Terasa Baru Perut Mama Dihiris, Dah Setahun Maryam Gembirakan Mama Dan Bapa

Share

Terasa masih baru lagi berita kelahiran anak dara Fizo Omar dan Mawar Karim, Wan Maryam diumumkan, namun 29 Disember lalu dah genap setahun kehadiran Maryam dalam keluarga kedua belah mama dan bapanya.

Menghargai rezeki yang dikurniakan kepada mereka selama lima tahun berkahwin, Mawar menitipkan kata-kata semangat kepada pasangan yang belum dapat anak supaya jangan cepat berputus asa.

Menerusi perkongsiannya, Mawar akui kehadiran Maryam bawa kegembiraan kepada semua ahli keluarga.

Cepatnya masa berlalu, macam baru semalam perut mama dihiris. Sebelum Maryam hadir di dunia ini macam-macam usaha bapa dan mama buat tanpa putus asa.

Mawar juga menasihatkan kepada bakal ibu yang masih menanti kehadiran orang istimewa dalam hidupnya, cubalah ikhtiar sesuatu terlebih dahulu dan jangan cepat berputus asa.

Sokongan keluarga juga sangat penting dan jangan sesekali malu untuk berjumpa doktor. Perlu ingat jangan cepat mengalah. Bukan tak ada rezeki, insya-Allah rezeki belum sampai lagi.

Ingatlah Allah sentiasa mendengar doa kita dan kadang-kadang kita tak sedar luaran nampak sihat dalaman belum tentu sihat juga. Mungkin pemeriksaan awal lebih baik untuk pastikan hajat kita dipermudahkan.

Cepatnya Maryam besar

Mawar juga berkongsi perkataan pertama yang Maryam boleh sebut adalah mama. Ketika itu umur baru tujuh bulan. Terasa sangat Maryam hargai mama dan perkembangan ini cukup mengembirakan Mawar.

Bukan itu sahaja, Mawar juga akui tak sabar nak lihat setiap perkembangan baru yang Maryam dapat. Baru tahu bagaimanan perasaan seorang ibu bila melihat anak membesar. Terasa begitu besar nikmatnya.

Sumber: ig mawar karim

IKLAN