Seramai 64,046 kanak-kanak dijangkiti Covid-19 dalam tempoh setahun lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi laporan Utusan Malaysia, dalam tempoh tersebut Dr Adham turut berkata ia juga telah mengorbankan lapan petugas kesihatan termasuk dua doktor pakar.
“Jika itu masih tidak menakutkan masyarakat, saya memberi amaran bahawa gelombang ketiga yang sedang berlaku ketika ini lebih ganas dan kritikal,” katanya.
Ujar Dr Adham lagi, golongan kanak-kanak tidak terkecuali kerana mereka merupakan golongan yang mudah terdedah.
Dalam pada itu, menurut ulasan dari kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai jangkitan Covid-19 berasal daripada kluster keluarga yang sama sebagaimana penyakit epidemik terdahulu iaitu SARS-CoV.
Laporan menyebut, kanak-kanak berkemungkinan tidak mempunyai gejala atau tidak akan mendapat gejala yang teruk sebagaimana jangkitan Covid-19 pada orang dewasa.
Ads
Oleh itu, langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa adalah memilih penjaga atau pengasuh secara teliti serta menghadkan hubungan dengan orang yang berisiko.
Ibu bapa juga harus membasuh tangan secara kerap dan menjarakkan diri dengan orang yang sakit.
Ads
Sekiranya terdapat masalah pernafasan, wajah bertukar menjadi pucat atau kebiruan, maka hendaklah berjumpa dengan doktor.
Elak menggunakan ubat penahan sakit seperti ibuprofen atau menggunakan nebuliser.
Pastikan penghidratan berada pada tahap optimum dan kesakitan dirawat dengan sebaiknya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang sedang membesar memang lasak dan sukar dikawal. Sememangnya tak dapat dinafikan lagi pasti ramai ibu ayah yang geram dengan perangai anak! Lagi-lagi kalau berada di luar rumah atau tempat keramaian.
Mencabar betul ditambah pula bila anak-anak dah jumpa ‘geng’, kalau tak dikawal sikap mereka secepat mungkin sebenarnya boleh menganggu ramai orang dan dianggap tidak menghormati majlis.
Baru-baru ini tular satu video dimana seorang ibu cuba mengawal anak lelaki daripada membuat bising dengan hanya menggunakan isyarat mata.
Ibu tersebut kelihatan seperti menahan geram dengan menjengilkan mata beberapa saat ke arah anak lelaki yang duduk bersama si ayah.
Kemudian si ibu mengeluarkan arahan “duduk diam-diam” di dalam majlis tahlil yang sedang diadakan ketika itu.
Bukan hanya si anak sahaja yang terdiam takut, malah si ayah juga terkaku melihat isteri menasihati anaknya itu.
Rata-rata memuji sikap si ibu yang pandai mendidik anak dan menasihati anak agar sentiasa berkelakuan sopan di dalam majlis. Tak kurang juga ada yang membandingkan dengan video yang pernah tular berkenaan isu anak buat bising di kedai makan dan membezakan cara ibu ini dan cikgu ayu mendidik anak.
Masalah penghadaman kerap dialami tidak kira bayi mahu pun kanak-kanak. Sembelit yang paling banyak terjadi. Perkongsian ibu ini boleh dijadikan panduan.
Bagi bayi yang mempunyai selera yang baik, memakan semua jenis sayur dan buah serta mengambil cukup air, mereka tidak sepatutnya mengalami sembelit.
Namun apa yang terjadi kepada si kecil ini berlainan. Perkongsian daripada instafamous & usahawan, Fatin Suhana tentang anak perempuannya, Sophea Ayris, 1 tahun 7 bulan boleh dijadikan panduan.
Walau pun telah mengambil cukup serat masih mengalami masalah untuk membuang air besar. Hasil pemeriksaan mendapati penyerapan air dari najis yang aktif pada bahagian usus menyebabkan najis kering berkumpul.
MAKAN BANYAK TAPI TAK MEMBUANG
Ada yang tanya Fatin kenapa Sophea masuk wad. Sophea sebenarnya ada masalah sembelit. She ate a lot tapi tak membuang. Macam-macam cara dan makanan dah Fatin bagi tapi Sophea still sama.
BERIKAN BANYAK BUAH & AIR, TAPI ANAK MASIH TIDAK BUANG AIR BESAR
For breakfast Fatin even bagi bowl of fruits (papaya + dragon fruit + kiwi + prune) + rolled oat + yogurt + prune juice. Air masak pun bagi banyak. Dia banyak kencing tapi tak membuang. Sampai dah tahap 3 hari x membuang, i need to check. Sebab sebelum ni 4 hari x membuang. Kiranya kes berulang.
Bila jumpa doc and x-ray semua, memang najis tu nampak dekat usus dah penuh. Patut la sophea buncit sangat ? sekali dua membuang memang tak cukup sebab selera makan sophea tinggi. So dia patut membuang lebih banyak.
USUS SERAP BANYAK AIR DARI NAJIS. PERLU JAGA PEMAKANAN
Fatin tanya doc kenapa boleh jadi macam ni and what should i do as mum. And doc cakap, Sophea punya usus mungkin a bit hyperactive so usus serap air dari najis byk. Membuatkan najis sgt kering.
Apa yang Fatin kena buat is memang kena bagi extra air pada sophea n pantau pemakanan dia. No chocolates, banana, potatoes. Diet dia sangat penting.
I don’t know for how long does it take but for now doc bagi lactulose and i hope it helps. Setakat ni hari ini tak membuang lagi n ibu dah start risau balik. Hopefully by end of today at least ada la sekali.
PERUT MAKIN RINGAN, ANAK LEBIH CERIA
Sophea on the other side, is soo happy. Maybe perut dia dah ringan so dia asyik menyanyi je and berlari2 ? okay tak sabar nak balik rumah main kejar2 huhu.
Kalau mummies yang ada masalah lebih kurang macam Fatin dan ada resolution, comment kat bawah ya. Thank you so much ❤️ edited : currently sophea minum fresh milk brand goodday or farm fresh.
Dalam kemas kini terkini, Fatin memaklumkan anak perempuannya telah pun dibenarkan pulang. Keadaan anaknya semakin baik dan tidak lagi menangis untuk membuang air besar.
SEMAKIN BAIK
Thank you aunties and mummies yang banyak dm and comment dekat previous posts regarding tips untuk elak sembelit.
Now Sophea dah makin okay. Even pagi ni dia membuang pun tak nangis, Alhamdulillah. Hopefully sophea makin okay dan anak-anak yang mengalami sembelit.. Kita sebagai ibu kena bertabah dan cari pelbagai solusi. Mungkin apa yang sesuai untuk anak kita, tak berapa sesuai untuk anak orang lain. So kena keep on searching sampai jumpa.
BANYAKKAN BUAH NAGA, BETIK & YOGURT
Setakat ni Fatin memang bagi lactulose tp dose dah dikurangkan since najis sophea dah lembut. Also banyakkan bagi buah naga, betik n yogurt. And fatin bagi 1 sudu kecil olive oil. Mula2 takut jugak dia nangis ke marah ke, bagi macam tu je olive oil. Nasib baik dia buat muka takde perasaan ?
Thank you ya pada yang bagi tips. Fatin doakan dilimpahkan rezeki dan dilapangkan hati Aminn
Bila berkumpul ramai-ramai waktu beraya memang akan ada yang suka tanya soalan cepu cemas.
Soalan-soalan klise seperti “tak de anak lagi?”, “dua je anak”, “kenapa tak ada anak lelaki” dan lain-lain lagi yang berkaitan memang boleh membuatkan orang yang ditanya rasa bengang dan jengkel.
Perkongsian daripada seorang ibu, Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria yang melalui sendiri pengalaman ditanya soalan cepu cemas ketika berhari raya sehingga meninggalkan kesan tekanan pada dirinya patut dihadam oleh ‘geng makcik bawang’ yang suka tanya soalan menjengkelkan.
Soalan Berbasa-Basi Paling Sentap
Raya pertama hari tu, acik dapat soalan cepu cemas. Sepupu Encik Hensem. Entah siapa, acik tak kenal. Pernah jumpa sekali dua agaknya. Waktu Encik Hensem sibuk bagi duit raya, acik duduk sorang-sorang, dia datang menyerang.
“Isteri Farid kan?”
Sambil hulur tangan, bersalam.
“Haah” acik senyum. Dalam otak dok memikir, cuba ingat nama dia. Komfom tak kenal.
“Dua je anak? Dua-dua perempuan? Kena TRY lagi ni. Kena dapat lelaki pulak. Sorang pun jadilah”. Tengok Balqis & Aina yang tengah melompat, seronok main. Siap cakap, dia ke tepi. Tinggal acik sendirian.
Nak berbasa-basi sekali pun, ayat tu biarlah manis sikit. TRY? Bila acik tengok anak dia berderet lelaki, paling kecik perempuan, acik faham. Dia ni dulu waktu anaknya semua lelaki, mesti dia rasa tak bahagia. Hati dia tak tenteram selagi tak dapat anak perempuan. Sebab tu dia ingat orang lain sama macam dia. Wajib ada anak lelaki, anak perempuan baru lengkap sebuah keluarga.
Sentap Sampai Stress Dan Menangis
Masuk kereta, acik mengamuk kat Encik Hensem. Sebab, ni rumah kedua kitaorang pergi. 2 rumah, 2 kali dapat soalan cepu cemas. Memanglah bukan salah dia. Tapi dah yang bertanya tu sedara mara kaum kerabat dia, lagi pun dia je tempat acik boleh lepaskan geram. Maka dia jadi mangsa. Mau tak mengamuk? Acik tak kenal pun perempuan tu siapa, datang terus cakap bab sensitif.
Sampai rumah, masuk bilik, acik minta maaf kat Encik Hensem. Terus menangis. Situ jugak. Macam orang gila acik menangis. Macam disampuk setan. Dia peluk acik kuat-kuat sambil bisik ke telinga:
” Kita bahagia dengan hidup kita sekarang. Berapa ramai yang cemburu dengan kita? Jangan biarkan soalan tak sampai 3 minit tu spoil kebahagiaan kita. Dia tanya soalan macam tu, sakitkan hati awak, dia yang dapat dosa. Kita tak rugi apa “
Teringin Nak Mengandung Lagi Tapi Apakan Daya…
Tahukah awak? Ada orang, menangis saban malam sebab ditakdirkan dah tak boleh mengandung lagi. Sedangkan hati meronta-ronta nak anak.
Ya. Aciklah orangnya. Hati ni punyalah teringin nak mengandung lagi. Nak rasa anak bergerak dalam perut. Nak mengandungkan zuriat, benih dari kekasih hati. Nak pangku anak yang lahir dari rahim sendiri.
Rindukan pandangan pertama, saat mata bertentang mata buat kali pertama. Rindukan jemari kecil yang bertaut dengan jari acik setiap kali menyusukan. Setengah mati acik teringin nak mengandung & melahirkan seorang lagi anak. Acik suka anak perempuan. Acik nak seorang lagi girl. Acik suka tengok baju anak perempuan.
Hampir Hilang Nyawa
Suami mana tak fobia? Hampir kehilangan isteri & anak darah daging sendiri?
Anak acik cuma 2 orang bukan sebab kitaorang TRY tapi tak berjaya nak mengandung. Bukannya Encik Hensem mati pucuk atau tak cukup power nak mengandungkan acik.
Bukan juga sebab acik tak subur. Bukan ye. Bukan. Kami takde anak lagi sebab kami pilih untuk tak mengandung lagi.
Kalaulah acik ni boleh mengandung macam perempuan lain yang normal, kot dah berderet anak acik. Kejap lagi awak kata tak pandai nak family planning pulak. Ada je yang tak kena.
Siapa boleh faham perasaan acik tiap kali buka facebook tengok orang ni mengandung, orang tu selamat bersalin? Tumpang gembira. Tapi dalam hati menangis.
Tolonglah fikir panjang sebelum bersembang soal sensitif. Soal anak, jodoh, bentuk tubuh badan. Awak mungkin takde niat jahat. Sekadar nak berbasa-basi. Tapi bagi tuan badan, awak taktau struggle yang dia hadapi setiap hari.
Anak sikit, tak ramai macam awak, ada sebabnya. Mungkin sebab kesihatan. Mungkin sebab kewangan.
Ada orang badannya besar. Bukan sebab pelahap makan tak ingat dunia. Ada orang badan besar sebab ubat-ubatan. Komplikasi kesihatan. Pil kesuburan. Pil hormon.
Yang dah berusia tapi belum berkawin, jangan semudah abc judge kata dia tak kawin sebab terlalu memilih, cerewet nak cari pasangan. Mungkin dia tak kawin sebab ada komitmen nak jaga mak ayah. Mungkin ada pengalaman pahit. Mungkin Allah saja nak bagi dia peluang berjasa kepada orang tua sampai akhir hayat.
Jaga lisan. Jaga adab. Jangan main sembur. Lebih-lebih lagi bila bersembang dengan orang yang awak tak kenal.
Kepada kakak yang bertanya tu, jangan sampai satu hari nanti Allah uji dengan benda yang awak banggakan. Dia ambik semua anak lelaki awak, tinggal anak perempuan je sorang. Waktu tu baru awak tau apa rasanya. Awak nak mengandung lagi semata-mata nak dapatkan anak lelaki?
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.