Semua anak suka bermain dan ada kecenderungan mereka masing-masing. Setiap anak mempunyai minat mereka sendiri. Pernahkah anda melalui pengalaman membeli permainan yang sama untuk anak, kemudian salah seorang tidak terlalu teruja dengannya?
Sebenarnya minat anak-anak ini mempunyai maksud di sebaliknya. Kecenderungan mereka terhadap sesuatu jenis permainan boleh memberitahu kepada ibu ayah tentang personaliti anak anda.
#1 ANAK SUKA DINOSAUR
Anak yang suka dinosaur mempunyai daya berfikir yang kuat. Dia akan menghafal nama-nama dinosaur dan ini menunjukkan mereka seorang yang cekap, pintar dan pantas.
#2 ANAK SUKA BULLDOZER
Anak yang meminati permainan ini mempunyai daya ketahanan diri yang kuat. Seorang yang lasak dan suka berdikari. Jika anak suka tengok bulldozer yang sebenar, dia menunjukkan minat terhadap perkara teknikal.
Ads
#3 ANAK SUKA BARBIE DOLL
Biasanya anak perempuan yang mempunyai keperibadian yang lembut, manja dan sukakan kecantikan. Anak yang sukakan permainan ini berminat dengan seni dan kreatif.
#4 ANAK SUKA KAPAL TERBANG
Bijak menghafal dan sukakan teori. Jika diasah minatnya ini, dia cenderung untuk menjadikan bidang ini sebagai pilihan kerjaya sama ada kejuteraan atau menjadi anak kapal.
Ads
#5 ANAK SUKA KERETA
Anak yang ceria dan mudah mesra. Mereka juga cenderung pada bidang automotif dan mesin.
#6 ANAK SUKA PERMAINAN MASAK
Seorang yang penyayang, bertanggung jawab dan sensitif. Selalunya suka berimaginasi dan jika disokong oleh ibu ayah boleh menjadikan mereka lebih bertanggung jawab.
Kadang tak faham kenapa anak suka merengek tak tahu hujung pangkalnya. Memang boleh mendatangkan stres apatah lagi kalau baru balik kerja. Bila ditanya lagi kuat rengekan si kecil.
Jangan terus marah anak, sebenarnya si kecil yang suka merengek ni ada sebabnya. Antara sebab utama mereka mahukan perhatian daripada ibu dan ayah. Tetapi mereka tak tahu cara untuk memberitahu.
Ini antara ilmu penting yang semua ibu ayah kena pelajari bila ada anak. Cara nak kendalikan anak merengek dan meragam tanpa kita tahu puncanya adalah sebahagian ilmu penting yang mesti dipelajari.
Jom baca perkongsian daripada saudara Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Sultan Azlan Shah.
*Merengek = Whine/Whining
Ya ampunn. Benda yang paling kita boleh kategorikan sebagai annoying buat ibu bapa dan pengasuh/guru apabila kanak-kanak yang suka sangat merengek. Lagi-lagi kalau merengek yang tak tahu hujung pangkal dan tidak tahu bila lah nak stop.
Situasi bertambah buruk jika ia berlaku selepas ibu bapa pulang bekerja dan dalam keadaan penat terpaksa berhadapan dengan anak yang merengek tidak tentu hala. Lagi mencabar kesabaran jika ia berlaku di kawasan awam. Sebabnya, kita tidak mahu bertukar jadi singa sambil diperhati keliling. Apatah lagi nak melontar suara yang berpitch tinggi di tempat public. Apa lagi yang tidak kena dengan budak ini?
Kemahiran verbal si kecil
Kanak-kanak lazimnya akan merengek setiap masa. Cuma adakah ia sekejap atau lama. Bagi mereka yang berumur bawah 2 tahun, merengek ini adalah NORMAL. Tiada masalah.
Kita boleh anggarkan kemahiran verbal baru nak develop. Verbal tau. Bukan non-verbal ya.
Non-verbal dah lama praktis seperti menangis, angkat tangan, senyum, hentak kaki dan sebagainya. Tetapi, kemahiran untuk bercakap itu masih belum lancar. Boleh jadi, kerana vocab yang masih kurang. Sebab itu, mereka hanya berkomunikasi melalui whining (merengek) dan kalau teruk boleh capai tahap tantrum (mengamuk).
Ingat lagi tak ketika anak anda masih di peringkat bayi, anda boleh bezakan setiap jenis tangisan mereka. Oh, tangisan ini sebab lapar nak susu. Tangisan yang kuat boleh jadi sebab perut tak selesa. Tangisan cara lain mungkin sebab cedera atau ketakutan. Tak pun, ini menangis saja-saja. Menangis manja. Hebat kan? Sebab itu sahaja medium si kecil untuk bercakap dengan orang dewasa.
Cara penyelesaiannya
Jadi kita nak buat apa ini? Betul, cari punca dahulu. Sebab kita tidak mahu beri solution yang salah. Boleh jadi, kanak-kanak ini cranky sebab tak cukup tidur, atau mahukan mainan etc. Secara umumnya, mereka merengek sebab mahukan perhatian.
Sebab dari kecil lagi, mereka dah buat banyak trial and error. Contohnya , dengan merengek, mereka akan dapat attention dari ibu bapa. Mereka dah cuba, kalau nak minta dukung, kena merengek dahulu kerana mereka yakin, selepas merengek si ibu atau bapa angkat dukung untuk menenangkan mereka. Dan cara merengek ini Berjaya!
Jika si anak merengek sebab tidak tahu nak kawal emosi atau sengaja merengek, beritahu mereka dengan jelas dan tetapkan rules yang anda tidak akan respon atau melayan mereka selagi mereka tidak bercakap dengan betul (tidak merengek). Benar, kanak-kanak tidak sedar dan tidak tahu yang mereka sedang merengek. Jadi, beritahu mereka yang mereka sedang merengek dan anda tidak akan bercakap dengan orang yang merengek. Dengan jelas.
Macam saya tulis tadi, merengek akan berterusan sehingga tantrum. Pastikan tantrum mereka tidak menyakiti fizikal mereka dan anda juga. Turn back, buat-buat tidak layan dan menjauhkan diri (sambil memerhati). Sebab mungkin mereka mengamuk depan kita, bila kita jauh mereka berhenti. Bila mereka dah berhenti, kembali kepada mereka dan puji mereka sebab dah berhenti mengamuk, Kasihan air mata dah tiada, tangan dan kaki dan penat bergerak sebab ngamuk etc.
Peluang mengajar
Di sini ibu bapa berperanan untuk mengambil peluang untuk mengajar bahasa kepada mereka. Cakap sebaris dengan mata mereka perkataan atau bunyi, dalam pada masa yang sama dapat menenangkan mereka yang tidak keruan. Jadi, bila mereka dah banyak vocab, bunyi-bunyi merengek itu akan hilang.
Jadi, bila mereka merengek, again. Jangan bercakap, jangan sentuh, jangan tengok pun.
Bila kita tetapkan rules, benda yang wajib perlu buat adalah konsisten. Kurangkan bertoleransi dengan rules. Jika tidak, rules yang anda tetapkan berjaya dipatahkan oleh si anak. Ini yang selalu tak menjadi. Ibu bapa ingat mereka dah tetapkan peraturan, tapi terlupa untuk konsisten. Bila sebut rules, jangan pula cakap keras, tengking-tengking ya. Cakap dengan penuh kasih sayang.
Dan jika, si kecil berjaya mengikut rules yang ditetapkan yang menunjukkan mereka faham merengek bukan cara terbaik untuk meminta sesuatu, maka ibu boleh reinforce mereka seperti memberi rewards. Contohnya, puji, peluk, cium etc.
Di rumah, si kecil akan melihat orang dewasa sebagai contoh yang terbaik. Boleh jadi, ibu bapa kerap merungut (bukanlah merengek macam budak kecil). Si ibu merungut kepada si ayah. Ayah merungut sambil buat kerja. Dan mereka melihat itu adalah okay.
Rupa-rupanya, mereka start merengek sebab melihat kita selalu merungut di rumah.
Maka, hati-hatilah berkata-kata depan anak ya. Moga dimudahkan.
Sumber: Hazhari Ismail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ibu dikatakan insan paling banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak. Namun jangan dilupakan jasa seorang lelaki bergelar ayah. Figura ayah memainkan peranan yang cukup besar dalam membesarkan anak-anak.
Mental dan emosi anak kecil banyak dipengaruhi oleh cara didikan seorang ayah. Disebabkan itulah ayah menjadi insan paling rapat ketika anak-anak sedang membesar. Buktinya ternyata anak lebih gemar bermain dengan ayah berbanding ibu. Atas dasar itulah, ayah seharusnya menjadi ikon dan contoh paling baik pada anak-anak.
Penulis keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira berkongsi tip yang boleh diaplikasi ayah agar menjadi contoh kepada anak-anak yang sedang membesar.
Patut la anak suka bermain dengan ayah berbanding ibu. Ini kerana cara ayah bermain yang sedikit kasar dan lasak dalam games fizikal buat anak rasa lebih puas dan lebih enjoy bermain.
Patut la, memang fitrah kanak-kanak lebih suka aktiviti fizikal berbanding aktiviti berfikir jika main dengan ibu. Rugi la jika ayah tak luangkan masa bermain dengan anak seawal usia 0-3 tahun.
Ada kajian yang di lakukan oleh universiti di cambridge dan kerjasama dengan Lego Foundation mendapati bahawa anak yang selalu dapat Kualiti Playtime dengan ayah pada usia ini akan membesar dengan sangat sihat emosi dan kelakuannya.
– dia kurang tantrum
– dia kurang ganas
– dia mahir kawal emosi
– dia kurang masalah kelakuan
– dia lebih penyayang
– akhlaknya lebih baik
Berbanding dengan anak yang tidak dapat langsung kualiti Playtime dengan ayah mereka.
Ada hujahnya!
Menurut Professor Paul Ramchandani dari universiti of cambridge, games fizikal yang anak selalu main bersama ayahnya itu membantu perkembangan skil Self-Regulation.
Ini la skil yang bantu anak kita kawal tenaga dia supaya tidak terlalu kasar, kawal emosi dia supaya tidak terlalu cepat melenting dan kawal dirinya supaya jadi cepat matang.
Fuh! Besar sungguh manfaat ayah bermain dengan anak ye. Bukan sahaja manfaat dari segi fizikal tapi dari segi perkembangan emosi juga.
Tapi jujur saya kata, anak anak tak fikir sangat pun pasal perkembangan tu semua.
Apa yang diorang fikir cuma satu! Iaitu nak rasa gembira bermain bersama-sama ayahnya sahaja. Ayahkan sumber kebahagiaan setiap anak anak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bergelar mak ayah ni hati memang kena kental. Tak kira lagi bab anak mengamuk di rumah atau depan orang ramai. Tambah lagi bila ada anak lebih dari seorang. Si abang atau kakak nak itu, si adik pun ikut mengamuk juga.
Lagi satu kalau si kakak atau abang ok, adik yang akan mulakan drama dulu. Masa ni lah kena betul-betul kawal emosi dan tebalkan muka bila orang ramai mula memerhati jika anak buat hal di tempat awam. Masa anak tengah buat hal ini, mak ayah tak boleh nak panaskan lagi keadaan. Waktu ni lah kena pandai ambil hati untuk redakan keadaan.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama yang juga ibu kepada 4 orang anak, Puan Ashikin Hashim boleh dijadikan panduan dalam menghadapi sikap anak sebegini sehingga mereka dah matang dan boleh berfikir sendiri.
Anak yang mencabar a.k.a nakal?
Apabila saya memandang wajah anakanda Wafi (13 tahun), Wasim (11 tahun) dan Wajdi (8 tahun) membuatkankan saya mengimbau kembali kenangan indah yang lepas-lepas.
Wajah inilah yang pernah mengamuk dahulu ketika baru menjejak kaki ke tadika.
Wajah inilah yang menangis beriya-iya apabila hendakkan sesuatu.
Wajah inilah yang menghentak-hentakkan kaki apabila tidak puas hati.
Wajah inilah yang meminta-minta beli itu ini.
Kini….saya tidak dengar lagi amukan itu. Saya tidak lagi menghadap amukan mereka. Tidak juga mendengar rengekan beli mainan.
Itulah warna-warna kehidupan seorang ibu yang mempunyai anak kecil.
Tidak lari dari kerenah dan pelbagai ragam.
Ketika kita sedang menghadapinya, kita akan rasa seperti kita seorang ibu yang gagal. Kadang kecewa kerana anak tidak memahami. Kadang malu kerana menjadi tumpuan. Kadang putus asa seperti sudah tidak daya untuk memujuk.
Tapi itu semua sudah pergi….
Kita bakal merindu. Kita bakal tercari-cari suara itu.
Kepada ibu bapa yang sedang menghadapi situasi ini, usahlah terlalu risau. Ia hanya satu fasa normal yang kita semua akan lalui.
Tiba masanya anak akan mula matang. Mereka akan berhenti meminta, mengamuk dan menangis. Tiba masa mereka akan membesar dan berfikir dengan wajar.
Hadapinya dengan tenang dan positif. Anak kita sedang berjuang untuk hidup dalam suasana yang sangat mencabar untuk mereka.
Berikan mereka sokongan dan kasih sayang yang seadilnya. Mereka mungkin hanya berumur 4, 5 dan 6 tahun bukan 20 atau 30 tahun.
Selamat menghadapi kehidupan yang penuh warna warni. Enjoy the moment!