Pemain badminton profesional Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei serta isteri, Datin Wong Mew Choo selamat menimang cahaya mata ketiga beberapa jam yang lepas.
Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Datuk Chong Wei menerusi laman rasmi Instagram.
Menurutnya dia bersyukur di atas kelahiran selamat anak ketiganya dan turut menghargai pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata mereka. Tambahnya lagi, isteri dan anak lelakinya dalam keadaan yang baik.
“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice.”
“#AnsonLee orders placed ten months ago, received today. Mother and son are safe, wife @wong_mew_choo, thank you for your hard work”.
Ads
Rata-rata warga maya dan selebriti mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata ketiganya itu.
jozlynnhanania Congrats Datuk n Datin❤️
radin_era Congratulations Tok!! Next champ 🔥
hendrasansan @leechongweiofficial congratulation dato
Ketika anak mulai membesar, tidak dinafikan yang dia semakin lasak. Apatah lagi jika sudah mula boleh berdiri dan berjalan sendiri. Jika terjatu tanpa kesan luka adalah normal, tetapi sekiranya seseorang anak selalu terjatuh atau terhantuk sehingga ada benjol, adakah ia memberi kesan kepada anak?
Siapa yang tidak risau apabila anak terjatuh dan menangis kesakitan. Lagi bimbang bila kesan terjatuh meninggalkan benjol atau mengakibatkan kecederaan sampai berdarah.
Tetapi sebelum itu ibu ayah perlu faham mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya dapat membuat perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius supaya langkah-langkah rawatan yang betul dapat diambil.
1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.
2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius.
3. Selain luka ada juga kecederaan kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia bermakna pendarahan itu berada di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.
4. Benjol di kepala yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu.
5. Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecederaan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit.
6. Jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan, bukan bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.
7. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang berlaku sangat kuat dan ada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.
8. Kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam otak.
Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak:
– Pengsan selepas trauma.
– Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua anggota badan tidak boleh bergerak.
– Amnesia/hilang ingatan.
– Keliru.
– Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.
– Sawan.
– Muntah lebih dari sekali.
– Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah.
– Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga.
– Mata hitam tidak sama saiz.
– Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.
Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa anak ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas.
Sekiranya anak anda tidak ada tanda simptom tersebut, kemungkinan berlaku pendarahan dalam otak sangat tipis tetapi proses pemulihan daripada hentakan tersebut mengambil masa yang lama sehingga berminggu bahkan ada yang berbulan.
Bagaimanapun mangsa tidak akan mengalami sebarang kesan jangka panjang walaupun proses pemulihan mengambil masa yang lama.
Rawatan segera
a. Jika berlaku pendarahan akibat luka anak terjatuh, anda perlu segera menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.
b. Benjolan yang berlaku selepas terjatuh akan meninggalkan rasa sakit dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang.‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.
c. Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs’) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).
Diuji dengan kehadiran anak istimewa, Puan Sofia sedikit pun tidak merasa lelah mahupun malu malah dia bersyukur kerana tidak semua orang dikurniakan anak istimewa yang Allah janjikan syurga buat anak ini.
Puan Sofia berkongsi detik-detik menerima cahaya mata. Pada awal kandungan sehinggalah tiba saat melahirkan semuanya dalam keadaan baik. Selepas cahaya matanya lahir, siapa sangka bayi yang disangka normal rupanya menghidap Apert Syndrome.
Sepanjang tempoh mengandung, semuanya baik belaka.Tak ada sebarang alahan teruk.Setiap kali berjumpa dengan doktor dan melakukan imbasan ultrasound, doktor juga akan khabarkan semua yang baik-baik juga.
Dilahirkan Dalam Keadaan Istimewa
Sehinggalah pada 27 September 2017, Muhammad Ahnaf Aydeen dilahirkan secara normal dengan berat 3.08kg, barulah Mama tahu Ahnaf dihadirkan dengan keadaan yg istimewa. Keadaan ibu jarinya tidak normal, jari ketiga dan keempat tangannya bercantum, begitu juga dengan jari kaki(Syndactyly). Struktur muka juga kelihatan berbeza dengan bayi lain. Tulang tengkorak tercantum lebih awal(craniosynostosys).
Disahkan Ada Apert Syndrome
Ahnaf disahkan menghidapi Apert Syndrome,yang mana waktu itu Mama sendiri tak pernah dengar dan tak pernah tahu.
Tiada Ubat Untuk Apert Syndrome
Apert Syndrome adalah penyakit jarang berlaku yang mana ia hanya 1:160,000 di dunia. Tiada ubat untuk Apert Syndrome, mereka perlu melalui beberapa pembedahan untuk ‘memperbaiki’nya.
Segelintir Memandang Pelik Kepada Ahnaf
Berhadapan dengan masyarakat ,masih ada segelintir yg memandang pelik kepada Ahnaf. Tapi Mama masih bersyukur lebih ramai yang memandang Ahnaf dengan penuh kasih sayang dan sentiasa mendoakan Ahnaf. Pertengahan tahun 2018 Allah SWT mempertemukan kami dengan anak-anak Apert yang lain, bermula dari media sosial sehinggalah dapat bertemu secara muka ke muka dengan segelintir darinya. Bila ada dalam komuniti Apert ni semakin hari, semakin terinspirasi dengan kekuatan mereka semua. Allah SWT itu hebat dalam rencanaNya.
Melalui Pembedahan Cranial Vault Reshaping & Fronto Orbital Advancement
Alhamdulillah, pada 4 Mac 2019 Ahnaf sudahpun melalui pembedahan Cranial Vault Reshaping & Fronto Orbital Advancement (CVR&FOA) di Hospital Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk pembentukan semula tulang tengkorak untuk pertumbuhan semulajadi dan perkembangan tengkorak normal.
Semoga Ahnaf sentiasa dikurnia syifa oleh Allah SWT dan menghadapi kekurangan adalah kelebihan buatnya.
Tak Semua Orang Dapat
Pandangan manusia kepada kita, bukan urusan kita. Senyumlah kerana ini semua adalah ujian Allah SWT dalam bentuk paling istimewa. Dan kalau istimewa,buat apa nak sorok? Tak semua orang dapat. Terima Kasih,Allah.
Barang-barang mainan sepatutnya tidak diperbuat daripada PVC atau mengadungi logam plumbum dan arsenik. Ini kerana mengikut kajian banyak barang mainan kanak-kanak buatan negara Cina mengandungi toksin. Bayi/kanak-kanak memang suka memasukkan mainan ke dalam mulut dan menggigit barang mainan. Barang-barang bertoksin ini akan memberikan kesan buruk tehadap otak bayi/kanak-kanak.
Bukan hanya pada otak mereka malah juga memberikan kesan kepada tubuh badan kanak-kanak. Ikuti perkongsian daripada Hafiz Sulaiman berkaitan kesan jika anak tegigit barang mainan palsu ini.
Kisah benar ni jadi masa PKP.
Seorang ibu mengadu masalah anak kecik. Umur 6-7 tahun baru. tapi ada keputihan. Umur kecik puting dah berputik dan sakit. Emosi anak tak stabil. Asyik marah, menjerit..menangis.
Emosi ibunya lagi terganggu. Anak kecik lagi dah macam nak baligh. Seperti ada gangguan hormon. Memang sekarang isu berleluasa, anak kecil baligh awal..
“PRECOCIOUS PUBERTY”
Lepas selidik dan tanya macam-macam.. Baru lah jumpa “pengganggu hormon” ini.
Tabiat si anak ini, bila main. Gigit mainan “lego fake”.
Hari-hari main. Susah nak bukak blok ni, kadang cantum kuat. Anak-anak kecik selalunya GIGIT blok mainan ni.
Mainan fake ni banyak risiko kandungan logam berat toksik. Kadmium, plumbum, merkuri, arsenik.
Lego ori atau vintage tahun 70-80an pun pernah kecoh sebab tinggi logam kadmium. Sekarang dah tak ada dah dalam lego ori.
Pernah saya nampak anak saya gigit, saya larang dan cerita bahayanya. Terus dia tak berani tak gigit lagi.
Logam berat dalam mainan ini merupakan PENGGANGGU HORMON.
Bahan toksik logam berat dalam mainan ni juga berisiko ganggu imun badan. Badan jadi sensitif dan berisiko cetuskan ekzema, resdung, asma, migrain, penyakit autoimun dan lain-lain.
Bahan toksik ini contohnya kadmium berisiko rapuhkan tulang, sebabkan kanser dan rosakkan organ buah pinggang dan organ hati.
Hormon kewanitaan terutamanya akan terganggu, jadi organ kewanitaan berkembang pesat.
Kesian kat anak-anak..Kecik-kecik dah ada breast. Period keluar awal kena ejek. Badan matang tapi jiwa anak-anak main lari-lari. Jangan biarkan bahan toksik ini rampas waktu kecil mereka terlalu awal.
Saya tak suruh buang mainan plastik dari China atau fake toys tu..Cukuplah usaha kita ibu bapa pantau anak-anak kita. Tegah mereka daripada gigit atau masukkan mainan dalam mulut.
Ada jugak yang suka solekkan anak kecik gegirl sebab comel. Awas ya bahan kimia kosmetik juga boleh tumbuhkan tetek awal, pendarahan pramatang. Malang jika jadi komplikasi serius seperti rosak organ atau buah pinggang.
PKPP ni pun dah boleh keluar rumah jalan-jalan bersenam..ambil cahaya matahari.. Amalkan pemakanan fitrah dan semulajadi. Saya syorkan juga anak tu ambil vitamin C.
Semua ni penting untuk bantu detoks semulajadi badan. Alhamdulillah, anak tu dah recover. Emosi dah stabil. Lendir keputihan hilang. Breast pun tak sakit lagi.
Iktibarnya sini, jaga-jaga bahan toksik ini. Benda nampak kecik, remeh dan menyusahkan. Tapi jangan bila ditarik nikmat sihat tu, baru kita nak mula elak benda mudarat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...