Bila tengok di TV, perwatakan Faizal Tahir nampak serius. Kalau jadi juri di mana-mana pertandingan nyanyian pun, penyanyi ini sangat tegas dalam menegur kesilapan yang dilakukan para peserta.
Namun lain pula bila lihat figura ini ketika bersama anak-anaknya. Di laman Instagram, Faizal telah memuatnaik sebuah video ketika beliau menguruskan anak-anak untuk ke sekolah.
Terserlah sungguh kelembutan beliau sebagai seorang ayah. Video ketika dia dan anak-anak di dalam kereta dimulakan dengan bacaan doa. Sebelum berlalu pergi, sempat Faizal meninggalkan pesanan kepada anak lelakinya, Mikaeel, untuk minum air masak banyak-banyak. Anaknya itu juga tak ke sekolah seperti yang lain kerana kurang sihat.
Ads
Yang menariknya bila lihat cara Faizal bercakap dengan anak-anaknya. Sangat lembut dan menenangkan. Waktu nak hantar anak ke sekolah pun beliau sempat minta maaf kerana terlewat sikit.
“So you’re a bit late for school today okay. Lambat. So what do yu say when you see the teacher? Say sorry teacher. Blame it on my daddy!”.
“Sorang hidung berdarah, sorang hilang kopiah yg lagi dua orang bergaduh tak sudah. Ini barulah permulaan hari yang indah. Alhamdulillah 😌
Ads
Semoga segala urusan anda semua Allah bagi mudah. InshaAllah ☺️
Ps: Yang penting jangan lambat ke sekolah. Kalau lambat salahkan abah 😅”
Sempat juga beliau menegur anak-anak perempuannya kerana bergaduh sebelum ke sekolah. Faizal dengan tegas mengatakan yang dia tak suka cara anaknya bercakap dan minta supaya dia menjaga tingkah laku.
Video yang telah mendapat hampir 300 ribu tontonan itu juga turut dihujani dengan komen dari yang menonton;
Ads
Memang macam-macam hal waktu nak siapkan anak ke sekolah. Ada yang macam ni, ada yang macam tu. Gelagat tu lain-lain! Pun begitu, salute pada Faizal kerana dia boleh uruskan anak-anak dengan bertenang dan boleh tengok emosi mereka pun elok saja nak ke sekolah kan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang anak ni selalu buat perkara di luar jangkaan. Dah beberapa kali ada kes anak order melalui online, tahu-tahu saja sampai berbungkus-bungkus makanan atau minuman di rumah. Melayang duit mak ayah!
Sama jugalah dengan kisah Cikgu Lala melalui akaun Tiktoknya berkongsi tentang anak lelakinya yang bernama Afi telah menempah 17 gelas air boba! Bukan sikit-sikit, ibu ini terpaksa pula bayar harga minuman tersebut yang berharga RM150.00.
Ada juga yang bertanya macam mana anaknya boleh meneruskan tempahan tanpa membuat pembayaran. Menjelaskan tentang hal itu, Cikgu Lala memberitahu entah bagaimana anaknya dapat menetapkan pembayaran melalui COD. Bijak betul!
Menurut Cikgu Lala lagi, Afi memang sukakan air boba. Dia tidak menyangka anaknya itu menempah air melalui aplikasi penghantaran makanan. Di dalam perkongsiannya, ibu itu turut memberitahu bahawa anaknya yang berumur tujuh tahun itu juga menghidap autisme.
Anak-anak zaman sekarang ni memang cerdik! Tahu-tahu dah sampai makanan depan pintu rumah. Bukan hanya makanan, ada juga anak-anak yang membuat tempahan barang melalui atas talian. Mama papa jangan biarkan anak main telefon tanpa pengawasan, takut nanti ada saja yang dia order nanti! Waktu nak bayar memang rasa ‘sakit’, tapi sebenarnya ia boleh menjadi kenangan indah untuk diingati bila mereka dah besar nanti.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran makanan segera KFC Petronas yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Menerusi kenyataan dibuat di laman Facebook Istana Negara, baginda berangkat bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk menikmati santapan tengahari di restoran berkenaan.
Turut berangkat bersama, paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka Baginda berdua.
“Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.
“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran selain tidak ketinggalan mengambil gambar bersama mereka.
Tuanku pemimpin berjiwa rakyat
Rata-rata warganet meluahkan keterujaan melihat sikap bersahaja Seri Paduka Baginda berdua bersantapan tengahari di restoran makanan segera pilihan ramai.
Tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didapati terbabit buli fizikal termasuk bersubahat dengan perbuatan itu akan ditamatkan pengajian.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan itu berdasarkan syor dibuat Jawatankuasa Disiplin MRSM.
“Keputusan kes buli MRSM Jawatan Kuasa Displin Maktab: 7 pelajar didapati terlibat, Dua terlibat buli fizikal, 5 subahat. Disyorkan semuanya ditamatkan pengajian dari MRSM,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu beliau menegaskan tidak akan memberi peluang kedua kerana baginya tiada kompromi bagi pembuli di institusi pendidikan berkenaan.
“Maaf saya tidak setuju untuk diberikan peluang kedua kerana sejak dari awal saya diamanahkan sebagai Pengerusi MARA, berulang kali saya ingatkan dan tegaskan bahawa prinsip saya #YouTouchYouGo.
“Tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli dan apa jua bentuk budaya buli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk MRSM.”
“Tidak kira anak sesiapa sekalipun, Tan Sri, Datuk hatta anak orang berpengaruh macam mana sekalipun, jika terlibat dalam BULI, tindakan tegas dan keras akan diambil.”
“Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu. Pejabat saya tidak sesekali melayani pelaku-pelaku yang melanggar prinsip kemanusiaan seperti ini.” tegasnya
Ia rentetan tular video yang mengaitkan perbuatan buli membabitkan pelajar MRSM. Rakaman video berdurasi 1.31 minit tersebar di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil.
Remaja lelaki berkenaan turut dilihat disebat dengan tali pinggang pada punggung, namun tidak dapat dipastikan ia cuma suatu gurauan atau perbuatan buli.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.