tidak banyak simptom awal yang disedari para ibu tetapi sekiranya ada yang mengalami pembengkakan kaki yang teruk atau peningkatan berat badan yang mendadak perlu rujuk hal ini kepada doktor.
Simptom yang perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera ialah seperti sakit kepala, penglihatan menjadi kabur, sakit pada bahagia ulu hati, kencing dalam kuantiti yang sedikit atau rasa sesak nafas. Ini adalah simptom risiko sawan yang mungkin boleh berlaku sekiranya diabaikan.
Apakah risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan?
Risiko kepada ibu
Jika praeklampsia tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk ibu seperti kegagalan hati, kegagalan buah pinggang serta masalah jantung. Risiko sawan adalah keadaan yang paling digeruni kerana kegagalan fungsi otak mungkin boleh berlaku sekiranya bekalan oksigen terhenti.
Ads
Selain itu sindrom Penyakit HELLP (hemolisis, enzim hati yang tinggi, dan bilangan platelet yang rendah) – Keadaan yang biasanya berlaku lewat dalam kehamilan yang boleh menjejaskan pecahan sel darah merah, pembekuan darah, dan fungsi hati wanita hamil. Kesemua risiko ini boleh menyebabkan kematian atau morbiditi yang tinggi kepada ibu.
Risiko kepada bayi
Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga menyebakan kekurangan oksigen dan nutrien. Ini boleh menyebabkan pembantutan pembesaran janin didalam kandungan, pengurangan penghasilan air ketuban dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.
Rawatan utama kepada ibu dan bayi adalah kelahiran. Untuk menstabilkan keadaan ibu tersebut pihak doktor terpaksa mengambil keputusan untuk kelahiran awal bagi mencegah risiko-risiko yang merbahaya kepada ibu dan bayi dari berlaku. Tidak ada cara untuk mengubati praeklampsia kecuali untuk bersalin awal dari jangkaan iaitu melalui kaedah pembedahan. Walaupun selepas bersalin, tanda-tanda dan gejala preeklampsia boleh bertahan sehingga enam minggu.
Siapakah yang berkemungkinan mengalami Praeklampsia?
Ads
Ini boleh dikategorikan kepada 2:
Risiko Tinggi
Ini merujuk kepada ibu-ibu yang pernah mendapat praeklampsia untuk kandungan sebelumnya, ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum mengandung, pesakit diabetes sebelum mengandung atau pesakit buah pinggang.
Risiko sederhana
Merujuk kepada ibu-ibu kandungan pertama dan kebiasaannya ibu remaja, atau berusia lebih dari 40 tahun, atau mempunyai BMI melebihi 30kg/m2 atau jarak kelahiran melebihi 10 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lain anak lain penangannya ketika mengandung. Ada kehamilan yang langsung tidak alah tetapi ada juga yang terlebih alahannya pada kandungan yang lain. Berbeza.
Bagi Dr Fatin Liyana yang kini hamil anak ketiga, dia mengalami alahan yang agak teruk sehingga kandungannya mencecah usia lima bulan.
Pun begitu kita doktor cantik ini lagi, kini dia semakin baik malah sudah boleh memasak menu kegemarannya di usia kandungannya kini yang mencecah tujuh bulan.
“Sebenarnya I mengalami alahan yang sangat teruk bermula UPT +ve sehingga kandungan mencecah 5 bulan,” tulisnya berkongsi menerusi Instagram.
Malah ibu kepada Ajda dan Nolan ini juga hanya naik berat badan sebanyak 5kg gara-gara alahan teruk yang dialaminya.
Pun begitu selepas detik waktu yang memeritkan bagi semua ibu hamil, kata Dr Fatin lagi dia kini sudah semakin baik. Malah dek kerana begitu teringin makan Ayam Kicap Pedas, dia kini sudah boleh memasak seperti biasa.
Bukan itu sahaja malah selera makannya kini juga sudah semakin pulih.
“Walaupun kandungan kini sudah mencecah 7 bulan tapi I hanya mengalami pertambahan berat badan sebanyak 5kg sahaja.
“Jangan gusar kerana sejak alahan sudah beransur hilang, nafsu makan I sudah kembali pulih. Macam-macam homecooked food I mengidam antaranya Ayam Kicap Pedas ini,” kongsinya lagi yang turut sama meninggalkan #pregnancyjourney.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri hamil, suami yang terkena tempias alahan mungkin sudah kedengaran biasa. Namun bagi pelawak dan usahawan, Shuib, kehamilan isterinya, Siti Sarah sedikit berbeza kerana terkena tempias kepada ibunya sendiri.
Sarah yang hamil anak keempat mereka mengalami alahan seperti biasa, namun peliknya kata Shuib, ibunya turut sama mengalami alahan yang sama seperti Sarah.
Menerusi Berita Harian, Shiub berkongsi cerita mengenai kisah alahan ibunya.
Shuib berkata, ibunya ada membuat panggilan dan marah-marah selain mengadu badannya lemah serta tidak lalu untuk makan.
“Ada satu hari ibu saya telefon. Dengan nada marah-marah dia pesan jangan susahkannya. Rupa-rupanya ibu beritahu dia selalu muntah-muntah dan tidak ada selera makan.
“Saya terkejut apabila dia turut mengalami alahan teruk ketika Sarah baru hamil. Lama juga, lebih kurang sebulan ibu mengalami alahan itu,” kata Shuib berkongsi cerita.
Namun kata Shuib lagi, dek kerana alahan itu, ibunya juga turut diberikan alat ujian kehamilan ketika mendapatkan rawatan di klinik kerana keadaannya sama seperti mengandung.
“Ada satu lagi insiden lucu apabila ibu diberikan alat ujian kehamilan apabila pergi mendapatkan rawatan.
“Ibu saya marah doktor kerana dia sudah berusia 57 tahun dan sudah menopos!,” kata Shuib menerusi laporan yang dikongsikan Berita Harian.
Bercerita mengenai kehamilan Sarah, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini mengakui, dia mengalami alahan di awal kehamilannya. Namun dia begitu terkejut dan tidak menyangka ibu mentuanya turut melalui alahan sepertinya.
“Ketika kehamilan terdahulu, saya memang tidak boleh makan sebab mesti akan muntah. Ketika itu, saya hanya boleh makan buah oren. Peliknya, ibu mentua saya juga alami perkara yang sama dan dia hanya boleh makan oren.
“Namun, alahan itu sudah kembali kepada saya, tapi tidaklah seteruk dulu,” kongsinya lagi.
Mengalami alahan teruk diawalnya, dan kini kata Sarah, dia sudah dapat kembali bekerja seperti biasa. Bukan itu sahaja, bahkan kata Sarah lagi, kehamilannya kali ini membuatkan dia jadi lebih rajin dalam segala hal.
“Kali ini saya boleh bekerja dan rajin untuk berbuat sesuatu,” katanya.
Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan kini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Eyra Hazali berdepan detik mencemaskan bila mana bayi di dalam kandungannya dikatakan tidak bergerak.
Malah Eyra juga mengalami sakit-sakit di bahagian ari-ari sehinggakan dia menerima rawatan di hospital.
Pun begitu menerusi Insta Storynya, Eyra memaklumkan yang dia sudah pun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan sebaiknya.
“Alhamdulillah Eyra dah discharged. Pergi hospital sebab baby tak respond langsung even Eyra cucuk-cucuk perut and area ari-ari Eyra sakit sangat,” tulisnya berkongsi.
Pun begitu selepas menerima rawatan, dia dan bayi di dalam kandungannya kini berada di dalam keadaan baik dan sihat biarpun mengalami sedikit kontraksi di awalnya.
“Tapi alhamdulillah baby okay cuma baby now besar 2 minggu and Eyra ada contraction sikit tadi.
“Dah cucuk dexa, hopefully baby tunggu lama sikit baru keluar.
“Terima kasih atas doa-doa semua dan teruskan doa ya untuk mama and baby,” tulisnya berkongsi.
Terdahulu, pada awal Januari lalu, Eyra mengumumkan yang dia hamil anak kedua dan bakal melahirkan bayi keduanya tidak berapa lama lagi.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jarum tertinggal ketika bersalin, wanita menderita 18 tahun. Seorang wanita Thailand, baru-baru ini, mengejutkan media sosial selepas mendedahkan jarum tertinggal di dalam alat kelaminnya semasa melahirkan anak 18 tahun lalu.