Pada peringkat awal umur anak-anak, mereka menunjukkan tingkah laku tanpa memahami perasaan sebenar yang dialami. Anak pada usia lima atau enam tahun boleh bertindak agresif. Ia berlaku disebabkan mereka tidak memahami dan tidak tahu bagaimana untuk menyatakan perasaan. Semakin membesar anak-anak bermakna mereka akan memahami lebih banyak bentuk perasaan seperti cemburu, bosan dan sebagainya. Mereka bukan sahaja dapat memahami perasaan diri sendiri tetapi juga perasaan orang lain.
Ibu bapa berperanan untuk membantu anak-anak memahami dan menyatakan perasaan dengan baik.
Anak-anak yang faham dan dapat meluahkan perasaan dengan baik akan membentuk tingkah laku positif. Mereka juga dapat mengawal dan menangani perasaan kecewa atau marah dengan lebih berkesan. Ikuti tiga tindakan yang harus ibu bapa lakukan untuk membantu anak mengawal tingkah lakunya.
1.Memahami perasaan
Anak-anak dapat dibantu untuk memahami perasaan diri sendiri melalui interaksi positif yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
Cara ini akan menggalakkan anak-anak mengenalpasti perasaan yang dialami. Apabila anak menunjukkan tingkahlaku bermasalah, ibu bapa boleh bertanyakan kepada mereka apa sebenarnya perasaan yang dirasakan ketika itu.
Ads
Juga bertanyakan kesan tingkahlaku tersebut ke atas orang lain dan juga terhadap dirinya sendiri.
Teknik ini membantu anak-anak untuk memahami perasaan dirinya sendiri dan perasaan orang lain dalam persekitarannya.
Ads
Mengawal perasaan
Kadangkala anak-anak menunjukkan tingkah laku yang bermasalah kesan daripada perasaan negatif yang dialami seperti kecewa dan marah. Ibu bapa akan menyalahkan anak atas tingkahlaku yang ditunjukkan akan menyebabkan anak keliru dan memberontak.
Ini kerana anak-anak belum cukup bijak untuk memahami dan mengawal perasaan diri sendiri.
Ads
Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah cuba memahami apa perasaan kanak-kanak sehingga bertingkahlaku bermasalah.
Melalui komunikasi secara terbuka dan berkesan, anak-anak dapat dibantu memahami perasaan dan mengawal perasaan dengan baik.
Arahan positif bertentangan negatif
Terdapat beberapa bentuk arahan yang selalu digunakan oleh ibu bapa apabila berkomunikasi dengan anak-anak. Arahan-arahan ini ada berbentuk positif dan ada juga berbentuk negatif.
Arahan berbentuk positif akan memberi kesan yang positif kepada anak-anak, manakala arahan berbentuk negatif akan memberi kesan yang sebaliknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak tengok kartun, kita rasakan ia bagus untuk perkembangan anak. Benar, ada sesetengah siri kartun yang dapat membentuk personaliti anak serta vocabulary mereka. Itulah jenis kartun yang sesuai untuk menjadi tontonan anak-anak.
Terdahulu, kita dikejutkan dengan beberapa siri kartun yang boleh memberi impak buruk kepada personaliti anak. Paling menakutkan, ia memaparkan adegan dan imej ganas yang boleh mengganggu perkembangan emosi anak.
Bukan itu sahaja, sebenarnya pemilihan kartun yang sesuai ditonton oleh anak-anak seharusnya ‘slow-paced cartoon’. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘slow-paced cartoon’ ini?
‘Slow-paced cartoon’ memaparkan pertukaran adegan lebih lambat bagi memudahkan anak belajar serta memahami isi kandungan yang dsampaikan. Pertuturan dialog yang tersusun juga dapat membantu merangsang kemahiran bertutur anak-anak.
Ikuti penjelasan dari Penulis Keibubapaan, Wawa Shauqi tentang hal ini;
Anak yang biasa tonton kartun ‘fast-paced’ akan susah nak adapt dengar kartun pendidikan dan dokumentari.
Ciri-ciri kartun ‘fast-paced’:
– Dialog laju
– Imej bergerak laju
– Visual berlebihan (warna terang-terang)
– Bunyian / sound effect berlebihan
Pengkaji dari Universiti Virginia juga dapati, anak-anak yang selalu tengok kartun fast-paced ni;
🥺Akan ada masalah tumpuan
🥺Susah ikut arahan
🥺Isu ‘delay gratification’ (sifat tak sabar-sabar)
🥺Lemah skil problem solving
Kebanyakan kartun popular, bersifat ‘fast-paced’ dan tak ada nilai moral pun. Merepek je banyak. Lepas tu, anak kita yang tengok pun, ikut kartun tu penya merepek.😭
Tolong pantau apa yang anak tonton ya.
Pantau sekali screen time mereka. Jangan lebih 2 jam sehari.
Bukan hanya anak yang excited memilih barang permainan, ibu bapa juga turut teruja. Yelah.. macam-macam jenis permainan yang cantik dan comel nak dipilih.
Sebenarnya dalam pemilihan barang permainan anak-anak, ibu bapa haruslah mengambil tahu jenis mainan, kesesuaian mengikut umur dan fungsi mainan itu sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut, ikut perkongsian daripada pakar terapi cara kerja Puan Maryam Jamadi.
CARA PILIH MAINAN DAN REVIEW MAINAN IKEA
❤ Post ini untuk mak ayah yang tertanya-tanya mainan apa paling bagus untuk anak dan review mainan dari Ikea ❤ – Bukan post berbayar –
Mungkin ada yang tak tahu sebenarnya IKEA bukan hanya menjual perabot tetapi ada jual mainan kanak-kanak juga. Barang terapi di Beyond Home Therapy memang kebanyakannya dari IKEA, boleh kata saya ada hampir semua mainan di IKEA kerana sangat tahan lasak sebab kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Dah pernah kena campak berjuta kali pun masih elok.
Walaupun ada yang harganya mahal sedikit dari kedai lain, tetapi bagi saya ia adalah pelaburan untuk jangka masa panjang. Lagi-lagi yang baru ada anak sorang, insyaAllah kalau ada rezeki boleh tahan sampai anak berderet (kalau tak hilang lah 🤣).
Sebenarnya ramai mak ayah yang PM berkenaan macam mana pilih mainan untuk anak, maaf tak dapat reply satu persatu sebab sebagai terapis kanak-kanak banyak sangat komponen nak fikir dan terlampau complicated nak terangkan walaupun nampak mudah.
Jadi kali ini saya akan ceritakan ciri-ciri mainan yang bagus untuk anak 0-3 tahun. Lagi satu yang saya suka tentang mainan IKEA sebab setiap mainan ada label range umur yang sesuai untuk anak dan pendapat saya semua mainan bagus untuk anak asalkan tidak membahayakan.
Mainan yang paling bagus untuk anak bawah 2 tahun adalah mainan yang merangsang deria iaitu mainan yang mempunyai ciri- ciri:
1. Auditori – Rattles – Picit keluar bunyi (itik-itik) – Alat musik
2. Visual – Tekan keluar lampu – Cermin – Baling dan sepak bola – Warna yang terang – Mainan yang bergerak
3. Sentuhan – Lembut (bulu- bulu patung lembut) – Keras (apa -apa yang diperbuat daripada kayu) – Buku yang mempunyai pelbagai tekstur – Permukaan buah-buahan
5. Proprioception – Semua mainan yang melibatkan anggota badan.
6. Bau dan Rasa – Main sewaktu makan.
Kategori merangsang kognitif/ imaginasi/ kreativiti: – Mainan bongkah kayu pelbagai bentuk – Lego – Puzzles – Apa-apa mainan yang perlu dipasang – Role play
Beberapa jenis mainan yang bagus untuk perkembangan anak:
1) Bagus untuk merangsang deria keseimbangan, pergerakan (vestibular) yang secara tak langsung merangsang perkembangan motor kasar anak . Pastikan anak dah boleh duduk tanpa bantuan untuk main mainan jenis ini.
2)Dulu ingat tak masa kecil-kecil kita suka berjalan atas devider jalan yang jenis batu bata itu? Kadang-kadang tepi longkang pun nak jalan ikut batu bata yang selari?
Ini adalah natural bagi anak yang sudah pandai berjalan dengan betul untuk merangsang dan berlatih menguatkan deria keseimbangan badan. Mainan jenis ini sangat bagus untuk anak yang baru belajar nak meniti (melalui pemerhatian) hingga ke sekolah rendah. Good investment kalau bilik anak ada ruang lebih… dan bajet lebih
3) Dalam banyak-banyak mainan yang dibeli, mesti remote tv, calculator juga yang paling bayi suka sebab normal anak memang akan suka main sesuatu yang ada “cause and effect”. Calculator mainan ini boleh jadi mainan anak untuk tekan-tekan seawal umur 6 bulan (bagus untuk deria sendi dan sentuhan). Boleh guna sampai besar selagi tak rosak semasa bermain role play sebagai juruwang.
*Calculator ini bukan cuma sekadar calculator, ada drawer bawah tu siap ada partition duit ala-ala kaunter cashier. 😍
4) Jenis ini sangat sesuai untuk anak lelaki dan perempuan. Bagus untuk melatih “hand manipulation skill” (skil memanipulasi tangan) serta motor halus. Skil ini sangat penting untuk anak belajar menulis nanti.
Ada 2 jenis, boleh main ketuk-ketuk guna hammer ataupun screw. (Saya tahu main je, tapi tak tahu nama alatan yang ada dalam ini) 😅
Kalau ayah yang selalu bertukang tapi anak asyik nak kacau, boleh beli ini mesti anak suka.
*Komponen dalam box ini memang sikit.
5) Apa-apa mainan yang ada elemen pemasangan sangat bagus untuk anak.
6) Kereta jenis ini bagus untuk anak yang jenis lasak sebab terbukti sangat tahan lasak. Kena campak, pijak, baling berjuta kali pun elok. Yang jenis plastik di atas badan kereta itu boleh cabut dan pasang jadi anak boleh “mix and match” antara satu sama lain.
*Satu kotak ada 3 kereta, RM29.90
7) Dari bayi dah boleh beri main ini sebab ada pelbagai bentuk dan berlainan + murah 🤣. Saya selalu bagi anak main ini semasa anak mandi sebab setiap cawan itu ada lubang yang berlainan, anak suka bila tengok air keluar.
Sekarang banyak dah mainan yang ada label bagus untuk deria apa dan apa untuk memudahkan mak ayah untuk memilih 😍
8) Boleh dibeli seawal anak umur 4 bulan (dah mencapai barang). Bagus untuk skil manipulasi tangan.
9) Bagus untuk role play, tak payah buat biskut betul pun ok kalau malas nak bersepah satu dapur. Boleh guna playdoh ataupun buat playdoh sendiri guna tepung, air dan pewarna.
Walaupun kalau beli set yang betul-betul lagi murah tetapi yang bagusnya Ikea punya kids friendly sebab saiz yang kecil, tak berat untuk anak handle dan comel (paling penting). 😅
10) Ini adalah favourite toys hampir semua klien saya, sangat bagus untuk merangsang
1. Kongnitif dan imaginasi sebab kena pasang ikut kreativiti. 2. Motor halus, sebab kena pasang betul-betul. 3. Koordinasi mata dan tangan, untuk mengawal keretapi itu bergerak dalam landasan yang betul.
Landasan ini 100% diperbuat daripada kayu. Memang sangat tahan lasak. Kereta api pula boleh pisah atau sambungkan jadi panjang sebab ada magnet. Saya selalu guna landasan ini sebagai “reward” semasa sesi terapi dan selalunya menjadi.
Buat 1 task, dapat 1 landasan ataupun 1 train. 😍
Dalam banyak-banyak mainan, yang jenis ini salah satu mainan di dalam kategori “MUST HAVE”. Mak ayah boleh guna juga di rumah jika anak liat nak ikut arahan.
Apa yang membezakan semua jenis mainan diatas adalah tahap perkembangan dan fisiologi anak, adakah anak masih dalam:
A. FASA MEMASUKKAN BARANG DALAM MULUT (FASA A)
Jika anak masih di tahap fasa memasukkan barang di dalam mulut, jangan risau sebab ia normal dari anak umur 3 bulan sehingga 2 tahun kerana fasa ini deria yang paling kuat adalah deria di mulut berbanding tangan sebab itu anak akan masukkan barang dalam mulut untuk “rasa” benda tersebut sama ada selamat atau tidak. Jadi, mak ayah perlu sangat EXTRA CAREFULL dengan pemilihan mainan dan pastikan mainan sekeliling anak bersih. Elakkan mainan yang:
1. Toksik. Kalau boleh elakkan membeli mainan yang tidak ada lebel “Non-Toxic” lagi-lagi mainan di kedai RM2 yang kita tak tahu diperbuat daripada apa. Murah memang murah, tetapi kesannya jangka masa panjang. (Saya pun ada belikan anak mainan kedai RM2 tetapi pastikan semasa anak dah tak masukkan mainan dalam mulut).
2. Boleh tercabut atau pecah. Kalau perasan ada beberapa jenis anak patung ataupun mainan yang mempunyai hidung, butang, mata ataupun reben yang diperbuat daripada plastik kalau boleh jauhkan daripada anak. Sama juga dengan material mainan, cuba tekan sikit mainan tersebut kalau rasa macam mudah pecah sila elakkan membeli mainan itu.
3. Bertali lebih 12 inci. Yang ini paling saya takut, pastikan tiada tali/benang/ reben/ kain yang panjang sebab ada risiko anak terjerut leher sendiri.
4. Terlalu kecil. Mainan anak bawah 3 tahun sepatutnya lagi besar dari saiz mulut anak. Kalau nak tahu, boleh cuba masukkan mainan dalam ruang silinder bekas tisu tandas atau paling senang cuba bayangkan sama ada mainan itu muat dalam mulut anak atau tidak. Kalau muat, sila simpan sehingga anak habis fasa ini.
5. Belon. Anak main belon memang comel, tetapi tak comel apabila mempunyai risiko sukar bernafas akibat tercekik belon. Serpihan belon boleh menyempitkan ruang penafasan anak. Hati-hati.
Pendapat saya kalau anak masih dalam fasa memasukkan benda dalam mulut, mak ayah layak untuk “overprotective”. Lagi-lagi apabila bermain di “indoor playground”, kerana risiko jangkitan lebih tinggi semasa fasa ini. Kalau main “outdoor playground” sekurang-kurangnya kotoran akan dibersihkan dengan hujan. Tetapi kalau main di “indoor playground” semuanya terpulang kepada pemilik sama ada mampu tak nak bersihkan kolam bola yang ada beribu bola. 😷
(Saya lebih suka anak berguling di rumput luar dan main pasir di pantai berbanding berenang dalam “ball pool” semasa anak dalam fasa ini)
Nak main duit syiling, tanah, pasir, batu atau tanah liat silakan tetapi pastikan dengan pemerhatian sebab sekelip mata anak dah masuk mulut. 😂
2. FASA BERMAIN MENGGUNAKAN MULUT DAN TANGAN (FASA B )
Selalunya semasa anak berumur 2 tahun hingga 3 tahun. Fasa ini anak dah mula banyak bermain menggunakan tangan berbanding memasukkan benda dalam mulut apabila deria sendi dan sentuhan di tangan sudah kuat untuk anak “rasa”. Kalau ada masukkan benda dalam mulut pun disebabkan “gatal gusi”.
Semasa tahap ini, dah boleh percaya anak sedikit semasa bermain benda kecil kerana anaak sudah pandai membezakan makanan atau bukan melainkan benda baru. Jika mak ayah kali pertama beri anak main benda baru contohnya tanah liat, terangkan pada anak ciri-ciri material tersebut dan jangan lupa beritahu yang mainan itu tak boleh dimakan. 🚫
Jika anak masih memasukkan mainan dalam mulut walaupun selepas umur 3 tahun, sila dapatkan pemeriksaan doktor kerana ini adalah salah satu tanda anak mengalami masalah Sensory Prosessing Disorder. ☡
Kalau nak cerita spesifik apa mainan bagus atau tak bagus, bagi saya semua mainan bagus selagi ia selamat. Periuk, senduk, beras, bawang di dapur pun bagus untuk bagi anak main 😂
Mak ayah boleh rujuk setiap gambar untuk review mainan IKEA daripada saya dan save sebab saya akan tambah info di setiap gambar dengan lebih lanjut jika ada masa terluang 😊
*Tak perlu pun beli daripada Ikea sebenarnya sebab ada banyak kedai yang ada jual mainan yang mempunyai fungsi yang sama dan lebih murah. Cuma review daripada Ikea ini untuk membantu mak ayah menggambarkan mainan yang bagus untuk anak.
Sumber: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Nathaniel Yap, seorang remaja berumur 17 tahun, berkongsi kisah inspirasi tentang minat mendalamnya terhadap Lego dan bagaimana ia membawanya ke pentas pertandingan besar bersama Campus International School. Menurut Nathaniel, setiap kali menyertai pertandingan Lego, dia berasa sangat teruja dan tidak pernah merasa bosan. Pengalaman berada di pentas dan menyertai pelbagai acara pertandingan memberikannya satu ‘thrill’ yang berbeza setiap tahun, sekaligus menguatkan semangatnya untuk terus berkarya.
Minat Nathaniel terhadap Lego bermula sejak beliau masih kecil. Dari bermain dengan set Pluto Bricks hingga ke set Lego yang lebih kompleks, beliau suka mencipta sesuatu yang unik dengan kreativiti sendiri. Nathaniel gemar memecahkan set Lego asal dan membina reka bentuk baru yang datang dari imaginasi dan idea sendiri. Minat yang mendalam ini mendorongnya untuk menyertai beberapa pertandingan Lego kecil yang dianjurkan oleh Legoland dan Lego Malaysia, di mana beliau terus mengasah kemahiran dan kreativiti dalam membina model-model Lego.
Di sebalik kejayaannya, Nathaniel menegaskan bahawa sokongan keluarga sangat penting dalam perjalanan ini. Mereka bukan sahaja memberikan sokongan moral tetapi juga kewangan.
“Keluarga saya adalah pendorong utama saya. Mereka sentiasa berada di sisi apabila saya berhadapan dengan cabaran, memberi semangat agar saya tidak mudah mengalah,” katanya.
Dengan semangat yang tidak mudah luntur dan sokongan keluarga, Nathaniel berjaya menamatkan cabaran pertandingan selama tiga tahun berturut-turut.
Selain sebagai hobi semata-mata, Nathaniel menggabungkan unsur sains dan kejuruteraan dalam binaan Lego-nya. Beliau sering memasukkan komponen seperti gear dan mekanisma yang memerlukan pengetahuan tentang gear ratio dan prinsip kejuruteraan. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan hasil karyanya lebih kompleks dan berfungsi, malah membuka peluang baginya untuk meneroka bidang yang diminatinya di masa depan.
Dalam jangka masa panjang, Nathaniel bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina atau kejuruteraan.
“Saya ingin menggunakan kemahiran yang saya peroleh daripada Lego dalam bidang yang lebih serius seperti seni bina atau kejuruteraan,” jelasnya.
Dengan harapan dapat mengaplikasikan kreativiti dan pengetahuan teknikalnya ke tahap yang lebih tinggi, beliau berazam untuk terus berusaha dan belajar.
Bagi mereka yang baru ingin memulakan atau yang sedang menghadapi cabaran dalam bidang kreatif, Nathaniel menasihatkan supaya jangan mudah berputus asa. Menurutnya, kadang-kadang terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kita terhenti dan tidak bergerak maju.
“Jangan biarkan kekurangan idea menghalang anda. Teruskan buat, teruskan bina, dan nikmati proses kreativiti itu,” katanya.
Kisah Nathaniel Yab bukan sahaja menunjukkan bagaimana minat dan kreativiti boleh berkembang menjadi sesuatu yang hebat, tetapi juga mengingatkan kita betapa pentingnya sokongan keluarga dan ketekunan dalam mencapai cita-cita. Dengan semangat dan kerja keras, tidak mustahil bagi seorang remaja seperti Nathaniel untuk menggabungkan seni, sains, dan kejuruteraan melalui medium yang menyeronokkan seperti Lego, dan menjadikan minatnya sebagai jalan menuju masa depan yang cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!