Apa yang kita tanam itulah yang kita tuai, begitulah perumpamaan yang tepat apabila menggambarkan sikap anak-anak yang bakal menjadi ikutan.
Anak-anak ibarat CCTV yang akan perhati tingkah laku ibu bapa dan kemudian akan mengaplikasi kembali dalam kehidupan yang akan datang, sama seperti perkongsian Puan Sariah tentang anak sulungnya. Ikuti perkongsian ini.
Bila tengok nasi dan air ni, saya teringat kat kakak, anak sulong yang kat asrama. Saya tak pernah sangka dengan usianya dia akan layan saya macam ni.
“Umi, pergilah makan. Kakak jaga adik.”
Bila saya ke dapur, saya tengok nasi dah dihidang, air pun dah dituang. Allahurabbi. Sebak sungguh.
Apa yang buat saya sebak ialah, apa yang kakak buat ni ialah apa yang abinya buat kat saya.
Ads
Sejak bertahun-tahun kahwin, kalau suami siap makan dulu, dia akan tuangkan air untuk saya. Simple sangat. Tapi, rupa-rupanya anak perhatikan.
Dan sejak sekitar 2 tahun lepas, masa umurnya 11 tahun, kakak sentiasa tuangkan air untuk saya dan abinya kalau dia siap makan dulu.
Dan kali ni, bila dia tengok saya sentiasa terkejar-kejar nak makan bila ada baby, dia upgrade letak nasi sekali. Subhanallah.
Apa yang lebih mengejutkan saya ialah bila kakak dah masuk asrama, Afham yang nombor dua tu automatik ambil tugas kakak.
Ads
“Umi, air umi ni. Afham dah letak.” Allahurabbi, macam di’pass’ tugas tu pada adiknya. Tuan puan,
Saya tak pandai ilmu parenting. Teori-teorinya banyak saya tak tahu. Saya sentiasa merasakan banyak kesilapan saya dalam mendidik anak-anak.
Cuma, satu je pesan mak saya yang saya ingat.
‘Buat baik.’
Ads
Suami buat baik pada isteri. Isteri buat baik pada suami. Dan, Mak ayah buat baik pada anak-anak.
Selepas berbelas tahun, barulah saya benar-benar nampak hasil ‘buat baik’ yang mak pesan. Subhanallah. Alhamdulillah.
Rumah yang perlu suami sediakan untuk isteri adalah rumah yang boleh isteri melepaskan penat lelah seharian tanpa memikirkan aurat dengan ipar duai. Rumah yang didalamnya tak perlu isteri memakai tudung.
Namun tak ramai isteri yang mampu merasai kebahagiaan berada di dalam rumah sendiri. Ramai lagi isteri yang terpaksa menumpang rumah mentua kerana mengikut suami (tiada keperluan seperti perlu menjaga ibu mentua yang sakit). Ramai isteri yang kepenatan terkurung di dalam bilik.
Sebenarnya ramai isteri yang sanggup duduk rumah sewa yang kecil asalkan dia ada kebebasan untuk bergerak dan melakukan apa sahaja. Sebenarnya menyediakan tempat tinggal untuk isteri tak kiralah sewa atau beli antara nafkah yang perlu suami sediakan. Ikuti perkongsian penuh daripada Hasiba Kamaruddin.
Topik IKIM.fm pagi ini mengenai Undang – Undang Keluarga Islam di Malaysia sangat kena dengan perkara yang saya hendak tulis sejak beberapa minggu lepas.
Pn Siti Shamsiah, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Syarak IKIM menjawab soalan pendengar yang ingin meminta cerai kerana campur tangan mertua yang menyebabkan suaminya tidak membayar nafkah kepadanya.
Pn Siti menekankan pendengar itu perlu menyelesaikan hal nafkah itu terlebih dahulu dan kemudian uruskan masalah mertua. Penceraian bukan penyelesaiannya. Pn Siti menyambung lagi bahawa suami WAJIB menyediakan perkara – perkara utama kepada isteri iaitu:
1. Rumah – tak kira lah lah sewa atau beli, asalkan mengikut kemampuan suami.
Saya pernah mendengar ceramah Prof Harlina Siraj yang menceritakan kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ia jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri.
2. Makan minum – Prof Har pernah bercerita tentang kisah dia masa mula – mula berkahwin dulu. Dia akan senaraikan shopping list dan setiap kali hujung bulan, dia akan ambil shopping list itu dan pergi shopping barang dapur. Maknya melihat saban bulan Prof Har berbuat demikian sehinggalah suatu hari maknya berkata, “Salah ni apa yang Har buat. Makan minum ini tanggung jawab suami. Biar dia buat.” Sejak hari itu, suami Prof Har mengambil alih tugas itu dengan duitnya sendiri dan beliau masih ingat bagaimana besarnya hati suaminya menceritakan kejayaannya membeli barang dapur untuk keluarga, “Abang dah beli telur satu tray. Elok2 semua telur tu abang pilih. Ikan pun segar – segar.” Bila melihatkan bahagianya suaminya bila menceritakan itu semua, Prof Har tidak mahu lagi mengambil hak itu dari suaminya. Prof Har sambung, “Kalau suami puan – puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makan lah itu. Berkat insyaAllah.”
4. Pakaian – ini mungkin peluang untuk suami sama – sama memelihara aurat isteri.
5. Perubatan – kalau isteri sakit, suami perlu bawa isteri berubat dan membiayai perbelanjaan ini. Kalau zaman sekarang, takaful untuk isteri dan anak – anak itu semua sebenarnya perlu disediakan oleh suami.
6. Perhiasan – wanita memang tidak asing dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri. Hud Saleh selalu membeli barang – barang untuk saya berhias tapi tricknya adalah mesti mengikut taste dia, “Isteri ini adalah perhiasan untuk suami. Mestilah saya beli perhiasan mengikut taste saya supaya menyejukkan mata dan hati saya. Baru syg dapat pahala, saya pun dapat pahala.” Isteri, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta Tiffany pula.
7. Pembantu – kalau isteri biasa ada pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin. Zaman sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak, belanja panggil part time maid dan paling penting sekali pembantu semasa dia berpantang selepas melahirkan anak.
Selain itu, suami perlu juga memberi nafkah wang walaupun sedikit untuk isteri setiap bulan. Kalau mampu RM10 pun, itulah yang perlu diberikan. Beritahu pada isteri, “Ini yang abang mampu, kalau ada rezeki lebih, abang akan tambah.” Isteri, hargailah keikhlasan suamimu itu.
Pn Siti memberitahu bahawa ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa? Supaya ada KEBERKATAN dalam rumah tangga. Bila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga itu.
Habis tu bila nak guna duit isteri yang bekerja?
Saya pernah mendapat soalan ini dari adik – adik yang lebih muda. Lebih – lebih lagi dalam era kedasyatan ekonomi zaman sekarang.
Saya pun pernah bekerja dulu. Bahkan gaji saya memang lebih tinggi dari Hud. Dulu lah. Tapi kami tetap mengamalkan ajaran di atas itu. Duit saya jarang sangat disentuh. Pun begitu, duit – duit isteri bekerja masih boleh diperlukan dalam situasi begini:
1. Untuk perbelanjaan kecemasan seperti baiki atap rumah – duit saya semasa bekerja dulu biasanya digunakan untuk perbelanjaan begini – kereta kena sagat, bumper kena langgar motor, tangki air rumah pecah lalu merosakkan atap. Memang jumlahnya besar tapi one-off. Bak kata saya, barang 20 tahun sekali.
2. Untuk percutian – isteri – isteri boleh berbelanja duit sendiri untuk perbelanjaan pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga. InsyaAllah perbelanjaan begini menggembirakan. Isteri biasanya tak kisah mengeluarkan duit untuk berlibur begini.
3. Untuk beli hadiah – duit isteri boleh digunakan untuk beli hadiah pada suami. Saya jarang beli hadiah pada Hud sebab saya tak tahu nak beli apa. Tapi kalau saya boleh kongsikan hadiah yang tidak pernah saya lupa beri setiap tahun pada dia adalah satu bahagian korban. Setiap tahun bila tiba raya korban, saya akan ambil dua bahagian dan satunya diniatkan untuk dia. Guna duit saya sebagai hadiah untuk Al Qawam saya yang sentiasa berusaha menyediakan pelbagai benda untuk saya sepanjang kami berkahwin.
4. Bila nampak poket suami kering, terutamanya di akhir bulan – haa masa ini isteri boleh guna duit sendiri untuk tampung makan – minum keluarga sebab duit suami mungkin sudah habis. Perlu bijak membaca hati suami bila dia nampak kedekut untuk keluarkan duit di akhir bulan tu, faham – fahamlah. Guna duit kita pula. Yang penting, awal – awal tu beri hak pada suami untuk menjalankan tanggung jawab dia memberi nafkah kepada keluarga.
Prof Har pernah bercerita yang dia selalu buka dompet suaminya sembunyi – sembunyi. Jika tinggal duit seringgit – seringgit dalam tu, dia akan masukkan not RM50. Itulah hadiah untuk suami. Ringankan beban untuknya di masa yang betul.
Kesimpulannya, bagaimana teruknya ekonomi sekarang, jangan campur adukkan gaji isteri dan suami kemudian rancang perbelanjaan keluarga dari situ. Ini bukan cara yang Islam anjurkan.
Biarkan suami urus dulu kewajipan yang dia perlu tunaikan, kemudian barulah isteri datang membantu.
Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar melalui instagramnya telah berkongsi tip membawa anak kecil solat terawih. Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, pasti ibu bapa tidak ingin melepaskan peluang menunaikan solat terawih di masjid.
Beliau juga berkongsi video gelagat anak kembar lelakinya yang berkelakuan sangat baik ketika di masjid.
Solat Tarawih bersama anak lelaki
Apa yang mengejutkan, si kembar berkelakuan baik hari ini. Adam dan Noah hanya berdiri disebelah saya semasa solat terawih
Alhamdulillah …
5 Tip bawa anak anda solat terawih;
1. Sentiasa bersedia Bawa susu, lampin, dan juga mainan kegemaran mereka. Anda sangat memerlukan bila tiba saatnya.
2. Cari satu sudut di masjid Solat dibahagian belakang supaya anak anda tidak menggangu jemaah lain.
3. Sentiasa awasi anak anda Jangan rasa tempat tersebut sentiasa selamat dan biarkan anak anda bermain seorang diri
4. Jika anak menangis tak berhenti, bawa mereka keluar dan cari solusi Anak-anak anda mungkin lapar atau lampinya perlu ditukar. Jangan hanya biarkan anak anda terus menangis kerana boleh menggangu jemaah lain yang sedang beribadah. Sambung solat terawih selepas keadaan anak kembali tenang
5. Beri anak anda makan dan minum sebelum ke Masjid. Jika dia tertidur di sebelah anda, biarkan sahaja.
Bawa anak mengerjakan Solat Terawih adalah salah satu didikan yang baik untuk mereka. Mereka akan belajar dari sekeliling. Tapi pastikan anak anda tidak menggangu orang lain yang sedang mengerjakan ibadah. Just sharing .
Apapun terpulang kepada ibu bapa sama ada ingin membawa anak-anak kecil ataupun membuat keputusan untuk solat di rumah. Yang ingin membawa anak kecil pastikan anak anda tidak menggangu jemaah lain.
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji. Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah.
Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan isteri, urusannya dipermudahkan dengan izin Allah, mudah-mudahan. Asalkan ia dilakukan dengan ikhlas dengan penuh rasa tanggungjawab.
Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan inspirasi. Memberikan kejutan sajian makanan yang disukai cukup menggembirakan si kecil. Melihat anak isteri menikmatinya pun hati suami sudah cukup membuatkan diri terharu.
“Ayang, bgtau anak2 yg abg dah beli pizza ni…ptg ni kita makan pizza…”
Hari ni hari gaji…
Check tadi, tgok2 gaji dah masuk…Allah, seronoknya hati…trus wassup wife, bgtau kat wife…sblum blk keje, order pizza siap2 then terus p ambik…xsabar ni nak bwk blk pizza bg kat isteri, bg kat anak2…
Apa la reaksi diorang nanti…
Sampai je kat umah, isteri buka pintu, anak2 terus serbu…”Yeay yeaay, makan pizza, makan pizza…” Allah, seronok plak abah tgok anak2 abah gembira mcm ni…
Saya tengok je diorang mkn, gembira anak2 dan isteri dpt mkn pizza…bukan hari2 dpt mkn pizza…setiap bulan, hari gaji ja beli…klu bukan pizza, kfc…klu bukan kfc, bwk mkn luar…
Tapi semua tu tak selalu…
Hari gaji ja buat mcm tu…hari2 biasa, back to normal life, makan apa yg ada…nasi putih, ikan goreng…nasi putih, ayam kicap…nasi putih, telur masak merah…nasi putih, sup sayur…
Hari biasa, makan xbleh mewah2 sbb duit x lebih byk pun, bajet ngam2 ja…maka kita bersederhana masa hari biasa, dan kita mkn sedap2 masa hari gaji…ini yg selalu saya buat utk keluarga setiap bulan…
SUAMI JANGAN BERKIRA
Kita yang jadi suami ni, jangan berkira untuk membelanjakan apa-apa saja untuk isteri dan ank2 bila kita ada duit…sebab mereka, urusan kita dipermudahkan…sebab mereka, rezeki kita dimurahkan…sebab mereka, kita diberikan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki…gembirakanlah mereka dengan kemampuan yang ada, selebihnya Allah jua lah yg akan mencukupkan kita..
Jangan risau bab cukup tak cukup tu…
Akhir kalam, manusia tidak akan mengetahui akan sesuatu nikmat kecuali bilamana nikmat itu hilang drpdnya…melihat isteri dan ank2 gembira adalah satu nikmat utk seorang suami yg sentiasa berusaha memikirkan yg terbaik utk keluarganya…
Nota kaki : Sebaik2 sedekah disisi Allah itu adalah pd ahli keluargamu…dah bersedekah kpd ahli keluarga ke belum tu?
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...