Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui mati selepas dipercayai terjerut kain tuala di dalam kejadian di Kuala Nal, Kuala Krai.
Menurut Harian Metro, mayat Muhammad Adam Danish Zaidi ditemui dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat oleh ahli keluarganya pada pukul 9.30 malam.
Lebih memilukan lagi kanak-kanak itu dikatakan meninggal dunia pada malam ulang tahun kelahirannya.
Ads
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, sebelum kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya yang berada di dalam bilik beberapa kali namun tidak ada sahutan.
“Ibu mangsa mula berasa pelik kerana tidak ada sahutan walaupun beberapa kali dipanggil dan pada masa sama pintu bilik diketuk. Ibu mangsa akhirnya menendang pintu sebanyak dua kali sehingga terbuka.
Ads
“Apabila pintu bilik dibuka, didapati anaknya berada dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat dan dia terus memanggil anak sulungnya supaya menghubungi bahagian kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra,” katanya
Ads
Beliau berkata, sebaik pegawai perubatan hospital tiba, pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada jam 12.35 tengah hari daripada orang awam.
Beliau berkata bayi itu dicampak oleh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak bahagian belakang tingkat atas rumah berkenaan dengan ketinggian kira-kira sembilan meter.
“Seorang saksi yang juga jiran suspek, mendengar bunyi kuat sesuatu terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemui bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.
Menurutnya, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tompokan darah pada jeriji tingkap serta cadar biliknya.
A Asmadi berkata bayi malang itu berada dalam keadaan kritikal serta mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
“Suspek dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut. Keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan,” katanya.
Tambah beliau, soal siasat ke atas ibu dan dua adik suspek mendapati mereka tidak mengetahui mengenai kehamilannya remaja itu, malah semasa kejadian, dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak, sebaliknya hanya memberitahu baru saja datang haid.
Beliau berkata saksi-saksi kes berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Mohd Firdaus Sulaiman, 32, yang mengalami cedera parah selepas terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat benar-benar buatkan ramai yang bersimpati pada isteri dan anak arwah.
Arwah telah meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.
“Abang ajar saya jadi kuat”
Menerusi luahan hati Nurul Jannah di facebooknya, dia memaklumkan yang jenazah allahyarham suaminya sudah selamat dikebumikan.
Menurut Jannah, di sebalik kesedihannya, dia tetap berbangga dengan arwah suami kerana tahu yang allahyarham pergi dalam keadaan syahid.
“Terima kasih jadikan saya BIDADARI AWAK..”
Malah Nurul Jannah turut akui sangat bangga menjadi isteri kepada seorang anggota bomba dan seorang suami yang terlalu baik. Walaupun sedar yang suaminya sudah meninggal dunia, namun kasih sayang lelaki itu sangat besar dan tiada galang gantinya.
Dia yang redha dengan pemergian suami tersayang menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat arwah yang mengajarnya untuk menjadi seorang wanita yang kuat.
Seronok dapat hantar awak tanpa air mata sehingga ke liang lahad.. TERLALU RAMAI SAYANGKAN AWAK.. Sepanjang jalan awak dikelilingi kawan yang ramai.
Terima kasih jadikan saya BIDADARI AWAK.. Saya redha dengan segalanya.. Hembusan nafas terakhir awak di sisi saya. AWAK SYAHID SAYANG.. I’m gonna miss u abang.. Cinta awak pada saya tiada ganti tau. Terima kasih ajarkan saya jadi KUAT.
Terdahulu, Nurul Jannah ada memuat naik beberapa gambar bacaan yassin yang diadakan bagi mendoakan kesejahteraan suami selepas mengetahui allahyarham mengalami kecederaan ketika sedang bertugas memadamkan kebakaran.
Sebelum ini media melaporkan kejadian pada Sabtu jam 10 pagi itu telah mengakibatkan seorang anggota bomba dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah, manakala seorang lagi anggota bomba melecur akibat terkena letupan sewaktu operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat,
Mangsa adalah Syed Putra Syed Mohd Al Atas, 52; Mohd Firdaus dan anggota ERT kilang Mohamad Azuraini Mahrani, 40.
Kesan letupan menyebabkan Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini yang berada di tingkat tiga tercampak kira-kira 10 meter ke tingkat bawah, manakala Syed Putra yang berada di tingkat bawah melecur di belakang kepala selepas terkena bahang letupan,.
Mohd Firdaus dan Mohamad Azuraini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat, manakala Syed Putra menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah viral pada awal tahun ini seorang suami yang terpaksa mengambil alih tugas isterinya kerana isteri terpaksa ke United Kingdom atas urusan pengajian PHD. Postingnya viral kerana perkongsian tentang bukan mudah menjadi seorang isteri dan dalam masa yang sama perlu menguruskan anak-anak dan rumahtangga.
MHI menjemput lelaki yang viral kerana sanggup berkorban 70 hari menjaga anak-anak dan rumahtangga di Malaysia ketika isterinya ke UK menyambung PHD tahun lepas.
Bila ditanya, apa hikmah yang dia dapat selepas pengalaman berharga ni.
‘Saya merasakan orang lelaki ni mungkin kuat dari segi fizikal, tetapi dari segi emosi dan mental perempuan lebih hebat. Selama 70 hari tu, emosi saya sangat penat. Sangat penat’ – en. Affendy
Menurut Nawwal Nordin, pengguna Facebook yang berkongsi kembali kisah ini “wanita tu bukan kuat kerana emosi dan mental semata. Mereka lebih kuat kerana kasih sayang. Kerana kasih dan sayang terhadap suami dan anak-anak.
“Cuma ketahuilah bahawa, terkadang wanita juga kalah dengan emosi. Kerana penat yang tak mampu diceritakan. Stress yang tak mampu difahami orang lain. Rahsianya,wanita ni bijak sembunyikan emosi supaya terlihat kuat dimata anak-anak dan suami.
-Menangis diatas tikar sejadah itu biasa.
-Menangis berseorangan di dalam bilik air biasa.
-Menangis ketika melayan kerenah anak-anak juga biasa.
-Menangis teresak-esak sebelum tidur malam memang biasa.
“Dan ketahuilah juga, suami yang membantu dalam urusan rumahtangga walaupun sedikit, cukup besar maknanya buat isteri.
“Dan, pesan ustazah Isfadhiah, lelaki benamkan sedikit ego, berterima kasih dan bersyukur. Insyaallah sejahtera rumahtangga.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.