Seorang bayi perempuan ditemui di lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih di sini, hari ini.
Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum ditemui pemilik kedai jam 7.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata bayi itu ditemui pemilik kedai ketika mahu memulakan perniagaan
Katanya, bayi dianggar seberat 3.2 kilogram itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut
Ads
“Bayi berada dalam keadaan sihat dan polis giat mengesan suspek yang membuang bayi terbabit,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.
Hanyan berkata, klinik sekitar daerah ini sudah dihubungi dan diminta memaklumkan kepada polis sekiranya menerima pesakit yang baru melahirkan bayi.
Ads
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Ads
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
“Pertama kali seumur hidup jumpa bayi perempuan cukup sifat. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata, menggeletar satu badan,” kata pemilik akaun Facebook (FB) Salika Bakri.
Dia dan suaminya saksi kejadian yang menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam bungkusan beg di tepi jalan di Seksyen 6, Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Pasangan naik motosikal dan tinggalkan bungkusan beg
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, seorang lelaki melihat pasangan meninggalkan beg plastik itu di lokasi kejadian.
Salika yang berkongsi kejadian itu menerusi FB berkata, dia menerima panggilan telefon dari suami memberitahu menemui bayi dan meminta dia datang kerana tidak berani menyentuh.
“Kawasan bayi itu ditemui memang tak jauh dengan rumah.
“Sampai sampai je tengok memang bayi dah tak bernafas, siap ada plastik dalam tu (mungkin uri).
“Saya tak buka sebab arahan daripada polis jangan sentuh apa apa. Dah niat dalam hati, andai sampai sampai tadi kalau bayi tu tengah menangis, memang nak bagi dia menyusu tapi bayi dah meninggal,” katanya.
Katanya, pasangan lelaki dan perempuan tidak tahulah berkahwin atau tidak.
“Dorang (mereka) naik motosikal, dan tinggal macam tu je kata suami. Dia dah perasan dorang (mereka) nampak macam mencurigakan, so (jadi) suami pun patah balik pergi tengok memang betul bayi.. Allahu Akhbar.
“Suami tak sempat mengambil nombor plat motosikal. Bayi dah dibawa ke balai polis dan pihak hospital dah ambil untuk bedah siasat,” katanya.
Dibalut dengan kain
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, polis menerima panggilan jam 10 pagi menyatakan penemuan bungkusan beg warna oren yang ditinggalkan di tepi jalan.
“Hasil semakan lanjut pengadu, didapati di dalamnya mengandungi bayi dibalut kain berwarna coklat.
“Bertindak dengan maklumat ini, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian bersama bantuan perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan
Rajab berkata, hasil siasatan awal pegawai perubatan HKL mengesahkan bayi perempuan itu dalam keadaan cukup sifat ketika ditemui sudah meninggal dunia.
“Disyaki bayi ini baru saja dilahirkan kerana masih ada cebisan tali pusat pada badan bayi itu.
“Saksi juga gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.
Sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menyalurkannya kepada Asisten Superintendan Stephen Ganeson di talian 016-376 7390 atau pusat kawalan polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522.
Hati ibu ayah mana yang tak sedih apabila anak 4 bulan yang baru 3 hari di hantar ke taska akhirnya berada dalam keadaan koma akibat didera oleh pengasuh pusat jagaan.
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Suspek telah memukul bahagian kepala mangsa
Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa yang juga merupakan pegawai perubatan membuat laporan polis pada hari sama.
Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Dah Puas Tidur, Aysar Wildan Bangun Ya
Menjengah posting di laman sosial milik bapa bayi malang ini, Syamil Hadi meluahkan rasa sebak dan cukup kecewa dengan kejadian yang menimpa anak kesayanganya itu.
“Assalamualaikum minta jasa baik rakan-rakan doakan anak saya, dia sekarang dalam keadaan kritikal,” demikian luahan Eyka Rohmat dalam Facebooknya, Selasa lalu.
Eyka mengharapkan anak lelakinya, Naufal Nabil Fikri yang berusia 10 bulan itu diberikan keajaiban dan kesihatan seperti sedia kala.
“Jasa dan doa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Ummi rindu Naufal sayang, Naufal kuat ummi kuat… Naufal nyawa ummi,” katanya.
Terdahulu menerusi muat naik di Facebooknya juga, Eyka mengesahkan tempurung kepala Naufal retak, tisu kepala bengkak dan pendarahan dalam kepala serta di selaput mata.
“Allah SWT, sesungguhnya kami insan yang terpilih kau redakan aku terima segala ketentuanMu,” katanya.
Sementara itu menurut laporan media, bayi berusia 10 bulan itu kritikal selepas dipercayai terjatuh dari buaian ketika berada dalam pengawasan pengasuhnya.
Kini Naufal dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar sejak Selasa lalu, selepas dikejarkan ke Hospital Tangkak pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, bayi berkenaan dibawa oleh pengasuh ke Hospital Tangkak pada Selasa lalu selepas mengalami sawan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan pada bahagian mata dan retak tempurung kepala.
“Pegawai perubatan yang merawat mangsa membuat laporan polis dan siasatan terhadap pengasuh mendakwa mangsa pernah dua kali terjatuh daripada buaian sepanjang di bawah jagaannya.
“Bagaimanapun siasatan lanjut sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan maklumat serta keterangan daripada ibu bapa mangsa, ahli keluarga dan jiran,” katanya.
Mohad Idris berkata, polis juga telah menahan pengasuh terbabit dan mendapat kebenaran menahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Eyka Rohmat’s & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!