Pempamer pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) melancarkan pawagam terbesar di Malaysia di GSC IOI City Mall, setelah siapnya GSC IOI City Mall 2 (Timur). Dengan gabungan 26 skrin yang tersedia, pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman sinematik yang memukau di bawah satu bumbung.
GSC IOI City Mall adalah impian setiap peminat filem kerana pawagam ini merupakan hab hiburan 360 yang dilengkapi dengan teknologi skrin terkini dan menawarkan semua format filem seperti pilihan panggung wayang IMAX dengan teknologi Laser pertama di Malaysia, 4DX, D-BOX, dan Dolby Atmos, berserta ScreenX dan dewan BIG yang dijadualkan siap nanti. Penggemar filem juga dapat melengkapkan pengalaman sinematik mereka dengan membeli barangan koleksi filem kegemaran di Keepsake.
GSC IOI City Mall 2 juga merupakan lokasi utama panggung wayang mesra keluarga terbesar GSC yang dipanggil PlayPark. Anak-anak kecil boleh berlari, bermain dan melompat tanpa gangguan dan terdapat juga kawasan permainan bersebelahan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain.
Di samping itu, GSC turut memperkenalkan Happy Food Co. iaitu kafe pertamanya di Lembah Klang yang terletak di GSC IOI City Mall 2 yang menawarkan minuman susu kocak yang istimewa dan pelbagai hidangan yang lazat.
“Dengan 55 lokasi pawagam di seluruh negara, 2023 telah menyaksikan permulaan tahun yang positif untuk GSC, dengan pertumbuhan berterusan dalam tempoh yang akan datang. Kami ingin menyediakan akses dan tawaran yang lebih hebat kepada peminat filem, oleh itu GSC telah merancang untuk memperluaskan rangkaian pawagamnya di 8 lokasi baharu di seluruh negara pada 2026.
Ads
Kami akan teruskan momentum dengan pelancaran pawagam terbesar kami di Malaysia dan tayangan beberapa filem blockbuster yang dijangka akan keluar pada musim panas akan datang dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan GSC sebagai peneraju pasaran,” kata Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Screen Cinemas.
Dengan keluasan lebih daripada 79,000 kaki persegi, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan pelbagai pengalaman yang menyeronokkan kepada semua peringkat umur.
Ucapkan “HELLO” kepada Panggung Wayang PlayPark GSC terbesar
Merealisasi impian setiap kanak-kanak, panggung wayang PlayPark terbesar di GSC lengkap dengan kawasan bermain yang menyeronokkan bagi kanak-kanak dari semua peringkat umur, serta maskot bertemakan popcorn kesayangan kami – Jesse & Friends!
Ruang tersebut dilengkapi sudut bacaan yang menarik, menara mendaki yang dikenali sebagai ‘Soda Can’, pit bola, dan dinding permainan interaktif oleh Champs, sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Bagi kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun, keseronokan ‘Menara Popcorn’ menanti mereka di mana ia mempunyai gelongsor terpanjang di dalam sebuah pawagam.
Ads
Panggung wayang PlayPark yang terbesar ini juga menyediakan kemudahan penting seperti bilik persalinan bayi, bilik air mesra kanak-kanak dan bilik penyusuan bayi – amat sesuai dan selesa untuk pengunjung yang berkeluarga.
Tambahan pula, PlayPark juga dilengkapi dengan taman permainan dalam dewan untuk kanak-kanak bermain dan berinteraksi dengan gembira. Panggung wayang PlayPark boleh memuatkan 118 orang, dengan tiket berharga dari RM32 ke RM 122.
Bersantai dan berehat dengan selesa di panggung wayang Kelas Premiere GSC
Untuk pengalaman menonton filem yang mewah dilengkapi kerusi yang selesa, GSC IOI City Mall 2 (Timur) menawarkan dua panggung wayang kelas Premiere yang telah diperbaharui.
Di sini, anda dapat menikmati hidangan makanan dan hiburan yang menarik, yang pastinya akan meningkatkan keseronokan sebelum menonton filem. Penonton yang memilih panggung wayang kelas Premiere ini akan diberi keistimewaan untuk menikmati hidangan secara peribadi di luar dewan panggung atau pilihan menikmati makanan dengan selesa di tempat duduk mereka dalam panggung.
Selain itu, mereka juga akan mendapat akses percuma untuk bermain papan dart dan meja pool. Harga tiket bagi panggung wayang kelas Premiere ini adalah dari RM80 bagi setiap tempat duduk.
Ads
Saksikan pengembaraan filem kegemaran anda dengan pengalaman sinematik yang diperkaya
Di GSC IOI City Mall 2 (Timur), anda akan merasakan pengalaman filem yang luar biasa kerana ia adalah satu-satunya destinasi yang menawarkan semua format filem di bawah satu bumbung, termasuk IMAX dengan teknologi Laser, 4DX, D-BOX, Dolby Atmos berserta ScreenX dan dewan BIG yang akan datang.
Sama ada anda peminat filem aksi, animasi yang berwarna-warni atau konsert siaran langsung, pastinya terdapat sesuatu yang dapat memenuhi keinginan dan kepuasan setiap pengunjung.
Puaskan keinginan anda di Happy Food Co.
Sempena pelancaran cawangan pertamanya di Lembah Klang, Happy Food Co. menawarkan rangkaian susu kocak istimewa, makanan ringan yang lazat dan hidangan utama yang menyelerakan untuk memuaskan keinginan anda, sepanjang hari, setiap hari.
Beli-belah hingga puas di Keepsake
Pengalaman filem anda tidak akan lengkap sehingga anda dapatkan koleksi filem kegemaran anda, barangan Jesse & Friends atau koleksi jenama #GSCAdmin kami tersendiri di Keepsake.
Dari barangan filem kegemaran seperti mainan mewah, patung figura, dan pelbagai koleksi eksklusif filem yang diburu, tiada cara lain yang dapat memperingati dan menghormati watak filem kesayangan anda. Pembelian di Keepsake ini juga menjadi lambang kecintaan anda terhadap dunia perfileman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesuai sangatlah kalau papa dan anak yang berkongsi minat bermain game untuk bercuti ke SEM9 Esports Hotel! Terletak di Senai, Johor hotel ini sangat sesuai dijadikan destinasi percutian sekeluarga kerana ia terletak lebih kurang 9km dari Johor Premium Outlets (JPO) dan 32km dari LEGOLAND Theme Park. Selain papa boleh main game di dalam bilik hotel, boleh juga bawa isteri shopping dan anak-anak bergembira di taman tema. Adil kan?
Selain dekorasi moden dan futuristik, hotel ini menawarkan pengalaman percutian yang menarik bukan sahaja untuk papa yang gemarkan game, tetapi juga mama yang suka ber’OOTD’. Anda boleh memilih sama ada mahukan bilik biasa atau berkonsepkan gaming room. Tak kisahlah bilik mana yang menjadi pilihan kerana yang pasti ia tetap selesa untuk percutian anda.
Kemudahan Yang Lengkap
1. Kafe SEM9 Esports Hotel
Sebuah percutian di hotel akan lebih menyeronokkan apabila kemudahan yang disediakan lengkap buat penginap. Kalau tiba-tiba anak mengadu lapar, tak perlu susah hati. Mama papa boleh bawa saja mereka menikmati menu istimewa di kafe SEM9 Esports Hotel.
Di sini mereka menawarkan pelbagai pilihan sarapan pagi dan makan tengah hari yang diinspirasikan dari hidangan autentik Malaysia. Berbanding hotel lain, satu kelainan menu di sini kerana dinamakan sempena tajuk game popular!
2. Akses Internet
Salah satu kemudahan penting di sesebuah hotel adalah akses internet. Jangan susah hati kerana anda boleh enjoy bermain game dengan liputan internet yang bagus di hotel ini. Kemudahan Wifi yang ada pastinya akan membuatkan masa untuk anda enjoy bermain game tanpa gangguan. Tak adalah ‘sangkut-sangkut’!
3. Tempat Parkir Kenderaan
Selain itu, anda tak perlu risau tentang tempat parkir kenderaan kerana di sini anda boleh meletakkan kenderaan di ruang yang disediakan dengan mudah.
4. Merchandise Zone
Kalau ke SEM9 Esports Hotel, rugilah kalau tak singgah ke Merchandise Zone mereka. Untuk melengkapkan penampilan seorang gamer, sesuai sangatlah kalau anda dapatkan baju di sini. Dengan kualiti fabrik yang baik, pilihan baju yang ada juga pastinya akan buat anda rambang mata! Pelbagai rekaan topi menarik pun ada, smart habis!
Pilihan Bilik Yang Menarik!
Terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih. Untuk bilik yang lebih luas, anda boleh memilih S9 Deluxe. Ia direka untuk anda yang mahukan bilik untuk bersama ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bermain sebagai satu skuad. Boleh menempatkan sehingga 4 orang tetamu dalam satu bilik, ia dilengkapi empat buah komputer gaming dengan kelajuan internet yang terbaik.
Untuk bermain game dalam suasana yang lebih relaks, anda boleh memilih S9 Cozy. Dilengkapi dengan sofa yang selesa beserta bean bags serta set PlayStation5 dengan pelbagai pilihan genre game yang boleh anda pilih. Lebih sesuai untuk keluarga kecil.
Untuk anda yang mahukan komputer dengan spesifikasi yang tinggi dan ruang yang luas untuk bermain game, pilihlah S9 Executive. Pencahayaan dalam bilik yang cool dan dilengkapi dengan dua komputer serta ruang tamu yang bersambung!
Untuk mama papa yang tidak mahu bilik berkonsepkan dunia gamer, bolehlah memilih S9 Classic Triple. Bukan sahaja akses internet bagus, tetapi turut dilengkapi dengan TV untuk tontonan anak-anak. Boleh memuatkan sehingga tiga orang dewasa, tempahan bilik ini juga didatangkan dengan sarapan pagi.
Untuk bilik yang lebih besar, S9 Classic Deluxe adalah yang terbaik kerana ruangnya lebih luas dan selesa untuk mama papa yang menginginkan keselesaan untuk anak-anak. Antara bilik-bilik lain yang terdapat di hotel ini adalah seperti S9 Triple, S9 Classic King, S9 Classic Twin, S9 Classic dan banyak lagi!
Untuk mama papa yang mahu bercuti di Johor, bolehlah pilih untuk menginap di SEM9 Esports Hotel. Untuk maklumat lanjut tentang hotel ini, klik SINI
Bila satu perayaan itu tiba, pastinya kaum ibu paling tak menang tangan nak buat persiapan sampai diri sendiri pun tak sempat nak urus. Walaupun sibuk dengan tugasan harian, Guardian ada berita baik untuk ibu-ibu melenial di luar sana sempena Tahun Baru Cina ini. Seronoknya boleh cantik dengan barangan Guardian!
Pengalaman Beli Belah Lebih Lebih Moden
Guardian Malaysia membuka tirai tahun baharu dengan promosi hebat Tahun Baru Cina ‘Leap Into Prosperity’ bagi menyambut tahun baru Arnab selari memperkenalkan memperkenalkan stornya yang kini berwajah baharu khusus memberikan pengalaman membeli-belah yang unggul kepada kepada semua. Stor terbaru ini menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam pasaran, pada nilai terbaik untuk semua pelanggan.
Gelombang warna baharu dan visual aktif menarik perhatian pelanggan dan penggunaan material yang lebih mesra dan lembut memberikan tenaga vitaliti yang ramai inginkan. Buat masa ini, reka bentuk baharu ini telah dilancarkan di tiga buah stor iaitu di Pusat Membeli-Belah 1 Utama, Aeon Metro Prima Kepong dan Jalan Cecawi, Kota Damansara. Mereka mewakili tiga jenis stor yang berbeza dan transformasi untuk stor yang lain akan menyusul dalam beberapa minggu akan datang.
Memang Best Barang Percuma Hadiah!
Bagi menyambut Tahun Arnab, promosi ‘Leap into Prosperity’ Guardian menjanjikan koleksi tawaran istimewa yang menawarkan nilai hebat untuk pelanggannya terutama para ibu yang mahu tampil segar di musim perayaan ini dan membolehkan pelanggan Guardian berjimat sehingga 50% untuk produk kesihatan dan kecantikan. Selain itu, terdapat tawaran hadiah eksklusif menarik khas untuk pelanggan Guardian.
Setiap pembelian anda boleh jimat 50% untuk set peralatan makan malam seramik 3 keping Disney Tsum Tsum dengan pembelian minimum RM20 termasuk satu jenama yang mengambil bahagian atau RM50 dalam satu resit. Lagi menarik percuma
bagasi mini bergaya dengan pembelian RM128 dan ke atas mana-mana produk kecantikan termasuk penjagaan kulit, penjagaan kulit dermo, kosmetik, aksesori kecantikan dan wangian daripada jenama yang mengambil bahagian.
Buat isteri-isteri yang suka kumpul mangkuk tingkat, dengan pembelian RM128 dan ke atas mana-mana produk penjagaan diri daripada jenama yang mengambil bahagian dalam satu resit anda boleh bawa pulang mangkuk tingkat dari Guardian dan tidak ketinggalan percuma Essential Diffuser dengan pembelian RM128 dan ke atas daripada rangkaian produk Penjagaan Kesihatan daripada mana-mana jenama yang mengambil bahagian dalam satu resit
Apa lagi para ibu,nak cantik tak susah,pergi Guardian dan dapatkan produk kegemaran anda kerana sekarang adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan semua barangan kesihatan dan kecantikan anda sama ada dari kedai dalam talian, menerusi Aplikasi Guardian atau stor fizikal, dengan jenama eksklusif hanya di Guardian agar anda kelihatan sihat bertenaga di Tahun Baru Cina ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salam Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) telah menganjurkan kelas antenatal pertama sejak kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Kelas antenatal SSASH selepas PKP diadakan pada hari Sabtu bersamaan 12 September 2020 bertempat di Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagaimanapun oleh kerana kita masih berada dalam tempoh PKPP dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, maka kelas antenatal yang dianjurkan juga tidak terlepas daripada mematuhi SOP dengan pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer dan pengambilan suhu badan setiap peserta yang hadir.
Mungkin disebabkan banyak hospital telah menangguhkan kelas antenatal anjuran mereka maka kelas antenatal SSASH ini telah mendapat sambutan dan dihadiri oleh 30 pasangan bakal ibu bapa di sekitar Shah Alam, Puchong, Klang, Putrajaya bahkan ada yang datang dari luar daerah termasuk Melaka dan Seremban.
Pasangan bakal ibu bapa yang hadir ke kelas antenatal ini kelihatan teruja untuk menimba ilmu memandangkan majoriti mereka sedang menanti kelahiran anak pertama. Jadi sudah tentu peluang menghadiri kelas antenatal yang menyediakan pelbagai ilmu dan persediaan sebelum kelahiran bayi diharap dapat membantu mereka menguruskan bayi kelak.
Program kelas antenatal yang bermula seawal pukul 9 pagi dimulakan dengan slot oleh Pegawai Dietetik SSASH yang berkongsi tajuk Pemakanan Optimum Semasa Hamil & Menyusu.
Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, ia disambung pula oleh Jururawat Kebidanan yang menunjukkan Teknik Penyusuan Badan & Penjagaan Bayi. Ia sememangnya slot paling dinantikan oleh para bakal ibu yang berharap ia dapat jadi bekalan untuk mereka menyusu dan menguruskan bayi selepas dilahirkan nanti. Sesi seterusnya pula dikelolakan oleh Doktor Pakar Kanak-Kanak yang mengupas tajuk penting bayi baharu lahir iaitu masalah Jaundis dan Imunisasi.
Selepas berhenti makan tengah hari, tajuk yang paling penting bagi setiap ibu hamil adalah Kehamilan dan Kelahiran yang dikongsikan oleh Doktor Pakar Sakit Puan & Perbidanan. Pelbagai kupasan tentang persediaan untuk melahirkan bayi disampaikan oleh doktor. Ia sedikit sebanyak memberikan info kepada bakal ibu yang kebanyakannya sudah memasuki trimester ke-3 kehamilan dan tidak berapa lama sahaja lagi akan melalui proses melahirkan anak.
Pa&Ma turut hadir membuka kaunter pendaftaran ahli Pa&Ma Moms To Be 2.0. Dengan menyertai komuniti ini, para bakal ibu akan dimasukkan di dalam grup telegram Pa&Ma Moms To Be yang akan berkongsi pelbagai info, artikel, peraduan dan berpeluang menang hadiah cabutan bertuah. Sebagai penghargaan kepada bakal ibu yang mendaftar pada hari tersebut, Pa&Ma menghadiahkan mereka sehelai bedung bayi setiap seorang sebagai kegunaan anak yang akan dilahirkan kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.