“Saya yang memilih untuk pergi. Tak ada sengketa, tak ada salah faham.”
Itulah antara luahan penuh makna daripada Uyaina Arshad yang akhirnya mengumumkan keputusan untuk menamatkan peranannya sebagai pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) selepas sembilan tahun mencurahkan bakti.
Dalam satu hantaran Instagram miliknya yang cukup menyentuh hati, Uyaina mengumumkan bahawa 29 Julai 2025 merupakan hari terakhir beliau bersama program yang disifatkannya sebagai ‘rumah kedua’.
Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, memaklumkan keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai pengacara WHI merupakan atas dasar pilihan peribadi.
“WHI adalah rumah saya. Dan Team WHI adalah keluarga saya. Saya sayang program ini sama seperti sayangnya saya kepada setiap individu yang menjayakan program ini,” luahnya penuh emosi.
Keputusan untuk berundur bukanlah satu hal yang mudah, malah Uyaina sendiri mengakui bahawa beliau memerlukan kekuatan dan kejelasan untuk melangkah keluar dari zon selesa demi memberi ruang kepada fasa baru dalam hidupnya.
Ads
“Kalau ada yang tertanya kenapa? Jawapannya cuma satu; kerana sudah tiba masanya. It’s time.”
Beliau turut berkongsi bahawa sepanjang sembilan tahun bersama WHI, terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang menjadikannya seorang pengacara yang lebih matang dan beretika. Di pentas inilah, beliau belajar menyusun kata, menjaga sensitiviti, menghidupkan suasana dan menyampaikan ilmu kepada penonton dengan penuh rasa tanggungjawab.
“Di sinilah tempat saya belajar menjadi seorang pengacara yang baik. Menyusun setiap kata-kata. Menjaga sensitiviti. Menghidupkan suasana. Dan paling penting, menghiburkan dan menyampaikan ilmu sebaiknya kepada penonton.”
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan pengacara seperti @renahazrena, @fizasabjahan, @fahrinahmad_fa, @sugeetachandran, @fatinmims, dan @izzatysyahira serta seluruh tenaga kerja di belakang tabir termasuk MUA, stylist dan kru penerbitan.
“Terima kasih kepada seluruh Team WHI… Yana takkan lupakan korang semua.”
Namun paling menyentuh hati, bila Uyaina menzahirkan penghargaan kepada penonton setia WHI yang menjadi nadi kepada keberlangsungan program itu.
Ads
“Setiap perhatian yang diberikan, setiap kata-kata yang membina, dan setiap kali anda menonton, itulah kejayaan dan kepuasan sebenar buat Uyaina.”
Meskipun episodnya bersama WHI sudah berakhir, Uyaina tidak menolak kemungkinan akan kembali di platform berbeza suatu hari nanti.
“Kadang-kadang dalam hidup, kita perlu tahu bila masanya untuk melangkah pergi.”
Bukan kerana kecewa, bukan kerana penat, tetapi kerana hati sudah bersedia untuk membuka lembaran baharu. Begitulah yang dirasai Uyaina Arshad saat memutuskan untuk menamatkan perjalanan sembilan tahunnya bersama Wanita Hari Ini.
Ads
Dengan jiwa yang tenang dan hati yang lapang, Uyaina mengakui kini dia cukup teruja dan penuh harapan terhadap apa yang bakal menantinya di hadapan. Langkah ini bukan satu pengakhiran, tetapi sebuah permulaan yang lebih segar untuk terus berkembang sebagai seorang wanita, pengacara, dan insan seni.
“Doakan Uyaina tau,”
Pesannya lembut, namun penuh makna.Dan andai ada yang rindu, Uyaina percaya jika bukan di platform ini, pasti akan ada 1001 lagi peluang dan ruang untuk bertemu kembali.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.
Bapa kepada tiga orang anak ini, menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz itu berkongsi video berkenaan menunjukkan dirinya mendaftar bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.
Bukan itu sahaja, kelihatan anak-anak dan isteri Tomok turut menghantarnya melanjutkan pelajaran di sana menjadikan momen ini lebih istimewa.
Riak wajah Tomok jelas ceria dan bersemangat untuk meneruskan cita-cita dalam jurusan yang diminatinya.
Sehubungan dengan itu, pelantun lagu ‘Marah Bukan Sifatku’ ini berharap agar segala urusannya dipermudah.
“Biasanya ayah,ibu hantar anak anak..ni terbalik pulak…insyaallah saya akan berikan yang terbaik.”
Sebelum ini, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar Tomok meraih kejayaan dalam bidang yang diceburinya.
Personaliti yang dikenali ramai, Wan Hafizol Wan Omar, 34, telah melafazkan cerai selepas Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Mawar Abdul Karim, 30. Beliau kemudian mensabitkan penceraian kali pertama dengan talak satu dan memerintah Mawar menjalani tempoh idah selama tiga bulan.
Ketika ditanyakan oleh Hakim Syarie Che Abdullah tentang keputusannya untuk bercerai, Mawar menyatakan yang dia masih sayangkan hubungannya dengan Fizo, tetapi terpaksa demi kebaikan keluarga bekas suaminya itu.
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah Fizo mengakui bahawa kasih sayangnya hanya untuk Mawar dan turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya kerana menjadi yang terbaik sepanjang perkahwinan mereka.
“Saya masih sayang dan kasihkannya dan saya mengucapkan terima kasih kepada Mawar kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak kami Wan Maryam. Saya banyak terhutang budi kepadanya….. Dia sangat baik.”
Semenjak Syawal yang lalu, status rumah tangga Fizo dan Mawar mula diperkatakan kerana kedua-dua mereka pulang beraya di kampung halaman masing-masing.
Terdahulu melalui perkongsiannya di laman Instagram peribadi, Mawar menyatakan setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tambahnya lagi, dia banyak muhasabah diri dan melihat kesalahan sendiri, tidak mahu menuding jari kepada orang lain. Tambah Mawar lagi, dalam hubugan suami isteri komunikasi sangat penting. Jika ada masalah, eloklah ia melibatkan suami dan istei tanpa campur tangan orang lain.
Dalam perkongsiannya itu, Mawar turut mengatakan bahawa zuriat itu satu amanah. Perlu dihargai dan dididik sebaik mungkin. Banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk kebaikan anak, begitu juga Mawar dan Fizo. Katanya lagi, pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan.
Mengakhiri postingnya itu dengan memohon doa yang terbaik untuk mereka dan ‘amanah’ mereka iaitu Maryam. Berkahwin pada November 2013, Fizo dan Mawar dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Pa&Ma mendoakan yang terbaik buat Fizo dan Mawar. Semoga hubungan mereka kekal baik untuk kebahagiaan si comel Wan Maryam.
“Bila letak Nufail kat riba ibu dia, nampak air mata kakak mengalir. Dia seolah faham itu anaknya cuma tak boleh nak peluk erat.”
Itu yang dikongsikan oleh adik Jahidah Nordin sebelum ini, wanita yang selamat melahirkan anak dalam keadaan koma secara pembedahan 30 November tahun lalu gara-gara dianiaya oleh suami.
Apa yang menyedihkan, sejak dalam rahim ibu lagi Nufail tak merasa makanan atau nutrisi lengkap kecuali susu. Bakal genap setahun tak lama lagi, bayi bernama J Eshan Nufail itu semakin bijak dan sihat walaupun ketika dalam kandungan doktor maklumkan kakinya agak kecil.
Selain kakaknya tidak pernah jamah apa-apa selain susu sepanjang koma dan terlantar atas katil, Fauziah Nordin turut risau memandangkan berat badan anak buahnya belum di tahap ideal lagi.
Terbaru di Tik Tok Fauziah, hati terasa sebak tengok Nufail mengesot masuk bilik ibunya. Seolah dia dah tahu ibunya duduk kat mana.
Dalam waktu yang sama, Nufail juga sangat aktif bergerak di sekeliling rumah. Sebagai ibu saudara yang menjaganya sejak dari awal lahir sehingga kini, Fauziah akui sebak apabila melihat gelagat spontan Nufail yang pandai mengesot masuk ke dalam bilik ibunya.
Tindakan itu memperlihatkan naluri kuat anak buahnya, kerana seolah-olah tahu di mana kedudukan Jahidah Nordin tanpa dibantu oleh sesiapa.
Mungkin naluri dia dapat rasakan mak panggil, manalah tahu kan…”ibu, ibu adik datang ni”
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sayu menyaksikan gelagat anak tunggal Jahidah Nordin. Walaupun belum boleh memanggil ibunya, tapi dia ibunya berada dalam bilik tersebut.
Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan Nufail agar sihat membesar sekali gus dapat menjadi peneman setia serta pembela ibunya suatu hari nanti.
Pandai cari mama dia..
Semoga Allah mempermudahkan urusan Nufail dan ibunya. Harap ada keajaiban dari Allah kerana setiap yang berlaku itu adalah rahsia dariNya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.