
Apabila ibu menyusu kekurangan susu badan, biasanya orang-orang tua akan suruh pergi mengurut. Ye ini salah satu alternatif selain beberapa cara lagi yang boleh dilakukan.
Menerusi perkongsian daripada Puan Nurasyikin Ali, teknik Urutan Kasih ini boleh membantu pengeluaran susu.

Urutan ni mampu bantu ibu lebih relaks dan secara tak langsung terhasil hormon gembira atau yang dipanggil oxytocin.
INGAT TAU. Bila ibu happy, susu akan terhasil lebih banyak.
STEP 1:

-Minta suami atau rakan tolong.
-Posisi ibu duduk di kerusi dan menelungkup di tepi meja supaya badan sedikit membongkok.
-Ibu duduk dalam keadaan tenang sambil memikirkan yang indah-indah
STEP 2:

-Mulakan mengurut bahagian leher dan bahu si ibu selama beberapa minit. Ianya sebagai ‘warming up’ beri keselesaan dan legakan ketegangan.
STEP 3:

-Gunakan kedua-dua ibu jari tangan. Urut di dua bahagian tepi tulang belakang. Tekan sikit badan ibu dengan ibu jari dan lakukan urutan bulatan setempat beberapa saat.
-Buat urutan dari bahu hingga pinggul dan ulang step beberapa kali. Elakkan urut atas tulang belakang ya..
Sumber: Nurasyikin Ali
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“He’s Here, 7 April 2023.” Sharifah Aryana Selamat C-Section, Bersalin Bayi Lelaki Berat 3.2kg!

Aktres berbakat besar yang mula dikenali melalui watak Orked dalam filem Mukhsin, Sharifah Aryana, dan suaminya, Jad Hanif Jimmy kini sudah bergelar ibu dan ayah!

Baca Juga:
“Wait, Sabar.” Video Anak Zahirah MacWilson Tahan Diri Makan Coklat Buat Ramai Kagum. Cerdik!
Anak bongsu kepada pasangan Fatimah Abu Bakar dan Syed Zainal Rashid Al-Yahya ini selamat bersalin pada 7 April yang lepas.
Berkongsi tentang berita gembira ini di akaun Instagram, Aryana turut memaklumkan yang dia telah melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram (kg) melalui pembedahan.
” He’s here.. 7 April 2023, 3.2kg, emergency c-section.”

Melahirkan rasa syukur kerana semuanya baik-baik saja dan Aryana turut memberitahu dirinya memerlukan sedikit masa untuk pulih semula.
“Alhamdulilah all is fine and I just need some time to heal. Thank you everybody for all the doas and help. I’m so thankful to have the support system that I do. Alhamdulilah syukur.”

Banyak komen yang ditinggalkan rakan artis untuk mengucapkan tahniah kepada new mommy ini;



Selamat menjalani tempoh berpantang dengan happy. Semoga segera pulih dan bayi membesar dengan sihat. Tak sabar nak tengok wajah anak pasangan ini dari dekat dan tahu namanya. Tahniah Aryana dan suami!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum Cerai Susu, Pastikan Anak Bersedia. Elak Hentikan Penyusuan Kalau 7 Perkara Ini Berlaku, Itu Tanda Dia Belum Ready

Bercerai susu adalah situasi yang bukan sekadar biasa. Ia melibatkan emosi dan dalam masa yang sama memerlukan persediaan mental ibu, anak, bapa dan sesiapa sahaja yang rapat.
Menurut Dr Zaharah Sulaiman, Pensyarah Kanan dan Perunding Laktasi, Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM, bercerai susu diumpamakan seperti tindakan memisahkan si manja dengan ‘sesuatu’ yang bersama dengannya sejak dari hari pertama kelahirannya.
Tidak sekadar isu payudara yang bengkak yang bakal dihadapi ibu, ia tentu akan memberikan kesan psikologi yang tidak kurang hebatnya kepada si manja. Situasi ini tentu sukar dan memerlukan strategi dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Kebiasaannya ibu akan mula terfikir untuk bercerai susu apabila si kecil mencecah usia dua tahun dan sebaiknya ia dilakukan secara berperingkat. Garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan penyusuan secara eksklusif dilaksanakan selama enam bulan dan meneruskan penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih.
Bercerai susu bukan bermaksud menukar daripada memberi susu ibu kepada susu formula. Sebaliknya, apabila bayi sudah berusia enam bulan, makanan pelengkap perlu dimulakan untuk membekalkan nutrient dan tenaga secukupnya kepada bayi. Dengan ini pemberian susu ibu mula berkurangan. Dan apabila si manja sudah memceah dua tahun, susu ibu bukan lagi penyumbang utama kepada kepeluan nutrient mereka. Sebalinya ibu haruslah memberikan makanan seimbang untuk memastikan tumbesaran yang sihat buat si manja.
4 SITUASI CERAI SUSU
#1.TERJADI SENDIRI
Cerai susu boleh terjadi apabila si kecil tidak lagi mahu menyusu. Bayi yang selalunya berusia setahun ke atas yang sudah mendapat nutrien daripada makanan pejal dan berupaya minum sendiri dari cawan akan mula kurang menyusu secara berperingkat. Lazimnya kanak-kanak yang dibiarkan bercerai susu sendiri akan mula ‘melepaskan’ antara usia dua hingga empat tahun. Tiada usia yang spesifik, malah ada yang lebih awal dan lebih lewat daripada usia ini.
#2.CERAI SUSU YANG DICETUSKAN OLEH IBU
Anda sendiri boleh mendorong si kecil dengan kasih sayang, kesabaran, fleksibel dan tanpa paksaan. Dengan cara ini, si kecil dapat bercerai susu tanpa protes dan kurang ragam. Anda boleh melakukannya dengan perlahan-lahan dengan cara tidak menawarkan susu ibu kepada anak tetapi dalam masa yang sama tetapi tidak pula menolak apabila si manja mahukannya. Tetapi, anda disarankan untuk menunggu sehingga usia si kecil 18 bulan di mana si manja berupaya memahami perkataan ‘tidak’.

#3.CERAI SUSU SECARA TIBA-TIBA
Cara ini boleh merjadi secara tiba-tiba tanpa dirancang. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Sebagai contoh, kesihatan ibu seperti terpaksa mendapatkan rawatan perubatan yang melibatkan ubat-ubatan tertentu yang boleh memasuki susu ibu dan memberikan impak negatif kepada si kecil. Hormon yang berubah secara drastik akan menyebabkan perubahan emosi pada ibu iaitu tekanan perasaan dan perasaan yang mudah tersentuh.
Jika ini terjadi kepada anda dan perlu bercerai susu secara tiba-tiba, berbincanglah dengan pakar atau kaunselor laktasi untuk mendapatkan pandangannya. Anda juga boleh meminta pendapat tentang pilihan lain yang ada selain bercerai susu jika si kecil masih lagi kecil. Tidak semua ubat memberi kesan negatif kepada bayi. Kebanyakkan ubat antibiotik selamat diambil untuk ibu yang menyusukan bayi mereka. Oleh itu penting unuk ibu mendapatkan maklumat yang betul sebelum menghentikan penyusuan secara tiba-tiba.
#4.CERAI SUSU BERPERINGKAT
Cerai susu cara ini lebih terancang dan selamat. Anda boleh menggantikan sesi penyusuan kepada si manja iaitu dengan makanan yang berkhasiat. Kerana fungsi penyusuan bukan terhad kepada mengenyangkan dan menghilangkan dahaga, ia lebih kepada pertalian antara ibu dan anak. Justeru, tingkatkan kekerapan komunikasi dan sentuhan agar dia tidak berasa perubahan yang ketara ‘kehilangan’ jalinan yang erat sebelum ini .
TANDA-TANDA SI KECIL BELUM SEDIA UNTUK CERAI SUSU
Kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk bercerai susu pada pelbagai tahap umur. Ada yang awal dan yang lewat. Jika si kecil menunjukkan tanda-tanda ini, bermakna terlalu awal untuk bercerai susu. Dia masih belum bersedia.
- Kesukaran untuk berpisah dengan anda.
- Meningkatnya pelbagai ragam seperti tangisan, kebergantungan dan tantrum.
- Kerap tersedar ketika tidur pada waktu malam.
- Menggigit walau pun sebelumnya tidak pernah berlaku.
- Dia mula memiliki atau semakin rapat objek kesayangan seperti selimut, bantal, mainan dan sebagainya.
- Hisap jari atau memerlukan puting tiruan.
- Sakit perut, sembelit, muntah-muntah atau keengganan untuk makan, kemungkinan sebagai cara untuk menunjukkan tidak setuju dihentikan penyusuan. Jika hal ini berterusan dan mengganggu kesihatan si comel, maka perlulah dirujuk ke hospital.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Serangan Bakteria Ini Boleh Akibatkan Maut Pada Bayi Baru Lahir. Fahami Siapa Berisiko & Cara Elakkannya

Serangan bakteria ini boleh mengakibatkan kematian pada bayi baru lahir jika tidak dikesan awal. Fahami siapa berisiko & cara elakkannya.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/bakteria yang terdapat pada vagina dan rektum ( tempat simpan tinja sebelum dikeluarkan ) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%).

Bakteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakkan wanita yang ada GBS ini tidak menujukkan apa-apa simptom.
Menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bakteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan.
Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan dan amat jarang ketika kehamilan dan sekiranya proses proses bersalin belum bermula.
BAGAIMANA GBS DIKESAN?
GBS boleh dikenal pasti ketika hamil bila sampel dari vagina / sampel dari rektum atau ujian air kencing.
Kita TIDAK tawarkan kepada semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan untuk GBS pada ketika ini kerana :
- Kebanyakkan wanita yang ada GBS, melahirkan bayi yang sihat dan tidak ada jangkitan GBS.
- Saringan GBS pada lewat kehamilan, tidak boleh secara tepat meramalkan bayi mana yang akan terkena jangkitan GBS
- Tiada ujian sariangan yang benar-benar tepat. Jika ujian saringan menujukkan tiada GBS – tidak bermakna 100 % ada bukan pembawa GBS
- Kebanyakkan bayi terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tak cukup bulan, sebelum sempat kehamilan disaring untuk GBS pada 35 hingga 37 minggu
- Pemberian antibiotik kepada semua pembawa GBS bermaksud sebilangan besar wanita akan menerima rawatan yang mereka tidak perlukan sebenarnya.

KESAN GBS KEPADA BAYI
Kebanyakan bayi yang dijangkiti GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal.
1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS (early-onset GBS infection).
Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis ) , jangkitan pada peparu ( pneumonia ) dan jangkitan pada lapisan otak ( meningitis ).
Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya.

Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.
5 BAYI YANG BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN GBS
Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya :
- Bayi pramatang – lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya.
- Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS.
- Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin.
- Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sampel vagina.
- Air ketuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan.

BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN GBS KEPADA BAYI?
Jika sampel air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotik. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotik juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah.
Kalau sampel dari vagina yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotik ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah.
Jika ada bayi yand terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas, kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah
Jika air ketuban pecah sebelum 37 minggu, dan ibu ada GBS, kehamilan perlu di indius – bayi perlu dilahirkan tanpa berlengah untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman GBS. Jangan lupa antibiotik juga turut diberikan melalui salur darah.

Walaupun seseorang wanita tu tiada GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotik juga melalui salur darah yang merawat banyak bakteria termasuk kuman GBS.
Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doktor akan menasihatkan ibu menerima antibiotik dalam salur darah walaupun tiada GBS.
Ibu yang ada GBS, kita tidak beri antibiotik SEBELUM proses bersalin bermula kerana tindakan ini TIDAK mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS.
Tak perlu antibiotik selagi proses kelahiran belum bermula. Hanya terima rawatan antibiotik ketika hendak melahirkan – dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran.
Kalau anda sudah ada tarikh untuk kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda TIDAK PERLU antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air ketuban telah pecah.
Biarpun begitu, bila kita nak buat pembedahan caesarean, SEMUA ibu akan diberikan antibiotik sebelum pembedahan bermula untuk mengurangkan risiko untuk pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan
Beritahu doctor mengenai ubat yang anda alergi. Kemungkinan besar ubat yang ada alergik tu adalah antibiotik yang perlu diberikan untuk GBS!
TANDA-TANDA BAYI DIJANGKITI GBS
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang ada GBS akan dipantau oleh doktor paediatrik, untuk mengenalpasti bayi akan ada jangkitan kuman GBS. Rawatan antibiotik akan dimulakan jika difikirkan perlu oleh doktor paediatrik .
Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;
- Nafas berbunyi, susah untuk bernafas.
- Selalu mengantuk dan tiada respon.
- Otot-otonya lembik.
- Tidak minum susu dengan baik, atau kurang susu.
- Demam atau mempunyai suhu rendah.
- Perubahan pada warna kulit (blotchy skin).
- Nadi bayi menjadi laju atau terlampau perlahan.
- Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital.
- Paras gula darah bayi rendah – bolehdikenalpasti di hospital.

Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang seriuss sehinggan boleh membawa maut.
JANGAN PANIK!
Ibu bapa jangan terlalu bimbang dan panik kalau doktor cakap anda ada GBS. Ikuti penerangan doktor terlebih dahulu. Ada rawatan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
[ Artikel berkaitan: Ramai Wanita Tidak Sedar Ada Fibroid. Doktor Kata Salah Satu Puncanya Obesiti]
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


