Apa saja sanggup seorang isteri lakukan demi membantu suami dalam kesusahan. Biarpun terpaksa bergolok gadai, tidak pernah sekalipun rasa terbeban, niatnya ikhlas untuk pastikan suami berjaya.
Ada masanya dalam kehidupan suami isteri kita diduga sehingga tiada satu apa pun. itulah tandanya Allah SWT mahu melihat sejauh mana kesabaran dan kesungguhan kita. Bagaimana kita berusaha dan menyerahkan harapan kepada-Nya.
Bila dah sukses, jangan sesekali lupa jasa isteri yang mendorong kita saat mundur. Kisah dari suami ini, Ali Omar, boleh dijadikan inspirasi dan panduan buat suami isteri di luar sana.
Sumber foto: Facebook Ali Omar
Perkongsian tentang liku perjalanan hidupnya sehingga berjaya sekarang adalah hasil bantuan isteri yang sanggup susah senang bersama.
Lalui Jalan Paling Gelap Dalam Kehidupan Lepas Berkahwin Liku2 perjalanan hidup saya memang susah. Setelah saya berkahwin pada 9/8/2007. Saya melalui jalan yang paling gelap dalam kehidupan. Waktu tu isteri saya bertugas di Hospital Pulau Pinang.
Saya tak mampu bayar sewa rumah hampir 6 bulan di Penang, kerana tidak mempunyai wang saya tidak bekerja waktu itu. Hanya Isteri sahaja bekerja waktu itu, tetapi tuan rumah bernama Miss Hun dia izinkan saya duduk walaupun 6 bulan tak bayar sewa rumah.
Alami Alahan Teruk Masa Mengandung Anak Pertama Waktu isteri tercinta Nor Fariha mengandung anak pertama Nor Adrinas Damya, sebulan 3-4 kali masuk hospital akibat alahan yang teruk. Ada satu hari isteri tercinta nak makan buah tetapi saya tiada satu sen pun duit nak beli buah. Lalu isteri tercinta saya, Nor Fariha memberikan fon Nokia untuk saya jual.
Saya pergi di Komtar bersama adik ipar saya menjual telefon Nokia isteri tercinta dengan harga RM450. Setelah dapat duit RM450 saya pergi beli makanan untuk isteri saya makan di hospital. Semua rakan2 saya tahu cerita hidup saya ini betul2 susah.
Ads
Sumber foto: Facebook Ali Omar
Pernah juga satu kali dalam perjalanan dari Kelantan ke Penang tayar kereta saya pecah di Gerik jam 3 pagi. Waktu itu juga isteri tercinta saya, Nor Fariha sarat mengandung puteri sulung, Nor Adrinas Damya. Wwaktu itu kandungan dalam 7 bulan.
Jalan Kaki Sampai Bandar Cari Hotel Bajet Saya dan isteri dan kawan saya seorang berjalan kaki hingga ke bandar Gerik mencari tempat tidur sewa hotel bajet bernilai RM50. Esok pagi kemudian nak beli tayar tiada duit.
Jual 1 rantai tangan kecik di Kedai Emas Gerik untuk beli tayar. YA Allah amat2 besar ujian menempuhi kehidupan diriku & isteri tercinta Nor Fariha di awal pernikahan.
Isteri Buat Pinjaman Bank Untuk Buat Bisnes Sebelum saya nak berjaya dalam hidup. Isteri tercinta membuat pinjaman dengan Bank Rakyat RM50K & kesemua duit ini diserahkan kepada saya untuk membuat perniagaan. YA Allah besarnya jasa isteri tercinta terhadap diriku.
Setelah isteri tercinta melahirkan Kakak (Nor Adrinas Damya) hari ke 46 hari, saya telah mendapat berita gembira berkaitan perniagaan saya berjaya mendapat melebihi RM3 juta waktu itu.
Anugerah dari Allah S.W.T. rezeki puteri sulung Kakak (Nor Adrinas Damya) & hasil doa titik peluh isteri tercinta membuat pinjaman dengan Bank Rakyat kepada diriku..
Ads
Tanpa Doa & Semangat Isteri tercinta Nor Fariha terhadap diriku , hidupku ini tidak akan berada ke tahap ini seperti hari ini ..TERIMA KASIH ISTERI TERCINTA HARGAI ISTERI KITA INSYAALLAH KITA AKAN BERJAYA DI DUNIA AKHIRAT ❤🤲
Kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu bukanlah terletak pada rupa dan harta semata-mata. Ia memerlukan komitmen serta kepercayaan yang sangat tinggi antara pasangan. Paling penting, saling menyayangi dan kesetiaan sepanjang mengharungi bahtera perkahwinan.
Diuji dengan perselisihan faham adalah perkara normal dalam perkahwinan. Tanpa disedari perkara beginilah yang membuatkan kasih sayang semakin utuh dan kita kenal pasangan dengan lebih dalam lagi.
Sudah menjadi tabiat si isteri untuk selalu bertanya pada suami sama ada dirinya masih disayangi atau tidak. Jika suami jawab sayang, ditanya pula seberapa banyak. Sudah dijawab, isteri tanya pula kenapa sayang sedangkan dirinya sudah tak sama seperti dahulu.
Begitulah yang dikongsi oleh Datin Almy Nadia baru-baru ini. Melalui perkongsian di laman Instagramnya, dapat dilihat Datuk Fizz Fairuz sedang duduk-duduk apabila Almy bertanya soalan cepumas itu.
“Baby, I nak tanya you something. You sayang I tak?.”
Nampak seperti Fizz malu-malu untuk menjawab soalan itu tetapi apabila ditanyakan seberapa banyak dia sayangkan Almy, terus didepangkan tangannya. Banyak komen positif yang mengatakan mereka terhibur dengan video yang dikongsikan. Selain itu, mereka juga mendoakan kebahagiaan buat Datuk Fizz dan Datin Almy;
Biarpun perbualan ini nampak seperti gurauan dan bersahaja, tetapi sebenarnya sudah jelas menunjukkan kebahagiaan pasangan ini. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dirahmati Allah SWT dan kekal bahagia selama-lamanya.
Pelakon jelita, Intan Najuwa sering mendapat perhatian kerana kehidupannya yang mewah tetapi tetap merendah diri. Biarpun berkahwin dengan suami yang berpangkat Datuk, namun dia tidak pernah bermegah-megah dengan kesenangan yang dimiliki.
Ibu kepada Imane Lunara ini juga lebih selesa bekerja dan menguruskan peniagaannya demi kepuasan diri sendiri tanpa berharap kepada suami.
Walaupun begitu, Intan tetap menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik. Malah perkongsian resipi darinya sering dinanti-nantikan warganet. Menerusi Thread, Intan ada mengulas topik ‘husband provider’.
Menurutnya, sebelum berkahwin dia dan suami banyak berbincang tentang masa depan mereka.
Biarpun Intan boleh menguruskan rumah tangganya sendiri, namun suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, tetap menyediakan para pembantu bagi memudahkan urusan sehariannya. Apabila bercakap tentang ‘husband provider’, Intan memberikan pendapat bernas tentang isu ini.
“Ya, saya selalu fikir 100 langkah ke hadapan. Perkahwinan ni bukan semata-mata tentang cincin tetapi kehidupan yang kita nak lalui bersama.
Ia harus datang dengan rasa hormat, kita sokong empayar suami tapi jangan lupa bina kejayaan kita juga. Jangan sampai ‘hilang diri’ kita.”
Kata Intan, sebelum mendirikan rumah tangga dia dan suaminya banyak berbincang tentang rancangan masa depan, gaya parenting dan bagaimana mereka mahu membesarkan anak-anak. Benarlah kata Intan, sebenarnya untuk menjalani kehidupan yang harmoni bersama pasangan, rasa hormat sangat penting.
Selain itu, sokongan berpanjangan dan saling memahami keinginan pasangan juga perlu dititikberatkan supaya hubungan kekal bahagia dan tiada pihak yang merasa dipinggirkan. Biarpun perkahwinan Intan dan suaminya, masih baharu namun kedua-duanya sangat matang untuk berbincang tentang perkara penting sebelum membina sebuah keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk mengekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga, ia bukan peranan sebuah pihak sahaja. Semua orang di dalam keluarga itu harus tahu peranan masing-masing. Paling utama, suami dan isteri haruslah saling menyayangi dan inilah yang menjadikan sesebuah keluarga itu lebih sempurna dan bahagia.
Hanya ingat ‘8P’ sahaja. Nak tahu apa ‘8P’ tersebut?
1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Tip yang terakhir dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah berdoa kepada Allah. Ada banyak doa yang boleh diamalkan, tetapi salah satunya adalah doa memohon kebahagiaan dunia dan akhirat ini.
Lagi khabar duka. Satu keluarga ibu, bapa, anak-anak semuanya pergi dalam sekelip mata. Tragedi di Sungai Korok, Kedah ini bukan sekadar sebuah berita, tetapi...