Perkara paling menakutkan bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil adalah tercekik. Memang lumrah bagi Kanak-kanak yang masih kecil memasukan barang kedalam mulut untuk meneroka rasa dan bentuk.

“Tepuk Tapi Tak Keluar, Muka Anak Biru” Hampir Meragut Nyawa, Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan

Kejadian hitam ini berlaku kepada Puan Hanis Sakinah ketika dia sibuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Anaknya yang baru berusia 4 bulan tercekik barang permainan si kakak ketika ditinggalkan sebentar oleh si bapa untuk ke tandas kurang 2 minit. Ikuti perkongsian beliau yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

 

PENGALAMAN ANAK BERUSIA 4 BULAN TERCEKIK LIPSTICK MAINAN YANG HAMPIR MERAGUT NYAWA.

21/4/21

Masih terbayang ² kejadian hitam yang kami alami. Waktu itu hampir berbuka puasa. Setiap Hari, usai mengemas mainan, menyapu dan mop rumah, ummi bentangkan playmat untuk Tajdeed meniarap.

“Tepuk Tapi Tak Keluar, Muka Anak Biru” Hampir Meragut Nyawa, Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan

Setelah yakin tiada benda berbahaya disekelilingnya, ummi ke dapur untuk masak dan memberitahu abi untuk memantau Tasneem & Tajdeed. Ini yang kami lakukan jika salah seorang ada urusan, seorang lagi akan memantau anak.

Malang tidak berbau, saat abi pergi ke tandas sekejap, tidak sampai beberapa minit abi menjerit bila terdengar Tajdeed menangis.

Ya, tangisannya tidak seperti kebiasaan. Seolah ada yang menyekat kerongkongnya. Ummi terlangkupkan Tajdeed dan sempat rasa ada sesuatu dalam mulutnya namun tak berjaya dikeluarkan. Kami bergegas ke hospital terdekat. Tika ini Tajdeed dah biru, darah segar mengalir dari hidungya. Tangisannya masih ada namun sangat perlahan.. dengan sepenuh kudrat dia cuba bernafas, Alhamdulillah masih bertahan.

IKLAN

“Tepuk Tapi Tak Keluar, Muka Anak Biru” Hampir Meragut Nyawa, Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan

Setibanya di sebuah hospital swasta, kami serahkan Tajdeed pada mereka untuk diselematkan. Dalam masa yg sama, memberitahu keluarga terdekat untuk mendoakan. Tiada yang kuharapkan selain pertolongan dan keajaiban Tuhan.

Tajdeed diperiksa, di x-ray namun tidak terlihat mainannya. 2 kali doktor cuba menyedut objek tersebut namun gagal dikeluarkan. Belakang Tajdeed ditepuk sekuat hati. Saat ini mulut Tajdeed dipenuhi darah akibat tekanan..

Setelah beberapa kali percubaan menyelamatkan, barulah mereka maklumkan bahawa mereka tiada pakar ENT kanak2 disini. Allah.. kenapa baru beritahu setelah semua usaha gagal.

Kemudian Tajdeed di refer ke hospital serdang memandangkan disana ada pakar ENT kanak2. Ketika persiapan ambulan dibuat, kami disuruh menyelesaikan bayaran.

Memandangkan mereka belum dapat jumlah sebenar, mereka meletakkan deposit yang tinggi untuk kami lunaskan. Allah.. nyawa anak kami tak penting kah pada kalian..

IKLAN

 

Berbekalkan oksigen dalam ambulan, kami bergegas ke hospital serdang. Setibanya di zon merah (kritikal), sebuah bilik bedah dibuka khas untuk Tajdeed memandangkan ini kes kecemasan.

Setelah diberi penerangan akan risiko yang bakal dihadapi termasuk pendarahan dan kematian, jam 10 malam Tajdeed dimasukkan dalam Dewan bedah. Saat ini, hanya ummi yang boleh menghantar Tajdeed hinnga ke pintu Dewan bedah. Masih terngiang² ayat doktor pakar tersebut, ” cium anak awak puas2 ya..” Allah, sempat ku bisikkan pada Tajdeed, kuatkan semangatmu sayang..

Tidak sampai sejam dalam Dewan bedah, doktor memaklumkan bahawa objek yang tersangkut dalam saluran pernafasan Tajdeed adalah gincu mainan. Keadaan Tajdeed stabil namun masih bergantung alat pernafasan dan ditempatkan di wad PCICU.

“Tepuk Tapi Tak Keluar, Muka Anak Biru” Hampir Meragut Nyawa, Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan
2 malam Tajdeed disana, 2 malam juga ummi tak tidur dan makan mengenangkan penderitaan yang Tajdeed alami. Kuatnya Tajdeed sayang.. polisi di ICU, hanya boleh melawat 15 minit sehari. Tajdeed ditidurkan dengan bantuan ubat memandangkan tiub pernafasan dan tiub susu dipasang padanya. Ini bagi mengehadkan pergerakan dan juga merehatkan Tajdeed.

Setelah 2 malam di PCICU, ummi dapat panggilan hospital yang mengatakan Tajdeed dah stabil dan boleh dipindahkan ke wad kanak2 biasa. Allah.. tak terlafaz rasa syukurku padaMu..

2 malam di wad biasa, keadaan Tajdeed makin baik Alhamdulillah. Tiub susu dan oksigen dicabut, Tajdeed dapat menyusu seperti biasa.

IKLAN

25/4/21

Sempat juga ummi beritahu Tajdeed yang Hari ini merupakan Hari lahir ummi. Jika Tajdeed discaj harini, inilah hadiah birthday terindah buat ummi. Alhamdulillah sekali lagi Allah makbulkan, petang itu kami dapat discaj.

“Tepuk Tapi Tak Keluar, Muka Anak Biru” Hampir Meragut Nyawa, Anak 4 Bulan Tercekik Lipstick Mainan

Terima kasih semua kakitangan Hospital Serdang. Layanan dan perkhidmatan yang kami terima sangat baik seperti hotel 5 bintang. Jika dihitung jumlah bintang dilangit, pastinan berkat doa semua, Tajdeed Selamat..

Doakan Tajdeed Alfateh terus kuat dan cepat sihat ya..

Siapa sangka, kejadian yang tak sampai seminit, hampir membawa penyesalan seumur hidup.. Terima kasih Allah atas peluang kedua untuk kami..

Kredit: Hanis Sakinah Hisham

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI