Bayi ajaib! Ya itu yang boleh dikatakan kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan ibunya ketika nazak dalam satu kemalangan.
Kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia dihempap sebuah lori.
Menerusi laporan Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ dari rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.
Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.
Menurut pihak polis di Narkhi, kemalangan maut itu melibatkan seorang wanita yang pada ketika itu sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.
Ads
Dalam pada itu, saksi di tempat kejadian mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.
Lebih memilukan lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ajaib ketika sedang nazak di tempat kemalangan.
Ads
Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.
Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.
Ujarnya, melihat kepada foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap, jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat.
Seorang Juru X-ray, Alliana Alaudin yang berkhidmat di Hospital Serdang telah dikuarantin kerana disyaki dijangkiti Covid-19.
Menerusi perkongsian di Facebook, Khairul Azman Rosli yang juga merupakan suami kepada Alliana menceritakan punca bagaimana isterinya itu telah ditahan di wad dan dikuarantin. Apa yang lebih membimbangkan apabila si isteri kini sedang hamil 6 bulan.
Guna mesin X-ray pesakit Covid-19
Ramai yang tanya mcm mana Alliana Alaudin boleh kena kuarantin. Macam ni cerita dia. Alliana Juru X-ray di Hospital Serdang, dia ada guna mesin X-ray yang baru lepas guna untuk pesakit demam. Pesakit tu dah pergi check dah dekat tempat lain, dah confirm covid tapi dia boleh pergi Hospital Serdang pula. Masa mula masuk Hospital Serdang dia tak bagi tahu pun dia check positive.
Masa sampai Serdang, pesakit tak bagi tahu dia positive. Dah buat X-ray semua baru dapat tahu yang dia positif covid-19. Sekarang ni Alliana dikuarantinkan dekat Sungai Buloh. Senang untuk monitor sebab dia hamil 6 bulan.
Menceritakan kisah itu, Khairul berkata pada mulanya, seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 telah datang ke hospital di mana tempat isterinya itu bekerja untuk membuat X-ray. Kemudian, si isteri yang juga bekerja sebagai Juru X-ray di hospital berkenaan telah menggunakan mesin X-ray yang sama digunakan oleh pesakit tersebut.
Menurutnya, isterinya itu langsung tidak mengetahui bahawa pesakit tersebut adalah positif Covid-19 kerana pesakit itu langsung tidak memberitahu pihak hospital mengenai keadaan kesihatannya. Hal ini menyebabkan si isteri yang sedang hamil 6 bulan itu terpaksa dikuarantinkan di Hospital Sungai Buloh kerana disyaki dijangkiti virus maut ini.
Jangan tak mengaku sakit
Sama-sama la kita jaga diri. Doakan Nurul Alliana Alaudin dan baby dalam kandungannya baik dan harap result negatif ye.
Kepada yang mana ada tanda-tanda virus covid ni, pergi lah check di hospital terdekat, jangan tidak mengaku (tolong lah) staf hospital pun ada family dan berjuang untuk atasi virus ni. So tolonglah bagi kerjasama.
Sekarang ni wife saya kena dan saya harap orang dekat luar sana ambil berat pasal situasi kita sekarang.
Sementara itu, Khairul juga sempat meninnggalkan pesanan dengan menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling. Sekiranya terdapat simptom-simptom virus, maka segeralah ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
Dia juga turut berpesan supaya semua individu yang dijangkiti virus ini supaya mengaku dan menceritakan keadaan kesihatan sebenar mereka kepada pihak hospital dan tidak menyembunyikannya kerana ianya akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan para petugas di hospital.
Kisah lima beradik yang abang dan kakak, Muhammad Faris, 12 dan Nurul Farisha, 11, menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada tiga lagi adik yang masih kecil akhirnya telah mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Berita gembira itu dikongsikan pendakwah dan penceramah terkenal itu menerusi Facebooknya pada Selasa selepas meluangkan masa mengunjungi adik-beradik dan membantu Muhammad Faris dan Nurul Farisya kembali bersekolah.
“Besarnya ujian mu anak”
Sayu sedih tengok adik Farisya 11 tahun masak guna dapur kayu jaga 3 adik kecil. Buat susu adik guna susu pekat manis menggantikan susu tepung. Adik paling kecil umur 1 tahun. Dah tak sekolah jaga adik. Tinggal dengan atuk nenek dah uzur. Mak ayah dalam tahanan.
Hantar bersekolah semula
Terbaca dekat fb Raja Anita Raja Mukhtar. Saya bersama mak ciknya tadi daftarkan Faris dan Farisya ke Maahad Tahfiz Manzil Furqan Kota Bharu. Di sini ada pelajaran sains, subjek agama dan Tahfiz. Cantik dan eksklusif. Sebulan Rm600. Terus hantar ke sini tadi. Seronok adik-adik ni.
“Nak berjaya macam ustaz”
Saya tanya kenapa nak sekolah. Jawabnya nak berjaya macam ustaz nak tolong mak ayah dan adik-adik. Rindu nak belajar dan bahagiakan keluarga. Masa nak pergi semua atuk nenek, jiran, pakcik makcik semua tadi menangis. Sampai kami pun menangis. Teringat anak dekat rumah. Beratnya ujianMu wahai anak. Maafkanlah kami lambat membantu.
Mak saudara akan jaga adik-adik
Terima kasih mak saudara yang akan menjaga adik-adiknya. Terima kasih Ustaz Fadhli Shaari dan Pegawai JKM yang lebih awal menziarahi dan membantu serta bersama memberi perhatian. Terima kasih Penghulu dan masyarakat sekitar. Terima kasih zakat. Terima kasih penderma PKUM. Terima kasih kepada NGO di Kelantan. Terima kasih Raja Anita.
Susulan perkongsian tersebut, ramai yang mendoakan kedua-dua beradik ini mampu menjadi abang dan kakak yang baik dan berjaya mengubah kehidupan keluarga ke arah yang lebih baik demi masa depan adik-adiknya kemudian hari.
** Nak dapatkan keperluan anak pada harga berpatutan, klik di sini
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri. Bagaimanapun tak semua pasangan yang berkahwin akan terus diberi rezeki anak. Ada yang berkahwin bertahun-tahun atau berbelas tahun pun masih belum dikurniakan zuriat.
Ada tu dah cuba pelbagai cara tapi masih belum diberi lagi oleh Allah. Itu belum lagi yang melakukan pelbagai rawatan dengan kos tinggi yang perlu dicucuk atau makan ubat. Jika diingatkan mesti sakit tapi demi anak semua itu bukan halangan.
Pengorbanan ini juga turut dilalui oleh pasangan suami isteri, Muhamad Irwan Wahid dan isterinya Noor Liyana Mustaffa.
Melihatkan kesabaran dan tekad isterinya untuk bergelar ibu selepas beberapa tahun berkahwin benar-benar membuatkannya cukup menghargai seorang wanita bergelar ibu.
Berikut antara perkongsiannya
“Sayang, lapar ke?,”
Bini saya angguk kepala, masa tu badan dah penuh wayar, muka pun penuh dengan alat oksigen.
Nak menangis pun ada bila tengok keadaan isteri jadi macam ni.
Nak suapkan makanan tak boleh lagi sebab paras oksigen dia terlampau rendah.
Waktu melawat pulak nak habis. Lagi la saya risau sebab makanan pun saya tak suapkan lagi kat isteri saya.
Last² terpaksa serahkan makanan kat nurse, minta tolong dia suapkan isteri sebab masa melawat dah habis, saya nak kena keluar.
Saya dan isteri ambil keputusan untuk buat ivf bulan April lepas sebagai salah satu ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat.
Setiap kali hari raya, saya kesian jugak dekat isteri nak menjawab soalan saudara mara & rakan² pasal zuriat.
Isteri Alami PCOS
Yelah, isteri saya memang minat budak², tapi ditakdirkan dia ada Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) menyebabkan hormone dia tak stabil. Kesannya, period pun tak regular.
Tahun ni kami decide untuk buat ivf. Appointment pertama, bulan mac lepas dengan doktor pakar sakit puan di HUSM.
1 April isteri saya dimasukkan ke wad untuk procedure oocyte retrieval selepas 8 hari saya inject hormone FSH kat perut isteri saya.
Lepas OOCYTE, Air Berkumpul Dalam Perut Isteri
Lepas oocyte retrieval, isteri saya mengadu sakit kat bahagian lower abdomen. Masa tu, perut nampak makin kembang.
Kami ingatkan ada angin dalam perut, rupanya lepas doktor scan, ada air yang berkumpul kat perut. Masa tulah isteri saya start rasa sakit. Dia kena OHSS.
Nak bernafas pun tak boleh sebab air dalam perut dah terlampau banyak. Doktor terpaksa bagi bantuan oksigen untuk bantu pernafasan isteri saya.
Lepas beberapa hari, keadaan makin teruk, air dah start masuk paru². Isteri saya dipindahkan ke wad HDU untuk close monitoring.
Lepas 2-3 hari kat HDU, keadaan jadi makin teruk, doktor² pakar semua datang tengok. Muka semua risau je tengok keadaan isteri saya.Perut Dan Paru-Paru Isteri Kena Tebuk
Last², doktor decide untuk buat abdominal tap. Ditebuknya perut isteri saya untuk keluarkan air supaya isteri saya boleh bernafas.
Lepas sehari, isteri saya masih lagi tak boleh nak bernafas. Oxygen level masih rendah. Jadi doktor decide untuk buat pleural tap pulak. Sekali lagi ditebukknya paru² isteri saya untuk keluarkan air.
Last sekali, isteri saya dipindahkan ke CCU untuk close monitoring 24 jam oleh nurse & doktor kat sana. Sepanjang dalam CCU, ada je orang meninggal kat katil sebelah isteri saya tu.
Masa tu saya memang risau lah sebab benda ni boleh bawa maut kot. Rasa menyesal pun ada saya ambil keputusan untuk buat ivf.
Bila tengok keadaan isteri saya masa tu, saya terus teringat kat mak. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk lahirkan anak.
Betapa besarnya pengorbanan isteri saya untuk usaha mendapatkan zuriat. Mental dan fizikal nak kena kuat.
Tangguh Dulu Buat IVF
Alhamdulillah sekarang isteri saya dah sembuh sepenuhnya. Perjalanan ivf kami terpaksa ditangguhkan dulu sehingga lepas raya untuk bagi peluang isteri saya rehat secukupnya.
Ada 30 Biji Telur Dah Bersedia
Ada 30 bijik telur yang dah disenyawakan dan dibekukan. Tunggu untuk proses seterusnya iaitu embryo transfer.
Mohon doa dari kalian supaya saya dan isteri dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat melalui ivf ni.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.