lebam guna

Seorang ibu tugasnya menjaga, medidik serta melindungi anak-anak. Bahkan sifat protective seorang ibu boleh mengubahnya dari seorang yang lembut menjadi ganas ketika melindungi anak-anaknya. Rata-rata ibu tidak akan mebenarkan sesiapa menyentuh anak-anak mereka apatah lagi sehingga tahap mendera.

Tetapi lain kisahnya dengan seorang ibu dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang ini apabila dia dan temannya ditahan kerana dipercayai mendera tiga orang anaknya yang berusia 12, 8 dan 4 tahun.

Ikuti laporan dari Sinar Harian ini untuk berita lanjut:

KEPALA BATAS – Polis menahan seorang wanita dan temannya yang berperwatakan lelaki kerana dipercayai mendera tiga anak sejak empat bulan lalu dalam kejadian di Tasek Gelugor di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditahan di Kepala Batas manakala rakannya berumur 33 tahun ditahan di Butterworth kira-kira jam 3.40 petang semalam selepas pihak polis menerima laporan daripada anak perempuannya.

Tergamaknya Ibu Dera Anak Kerana Kemaruk Dengan Teman Berperwatakan Lelaki
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor

Menurutnya, wanita berkenaan juga menghalau suaminya keluar dari rumah dan membawa pulang kekasihnya tinggal bersamanya sejak beberapa bulan lalu.

Ads

“Anak sulung membuat laporan mendakwa dipukul ibu kandung menggunakan tali pinggang ketika berada di rumah mereka.

“Ketiga-tiga mangsa berusia empat hingga 12 tahun kemudian dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Artikel Menarik: [Berhenti Dera Anak Dalam Senyap. Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah]

Ads

Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati mangsa melakukan penderaan berkenaan selepas dikatakan tertekan dan bergaduh dengan kekasihnya itu.

Katanya, kejadian dera dan pukul itu dikesan guru sekolah dua kanak-kanak tersebut selepas mereka kerap tidak hadir ke sekolah dan pemeriksaan mendapati dua beradik masing-masing tahun enam dan dua itu kerap dipukul ibu sebelum pihak sekolah memaklumkan kepada ayah mereka.

Artikel Menarik: [6 Tanda Anak Kita Mungkin Didera Di Tempat Asuhannya. Semua Mak Ayah Wajib Tahu]

Ads

“Pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan lebam pada badan tiga mangsa namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

“Polis turut merampas tali pinggang digunakan ibu mereka untuk memukul tiga kanak-kanak itu dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kedua-dua suspek direman semalam di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI