Bukan mudah untuk melahirkan anak. Prosesnya tidak senang tetapi demi anak tersayang, si ibu sanggup berdepan dengan apa saja jenis kesakitan. Sementara menunggu bukaan ‘jalan’, sakit kontraksi itu bagaikan tidak tertanggung. Ketika inilah suami perlu memainkan peranannya.
Ads
Seperti yang dilakukan oleh suami yang berasal dari Hainan, China ini ketika dia membantu si isteri melalui proses bersalin anak mereka. Mr. Wang merupakan seorang guru menari membuat persembahan tarian tradisional dalam bilik bersalin.
Ads
Dikatakan isterinya mahu melahirkan untuk pertama kalinya dan proses bersalin buatnya sedikit sukar. Pada ketika itu juga isterinya dilaporkan sangat gementar untuk melalui proses tersebut. Dek sebab itu, Mr. Wang mengambil inisiatif untuk mengalih perhatian isterinya dengan membuat persembahan tarian itu sehingga si isteri berjaya melahirkan anak mereka.
Tanpa sedar kegemaran bawa bayi masuk shopping mall menyebabkan si kecil berisiko mendapat jangkitan kuman. Kalau hujung minggu memang ramai ibu bapa muda yang seronok bersiar-siar di pusat membeli-belah sambil menyorong stroller anak masing-masing. Bukan ada hal penting yang hendak di cari tapi saja-saja jalan hujung minggu sambil cuci mata.
Tapi kalau anda ada anak kecil bawah umur setahun dan selalu bawa anak masuk mall, hati-hati dengan risiko macam-macam jangkitan kuman. Pesanan dan nasihat daripada seorang bapa Encik Muhammad Ahmad ini ada benarnya.
Selalunya jika ke mall saya akan memakai mask untuk memastikan saya tidak mengeluarkan kuman atau virus dan juga untuk mengelakkan saya dijangkiti virus atau kuman. Dan jarang sangat bawa anak masuk mall. Tidak silap saya usia beliau 1 tahun 2 bulan baru masuk mall,itu pun awal pagi hari bekerja.
Tapi sayang ramai ibu bapa sekarang masih membawa bayi masih berusia 2,3 bulan.
Saya selalu menyapa mereka dan memberi sedikit nasihat. 90% kebanyakkan mereka membawa bayi bukan urusan KECEMASAN. Sebaliknya untuk ‘mencuci mata’ berjam-jam. Yelah 40-60 hari berpantang pasti boring kan.
Tapi Tuan puan. Ketika itu tahap immunity bayi sangat rendah. Berkali ganda mudah untuk dijangkiti virus atau kuman(airborne disease) atau menyedut asap ROKOK(boleh menyebabkan radang paru-paru)
Walaupun saya sebagai orang awam, saya tetap peka tentang kesihatan saya dan orang lain terutama bayi.
Ya kita faham bukan bermakna semua bayi akan dijangkiti virus dan kuman atau asap rokok. Pasti apa yang saya katakan ini boleh dicanggah. Namun kita perlu berwaspada.
Saya beranggapan bahawa penjagaan kesihatan bayi bukan terletak kepada ibu bapa mereka sahaja,bahkan kita semua. Kitalah bertanggungjawab untuk menasihati mereka dengan penuh hikmah. Paling tidak pun print out flyers jenis-jenis penyakit bawaan udara dan edarkan kepada awam. Mungkin ramai ibu bapa diluar sana kurang didedahkan tentang perkara ini.
Bayangkan tubuh kecil itu dijangkiti virus, kuman atau asap rokok sehingga menyebabkan bronchitis dan Pneumonia sehinggakan bayi terpaksa dimasukan ke hospital berhari-hari. Pasti kita menyesal tidak sudah. Lebih-lebih lagi 4ribu lebih bahan kimia dari asap rokok sangat mudah untuk disedut oleh bayi kerana pernafasan mereka lebih laju berbanding orang dewasa.
Nasihat saya(untuk diri sendiri juga) elakkan anak-anak terutama bayi terdedah di tempat awam yang padat terutama hujung minggu. Jika mustahak pastikan menggunakan stroller hood(seperti gambar dibawah) Dan membasuh muka,tangan kanak-kanak sebelum pulang ke rumah atau apa-apa kaedah untuk mengelakkan bayi dijangkiti kuman atau virus.
-EncikMatt-
Sumber: Tuan Muhammad Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu menangis sekali bila anak teruk menggaru “Aazeen menggaru sebab dia gatal dan susah nak tidur dengan lena walaupun pada waktu malam. Tangan dia terus menggaru sampailah satu tahap, dia garu sampai berdarah. Dalam keadaan dia macam tu, masih terus dengan penggunaan hydrocort dan aqeous cream.”
Nur Aazeen Nabihah, 1 tahun 5 bulan disahkan menghidap ekzema sejak usianya tiga bulan lagi. Pada mulanya, Shafiqah Nur Aimanina atau lebih mesra dengan panggilan Nina menyangka pipi anaknya kemerahan akibat ruam susu kerana ada bintik merah kecil di permukaan pipi Aazeen.
Ketika berada di klinik kesihatan (tujuan untuk vaksin Aazeen), Nina mengambil keputusan untuk bertanya dengan jururawat dan dicadangkan agar Aazeen dirujuk kepada doktor.
Ekzema MerebakKe Bahagian Badan
Doktor bagi aqeous cream dengan cream allergik yang biasa sahaja tetapi tiada perubahan. Pada bulan seterusnya, doktor bagi aqoues cream dan hydrocort sebab masih tiada perubahan pada kulit Aazeen. Dari situ lah kawasan merah-merah pada kulit Aazeen makin teruk dan mula merebak ke seluruh badan.
“Aazeen menggaru sebab dia gatal dan susah nak tidur dengan lena walaupun pada waktu malam. Tangan dia terus menggaru sampailah satu tahap, dia garu sampai berdarah.
Dalam keadaan dia macam tu, masih terus dengan penggunaan hydrocort dan aqeous cream. Ada satu masa tu, Aazeen berdarah teruk dekat kawasan badan dia dan saya terus bawa dia ke Hospital Sungai Buloh. Dari situ, Aazeen disahkan ada ekzema (saya lupa nama jenis ekzema tu).
Bermulalah Rutin Dalam Wad“Aazeen dimasukkan ke wad selama seminggu. Bermulalah rutin kena sapu dengan saline water (sampai luka kering), ubat antibiotik (oral), aqeous cream dan antibiotik cream. Tahap ekzema dia masa tu dikategorikan agak teruk sebab nak mandikan dia sekali pun kena guna aqeous cream.
“Sekarang dia masih lagi perlu follow up dengan doktor pakar untuk pantau keadaan kulitnya.
“Setakat ni saya bawa anak bawa anak jalani semua rawatan moden. Tradisional ada jugak terfikir nak buat, tapi takut kulit dia jadi teruk balik. Tapi setakat ni, perubatan moden pun macam tiada perubahan. Penggunaan ubat steroid membuatkan kulit dia makin ‘laparkan’ steroid. Kandungan dos steroid semakin tinggi untuk kulit dia. Kos secara puratanya adalah dalam RM300 sebulan.
“Nina berpantang jugak. Banyak yang saya pantang seperti telur, ayam, ikan bilis. Tapi tak menjadi. Aazeen masih akan menggaru. Dia pun saya bagi makan bubur kosong je. Walaupun sampai sekarang. Sama macam Nina, tak bagi dia makan telur, ayam, ikan bilis. Macam lobak merah, Aazeen suka makan.
Stres dan Putus Harapan
Apa yang berlaku pada Aazeen sangat mencabar emosi dan fizikal. Tapi yang teruk emosi lah, sebab masyarakat sekeliling kebanyakkannya akan macam geli dengan kulit dia. Kadang bila berjalan, dengan pipi dia yang merah, orang akan ramai bertanya lepas tu macam tu je lah. Bagi cadangan itu ini, tapi kadang tak membantu. Ada jugak yang letak salah dekat saya balik. Ada jugak rasa putus harapan, kadang stress melampau. Especially bila tahan tangan dia dari menggaru. Nina pun kadang menangis sekali. “
“Sekarang ni, keadaan Aazeen macam makin teruk balik. Dia punya ekzema on off. Buntu dah. Harap Aazeen akan bertambah baik dan ekzema dia akan makin baik. Kesian dekat dia tak boleh nak bermain dengan tenang. Sebab kalau berpeluh pun akan trigger dia punya ekzema. Dia akan menggaru. Saya amat terbuka jika ada cadangan atau tempat rawatan yang boleh memberi impak positif untuk Aazeen,” akhiri Nina menyatakan harapannya untuk kesembuhan anak tersayang daripada ekzema.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berperang nak beri anak makan ubat supaya cepat sembuh situasi yang biasa yang perlu ibubapa hadapi. Sampaikan ada anak meraung-raung macam kena dera semata-mata terpaksa makan ubat. Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh ikuti perkongsian dari doktor tentang cara yang betul untuk pujuk anak makan ubat tanpa perlu berperang.
TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT.
Banyak tips yang dikongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka.
Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah:
1. Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang.
2. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat mengurangkan selsema. Ini memudahkan tugas ibubapa memberikan ubat untuk anak.
3. Berikan ubat dalam jumlah yang sedikit, demi sedikit dengan menggunakan syringe (picagari). Mungkin setiap kali berikan satu ml. Ambil sedikit masa untuk anak menghabiskan 5ml ubat.
4. Campurkan dengan madu. Bagi anak yang berusia 2 tahun ke atas, berikan ubat dan campurkan sedikit madu bagi membantu mengurangkan rasa pahit ubat yang bakal ditelan.
5. Berikan anak air yang mencukupi beberapa jam sebelum ubat diberikan. Anak yang mengalami dehidrasi selalunya lidah mereka lebih sensitif dan lebih mudah menolak ubat yang rasanya pahit.
6. Masukkan ubat dari tepi lidah supaya anak tidak mudah tercekik sepertimana kita memberikan ubat terus ke tengah lidah.
7. Ada beberapa ubat yang diformulasikan sebagai suppositories (ubat masuk punggung) terutamanya ubat demam. Boleh gunakan dengan meletakkan sedikit minyak bagi memudahkan masuk ke dalam punggung.
8. Tunjukkan kasih sayang ketika memberikan ubat pada anak, kerana pada masa itu anak-anak mahu rasa selamat, dilindungi dan disayangi. Memarahi anak bukan cara terbaik memujuk anak memakan ubat.
Ramai tak sedar bau “fresh” pada pakaian sebenarnya datang daripada bahan kimia tekstil. Ketahui sebab pakar sarankan ibu bapa basuh baju baru anak sebelum dipakai.