“Terima Kasih Ya Allah” Selamat Timang Anak Keenam, Tahniah Datuk Awie & Isteri!

Share

Faktor usia bukan halangan. Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie selamat menimang cahaya mata keenamnya pada petang semalam.

Menerusi petikan artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro, yang turut juga dikongsikan oleh Awie menerusi facebooknya, Awie menyampaikan khabar gembira itu kepada seluruh peminatnya.

“Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu.

“Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri di dalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!,” tulisnya.

Tidak mendedahkan jantina, namun melalui perkongsian dan komen di kapsyen, peminat mendedahkan Awie menimang seorang bayi lelaki pelengkap bahagianya bersama isteri tercinta.

Terdahulu melalui beberapa perkongsian video yang sering dimuat naik Awie menerusi instagramnya, Awie turut mengemas kini mengenai perkembangan terkini kandungan isterinya melalui pemeriksaan bulanan yang dijalankan di Hospital Ampang Puteri, Ampang.

Perkongsian status Awie itu menerima reaksi gembira daripada rakan-rakan dan kenalannya. Tidak kurang juga para peminat yang mengikutinya di Facebook.

Terdahulu Awie pernah memberitahu keadaan isterinya dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat. Malah menerusi satu entri di instagramnya, Awie turut memaklumkan masanya untuk bertemu bayi keenamnya itu hampir tiba.

“Alhamdulillah, 35 minggu berlalu. Masa dah hampir bertemu.

“Ampang Puteri pilihan ku , berpuluh tahun kami di situ , dr anak ku yg nombor satu,”kongsi Awie lagi.

Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, pada Oktober 2016 lalu dan kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pelengkap bahagia. Awie turut mempunyai lima orang cahaya matanya bersama bekas-bekas isterinya yang lain.

Artikel berkaitan: Syukurlah Saya Masih Lagi Dikurniakan Rezeki, Datuk Awie Bakal Timang Anak Keenam!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: Harian Metro, @awieofficial & @ladyana_alqudree

IKLAN