Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga anak sepenuh hati. Malah sebagai ibu bapa kita tak tergamak untuk melihat anak dalam kesakitan di depan mata. Namun lain pula ceritanya yang berlaku baru-baru ini.

Menurut Tribunnews, mayat bayi lelaki itu dibiarkan membusuk di sebuah rumah di Wonocolo, Surabaya manakala si ibu ditetapkan sebagai suspek utama.

Lebih menyedihkan, selepas bayi itu tidak lagi bernyawa, si ibu dan bapa tergamak meninggalkan jasad bayi itu begitu sahaja untuk menghadiri sebuah acara di Jogjakarta.

Tergamak Tinggalkan Jasad Bayi Untuk Hadiri Jemputan Majlis, 5 Hari ‘Membusuk’ Di Rumah

Pesuruhjaya Polis Surabaya, Roycke Hendrik Fransisco mendedahkan suspek yang berusia 26 tahun disyaki melakukan keganasan terhadap mangsa.

Sejumlah kesan lebam pada beberapa bahagian badan mangsa bermula dari belakang kepala ke belakang menimbulkan keraguan.

Penemuan ini dikukuhkan lagi dengan keputusan bedah siasat.

Hasil bedah siasat telah dipadankan dengan hasil siasatan polis mendapati mangsa meninggal dunia sejak Selasa lalu.

IKLAN

Ia bermakna mangsa meninggal dunia lima hari sebelum kematiannya dilaporkan oleh ibu suspek (nenek mangsa) iaitu pada malam Sabtu.

Roycke berkata, suspek mencampakkan mayat kecil mangsa ke belakang dari tepi ke tengah tilam di tingkat dua rumahnya.

Perlakuan kasar itu difahamkan berlaku sebanyak dua kali. Merasakan bayi itu masih tidak diam, suspek dikatakan memusingkannya supaya meniarap dan kemudian memukul bahagian belakang menggunakan tapak tangan.

Berkenaan status perkahwinan suspek, Roycke mendedahkan bahawa suspek telah berkahwin dengan suaminya dengan lima tahun lalu.

IKLAN

Dalam tempoh itu, pasangan berkenaan telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Walau bagaimanapun, status perkahwinan antara pasangan itu adalah dirahsiakan.

Malah bapa mangsa tidak mengetahui tindakan keganasan yang dilakukan suspek terhadap anak mereka.

“Kes ini boleh membawa kepada hukuman penjara 15 hingga 20 tahun,” katanya.

NENEK BERMALAM DENGAN MAYAT BAYI

Lebih memilukan, lapor Tribunnews, nenek bayi berkenaan pasrah untuk tidur bersama jasad bayi berkenaan selama lima hari kerana bimbang dibunuh anaknya.

IKLAN

Tergamak Tinggalkan Jasad Bayi Untuk Hadiri Jemputan Majlis, 5 Hari ‘Membusuk’ Di Rumah

Nenek mangsa diugut bunuh oleh anaknya sendiri sebelum suspek ke Jogjakarta.

Namun selepas beberapa hari, jasad si cucu semakin membusuk dan bertukar kehitaman. Malah haiwan parasit juga mula hadir menyebabkan warga emas itu nekad melaporkan kepada polis pada hari kelima.

Kredit: Tribunnews

Tergamak Tinggalkan Jasad Bayi Untuk Hadiri Jemputan Majlis, 5 Hari ‘Membusuk’ Di Rumah

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI