Tanggungjawab ayah sepatutnya melindungi dan menyayangi anak tapi lain pula jadinya. Bagi anak kecil yang berusia 3 tahun dan masih belum tahu apa-apa, pengalaman seronok sewaktu kecilnya diragut dengan kisah hitam.
Ini berikutan bapa sendiri telah mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk sebelum disedari ibu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 25 tahun telah diminta untuk mengasuh anaknya kerana isteri keluar bekerja.
“Namun ketika ditinggalkan bersama bapa, suspek dikatakan telah mencabul dan meliwat anak perempuannya berusia 3 tahun serta merakam perbuatan tersebut antara jam 7 pagi hingga 3 petang.
“Kejadian ini terbongkar selepas gambar perlakuan terkutuk itu ditemui isterinya,” katanya.
Ads
Menurut Adzli, kejadian disedari Ahad lalu setelah anak lelaki pasangan itu berusia 4 tahun memberikan telefon bimbit bapanya kepada ibunya.
“Setelah telefon dibuka, isterinya ternampak gambar bogel anak mereka dalam telefon.
“Selepas diperiksa lagi, ibu mangsa mendapati terdapat banyak gambar perlakuan terkutuk itu.
Ads
“Isteri suspek telah membuat laporan polis berhubung kejadian setelah suaminya tidak mengaku melakukan perbuatan itu,” katanya.
Difahamkan, gambar terbabit diambil pada 29 Februari lalu.
Beliau berkata, mangsa yang berusia 3 tahun 10 bulan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk pemeriksaan.
Seorang bayi lelaki berusia 19 hari meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di rumahnya di Kampung Kubang Bonggor Hulu Melor, Kelantan.
Kejadian menimpa Mohd Al Amin Rafael Mohd Rosli tersebut disedari ibunya, Miss Nuriah Mansur, 41, pada jam 9.45 malam.
Nuriah berkata, dia sebelum itu menyusukan anak bongsu daripada lima beradik berkenaan sebelum menidurkannya.
Suaminya, Mohd Rosli Deraman, 51, pula ketika itu berada di dalam bilik kerana menidurkan anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun.
“Mohd Al Amin Rafael pula ada bersama saya dan saya memberikan susu badan kepadanya kira-kira pada jam 9 malam, selepas itu saya sendawakan dia dan bermain dengannya sebelum dia membuang air besar.
“Siap membersihkan najis saya menidurkannya dan kemudian pergi ke dapur untuk makan tetapi berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihatnya.
“Ketika itulah saya nampak dia yang tidur di atas tilam kecil di ruang tamu rumah dalam keadaan mulut yang ternganga. Semasa cuba mengangkat untuk diletakkan di atas riba, tangannya sudah terkulai,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menurutnya, dia kemudian menghubungi pihak hospital dan doktor yang datang ke rumah mengesahkan anaknya itu sudah meninggal dunia lalu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
“Semasa tengok najisnya sebelum itu saya sudah berasa pelik kerana berwarna kuning bercampur hijau. Sepanjang mengandungkannya saya berasa tidak sedap hati sehinggalah dia dilahirkan pada usia tujuh bulan seberat 2 kilogram melalui pembedahan pada 30 Julai lalu.
“Tiga hari lalu saya bermimpi dia menyusu badan dan merangkak sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah saya seolah-olah sudah memberi petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya sebak.
Sementara itu, Mohd Rosli berkata, doktor memberitahunya punca kematian anaknya itu akibat kuman pada paru-paru menyebabkannya tidak boleh bernafas dan meninggal dunia.
“Saya diberitahui oleh doktor anak saya ini meninggal dunia kerana kuman pada paru-paru hasil daripada laporan bedah siasat yang dilakukan Unit Forensik HRPZ II hari ini.
“Kami sekeluarga masih terkejut dengan kematiannya namun reda dan percaya ada rahmat di sebalik ujian ini. Jenazah anak kami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pak Da Daud Jambu Merah, Melor,” katanya.
Bukan mudah menjadi isteri seorang suami unit beruniform seperti tentera. Bila berkahwin dengan kaum Adam yang berkerjaya tentera ini, memang pelbagai cabaran dan dugaan. Dari bercinta hinggalah mempunyai anak, cabaran itu tetap ada. Di belakang suami seorang tentera, berdirinya seorang isteri yang sangat kuat dan banyak berkorban. Begitu juga yang dikongsikan oleh personaliti tv iaitu Dayah Bakar.
Dayah atau nama sebenarnya Nurhidayah Abu Bakar sering membuat perkongsian mengenai hubungan jarak jauh, cabaran yang dihadapi dan pengalamannya sendiri. Dia yang merupakan seorang ibu ini pernah menjalani proses kehamilan dan bersalin tanpa kehadiran suami. Kisahnya mengundang sebak warganet apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya yang merupakan pegawai tentera akibat pandemik COVID-19.
“Flight untuk sampai ke destinasi saya, kena naik 3 flight satu hari bersama baby..”
“berbekalkan tenaga dan semangat, lapar sangat sebab saya menyusukan anak..”
“Its a long journey for me and my baby..”
Menurut Dayah Bakar dia sebak baca satu komen di satu videonya di youtube. “bila tengok perjalanan dayah bukannya sebab lama tak jumpa tapi lebih kepada terharu keraa ia merupakan jihad seorang ibu dan isteri untuk mempertemukan anak dengan suaminya buat pertama kali”
Berbaur perasaan dengan sebak, gembira dan bersyukur. Tapi Dayah Bakar percaya dengan perancangan Allah itu paling terbaik.
Begitu cepat masa berlalu Dayah Bakar dan anak pernah menetap lebih kurang setahun di bumi Australia bersama suami tercinta, Kapten Muhammad Hanif Hamidi dan kini telah pulang bersama ke tanah air tercinta, Malaysia.
Sekadar info, Dayah telah berkahwin dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018 dan pasangan itu dikunriakan seorang anak lelaki yang bernama Achbar pada 17 Ogos 2020.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam sesebuah perkahwinan, setiap pasangan pasti inginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Ada yang baru sahaja berkahwin tidak sampai dua bulan terus disahkan positif hamil. Ada yang bertahun-tahun lamanya menanti, setiap kali tidak datang bulan dah berpuluh-puluh alat ujian kehamilan dibeli, dari yang murah hinggalah yang mahal namun sudah tertulis belum ada rezeki.
Hati isteri mana yang tidak sedih, setiap kali UPT menunjukkan ujian negative, terus cepat-cepat dibuang agar tidak melukakan hati suami. Dalam diam, si isteri mengelap air mata kesedihan. Dalam hati tiada siapa yang tahu, berat sungguh ujian ini.
Soalan-soalan seperti “bila lagi ni nak ada anak”, “tak berubat ke” sebenarnya boleh melukakan hati pasangan yang betul-betuk inginkan zuriat. Begitulah yang terpaksa dilalui oleh pasangan ini, ikuti perkongsian En. Farhad Hassan
AIDILFITRI TANPA CAHAYA MATA
Aku percaya bila hari raya je, mesti akan banyak soalan pasal anak ni oleh saudara mara/kawan. Aidilfitri tahun 2019 ni tahun kelima aku beraya tanpa cahaya mata dengan cik isteri. Berdua kemana-mana.
Bila orang tanya, dah habis rasanya template jawapan ni nak jawab. Usaha sudah, berubat sudah, jumpa pakar pon sudah. Tapi belum ada rezeki lagi. Kalau Allah belum berkehendakkan benda tu jadi, buat macam mana pon takkan jadi.
Banyak benda yang orang luar tak nampak . Rasanya da berpuluh test da di beli. Tiap-tiap kali negative, cik isteri senyum je geleng kepala. Habis berendam air mata aku tengok.
Bila baca berita kanak-kanak dibuli, didera, ditinggalkan, bayi dibuang, teresak2 cik isteri menangis. Mungkin terkilan amanah Allah yang sangat-sangat diidamkan ibarat tiada nilai pada sesetengah orang.
Jangan Sesekali Pertikaikan
Tapi aku selalu ingatkan jangan sesekali pertikaikan Ya Allah, kenapa Kau pilih aku? Kenapa aku yang belum dikurniakan cahaya mata? Sebab pernah tak kau cakap macam tu bila tengah happy?
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat cabutan bertuah Honda Civic ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat bonus 3 bulan gaji ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat melancong free ni?”
Sabar, Allah itu maha adil. Mungkin belum ada rezeki anak tapi Allah bagi rezeki dalam bentuk lain.
Jangan Pandang Kekurangan Isteri
Jangan ingat yang tak de anak je yg diuji, yang dah ada anak lain pula ujiannya. Ada yang tiada me time, tiada masa dengan pasangan sendiri, tiada masa melepak, tak cukup duit dan macam-macam lagi.
Tiada yang kurangnya pun perkahwinan korang kalau belum dapat cahaya mata. Jangan ada rasa kurangnya isteri tu bila dia belum dapat bagi zuriat. Jangan jatuhkan darjat isteri kau, dan jangan calarkan maruah lelaki lain dengan berfikiran naif macam ni.
Sibuk fikir salah pasangan tak dapat kurnia zuriat, tapi kau sendiri lupa nak bimbing bacaan quran isteri, perbetulkan solat sama-sama, tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami.
Jangan Bersedih Bagi Yang Belum Dikurniakan Zuriat
Untuk pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Mungkin Allah belum beri rezeki zuriat tu sebab tau kekangan wang yang kita ada?So guna masa yang ada untuk cari duit lebih banyak2 untuk simpanan masa akan datang. So bila ada rezeki anak tu, cukup semua makan pakai.
Gunakan masa yang ada berbakti kepada ibubapa, pasangan, pergi melancong, pergi tengok marathon movie yang anda minat, spend masa dengan pasangan anda macam waktu bercinta dulu.
Kalau yang niat bertanya atau berkongsi pengalaman rasa tiada masalah. Jangan layankan sangat dengan AJK persatuan makcik bawang yang selalu menyindir. Biarkan mereka dengan mulut mereka. Sebenarnya diaorang cemburu dengan life honeymoon korang.
Sebagai suami, tugas kita bagi sokongan moral. Jadilah peneman yang bagi kata-kata semangat, menenangkan cik isteri. Jangan biarkan isteri kita keseorangan menahan tekanan tu. Kita dah janji nak sama-sama kan?
Semoga Semua Yang Menanti Dikurniakan Cahaya Mata
InsyaAllah saya doakan semua yang sedang membaca ni dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga ada rezeki kita semua raya bertiga tahun 2020.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.