Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima 9 tahun dilaporkan maut di rumahnya di Kabupaten Ciamis, Jawa Barat pada Rabu. Mangsa dipercayai maut berpunca dari letupan telefon bimbit milik ibunya.
Menurut Ketua Kampung, Dedi, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang, lapor Kompas. Ketika itu, ibu mangsa mengajaknya makan sebelum dia keluar rumah untuk membeli makanan untuk mangsa.
Dia mendakwa, mangsa terus bermain dengan telefon bimbit yang masih bersambung dengan pengecas sebaik sahaja ibunya keluar. Ketika pulang dari membeli makanan, ibu mangsa mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan berada dalam posisi terbaring.
Menurutnya lagi, mangsa dipercayai tertidur semasa bermain telefon itu melihat dari posisi telefon yang masih berada pada dada mangsa. Telefon bimbit itu dipercayai ‘meletup’ melihat daripada luka terbakar pada dada mangsa.
Ads
Sementara itu, menurut ibu mangsa, pengecas telefon bimbit tersebut masih berada dalam keadaan elok dan disambungkan pada plug, namun tidak ada kesan terbakar pada kedua-dua bahagian plug dan kabel.
Tak disangka-sangka aktiviti bermain basikal bagi seorang kanak-kanak berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila mangsa ditemui lemas bersama basikal selepas terjatuh dalam tali air.
Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikenali sebagai Muhammad Firash Darwisy Azlan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai Dua, Kampung Pokok Simpor, Kepala Batas.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kepala Batas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Sampai di lokasi kejadian didapati terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki Melayu berumur 6 tahun telah terjatuh di dalam tali air.
“Mangsa telah berjaya dinaikan ke darat oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.
Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Hospital Kepala Batas yang berada di lokasi berkenaan.
Temui sepasang selipar terapung
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kehilangan Muhammad Firash disedari kakak mangsa yang keluar mencari selepas mangsa tidak pulang ke rumah.
Kakak mangsa kemudian keluar mencari adiknya dan telah terlihat sepasang kasut kanak-kanak terapung di dalam tali air berkenaan.
Dia kemudian meminta bantuan penduduk kampung yang kemudian turun ke dalam tali air itu untuk mencari mangsa sebelum menemui basikal milik mangsa dan seterusnya jasad kanak-kanak malang itu.
Terjatuh bersama basikal
Siasatan mendapati, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tali air yang mempunyai kedalaman dua meter bersama basikalnya.
Mayat mangsa ditemui di dasar tali air bersama basikalnya pada jam 6.30 petang.
Menurut Noorzainy, penduduk turut memberi bantuan pernafasan sebelum pegawai perubatan tiba.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk tindakan lanjut.
Ketika penularan pandemik COVID-19 menurun di China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit.
Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China, The Global Times, semalam, mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.
“Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu,” ciap akhbar itu.
Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.
Penyakit bawaan virus itu kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’.
Perkembangan baharu itu berlaku ketika seluruh dunia sedang bergelut untuk membasmi wabak COVID-19.
Berbanding COVID-19 yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas, jangkitan hantavirus dalam badan akan mengakibatkan kelesuan, sakit otot serta sakit kepala.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Naluri setiap ibu pastinya ingin menyusukan anak secara eksklusif walaupun tahu pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi demi menjayakanya. Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak, Dr.Tengku Ezulia Binti Tengku Nun Ahmad yang mesra dipanggil Dr.Ezulia juga mempunyai pelbagai pengalaman serta cabaran sepanjang menyusukan anak-anaknya.
Bercerita tentang pengalaman menyusukan dari anak pertama sehinggalah anak kembarnya, dia nekad untuk memberikan anak-anak dengan susu ibu walaupun tugasnya sebagai doktor pakar bedah sememangnya sangat sibuk. Sebolehnya dia tidak mahu anak-anak minum susu formula selagi rezeki dia untuk menyusukan anak masih ada. Walaupun penat namun ianya sangat berbaloi.
Menurut Dr.Ezulia, anak kembarnya Nik Areq Al-Birran dan Nik Arez Al-Birran dimasukkan ke NICU sejurus selepas dilahirkan. Namun Dr.Ezulia bersyukur kerana dia dapat menyediakan susu ibu untuk diberikan kepada si kembar di NICU.
“Ketika si kembar dilahirkan, mereka diintubasi di NICU dan diberi susu melalui tabung ryle. Pada mulanya berat si abang menurun. Walaupun kedua-duanya mempunyai berat lahir yang sama, namun selepas beberapa ketika berat badan mereka berbeza 1 kg. Cukup penting memandangkan mereka baru lahir pada masa itu. Selama 3 bulan, saya terpaksa menambahkan fortifier ke dalam susu ibu saya untuk diberikan kepada si abang. Dan sekarang Alhamdulillah, berat badan si abang meningkat dan pencapaiannya berkembang dengan baik.I’m so thankful they are growing well… Alhamdulillah.”
“Saya rasa sangat penting untuk saya berkongsi tentang penyusuan susu ibu kerana ini adalah rutin saya pada masa ini. Saya menghasilkan kira-kira 1.2 liter susu ibu setiap hari untuk anak kembar saya ketika mereka baru dilahirkan. Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan bekalan susu ibu.”
Tip Banyakkan Susu:
Apabila ditanyakan tentang pengalaman menyusukan anak pertama, ianya bukanlah sesuatu yang mudah kerana ketika itu Dr.Ezulia pertama kali menjadi ibu dan masih belajar tentang penyusuan. Lebih mencabar apabila dia mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di New York ketika usia anak sulungnya, Ally 10 bulan (2019).
Pengalaman Penyusuan Anak Pertama
“Menjadi ibu, anda akan kekurang waktu tidur. Ally akan bangun setiap 2-3 jam untuk menyusu pada waktu malam. Saya pernah belajar menyusu dalam posisi tidur/berbaring untuk menyusukan Ally jadi saya boleh menyambung tidur ketika saya sedang menyusu. Dengan cara itu saya dapat memaksimumkan waktu malam saya untuk tidur. Sangat penting untuk tubuh kita mendapat tidur dan rehat yang diperlukan secukupnya.”
“Masa mula-mula lekapan, dia dah pandai hisap sehingga rasa enjoy sangat. Rezeki juga waktu itu susu meriah dan memang dapat berikan secara eksklusif.”
“Di saat susu sedang meriah dan si kakak waktu itu berusia 10 bulan, dapat tawaran menyambung pengajian ke New York. Waktu itu dah mula rasa sedih sebab takut tak dapat berikan susu padanya.”
“Namun atas semangat yang diberikan suami, saya mengambil keputusan untuk membuat stok susu selama 3 bulan sebelum berpisah dengannya. Dari awal saya dah belikan satu freezer khas dan hantar susu yang dipam ke kampung kerana mak yang akan menjaga anak.”
“Semasa berada di New York saya tetap melakukan rutin mengepam dan simpan stok susu. Alhamudulillah perancangan saya itu berjaya kerana saya tak mahu putus susu apabila pulang semula ke Malaysia. Memang rasa mencabar, tetapi jika kita betul-betul mahu mesti akan berjaya.”
Dr Tengku Ezulia turut berkongsi tentang kelebihan susu ibu kepada ibu supaya para ibu lain mendapat semangat yang luar biasa untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
Kelebihan susu ibu kepada ibu:
1. Turun berat badan lebih cepat: Penyusuan susu ibu dapat membakar sehingga 500 kalori setiap hari. Kajian menunjukkan ibu yang menyusu badan lebih mudah kembali kepada bentuk badan asal berbanding mereka yang tidak menyusu badan.
2. Jimat kos: Tidak perlu membeli susu formula. Tapi sambil2 scroll handphone tu jangan sibuk online shopping pula waktu tengah menyusu 😌
3. Kecutkan rahim dan kurangkan pendarahan: Penyusuan ibu merangsang rahim untuk menguncup dan kembali ke ukuran normal sekaligus mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin.
4. Kurangkan risiko kanser payudara dan ovari: Penyusuan susu ibu menyebabkan perubahan hormon yang dapat menunda kembalinya haid ibu. Ini mengurangkan pendedahan terhadap hormon estrogen yang berkaitan dengan peningkatan risiko kanser payudara dan ovari.
5. Sentiasa ada dan tidak memerlukan penyediaan: Penyusuan susu ibu menjadikan perjalanan ke sesuatu destinasi lebih mudah kerana susu ibu sentiasa bersih dan suhu yang betul. Tak perlu risau lupa bawa susu formula, air panas nak campur air suam, botol susu dan lain-lain.
6. Eratkan hubungan ibu dan bayi: Ikatan fizikal / emosi antara ibu dan bayi meningkat kerana lebih banyak hubungan kulit ke kulit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.