pin guna

Pemakaian tudung atau selendang memerlukan kita untuk menggunakan pin atau jarum peniti supaya lebih kemas. Bukanlah situasi yang pelik apabila seseorang wanita mengepit jarum peniti atau pin tudung di bibir semasa mengenakan hijab. Tahukah anda, tabiat ini sangat berbahaya?

Malang tidak berbau, bukan sedikit kes wanita tertelan jarum peniti atau pin tudung. Ia berlaku di luar kawalan ketika mereka terbatuk, terbersin, menarik nafas atau ia terlucut dari bibir.

Terkejar-Kejar Nak Pakai Tudung, Mama Kepit Jarum Di Mulut. Bahaya, Boleh Bawa Maut!

Dr Ahmad Samhan menerangkan tentang bahaya sekiranya berlaku situasi wanita tertelan jarum atau pin tudung ini.

Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut.

Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.

Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.

Pin tudung ini samada akan masuk ke salur makanan(esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.

Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.

IKLAN

Artikel Lain: [Lepas Bersalin, Isteri Rasa Down Tengok Badan Sendiri. Suami Pujuklah Dia Dengan Ayat Ni]

Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut.

Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.

Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan.

Terkejar-Kejar Nak Pakai Tudung, Mama Kepit Jarum Di Mulut. Bahaya, Boleh Bawa Maut!

IKLAN

Untuk elakkan kejadian berlaku, ikut cara ini:

*Cucuk pin di lengan baju/atas tudung

*Pakai tudung instan

*Guna magnetic pin

*Guna pin kepit

IKLAN

*Elakkan buat urusan lain ketika melaram

Artikel Lain: [Bila Isteri Demam, Kuasa Penyembuhan Pada Tangan Suami. Belailah Dia!]

Simptom yang biasa berlaku apabila sesuatu objek asing ditelan adalah:
1. Tercekik
2. Kesukaran untuk bernafas
3. Batuk
4. Berdehit (wheezing)

Terkejar-Kejar Nak Pakai Tudung, Mama Kepit Jarum Di Mulut. Bahaya, Boleh Bawa Maut!

Antara simptom yang berkemungkinan akan muncul apabila objek tersebut tersekat pada esofagus atau usus, termasuk:
*Muntah
*Air liur meleleh
*Kesakitan pada bahagian dada atau tekak
*Keengganan untuk makan
*Sakit perut
*Demam

Pemeriksaan sinar-X lebih terperinci dengan barium mungkin digunakan untuk membantu mencari objek yang tersekat yang tidak dapat dilihat sinar-X biasa.

Pemeriksaan sinar-X pada bahagian leher, dada dan perut mungkin dilakukan untuk membantu mencari sebarang objek yang mungkin dapat dilihat menerusi pemeriksaan ini

#Share info ini sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa saja.Sama-sama kita berpesan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI