Tengok Anak Demam Pun Ibu Dah Tak Senang Duduk, Apalagi Yang Sakit Teruk, Ibu Ini Sanggup Derma Hatinya Rawat Anak Hidap Biliary Atresia

Share

Seorang ibu tentu sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa anak yang tersayang. Lebih-lebih lagi apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh menghidapi penyakit kronik dan masih dalam usia yang kecil. Nurwatee Che Mamat, 21 sangguh berkorban nyawa untuk anak keduanya, Nur Aira Batrisya Muhammad Johari, 11 bulan yang menghidap penyakit kegagalan fungsi hati atau biliary atresia.

Meskipun masih muda namun ibu ini bersedia untuk mendermakan sebahagian hatinya demi menyelamatkan nyawa anak perempuannya itu. Ibu mana yang tegar melihat anak kecilnya menanggung penyakit sebegitu. Tentu sahaja dia juga ingin melihat Aira membesar seperti kanak-kanak lain.

Aira alami masalah saluran hempedu, perlu jalani pembedahan pemindahan hati

Apa yang dilaporkan oleh sebuah akhbar ketika usia Aira dua bulan, Nurwatee menjelaskankan anaknya itu mengalami masalah saluran hempedu menyebabkan dia dan suami, Muhammad Johari Mansor, 29, membawa bayi mereka mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bachok sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Aira berada dalam wad hampir satu bulan dan doktor menyarankan kami lakukan pembedahan pemindahan hati dengan segera di China, namun kami tidak mampu kerana pembedahan memerlukan kos RM250,000.

Nur Watee dan suami serta kedua anak mereka

“Pada usia sembilan bulan, perut Aira semakin membesar dan mata, wajah serta badannya bertukar warna kekuningan,” katanya ketika didatangi wartawan akhbar di rumahnya di Kampung Padang Cina, Badak di Bachok, Kelantan

Hanya kerja kampung, tak mampu tanggung kos pembedahan yang tinggi

Nurwatee berkata, kerana tidak mampu, dia dan suami yang hanya bekerja kampung terpaksa mengambil ubat-ubatan di klinik sahaja, sehinggalah Aira terpaksa dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu bulan lalu akibat masalah pernafasan.

Katanya, ketika dimasukkan ke hospital, doktor memberitahu dapat membantu mereka menjalankan pemindahan hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur dengan kos RM90,000.

Jalani pemeriksaan hati di HKL untuk kesesuaian

“Pada 29 Oktober ini, saya dan suami akan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan hati kami sama ada sesuai atau tidak untuk diberikan kepada anak.

“Walaupun tahu risiko yang dihadapi, saya dan suami sanggup berikan hati kami kepada anak kerana mahu menyelamatkannya secepat mungkin, kerana kalau tunggu penderma yang sesuai saya takut masa untuk Aira semakin suntuk,” katanya sambil menahan sebak.

Selain Aira, pasangan ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Nur Wardina Jasmin, 3.

Katanya, Aira disahkan menghidap penyakit ‘Acute Dicompasated Liver Failure With Hypoalbuminemia and Hyponatremia’ kini bergantung pada tujuh jenis ubat dan hanya mampu makan nestum.

Kisah sedih Aira tular selepas penderitaannya dikongsi salah penduduk kampungnya, Wan Nurhidayu Wan Mat, 28, menerusi Facebooknya, Ayu Hidayu sehingga mendapat 1,200 perkongsian.

Orang ramai yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB, 7612156456 atas nama Muhammad Johari Mansor.

sumber/gambar: Hmetro & Berita Harian

Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my.

IKLAN