Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sekali lagi berita baik untuk rakyat Malaysia bayaran bantuan khas untuk membantu meringankan beban dalam situasi sekarang.
Dalam Perutusan Khas Kita Prihatin yang disampaikan oleh Perdana Menteri itu, kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah RM1000 untuk isi rumah B40.
Mengambilkira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
Ads
Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:
Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40; Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Ads
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.
“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.”
Ads
Jelasnya lagi, bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.
“Saya berharap dengan adanya bantuan tambahan ini, saudara dan saudari dapat menarik sedikit nafas lega dalam menampung perbelanjaan harian saudara saudari dan seisi keluarga,” tambahnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali tibanya hari minggu ataupun musim cuti, ramai ibu bapa yang mengambil peluang ke pusat membeli belah untuk membawa anak-anak bermain di taman permainan tertutup(Indoor Playground). Mungkin lebih selesa kerana mempunyai penyaman udara dan tidak panas. Dalam masa yang sama memudahkan ibu bapa untuk membeli barang keperluan yang diperlukan.
Lain pula kisahnya bagi Puan Nazirah, beliau telah berkongsi pengalaman dimana kebersihan tidak diutamakan oleh pihak tertentu ditempat tersebut dan boleh membahayakan kesihatan anak-anak lain.
Kenapa Saya Sudah Tidak Memilih Tempat Ini Sebagai Lapangan Mainan Anak.
Hujung-hujung minggu macam ni, saya tengok ada mak ayah yang bawak anak-anak pergi main di mall-mall. Pesanan saya, tengoklah tempat tersebut. Takut-takut ada najis dan tak bersih.
Dulu kami suami isteri kerap bawak anak-anak pergi ke tempat-tempat mainan macam ni. Sebabnya? Anak-anak suka (budak-budak memanglah suka kan), Tempat macam ni ada dalam mall, jadi tak panas, senang kami nak tunggu, agak-agak lapar boleh terus makan di kedai-kedai berdekatan.
Tapi sejak tahun lepas kami dah tak bawak lagi. Sebabnya?
1) Kami tengok sendiri seorang kanak-kanak kencing dalam lautan bola ni. Lepas tu dia lap-lap saja telor dengan bola. Alamak, agaknya dia tak tahan kot. Suami saya bagitau ayah budak tu dia marah-marah saja anak dia. Tapi tak bagitau pekerja. Kami panggil pekerja, rupanya dia hanya mop saja kawasan yang kena kencing dan masih lagi bukak area tu. Sedangkan bola-bola banyak dah yang terkena. Walaupun kita dah cakap najis tapi tetap dibukak, jadi kami ambik keputusan keluar terus. Kami serik!
2) Ada anak yang selsema, “seh” hingus (seh ni bahasa KL hembuih kot) dan tenyeh saja hingus tu di dinding gelongsor. Which is tak bagus la. Boleh berjangkit kot.
Atas sebab tu kami dah jarang sangat bawak ke playground dalam mall. Nak main bawak ke taman. Bawak gerek. Main la puas-puas kot tepi tasik ka, mana-manalah.
Saya takmau sebut nama tempat tu, cuma hati-hatilah. Beringat sebelum kena. Kalau anak tak sihat tak payahlah bagi campur dengan orang lain. “Peduli apa anak orang, bukan anak aku, yang penting anak aku seronok” Kalau ada yang pikir macam ni, jangan marah kalau penyakit anak orang berjangkit kat anak kita satu hari nanti. Zaman sekarang Allah uji cash. Allahul musta’an. Selamat berhujung minggu.
Rata-rata laporan tentang jangkitan coronavirus melibatkan individu dewasa. Bagaimana pula dengan impak coronavirus pada kanak-kanak? Adakah si kecil kurang berisiko untuk dijangkiti virus korona ini?
Coronavirus pada kanak-kanak
Sehingga kini, masih tiada sebarang maklumat lengkap mengenai demografi usia mangsa wabak novel coronavirus atau 2019-ncov ini.
Walau bagaimanapun, berdasarkan penularan wabak virus korona sebelum ini, kanak-kanak dilaporkan sebagai individu yang jarang dijangkiti. Tahukah anda mengapa ia terjadi?
Sebagai ibu bapa, pastinya lahir rasa bimbang mengenai penularan wabak korona yang menyerupai simptom jangkitan pneumonia ini. Hal ini berikutan kerana, jangkitan virus korona telah menjangkiti ribuan individu yang bukan sahaja melibatkan penduduk di China, tetapi juga negara-negara lain.
Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Emerging Infectious Diseases pada tahun 2010, jangkitan coronavirus pada kanak-kanak amat jarang sekali untuk berlaku.
Menurut saintis dari Itali yang melakukan kajian ini, jangkitan yang disebabkan oleh HCoV (Human coronavirus) pada kanak-kanak hanya akan mengakibatkan wujudnya masalah jangkitan saluran pernafasan (respiratory tract infections).
Malahan, Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention – CDC) menyatakan jangkitan SARS pada kanak-kanak mempunyai peratusan yang rendah, iaitu kurang daripada 5% daripada jumlah keseluruhan kes SARS.
Dari tahun 2004 hingga sekarang, masa belum ada laporan yang melibatkan jangkitan coronavirus, khususnya SARS yang menyerang bayi mahupun kanak-kanak. Namun, ia tidak bermakna golongan ini tidak terdedah kepada risiko. Masih wujud risiko, cuma ia adalah dalam jumlah yang rendah.
Mengapa virus korona jarang menjangkiti kanak-kanak?
Ini antara sebab mengapa virus korona jarang menjangkiti kanak-kanak mahupun bayi:
1 – Pertama
Penularan wabak coronavirus pada kanak-kanak jarang berlaku kerana kebanyakan tempat berlakunya penyebaran ini adalah di hospital. Keadaan ini sekaligus menjadi punca mengapa kakitangan kesihatan dan individu dewasa lebih terdedah kepada jangkitan virus corona.
Kan terdapat peraturan yang tidak membenarkan kanak-kanak mengunjungi atau menziarahi pesakit di hospital.
2 – Kedua
Kanak-kanak dalam lingkungan usia 2.5 hingga 3.5 tahun dikatakan mempunyai antibodi yang kuat dalam melawan HCoV. Ia menjadi antara faktor mengapa kes jangkitan virus korona yang melibatkan kanak-kanak adalah rendah dan lebih cenderung kepada kanak-kanak yang lebih dewasa dan remaja.
Simptom virus korona pada kanak-kanak
Simptom coronavirus pada kanak-kanak adalah tidak jauh berbeza dengan individu dewasa. Ia hampir sama dengan selesema atau flu yang muncul setelah dua hingga empat hari dijangkiti.
Kebiasaannya simptom yang berlaku tidaklah begitu teruk. Berikut antara simptom yang boleh dikenal pasti untuk rawatan awal:
-Bersin dan batuk
-Hidung berair
-Demam
-Pernafasan pendek dan cepat
-Sakit tekak
-Asma
Tanda di atas mungkin hampir sama dengan penyakit lain. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anak anda tidak dijangkiti virus korona.
Jadi sekiranya anda melihat simptom seperti jangkitan virus korona berlaku kepada anak anda, sebaiknya lakukan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera. Ia sudah tentu dapat menghindari sebarang risiko jangkitan yang lebih kritikal.
Kerap mencuci tangan
Galakkan si kecil untuk kerap mencuci tangan sebelum makan, selepas menggunakan bilik air, serta selepas batuk dan juga bersin. Seeloknya, ajar anak untuk mencuci tangan dengan air dan sabun bersama teknik mencuci tangan yang betul.
Jika si kecil sudah boleh memahami apa yang anda katakan, anda boleh menggunakan gel pembersih tangan sebagai salah satu cara lain untuk membantu mencegah jangkitan virus.
Dalam keadaan tertentu, selepas melawat sesetengah tempat atau melakukan beberapa perkara, anda perlu memastikan anak anda membasuh tangan.
Antara tempat yang dimaksudkan adalah:
1. Taman permainan
Walaupun, ada pakar yang mengatakan pendedahan kepada bakteria daripada tanah baik untuk kanak-kanak, namun itu tidak bermakna anda harus memandang remeh kemungkinan yang boleh berlaku.
Ini kerana terdapat risiko untuk dijangkiti tetanus melalui luka pada kulit, jadi pastikan anda sentiasa pantau si kecil ketika bermain di taman permainan.
2. Haiwan peliharaan
Tidak dinafikan si kecil memang gemar untuk menyentuh haiwan peliharaan seperti kucing mahupun anjing. Keadaan ini sekali gus meningkatkan risiko anak untuk dijangkiti bakteria, virus dan parasit melalui najis, air liur mahupun bulu haiwan tersebut.
Lebih membimbangkan, alat mainan dan juga bekas makanan haiwan merupakan tempat sarang pembiakan bakteria Salmonella dan E.coli.
Anda pastinya sukar untuk menolak keinginan si kecil membelai haiwan peliharaan. Jadi anda perlu pastikan anak mencuci tangan sebaiknya sejurus selepas bermain dengan haiwan peliharaan.
3. Pusat membeli-belah
Pemegang eskalator, panel butang lif, permainan arked serta tempat makan di medan selera merupakan antara tempat pembiakan bakteria yang sangat ideal. Jadi sentiasa pastikan anda mencuci tangan si kecil.
Sekiranya anda perlu menggunakan kerusi makan bayi, pastikan anda lap terlebih dahulu dengan menggunakan tisu atau semburan antibakteria sebelum meletakkan si kecil di dalamnya. Biarlah jika ada yang menganggap anda paranoid, tetapi kesihatan anak merupakan satu perkara utama yang tidak boleh dikompromi.
Akhir kata
Walaupun mungkin risiko virus ini kepada kanak-kanak adalah rendah, namun hakikatnya virus korona ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia. Ia boleh berlaku kepada bayi, kanak-kanak mahupun individu dewasa. Maka aspek penjagaan kebersihan diri dan pemakaian topeng muka adalah amat digalakkan.
Tanpa persediaan mental dan fizikal, banjir besar yang melanda Lembah Klang pada Sabtu lalu benar-benar meninggalkan kesan pada semua. Penyanyi Shila Hamzah antara yang turut berdepan detik cemas melalui situasi banjir apabila rumahnya tiba-tiba dimasuki air dengan pantas.
Malah menurut kata Shila, saat cemas itu, apa yang fikirkannya ketika itu adalah anaknya dan kelengkapan anak kecilnya.
Melalui Twitter dan Instagramnya, Shila berkongsi ceritanya saat berdepan detik mencemaskan itu. Malah menurut kata Shila, dia bersyukur kerana dikejutkan anak angkat perempuannya yang ketika itu mahu ke tandas. Barulah Shila dan keluarga sedar air sudah pun memasuki rumah mereka.
“Alhamdulillah we are safe, barang-barang kat rumah semua habis sebab banjir. Kucing-kucing semua kita berjaya selamatkan.
“Thanks you for all your prayers. Yang penting alhamdulillah kita selamat.
“Kalau my daughter tak bangun nak ke toilet, kita semua pun nyenyak tidur kat bilik bawah,” tulisnya berkongsi melalui Twitter.
Dalam pada itu, melalui Instagramnya, Shila turut berkongsi cerita ketika melalui momen mencemaskan itu. Namun apa yang difikirkan ketika itu bukanlah dirinya, tetapi dua anaknya dan keluarga.
“Tak boleh bayangkan yang duduk atas bumbung berjam-jam sebelum bantuan sampai. Babies, mak-mak dalam pantang, orang tua. Ya Allah. Semoga semuanya dipermudahkan untuk semua yang terkesan.
“Thank you buat semua yang tolong kitorang semalam. Sha tak ingat apa dah, ambil phones, pampers, susu, bantal busuk and sepasang baju dia. Memang fikir anak je.
“Nasib la ada Syahir tinggi boleh angkat Seth. Masa kitorang keluar pukul 6am air kat dalam rumah sampai lutut.
“Tapi rumah kitaorang agak tinggi sikit. Lepas tu turun ke jalan jadi paras dada. Suruh my daughter pakai pelampung lengan tu. Ya Allah 💔,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, menerusi entri terdahulunya, Shila juga sedaya upaya memindahkan keluarganya untuk ke rumahnya di Cyberjaya. Semoga yang baik-baik sahaja buat Shila Amzah dan keluarga kini.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.