“Kenapa doktor letak jarum di tangan saya waktu hendak bersalin?”
Intravenous cannula (“jarum” /branula/ Venofix/ Venflon) ialah suatu salur halus yang dimasukkan ke dalam salur darah pesakit oleh staf kesihatan yang terlatih (doktor/jururawat/MA). Dalam drama di TV, intravenous (IV) cannula ini sering digayakan untuk menunjukkan pesakit itu dalam keadaan kesihatan yang serius, dan digunakan untuk `masuk air (drip)’ ke badan pesakit melalui tangannya. Cara IV cannula ini dimasukkan ialah dengan menggunakan jarum yang terletak di tengah salur plastic yang halus. Setelah jarum dan salur itu dicucuk masuk ke dalam salur darah (biasanya di tangan), jarum itu kemudiannya dikeluarkan dan meninggalkan hanya salur plastik di dalam salur darah.
IV cannula tidak dimasukkan ke salur darah setiap wanita yang bersalin. Ia bukannya prosedur yang rutin. Akan tetapi, ramai wanita bersalin mempunyai risiko atau keperluan untuk IV cannula digunakan. IV cannula digunakan untuk:
1. Memasukkan ubat ke dalam badan supaya ia bertindak jauh lebih tepat dan cepat berbanding dengan ubat yang ditelan. Ada juga ubat yang hanya boleh disuntik dan tidak boleh ditelan (tiada alternatif).
2. Memasukkan air (saline) ke dalam badan untuk wanita yang mengalami dehidrasi atau muntah-muntah.
3. Memasukkan darah (blood transfusion) untuk wanita yang mengalami pendarahan (post partum haemorrhage), atau wanita yang sememangnya sudah mengalami kekurangan darah (anaemia).
Contoh wanita-wanita yang berkemungkinan tinggi untuk memerlukan penggunaan IV cannula ialah:
Ads
i. Wanita yang berisiko untuk mengalami pendarahan – grandmultipara (mengandung anak ke 5 dan ke atas), saiz bayi yang besar (berat 4Kg ke atas), air ketuban berlebihan (polyhydramnios), mengandung anak kembar, wanita obes. Ubat untuk elak tumpah darah dan juga ubat untuk merawat tumpah darah bertindak dengan segera jika disuntik melalui IV cannula.
ii. Wanita yang mengalami anaemia – setiap wanita yang bersalin akan kehilangan darah secara purata dalam 200ml ke 500ml. Oleh itu, wanita yang telah sedia ada kurang darah, akan berkemungkinan tinggi perlu ditransfusi darah sewaktu/selepas bersalin.
iii. Wanita yang melalui induction of labour (`paksa bersalin’). Salah satu cara untuk induce ialah dengan menggunakan ubat oxytocin yang di-infuse melalui IV cannula. Kadangkala, wanita yang mengalami natural labour juga akan tiba-tiba hilang kontraksi, dan kontraksi perlu ditingkatkan dan diseragamkan semula dengan menggunakan oxytocin.
iv. Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi (hypertensi) – wanita ini berkemungkinan mengalami eclampsia, iaitu sawan yang teruk yang boleh mengakibatkan maut kepada ibu dan janin. Kaedah yang paling berkesan untuk menangani eclampsia ialah dengan menyuntik ubat Magnesium Sulphate melalui IV cannula.
Ads
v. Wanita yang berisiko tinggi untuk memerlukan kelahiran Caesarean – saiz bayi yang besar, gestational diabetes, kandungan kembar, kandungan IUGR, kandungan songsang, wanita yang pernah melahirkan secara caesarean, wanita yang di-induce, wanita yang `poor progress’ dll dll.
vi. Wanita yang mengalami masalah kesihatan umum seperti asthma, muntah-muntah, jangkitan kuman, HIV, masalah jantung berkemungkinan tinggi memerlukan ubat-ubatan untuk menstabilkan keadaan penyakit mereka.
“Tak boleh ke doktor tunggu, jika ada komplikasi, barulah masukkan IV cannula? Jika hanya ada risiko, tidak perlulah masuk IV cannula terlebih dahulu.”
Memasukkan IV cannula tidaklah semudah yang disangkakan, terutamanya untuk kaum wanita yang mempunyai salur-salur darah yang lebih halus. Lebih-lebih lagi kalau mereka mengalami obesiti dan lemak-lemak menyebabkan salur-salur darah tertanam jauh daripada kulit. Oleh itu, staf kesihatan memerlukan keadaan tenang dan terkawal untuk melakukan tugas ini. Jika pendarahan (haemorrhage) berlaku, ia akan berlaku dengan sangat pantas.
Ads
Staf kesihatan akan mengalami tekanan untuk memasukkan IV cannula kerana kekangan masa dan keadaan cemas untuk menyelamatkan nyawa. Tambahan pula, apabila pendarahan berlaku, salur-salur darah akan mengecut (vasoconstriction) dan menyebabkan lebih sukar lagi untuk memasukkan IV cannula. Oleh yang demikian, staf kesihatan akan bersedia sebelum kecemasan berlaku. Sediakan payung sebelum hujan, jangan tunggu banjir!
Jika doktor nasihatkan untuk IV cannula, janganlah enggan. Ia adalah untuk keselamatan anda.
Kredit: Dr Anna Liza Roslani
Pakar Obstetrik & Ginekologi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Ibu bapa yang ada anak kecil, bab kebersihan harus sentiasa dititikberatkan. Nampak macam biasa, kadang perkara ini boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Begitu juga dalam bab kebersihan botol susu, ada yang buat acuh tak acuh. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang kepada jangkitan kuman yang menyebabkan anak anda muntah-muntah dan cirit-birit.
Menurut Dr Tajul Ariffin Norsadan, ibu tak boleh sambil lewa bab kebersihan botol susu dan pastikan kebersihannya sentiasa dipantau sepanjang masa.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu:
CUCIAN BOTOL:
Dibasuh dengan sabun setiap kali habis proses penyusuan.
Didihkan air, matikan api dan rendamkan selama 5-10 minit. Boleh dilakukan setiap kali habis penyusuan atau dikumpul dahulu.
Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Tidak menggunakan tangan kerana tangan kita penuh dengan kuman.
Letakkan dalam keadaan terlangkup.
Boleh digunakan setelah kering.
DISARANKAN:
Untuk mempunyai 6 – 8 botol susu. Jumlah penyusuan bayi 6-8 kali sehari, maka anda digalakkan menggunakan botol susu yang berbeza setiap penyusuan dan proses rendaman air didih cukup sekali sehari dengan jumlah botol ini.
Untuk menggantikan ke semua botol tadi setiap 6 bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.
Untuk menggantikan puting botol susu setiap bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.
TAMBAHAN:
Tidak menggunakan air mendidih semasa membancuh susu.
Tidak cairkan susu anak anda. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya.
Tidak menggoncang botol susu dengan kuat semasa membancuh susu.
Setelah umur 6 bulan, digalakkan makan makanan dahulu dan susu formula sebagai makanan tambahan
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan ibu menyusu, situasi yang agak sukar sedikit apabila anak mahu menyusu tak kira masa. Bila anak bagi isyarat tangisan itu tandanya anak nak susu dan ibu perlu bersedia.
Jika terlambat sikit, bersedialah dengar suara nyaring anak! Jadi bagi ibu yang rasa tak selesa untuk menyusu di tempat awam dan tiada nursing cover, boleh DIY nursing cover seperti yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom.
DIY NURSING COVER
Kelmarin ada survey di twitter. Ramai rupanya mak-mak menyusu yang bimbang nak menyusu di tempat awam.
Lagi satu bila dah dapat beraya dan berjumpa ramai sanak-saudara, rasa bimbang nak menyusu secara terbuka mungkin menyebabkan ketidakselesaan pada ibu dan bayi yang tengah lapar kerana risau pandangan mata orang lain.
Bukan tak nak beri botol, tapi mak-mak lebih selesa nak menyusu direct tapi masih tak yakin diri. Jadi pastikan mak-mak menyusu ada nursing cover.
Bila memilih nursing cover ni pastikan pilih kain yang selesa. Supaya bayi tak rasa lemas bila nak menyusu. Yang dah beli nursing cover dah boleh tarik nafas lega.
Yang belum ada tak perlu risau. Kita DIY sahaja. Asalkan ada shawl tak kisah jenis wide atau biasa. Dan guna pin terus boleh menyusu dengan confident.
Selamat mencuba dan kongsikan video ini jika bermanfaat.
Pelakon, Emma Maembong selamt bersalin anak keduanya di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Rabu.
Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh suaminya, Muhammad Shazli menerusi laman Instagram pada satu jam yang lepas.
Bayi lelaki seberat 3.4 kilogram tersebut dilahirkan secara normal dan Shazli sempat memanjatkan kesyukuran kepada Illahi atas kurniaan yang sempurna ini.
“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial we got another one ♥️ baby boy coming in hot at 3.4kg 🔥 normal labor”
“Allah is the greatest.”
Tambah Shazli lagi, Shariq Gabriel, anak sulungnya kini sudah besar dan menjadi abang sulung.
“@shariqgabriel big brother now”
Shazli turut berkongsi video bersama Emma dan anak keduanya di dalam wad bersalin.
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual...