
Cuti sekolah sering menjadi waktu yang dinantikan oleh anak-anak untuk meluangkan masa bersama keluarga. Namun bagi ibu bapa, merancang aktiviti yang menarik tanpa perlu berbelanja besar boleh menjadi satu cabaran, lebih-lebih lagi apabila sudah memasuki pertengahan bulan. Mujurlah, ada banyak tempat percuma di Kuala Lumpur yang boleh diterokai bersama anak-anak.
Sebenarnya, mencipta kenangan indah bersama anak tidak semestinya memerlukan percutian mewah atau perbelanjaan sehingga ratusan ringgit. Kadang-kadang, aktiviti ringkas seperti berjalan-jalan, bermain di taman atau meneroka tempat baharu sudah cukup membuatkan si kecil gembira.
Seperti perkongsian Asma Azha yang berjaya meraih lebih 90,000 tontonan, terdapat beberapa lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur yang boleh menjadi pilihan ibu bapa untuk membawa anak berjalan-jalan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar.
Bak kata ibu ini, happykan anak tak semestinya perlu spend beratus atau beribu. Cukuplah sekadar spend time dan bawa mereka berjalan-jalan. Yang penting, create memory banyak-banyak bersama anak.
Tengah cuti sekolah ini, kalau mak ayah dah mati kutu tak tahu nak bawa anak ke mana, boleh simpan senarai tempat percuma di Kuala Lumpur ini!
1. Taman Tasik Titiwangsa

Bagi anak yang suka aktiviti luar, Taman Tasik Titiwangsa antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Kawasannya luas dan anak-anak boleh berjalan, bermain di taman permainan serta menikmati pemandangan sekitar tasik.
Mak ayah pun boleh ambil peluang beriadah bersama sambil meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Kalau mahu aktiviti santai yang tidak memerlukan perbelanjaan besar, lokasi ini memang antara pilihan menarik untuk seisi keluarga.
2. BookXcess REXKL

Nak aktiviti yang lebih santai? Boleh bawa anak singgah ke BookXcess REXKL. Susunan rak bukunya yang unik menjadikan tempat ini menarik untuk diterokai bersama si kecil.
Selain memperkenalkan anak kepada dunia buku, mak ayah juga boleh jadikan kunjungan ini sebagai salah satu cara untuk memupuk minat membaca sejak kecil. Anak boleh melihat pelbagai jenis buku sambil meneroka suasana yang berbeza daripada kebiasaan.
Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri
Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!
Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah
3. Dataran Merdeka

Tidak semestinya kena masuk ke tempat berbayar untuk anak berseronok. Hamparkan tikar di kawasan lapang, biarkan anak bermain dan nikmati suasana petang bersama keluarga.
Dataran Merdeka juga sesuai dijadikan lokasi santai untuk anak bergerak bebas sambil melihat suasana bandar Kuala Lumpur. Mak ayah boleh jadikan aktiviti berjalan-jalan di sini sebagai peluang untuk menikmati masa bersama tanpa jadual yang terlalu padat.
4. Balai Seni Negara

Bagi mak ayah yang mahu memperkenalkan anak kepada seni, Balai Seni Negara boleh dimasukkan dalam senarai tempat percuma di Kuala Lumpur untuk diterokai bersama keluarga.
Pelbagai hasil seni dan pameran menarik boleh membuka ruang kepada anak untuk melihat, bertanya dan mengenali sesuatu yang baharu. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah boleh merangsang kreativiti serta imaginasi mereka.
Mak ayah juga boleh mengambil peluang untuk berbual dengan anak mengenai karya yang mereka lihat. Tak perlu penerangan yang terlalu serius, cukup sekadar bertanya apa yang mereka nampak, warna yang mereka suka atau karya mana yang paling menarik perhatian.
5. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Satu lagi lokasi yang boleh memberikan pengalaman berbeza kepada anak-anak.
Melalui pelbagai ruang pameran dan aktiviti yang disediakan, anak bukan sahaja dapat berjalan-jalan tetapi turut berpeluang belajar mengenai perkara baharu dalam suasana yang lebih interaktif.
Aktiviti sebegini sesuai untuk mak ayah yang mahu selitkan elemen pembelajaran dalam aktiviti cuti sekolah. Anak dapat keluar dari rumah, meneroka tempat baharu dan pada masa yang sama memperoleh pengalaman yang mungkin tidak mereka dapat melalui rutin harian.
6. TRX City Park

Kalau anak memang jenis aktif, lokasi ini pasti membuatkan mereka teruja!
Kawasan permainan di TRX City Park mempunyai pelbagai ruang untuk anak meneroka, memanjat dan bermain. Sesuai sangat untuk mak ayah yang mahu beri peluang anak melepaskan tenaga selepas lama berada di rumah sepanjang cuti sekolah.
Selepas bermain, bolehlah mak ayah berehat seketika sambil menikmati suasana sekitar. Aktiviti mudah seperti ini pun boleh menjadi pengalaman yang cukup menyeronokkan buat anak apabila dapat dilakukan bersama keluarga.
7. Beryl’s

Siapa sahaja yang tidak teruja apabila bercakap tentang coklat?
Di sini, anak-anak boleh melihat suasana berkaitan penghasilan coklat dan meneroka ruang pameran yang tersedia. Selain menjadi pengalaman baharu, kunjungan seperti ini juga boleh dijadikan aktiviti santai bersama keluarga.
Bagi anak-anak, peluang melihat sesuatu yang berbeza daripada rutin harian sudah cukup untuk membuatkan mereka teruja. Mak ayah pula boleh menggunakan masa tersebut untuk berbual dan meneroka bersama mereka.
Ada Lagi Tempat Percuma di Kuala Lumpur Yang Menarik!

Selain tujuh lokasi yang dikongsikan, beberapa ibu turut berkongsi cadangan tempat lain yang menarik untuk dikunjungi bersama anak.
Antaranya ialah Kebun-Kebun Bangsar yang menawarkan suasana hijau dan lebih dekat dengan alam. Ia boleh menjadi pilihan buat keluarga yang mahu membawa anak menikmati suasana berbeza daripada pusat membeli-belah atau kawasan bandar yang sibuk.
Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah
Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya
Turut dicadangkan ialah Perpustakaan Raja Tun Uda. Menurut perkongsian seorang ibu, ruang kanak-kanak di perpustakaan tersebut memang menarik dan sesuai untuk membawa si kecil.
“Ada kids section situ, best!”
Jadi, kalau tengah bulan dan kena berjimat, jangan risau. Masih banyak pilihan untuk membawa anak keluar menikmati cuti sekolah tanpa perlu berbelanja besar. Senarai tempat percuma di Kuala Lumpur ini juga boleh disimpan untuk dijadikan idea apabila mak ayah dah mati kutu nak fikir aktiviti hujung minggu.
Buat anak-anak, mungkin mereka tidak mengingati berapa banyak wang yang mak ayah keluarkan untuk sesuatu aktiviti. Tetapi masa yang diluangkan bersama, gelak tawa dan pengalaman meneroka tempat baharu itulah yang akhirnya menjadi memori indah buat mereka.
Yang penting, bukan mahal atau mewah. Cukup ada masa bersama untuk create memory sebanyak-banyaknya dengan anak.
Sumber: asma.azha

Pendaftaran PERCUMA! Gayakan busana futuristik dan anak anda berpeluang memenangi wang tunai dan hamper istimewa. Daftar sekarang:
https://www.majalahpama.my/himpunan-generasi-futuristik/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

