Sempena kelahiran pertama anak keduanya, Influencer, Adira Salahudi memuat naik satu video throwback kelahiran puteri kesayangannya itu menerusi Instagram.
Momen penuh indah itu turut ditemani suaminya, Ammar Azizan yang sentiasa kuat memberikan sokongan kepada Adira sepanjang detik kelahiran itu.
Perkongsian video kelahiran itu turut menarik perhatian wargamaya. Malah infleuncer cantik manis ini dipuji kerana begitu tenang dan bersahaja ketika berdepan detik mencemaskan itu.
Tanpa suara atau jeritan kecil ketika menolak bayinya keluar, Adira dipuji begitu tenang. Tambah bersemangat saat disokong kuat suaminya yang sentiasa dekat di sisi.
Dalam pada itu, menerusi entri yang sama juga, Adira turut berkongsi momen ketika mengandungkan Alva Velisa Dimar yang amat berbeza ketika kehamilan anak pertamanya.
Dek kerana terlalu aktif, pada usia kandungannya ke 34 minggu, si comel Alva hampir dilahirkan ke dunia bila mana bukaan serviks ketika itu sudah pun 3cm.
Ads
“Selamat Hari Lahir puteri mama papa @alvadimar. Membesar dengan baik ya sayang, jadi anak yang baik, solehah, menyenangkan & disayangi ramai.
“Baby mamadira tengah tak sihat, nak bawa celebrate birthday dia tapi terpaksa postpone dulu, bagi keadaan & kesihatan baby okay nanti mama papa bawa jalan jalan ok sayang.
“Masa mama pregnant Alva, mama active sangat, alahan & muntah memang kurang, mama active busy dengan kerja sangat sampai awak nak keluar awal sayang, 34 weeks bukaan mama dah 3cm,” tulisnya berkongsi.
Ads
Cukup-cukup 38 minggu
Berkat doa dan pujukan, si comel Alva akhirnya dilahirkan pada minggu ke 38 kandungan.
“Mama takut & tak ready. Menangis nangis takut jadi apa apa dekat awak sayang. Mama doa banyak banyak minta Allah hold dulu, jangan bagi mama beranak lagi.
“Hari hari mama usap perut mama pujuk Alva tunggu sampai Alva matang. Cukup 38 weeks. Alhamdulillah, Alva hadir dalam hidup mama, papa & abang Arsel.
Ads
“Awalnya mama ingat abang akan jealous dengan Alva. Tapi abang Arsel sayang sangat dekat awak. 24/7 sebut nama awak. Terima kasih hadir dalam hidup mama. I loveyou so much baby,” tulisnya berkongsi.
Melalui satu tempoh berpantang selama 44 hari bukanlah satu waktu yang singkat. Apa lagi bila terpaksa melaluinya dalam keadaan tidak selesa seperti orang lain.
Sebenarnya memilih untuk berpantang di rumah mentua bukanlah satu kesalahan jika ruang peribadi ibu berpantang terjaga, lebih-lebih lagi untuk menyusu. Di sinilah suami perlu memainkan peranan.
Perkongsian Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom ini membuatkan hati kita tersentuh. Sebaiknya elakkan ketidakselesaan ketika waktu pantang. Biar di rumah sendiri asalkan kita selesa dan bebas untuk menyusu dengan baik.
Saya teringat kepada satu kisah pengalaman saya menyantuni seorang ibu yang tertekan kerana anaknya keliru puting. Ibu minta saya datang bantu beliau beberapa tahun lepas. Bila saya datang, suasana di rumah nampak tegang.
Suami sekejap-sekejap keluar masuk. Seolah nak dengar apa luahan isteri kepada saya sedangkan saya masa tu sedang gigih pujuk bayi beliau menyusu semula.
Melihat keganjilan sikap suami, saya ajak isteri untuk berlatih menyusu di bilik memandangkan isteri nampak tak selesa nak menyusu di ruang tamu.
Dalam bilik, isteri teresak-esak menangis. Dari ceritanya, isteri merupakan seorang surirumah yang bergantung harap kepada pendapatan suami.
Sepanjang bercerita, sekali-sekala bahu isteri terhinjut-hinjut menahan sebak. Kisah bayinya keliru puting adalah kerana bayinya telah diberikan botol susu oleh staf kesihatan hospital. Dan staf kesihatan itu ialah suaminya sendiri!
Isteri diminta berpantang di rumah mertua. Dipaksa berpantang di ruang tamu (berbentangkan tilam) untuk tidur dan menyusu bagi memudahkan ibu mertuanya memantau sepanjang masa berbanding di dalam bilik.
Dalam rumah mertua ada adik-beradik suami yang lain. Isteri kepanasan. Perlu menutup aurat dalam pantang yang masih lagi baru berusia 2 minggu. Tak bebas nak buat apa-apa dan sangat tertekan nak menyusukan bayi dalam keadaan terbuka. Dan saya tanya, apa respons suami bila dia dipaksa pantang sebegitu.
Isterinya jawab, suami penat kerja. Isteri dah pernah minta untuk berpantang di rumah ibunya sendiri tapi ditentang suami dengan alasan rumah ibu suami lebih dekat dengan tempat kerja beliau. Kami dalam bilik tak lama. Masa suami keluar rumah, itulah peluang isteri masuk ke dalam bilik sekejap bersama saya.
Suami yang memang ambil cuti khas sempena saya nak datang menyantuni isterinya, kedengaran balik dan masuk ke rumah. Saya nampak ibu tadi panik dan ajak saya ke ruang tamu semula. Masa tu sudah tengahari. Saya datang dari jam 10 pagi. Saya nampak suami mundar mandir. Seolah beri isyarat.
Isteri minta izin sekejap dari saya, dan minta saya bantu jagakan bayi. Saya terpinga sekejap. Isteri yang sedang berpantang 2 minggu, yang masih kelam kabut uruskan bayinya yang tak pandai menyusu, yang tak selesa dipaksa berpantang di ruang tamu, rupanya kena ke dapur hidangkan makanan kepada suami pula.
Ruang tamu tempat saya berada dan dapur tak jauh. Ruang makan dapur pula terbuka. Jadi saya nampak suami duduk sambil isteri tadi ambil air basuh tangan, tuangkan air basuh tangan untuk suami, sendukkan nasi beserta lauk serta tuangkan air untuk suami menjamu selera. Tah kenapa, saya rasa sebak kasihan pada ibu berpantang itu.
Patutlah ada ayat seperti ‘SUAMI BERMUTASI MENJADI BAYI YANG PERLUKAN PERHATIAN’. Saya tahu segala apa yang dilakukan isteri pasti diredai suami. Tapi melihat keadaan isteri, saya rasa empati sebab suami tidak menunjukkan simpati.
Isteri tidak disantuni untuk berpantang dengan tenang dan menyusukan bayi dalam keadaan selesa dan bebas dalam keadaan isteri boleh buka tudung dan pakai baju yang selesa.
Malah saya tak nampak sejak tadi bila ibu ini makan. Biasanya ibu menyusu ni kan kerap lapar. Dah tengah hari, ibu ini pula perlu hidang makan pada orang yang tak berpantang dan ada kudrat nak angkat senduk sendiri. Tapi, tetap si isteri menjalankan TUGAS UTAMA demi suami.
Selalunya saya akan lihat (sewaktu home visit), ahli keluarga akan bantu ingatkan ibu berpantang makan atau hidangkan makan tengahari kepada mereka mengikut waktunya. Tapi ini terbalik pula.
Hakikatnya, sesi hari itu tidak berjalan lancar. Namun, isteri kelihatan sedikit lega kerana sekurangnya ada teman untuk mendengar apa yang dia rasa. Bayinya yang keliru puting tidak dapat dibantu sehingga saya minta izin undur diri. Banyak kekangan sewaktu sesi kaunseling bersama ibu. Dan kekangan paling besar yang saya lihat ialah TIADA SOKONGAN SUAMI kepada si ibu.
Saya rasa ralat dan sedih sebab tak dapat bantu ibu. Tapi apakan daya, itulah limitasi saya sebagai kaunselor penyusuan susu ibu. Kita membimbing dan selebihnya bergantung kepada usaha si ibu.
Cuma bersyukurnya suami benarkan isteri panggil saya datang ke rumah. Tapi isteri perlu berjuang sendiri. Walaupun suami staf kesihatan, belum tentu suami ada empati kepada isteri sendiri.
Mungkin kerana ‘beras suami yang beli’. Jadi, suami rasa lebih penat dan perlu dihargai. Tahlah. Saya tak berani nak komen lebih-lebih. Bimbang saya mengajar ibu-ibu jadi isteri menderhakai suami. Bukan itu maksud saya. Cuma saya merujuk kepada common sense dari cerita ini.
Sedih bila melihat kaum sendiri tidak dilayani. Dan menyimpan duka dalam hati yang saya rasa suaminya juga tidak berusaha untuk mengerti.
Ini baru satu kisah. Ada juga beberapa kisah yang meruntun hati, saya simpan sekian lama tak pernah kongsi di sini. Itulah cabaran seorang wanita yang duduk di rumah bergelar ISTERI. Yang ramai lihat seperti hamba abdi. Tanpa perlu dikasihani. Kerana mereka fikir, golongan ini sudah banyak berehat sendiri.
Seolah-olah kerja sebagai suri tidak layak mendapat cuti. Walaupun berpantang, tetap perlu menjadi SURI. Walaupun hati mungkin penuh DURI.
P/s: Gambar ni ialah saya ketika berpantang Ali waktu pandemik. Kami berpantang sendiri. Syukurlah kami walaupun masa ni serba serbi tak sempurna, tapi suami berusaha yang terbaik semampunya.
Usahawan terkenal, Datin Vie Shantie Khan atau lebih mesra disapa Datin Vie memperkenalan anak keduanya dan satu-satunya anak lelaki iaitu Zareef Yusof yang kini berusia 12 tahun.
Memiliki raut wajah kacak persis bapanya iaitu pengarah dan pelakon terkenal, Datuk sri Eizlan Yusof, Zareef Yusof turut mengikut jejak langkah bapanya dalam bidang lakonan. Zareef adalah seorang pelakon kanak-kanak yang kerap menghiasi drama dan telefilem tempatan.
Antara drama yang pernah dilakonkan adalah drama Atin, Atan & Mak Cun (Mak Cun 5), Runi & Solah.
Zareef merupakan satu-satunya anak lelaki Datin Vie bersama bekas suami, Datuk Eizlan Yusof.
Datin Vie sempat memperkenalkan puteranya kepada warga maya dan berharap agar anak lelakinya membesar dengan baik.
“Bersama PEWARIS TUNGGAL (Kalau mumy tak mengandung lagi lerr)”
“Keturunan Italian, Melayu, Pakistan dan Sabahan Perkenalkan anak ke-2 dan satu-satunya anak lelaki saya Zareef Yusof my manja boy. Budak Italian Pakistan yang paling loving ni”
“Harap-harap bila besar nanti still hug and kiss Mumy selalu….. cepat sangat anak-anak membesar, terus terasa kite semakin tua”
Selain Zareef Yusof, Datin Vie dan bekas suami, Datuk Eizlan juga mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Vie Zaara (14) dan Vie Zaalia (9).
Rata-rata warga maya memuji wajah Zareef Yusof persis ibu dan ayahnya.
farahdianaanuar handsome boy 😍
senorita_2121 Ayah dan mak comel combination is perfect👏👏👏
melyana_regar Mashaa Allah Tabarakallah Handsome sangatlah abang Zareef ni😍❤️❤️❤️
Setiap ibu yang menunggu masa untuk bersalin pastinya inginkan proses kelahiran berjalan lancar. Seboleh-bolehnya tidak mahu sakit kontraksi yang lama dan nak cuba elakkan jahitan selepas bersalin.
Bagi ibu yang bersalin normal, sebut je koyakan terus rasa fobia kan? Sebenarnya proses ini adalah biasa berlaku tetapi mungkin sedikit sakit dan perlu berhati-hati sepanjang tempoh berpantang.
Bagi yang baru pertama kali nak jadi ibu, mungkin tiada pengalaman lagi tetapi dah banyak tip boleh anda baca untuk mempermudahkan kelahiran. Namun begitu bagi ibu yang bakal bersalin anak kedua, ketiga atau seterusnya, pengalaman melahirkan anak sebelum itu juga boleh membantu.
Kali ini dikongsikan pengalaman ibu kepada tiga orang anak, Puan Ainin Sofieyayang melalui proses kelahiran normal tanpa koyakan dengan cara mudah.
Ramai yang tanya saya siap DM lagi nak tau apa tips saya kesemua anak lahirkan normal tanpa jahitan.
Alhamdulillah Rezeki Bersalin Ketiga-Tiga Anak Tanpa Koyakan. Tip Ini Je Saya Buat Dari Anak Sulung
Ariana Sofea 3.05kg Arrian Mateen 3.9 kg Ayden Mikael 3.6kg
Sebenarnya jujur saya sendiri pun lost macam ibu-ibu lain jugak bila proses nak bersalin tu kita automatik jadi hilang kawalan sebab menahan sakit yang terlampau. Saya anggap ni rezeki saya.
Tapi saya share apa yang saya tahu semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang bakal berjuang nanti insyaAllah.
1. Paling wajib kena tunggu FULLY DILATED dulu. Betul-betul 10cm baru boleh teran. Ramai yang masa 7cm-8cm dah teran, masa ni laluan untuk baby keluar masih sempit itu yang menyebabkan jadi koyakan.
2. Jangan angkat punggung! Haa ni selalu kita dengar kan. Tapi memang betul. Berkali-kali doctor pesan “ainin jangan angkat punggung!” Masa tu kita dah macam tak sedar diri so penting untuk orang yang temankan kita iaitu husband dan jugak misi tolong remind and pegang lutut kita tak nak bagi angkat punggung.
3. Sapu minyak kelapa dara di perineum dan buat massage untuk bagi lembutkan kawasan tu. Tips ni saya buat untuk Arriana dan Arrian je, yang ketiga ni tak buat sebab tak sempat. Tapi alhamdulillah rezeki masih boleh lahirkan tanpa koyakan jugak.
4. Cuba untuk fokus semasa meneran tu supaya dapat teran dengan cara yang betul. Push di perut bukan di muka. Tapi saya pun bila sakit nak teran tu datang banyak kali jugak lost focus sebab sakit sangat-sangat.
5. Posisi kena betul. Pegang kedua-dua buku lali kita, dagu di dada kemudian push. Bila pegang kaki boleh elakkan kita terangkat punggung. Ambik nafas panjang-panjang bila contraction datang push sekuat hati dan push pun kena sepanjang yang mampu jangan terus tarik, nanti baby masuk ke dalam balik. Ingat push di perut bukan di muka.
Tu antara yang ibu-ibu boleh amalkan. Tapi ni antara faktor lain jugak.
First, doktor sendiri kena mahir untuk sambut baby tanpa koyakan. Macam gynae saya dia yang motivate cakap apa saya kena buat sebab dia tak nak ada koyakan dan dia memang aim nak saya beranak normal.
Ketiga-tiga anak saya lahirkan dengan gynae yang sama. Sampai saya rasa kalau saya bersalin dengan gynae lain belum tentu jugak saya tak berjahit.
Second, ketinggian ibu pun memainkan peranan jugak. Kalau ibu yang rendah tulang pelvis akan kecik dan sempit membuatkan baby susah nak keluar. *Correct me if i’m wrong
Okay tu je tips yang saya boleh share setakat apa yang saya tahu. Saya tak ada makan telur ayam ke, minum air selusuh ke atau lain-lain tips yang biasa kita dengar. Saya focus more on cara meneran tu. Tapi ibu boleh cuba mana tahu berkesan jugak kan. Harap tips yang saya kongsikan ni membantu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.