Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha ‘rumah’ baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yangdiucapkan anak kepada saya dan isteri, Nur Ashwa Johalim.
Pada mulanya tak perasan, selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya seperti petanda yang dia akan meninggalkan kami.
“Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mohamad Amirul yang juga seorang guru di Sabah memberitahu, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iaitu pada 4 Mac lalu dan tarikh berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahiran Alesha yang keempat.
Ads
Hari dia dikebumikan pula adalah hari yang sepatutnya kami sekeluarga pulang ke Malaysia iaitu pada 15 Februari.
“Apa yang berlaku ni seolah-olah kami ke Tanah Suci bukan saja untuk beribadah, malah untuk ‘hantar’ Nur Alesha bertemu penciptanya juga,” luahnya sebak.
Tambahnya, anaknya seorang yang ramah dan ceria mula berubah sikap menjadi lebih manja apabila tiba di Madinah dan mula mengalami masalah kesihatan selepas itu.
“Sebelum itu arwah sihat dan ceria seperti kebiasaan. Esoknya di Madinah lepas ziarah Masjid Nabawi kami ke perkuburan Jannatul Baqi’, bersebelahan masjid tersebut.
Ads
“Ketika itulah Nur Alesha berubah sikap menjadi manja, tak mahu jalan sendiri dan minta saya dukung.
“Sampai hotel dia mula demam dan kami bagi ubat tetapi malam dia mula menggigil dan hampir sawan sebelum kami menghantarnya ke hospital,” kongsinya.
Ads
Mohamad Amirul menyifatkan arwah anaknya sangat bertuah kerana urusan sepanjang rawatan di hospital dipermudahkan, malah turut berpeluang dikebumikan di Jannatul Baqi’
Disaat kita berbuka dengan pelbagai juadah, kuih-muih, pelbagai jenis air dan pelbagai jenis lauk-pauk, wanita ini bersama anak-anaknya hanyalah berbuka dengan telur hancur goreng untuk mengisi kekosongan perut.
Begitulah hari-hari yang dilalui Marsyila Zakaria bersama tujuh anaknya sepanjang Ramadan ini tiada beza dengan hari yang lain sejak hampir setahun lalu.
Bagi wanita berusia 35 tahun itu, dia dan anak-anak tiada lagi perasaan teruja untuk menyambut bulan mulia ini apatah lagi Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Pernah Berkongsi Nasi Berlaukkan Garam
Sejak suami ditahan di Pusat Pemulihan pada Ogos tahun lalu selama dua tahun, mereka pernah berkongsi nasi berlaukkan garam selama tiga hari kerana tiada wang membeli makanan.
Namun kerana tidak sanggup lagi melihat nasib anak-anak, Marsyila menebal muka mengetuk pintu rumah jiran untuk meminta telur yang digorengnya hancur-hancur bagi menukar selera mereka.
Bagi dirinya, biar seorang ibu tidak makan namun jangan sampai anak-anak kebuluran.
Hanya Bekerja Mencuci Pakaian
Marsyila memberitahu dia hanya bekerja mencuci pakaian di rumahnya yang dihantar orang ramai dengan bayaran RM5 sebakul. Katanya baju itu dicuci menggunakan tangan dan sabun basuh sendiri.
Sekiranya tidak menerima baju hari tersebut, dia akan keluar dengan berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk mencari rumah-rumah yang ingin dibersihkan.
Jelasnya, bayaran yang dikenakan hanya RM30 untuk membersih rumah dan pakaian sekali.
Anak-Anak Kecil Dijaga Anak Yang Paling Tua
Tambahnya sayu, sekiranya masih tiada lagi rezeki untuk hari itu, dia akan mencari restoran untuk meminta kerja mencuci pinggan dengan bayaran RM10.
Sepanjang dia keluar mencari kerja, anak-anak yang masih kecil akan dijaga abang mereka yang berusia 13 tahun dan kini sudah dua bulan tidak pergi ke sekolah.
“Saya bukan jenis meminta dan saya bersyukur kerana kadang-kadang ada jiran yang hulur bantuan.
“Saya akan mencari kerja dahulu dengan kudrat yang ada namun pernah sampai satu ketika memang kami terputus bekalan makanan.
Tidak Sanggup Lagi Ketuk Rumah Jiran
“Saya beri anak-anak makan nasi berlaukkan garam selama tiga hari dan pernah jadikan garam sebagai sup sehingga saya tidak sanggup lagi dan pergi ketuk rumah jiran untuk minta telur yang goreng hancur-hancur untuk digaul dengan nasi dan sedikit garam untuk ubah selera mereka,” katanya sambil mengalir air mata.
Marsyila yang ditemui MalaysiaGazette di PPR Tun Razak Bandar Tasik Selatan di sini hari ini, mempunyai anak berusia antara setahun hingga 15 tahun.
Anak sulungnya tinggal di Asrama Asnaf Darul Takwa Sungai Besi di sini.
Dua Anak OKU
Kisah wanita itu menggambarkan antara keperitan hidup masyarakat di ibu kota yang tidak menyangka akan berdepan ujian getir kerana sebelum ini suaminya yang menyara keluarga dengan membuat kerja-kerja pendawaian elektrik dengan pendapatan mencecah RM2,000.
Ini kerana, anak ketiga dan keempatnya dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Tetapi anak ketiganya meninggal dunia enam tahun lalu.
Keluarga ini turut mendapat bantuan barangan asas daripada Baitumal bernilai RM300 seperti beras, susu pekat, minyak dan tepung, selain bantuan ubatan untuk anak OKU sebanyak RM350 daripada Jabatan Jabatan Kebajikan Malaysia.
Alhamdulillah Anak Jenis Faham Dan Tak Minta Makanan Sedap
Marsyila berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menyediakan makan dan minum yang sedap dan mewah, namun cukuplah untuk mengisi perut anak-anak.
Katanya, makanan seperti ayam sudah lama tidak dibeli kerana harganya yang mahal kecuali pemberian jiran-jiran.
“Alhamdulillah, anak-anak saya jenis faham dan tidak meminta makan yang sedap. Pernah susu anak habis, saya bancuh susu pekat untuk diberikan kepada meraka.
Anak Masih Menyusu & Memakai Lampin Pakai Buang
“Sebenarnya, kos perbelanjaan saya mencecah RM1,500 sebulan kerana lima anak masih minum susu dan memakai lampin pakai buang serta kos anak OKU yang tinggi.
“Dia tidak boleh lapar dan jika tidak, dia akan mengamuk,” katanya sayu.
Marsyila turut berkongsi kisah sedih tiga hari sebelum Ramadan lalu apabila pengsan ketika keluar mencari rezeki untuk anak-anak.
Ketika itu, katanya dia keluar agak lewat pukul 9 malam kerana sudah seharian mencari rumah untuk dibersihkan namun pulang hampa.
“Lepas anak-anak diberi makan, saya keluar lagi pada waktu malam. Namun dalam perjalanan saya pengsan dan hanya sedar sudah berada di hospital. Terus saya lari keluar kerana ingatkan anak-anak di rumah.
“Sampai di rumah, anak-anak menangis bila nampak saya, terutamanya yang bongsu kerana akan menyusu badan sebelum tidur malam,” katanya yang mengalami tekanan darah rendah ketika itu.
Masih Ada Yang Bersimpati
Marsyila terharu meskipun hidup dalam serba kekurangan dan kepayahan, masih ada orang yang bersimpati dengan dia dan anak-anaknya.
Menurut beliau, kelengkapan di rumahnya seperti sofa dan televisyen terpakai adalah pemberian orang ramai.
Sementara itu, atas dasar simpati, Pertubuhan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpr dan Pertubuhan Kebajikan pembangunan Insahniah Muafakat Penduduk telah hadir melawat Marsyila dan anak-anak serta memberi bantuan pakaian.
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga ini, boleh menghubungi talian 011-60684586 atau menghulur wang di nombor akaun Bank Islam – 14256020003529 atas nama Marsyila Zakaria. – MalaysiaGazette
Ramai yang menantikan berita tentang Qayyum Aliffshah, anak angkat kepada jutawan kosmetik, Dato Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida setelah viral ketika dipulangkan kepada ibu kandungnya minggu lepas. Adakah bahagia atau sebaliknya?
Ibu kandung Qayyum mengambil tindakan dengan membuka laman instagram khas untuk perkembangan anaknya untuk dikongsi bersama netizen. Menurut ibunya, instagram tersebut dicipta khas untuk Qayyum Aliffshah hanya untuk berkongsi perkembangan Qayyum .Tiada niat untuk meraih populariti dari sesiapa.
Before shower routine..siapa yang cakap kena dera kalau duduk dengan mak kandung tu? See, terdera sangat saya dengan gelak tawa kat sini
Menerusi salah satu posting video yang dikongsikan ibunya di instagram dengan caption “Before shower routine..siapa yang cakap kena dera kalau duduk dengan mak kandung tu? See, terdera sangat saya dengan gelak tawa kat sini” caption tersebut telah mengundang pelbagai persepsi oleh netizen.
Ada yang berasa lega dengan perkembangan yang positif, dan yom kelihatan bahagia bersama ibu kandungnya. Namun ada juga yang tidak senang dengan caption tersebut seolah-olah menyindir pihak Dato Aliff dengan membandingkan kebahagiaan yang diberikan.
Lega tengok yomm
Wah, tak baik fitnah orang tanpa bukti
Kan, tak yah dok perli-perli
Sekarang dah menang kes jaga elok-elok
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memahami kekangan kewangan bagi keluarga berpendapatan sederhana ke bawah dan dalam keadaan negara sedang menghadapi proses pemulihan ekonomi, kerajaan komited untuk terus membantu dalam usaha mengurangkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat.
Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa tiga melibatkan lima juta penerima bukan di kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dibuat sebelum akhir Julai ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran berkenaan membabitkan RM3 bilion terdiri daripada 3.8 juta kategori isi rumah dan 1.2 juta individu bujang.
Bantuan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun, maksimum 4 orang
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penerima kategori isi rumah yang menerima bantuan sebanyak RM600 layak menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak yang berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.
“Misalnya, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat anak akan mendapat RM1,080,” katanya dalam kenyataan media Laporan Ke-11 Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) bagi Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, seperti yang diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta fasa kedua dan ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (tiada akaun bank) akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 yang diselaraskan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak)
Usaha itu katanya, bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta.
Dalam perkembangan berasingan, beliau menambah, sebanyak 4.34 juta permohonan telah diluluskan dengan pengeluaran berjumlah RM2.17 bilion sebulan sehingga 26 Jun lepas bagi program i-Lestari KWSP.
“Kerajaan sedar walaupun masih ada bantuan-bantuan yang lain seperti BPN, BSH, SOCSO, EIS, zakat, dan sebagainya, masih ada golongan rakyat yang berkeadaan amat kekurangan,” katanya.
Kerajaan akan terus cari jalan penyelesaian
Ekoran itu, beliau menegaskan kerajaan tidak memandang ringan aspek keselamatan sosial rakyat dan bantuan pakej PRIHATIN dan PENJANA disasarkan untuk membantu dalam jangka masa pendek.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus memantau rapat situasi semasa untuk mencari jalan penyelesaian yang mampan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...