Wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lambat bercakap.
Tidak hairanlah kita sering mendengar dialog seperti kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap. Namun adakah tanggapan ini benar? Sebenarnya jika diikutkan tidak semua budak lelaki dalam kategori tersebut.
Kebolehan anak bercakap mengikut usia bergantung kepada rangsangan yang diterima anak-anak sama ada daripada ibu bapa atau keadaan sekelilingnya. Inilah faktor utama.
Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah.
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Pertuturan, Nor Azizah Nordin dia ada memberi contoh mudah untuk tahu perkembangan anak sama ada lambat cakap atau tak.
Mari kita tengok di mana anak-anak kita. Saya mudahkan untuk ibu bapa senang ingat
– ketika anak sambut birthday 1 tahun…. anak sepatutnya dah mula menyebut satu satu patah perkataan (nak, mama, ayah)
– sambut birthday 2 tahun – dua patah perkataan (nak kek)
– sambut birthday 3 tahun – tiga patah perkataan (nak makan kek)
Jadi kalau anak dah 2 tahun tapi masih tak ada perkataan atau baru sebut sepatah sepatah, kita sebagai ibu bapa kena lah alert…. ADAKAH ANAKKU LAMBAT BERCAKAP?
Ads
Jangan buat tak tahu dan kenalah mulakan “terapi” (pengajaran) untuk pastikan anak akan berkembang mengikut umurnya.
Macamana??? Ingat satu perkara “BELAJAR bagi kanak-kanak adalah BERMAIN”. Jadi, mainlah dengan anak-anak sambil bercakap.
Nak main apa???
Apa-apa permainan atau aktiviti yang disukai anak boleh dijadikan sesi pengajaran bahasa.
Ads
Apa yang saya nak “cakap” masa main tu?? 1. komen tentang mainan (Wah, adik ada kereta merah. Kereta adik cantik) 2. komen tentang aktiviti (Adik letak kereta atas trek. Mak nak jalankan kereta) 3. buat ayat yang pendek dan mudah 4. berdrama sikit (dengan sound effect, nada suara tinggi rendah) ** elakkan tanya soalan
Saya sibuk… tak sempat main dengan anak. Macamana?? Aktiviti harian juga sesuai untuk mengajar anak bercakap. Masa mandi, masa makan, masa bawa anak shopping. Contohnya masa mandikan anak, ibu boleh cakap “adik mandi, seronoknya adik mandi. adik nak sabun tangan, sabun badan”
Sebenarnya, tiada alasan jika kita ingin berjaya. Kalau betul-betul buat, masalah yang susah boleh jadi senang dan mudah mendapat penyelesaiannya.
Gigi kekal sudah tumbuh di belakang, perlukah gigi susu dicabut? Hal ini sering menjadi dilema pada mama papa. Perlukah dibawa ke klinik atau biarkan ia tercabut sendiri.
“Mama tengok ni. Ada gigi baru tumbuh kat belakang gigi Anis,” kata Anis sambil mengangakan mulut ke arah ibunya. Setelah diteliti, memang ada gigi baru kekal tumbuh di belakang gigi kacip bawah. Memang sudah agak panjang dan tumbuhnya menyenget. Gigi kacip susunya itu juga sudah mula bergoyang apabila ditolak lembut dengan jari. Timbul kekeliruan pada fikiran si ibu sama ada ingin mencabut gigi susu tersebut untuk memberi laluan kepada gigi kekal tumbuh atau membiarkan sahaja gigi susu tersebut tercabut sendiri. Mama dalam dilema…
Situasi begini biasa terjadi pada kanak-kanak yang mula melalui fasa tumbuh gigi kekal seawal usia enam tahun. Bagaimana untuk membuat keputusan sama ada perlu mencabutnya atau tidak? Sekiranya dibiarkan adalah gigi kekal tersebut akan tumbuh senget dan bertindan.
GIGI SUSU MULA GOYANG
Menurut pandangan profesional pergigian, Dr Mazleen Abdul Rahman dari Klinik Pergigian Dr. Leen mengatakan masalah atau dilema ini biasa berlaku terutama sekali bagi ibu bapa dan anak pertama mereka. Katanya ramai yang mendapatkan perkhidmatan untuk mencabut gigi apabila gigi susu anak mereka mula bergoyang.
“Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar enam bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia dua setengah hingga tiga tahun, semua gigi susunya telah tumbuh sepenuhnya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, diikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut urutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
“Apabila umur kanak-kanak sekitar enam tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Hal ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika gigi yang bergoyang dicabut terlalu awal, maka gigi kekal yang bakal tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya,” kata Dr Mazleen.
Kanak-kanak akan memiliki 20 batang gigi susu. Warnanya putih dan akan mula luruh apabila mencecah usia lima tahun ke atas dan diganti dengan gigi kekal.
5 KEADAAN GIGI SUSU PERLU DICABUT OLEH DOKTOR
Walau pun begitu, Dr Mazleen memberikan beberapa keadaan yang memerlukan gigi si manja dicabut oleh doktor gigi iaitu:
1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
2. Gigi susunya si manja boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.
4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.
5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan atau tidak berani untuk mencabut sendiri gigi anak yang sudah bergoyang.
MITOS TENTANG GIGI TIDAK TERSUSUN
Selain itu, menurut Dr Mazleen, terdapat mitos yang mengatakan sekiranya gigi susu yang sudah bergoyang tidak dicabut segera, gigi kekal yang tumbuh akan menjadi tidak tersusun dan bertindan. Katanya,hal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Terdapat beberapa keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh menjadi tidak teratur? 1. Keturunan Rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat untuk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2.Gigi yang dicabut terlalu awal Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak mengambil tempat kawasan yang dicabut. Hal ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di lokasi tersebut tiada tempat . Biasanya gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3.Gigi susu yang tidak dicabut Gigi tidak teratur biasanya terjadi apabila gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh. Pada kebanyakan keadaan, gigi kekal menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.
TIP ELAK ANAK TRAUMA UNTUK PERIKSA GIGI
Dr Mazleen menyarankan ibu bapa agar membawa si manja untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia dua atau tiga tahun. Bukan sahaja bertujuan cabut gigi, tetapi untuk pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
“Hal ini amat penting kerana apabila mereka sudah biasa dan tidak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan sama ada tampalan atau cabut. Jangan sesekali memaksa mereka untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik. Bimbang sekiranya mereka tidak melakukan dengan rela hati mereka boleh menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sehingga dewasa kelak,”.
Katanya lagi, gigi yang bergoyang tidak semestinya terus dicabut. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara diam dan aktif, yang mana anak baik? Persoalan ini yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan ibu bapa.
Anak yang diam lebih merisaukan daripada anak yang aktif bergerak melakukan itu ini. Mungkinkah anak diam itu sakit? Mungkinkah anak diam itu ada masalah dan perlukan bantuan yang tidak boleh diluahkan?
Kanak-kanak seharusnya aktif dan gembira bermain ke sana ke mari.
TETAPI…
Anak yang terlampau aktif bergerak tanpa tahu batasan hingga mengganggu harta benda dan orang lain juga perlu dirisaukan. Adakah dia perlukan rawatan intervensi oleh pakar ataupun adakah peraturan dan disiplin oleh ibubapa terlalu longgar dan permisif?
NAMUN…
Ada juga anak yang sifat semulajadinya pendiam atau ‘slow to warm up’. Anak ini tidak sakit, anak ini baik cuma dia mengambil masa untuk bersuara dan berkawan. Itu normal bagi sesetengah orang. Anak ini perlu diajar malu kena tempat.
Diam atau aktif yang mana lebih baik bergantung kepada sifat semulajadi anak, persekitaran, konteks, dan keadaan.
Tidak semestinya diam itu baik dan aktif itu tidak.
Tidak semestinya aktif itu baik dan diam itu tidak.
Kenapa anak cepat penat bila menulis? Boleh jadi sebab otot jarinya lemah. Kalau nak merasa struggle anak kita nak menulis, cuba kita PAKSA DIRI TULIS JAWI GUNA TANGAN KIRI.
Nak tahu lanjut, aktiviti untuk menguatkan jari jemari anak sebagai persediaan menulis, ini sepatutnya ibu bapa sediakan untuk anak-anak di rumah. Tak semestinya semua peralatan ini dibeli, yang penting kena sentiasa kreatif dan rangsang tangan si kecil. Berikut perkongsian Influencer Parenting, Wawa Shauqi.
Kelmarin saya dah cuba. Insaf betul rasa. Nak habiskan menulis satu muka surat tu, sungguh! Rasa nak menangis. Tah berapa kali padam dan betulkan balik.
Baru faham kenapa kadang tulisan anak buruk. Dan kenapa anak boleh menangis nak siapkan kerja sekolah. Padanlah bila sebut kerja sekolah, macam-macam alasan dibagi.
Kalau anak dipaksa pegang pensel dalam keadaan jari yang masih lemah, kita takut nanti anak hilang minat untuk buat kerja sekolah.
Tapi jangan risau. Ada banyak aktiviti yang boleh kita buat untuk kuatkan jemari anak. Ini contoh permainan yang boleh saya cadangkan.
Fidget sensory toy ni orang pakai untuk budak ralit. Macam kita yang besar ralit main letupkan bubble wrap tu. Bagus untuk latih finger isolation. Mintak anak gunakan satu demi satu jari.satu line, jari kelinking. Satu line lagi jari manis, sampai la guna semua jari. https://shp.ee/gc7fkpx
Di setiap gambar, saya ada sertakan apa benefit yang mainan tu boleh bagi kat anak. Pilihlah ikut sesuai umur anak tau.
Ini untuk koordinasi mata dan tangan. Ini asas sebelum nak kenalkan anak dengan aktiviti lacing. Anak akan belajar kawalan tangan juga. https://shp.ee/pv69mzm
Tak payah susah cari kat mana. Saya dah senaraikan antara tempat yang boleh anda cari.
EZ Kitz https://shp.ee/pd9mbyx RC Haus https://shp.ee/p8amrxz Teras Med https://shp.ee/iuk3wbz My Little Deerie https://shp.ee/a93veer Little Brainy https://shp.ee/46kfp59
Ini pun koordinasi mata dan tangan. Selain kawalan tangan dna kemahiran kognitif jugak. Mak-mak join anak main sambil berangan jual sate. https://shp.ee/8622eyfKetuk-ketuk ni, latihan awal anak manipulasi peralatan. Koordinasi mata tangan jugak. Bantu tangan anak kecil kita jadi lebih jitu. https://shp.ee/ku6z9mf
Ini baru bercakap soal jari lemah. Sedangkan dalam kemahiran menulis, ada beberapa lagi kemahiran yang anak kuasai.
Menguatkan jemari anak. Latih pincer grip. Kasi jari anak power. Ini kalau anak-anak saya main, komfem susah berhenti. Anything yang berkaitan dengan air dan warna, diorang memang suka. Kalau taknak menangis basuh karpet, lapik la ye. Tak pun main kat porch https://shp.ee/huit94xLepas jari anak tu kuat sikit main picit-picit air, kita kasi penyepit macam ni. Ini tingkatkan kemahiran manipulasi, kawalan tangan dan kekuatan jari jugak. Bila reja aktiviti macam ni, dia tambah nilai kat kemahiran kognitif. Kot ye pun nak tangan anak kuat cepat, jangan terus bagi yang jenis susah nak tekan. Sepit mak dia baru tau! https://shp.ee/qnyq62pShape sorting macam ni orang selalu nampak benefit kat kognitif. Tapi, ia juga melatih koordinasi tangan serta tangan dan mata.Yang ni best. Melatih kemahiran visual, koordinasi kata tangan dan ofkoz, kognitif dan fokus jugak. Cuma bertabah kalau anak pakai buat acah-acah masak cendawan Sebab saya dah kena.Bila kemahiran manipulatif anak bertambah baik, beri anak aktiviti alihkan objek ke dalam bekas lain dengan peralatan yang lebih mencabar pincer dia. Ini antara wajib jugak ada ni. Latih fokus juga.Haaa! Lacing is must. Tapi pastikan jangan bagi kat baby. Kulacing jugak lubang telinga kang. Lacing bagus sebagai kawalan bilateral, integrasi tangan kanan dan kiri, koordinasi tangan-mata, mencabar pincer, kemahiran manipulatif dsb. Bagus sangat ni. Menajamkan fokus juga. Saya buat aktiviti ni bila tak larat tengok anak wrestling tak berhenti.Haaa. Ini tolonglah ada ye mak-mak dan ayah-ayah. Namanya theraputty. Benda ni sangat banyak manfaat. Dan banyak aktiviti yang kita boleh rangka dengan theraputty ni. https://shp.ee/5ucktq7 Letak guli dalam ni bagi anak cari, menggunting, menguli dan macam-macam lagi. Boleh rujuk gambar sebelah kalau nak tau macam mana nak ajak anak main. Kalau kat pusat terapi, ini kira wajib ada ni. Cuma jangan main lekat kat rambut atau kat karpet kalau taknak gaduh laki bini.
Mana yang mengadu penat menulis, nak! Kasi dia exercise dengan benda alah ni. Insya Allah kalau lama berlatih, kuatlah tangan tu. Kalau kita stres, objek ni mampu bantu bagi sensory sensation kat kita. Better dari lepaskan stres dengan tumbuk perut pasangan kita. https://shp.ee/w9scpufIni kalau nak beli, silalah beli 2 ye. Selain boleh gabungkan anak kita 2 orang tu buat okestra, ia juga bantu kita untuk buat aktiviti latih memori. Kita ketuk dan anak tiru bunyi yang kita ketuk. Ini especially bagus untuk latih memori anak yang asyik lupa bila kita ajar tu.Ini untuk ares yang lebih tinggi. Sebab ini melibatkan integrasi otak kanan dan kiri. Serta koordinasi tangan-mata
I loove this one! Selain latih pincer dan koordinasi jemari serta tangan, ia juga latih memori juga. https://shp.ee/9g3dm47Ini pun best. Sebab dia offer multiple activities. So anak dapat multiple benefits jugak. Anak boleh latih kognitif, kawalan tangan, koordinasi tangan-mata, pincwr dan sebagainya. Anak-anak saya minat nau main benda ni. https://shp.ee/ny9869p Lepas tu ajak mak main sekali.
Dan baaanyak lagi! Tapi jangan risau. Permainan sedia ada ini pun akan bantu improve kemahiran yang lain sekali. Dan jangan lupa ajar anak banyakkan guna badan secara aktif. Untuk improve motor kasar juga.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.