Sedangkan kita nak ke pejabat pun dah sedih nak tinggalkan anak, apatah lagi kalau terpaksa pergi jauh dan tak boleh bawa anak sekali. Memang mudah sangat nak ‘jatuh’ air mata kan? Kalau tak jadi pada diri kita pun, sebagai mak-mak tentulah boleh relate dengan situasi ni.

Artikel Menarik: [Hamil 7 Bulan, Intan Ladyana Dikejarkan Ke Hospital Selepas Positif Covid-19!]

Waktu mula-mula tengok perkongsian video dari pelakon Nadzmi Adhwa ni, memang menangis! Sedih sangat tengok momen ibu anak ni di dalam kereta. Dapat dilihat isteri Nadzmi, Ardell seperti menahan sebak apabila melihat wajah anak mereka. Tanpa berkata apa-apa, yang kedengaran hanyalah suara Nadzmi meminta Urwa untuk “Sayang Umi.”

Tengok Ardell Menangis, Anak Cium & Lap Air Mata Nak Pujuk. So Sweet Urwa!

Apabila Urwa mula melihat dan mencium wajahnya, Ardell tidak dapat menahan air matanya dan terus menangis. Selain video pendek tersebut, Nadzmi turut memberitahu yang isterinya menyertai misi kemanusiaan. Mungkin itulah yang menjadi punca kenapa Ardell tersentuh sangat apabila melihat kecomelan dan telatah Urwa.

Artikel Menarik: [“Tak Sempat Masak, Dah Habis Makan.” Sayur, Ulam Ibarat ‘Jajan’ Anak Di Rumah]

IKLAN

Tengok Ardell Menangis, Anak Cium & Lap Air Mata Nak Pujuk. So Sweet Urwa!

Melihat keadaan Uminya yang kesedihan, Urwa terus mengelap air mata Ardell. Ya Allah, sedihnya! Jom tengok video di bawah;

Melalui posting terbaharunya, Ardell telah berangkat ke bumi Syam untuk menjalankan misi kemanusiaan bersama pasukannya leih kurang 11 jam yang lepas. Rata-rata yang menonton video tersebut juga berkongsi kesayuan  yang sama dan mendoakan keselamatan Ardell ketika ‘berjuang’.

Tengok Ardell Menangis, Anak Cium & Lap Air Mata Nak Pujuk. So Sweet Urwa!

IKLAN

Tengok Ardell Menangis, Anak Cium & Lap Air Mata Nak Pujuk. So Sweet Urwa!

Tengok Ardell Menangis, Anak Cium & Lap Air Mata Nak Pujuk. So Sweet Urwa!

Tengok Ardell Menangis, Anak Cium & Lap Air Mata Nak Pujuk. So Sweet Urwa!

Sama-sama kita doakan agar perjalanan serta urusan Ardell dan teman-temannya dipermudahkan. Bukan mudah seorang ibu untuk meninggalkan anak yang masih kecil apa lagi untuk menjalankan misi kemanusiaan.

IKLAN

Terdahulu, ketika mengandungkan Urwa juga Ardell pernah ke Syria untuk membantu masyarakat di sana. Tidak dinafikan semangat Ardell sangat kental, semoga dia terus dilindungi Allah SWT.

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Tengok Ardell Menangis, Anak Cium & Lap Air Mata Nak Pujuk. So Sweet Urwa!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI