Tiada ibu bapa yang nak anaknya ditimpa musibah, begitu juga yang berlaku Puan Iesya Toh yang panic sejurus melihat badan anak sulungnya, Harraz Daiyan yang kini berusia dua tahun dua bulan, melecur akibat terkena air panas dari mesin penapis air di rumahnya.
Iesya, 36, berkata anaknya kini berada dalam bilik pembedahan di hospital swasta di Kota Damansara bagi proses membersih dan membuang kulit mati.
AIR PANAS PENAPIS 97 DEGREE
Mmg tak sangka benda terjadi! Kebiasaan letak air panas sepenuh botol susu die lepas cuci untuk basmi kuman. Selalu dia tak usik. Kalau saya letak pun, dia tak boleh capai.
Pagi semalam nak dijadikan hal, saya letak sekejap saja dan pergi basuh tangan. Saya toleh dia dah capai air tu.
Anak capai botol dengan laju
Pak sheikh dgn laju tiba2 capai.. abis terkena badan.. even berbaju tapi mommy sgt-sgt tak tau air panas coway boleh jadi smpai mcmni.. yes mommy xde pengalaman dlm family yg terkena.. air panas je Kata dlm hati..
Ads
Sempat marah Pak Sheikh & sebut ‘hah Tulaa Main lagi..die nak peluk.. mommy mengelak.. lepas tgk die auw lain mcm, mommy bukak baju ya Allah.. ya Allah.. mmg panic!
SAYA panic, nangis dan macam nak pengsan apabila tengok keadaan anak yang melecur di badan. Saya jadi bingung sekejap sebab ia berlaku terlalu pantas.
Terus capai powder & Husband amek tepung.. tu je yg mampu buat dlm keadaan nk cepat.. dan terus ke clinic.
Memang tidak terfikir akan seteruk ni. Sebab tak ada pengalaman. Lagi pun air itu saya ambil dari penapis air. Saya ingat ia tak panas macam air panas dari cerek.
Second Degree Burn
Ads
Kejadian ini sangat menakutkan saya. Dari semalam dia menangis kesakitan, saya pun ikut nangis. Doktor maklumkan tahap melecur anak ‘second degree burn’.
Ketika kejadian kebetulan suami belum keluar bekerja. Jadi, ada orang yang boleh bantu saya. Sebab saya memang terlalu cemas.
Sentiasa berjaga-jaga
Ads
Moral of the story buat kami, (utk anak lelaki especially) sgt lasak.. tak boleh letak air panas/minyak panas lagi laa.. Dan segala benda tajam kt tempat diaorg boleh capai even sekejap!!!! Ya Allah, Klu Abah ada ni……mesti Abah marah xjaga cucu Abah dgn baik.
Bagi ibu bapa yang bekerja, setiap kali menghantar anak ke rumah pengasuh atau taska hanya satu yang diharapkan iaitu anak dalam keadaan baik sepanjang jagaan dan sentiasa sihat serta dijauhkan daripada apa-apa kejadian tak diingini.
Namun menerusi perkongsian seorang bapa, Bakti Zakaria, hati ibu bapa mana yang tidak sedih saat melihat anak yang sepatutnya dijaga dengan baik mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan ketika mahu mengambilnya.
Menurut bapa ini, dia hanya perasan keadaan anak ketika mahu mengambil pada waktu petang di sebuah taska di Selangor.
Anak baru 10 bulan, Staff ada 3 orang termasuk pengurus tapi pengurus jarang ada. Budak ada dekat 20 orang. Bila tanya masa nak masuk taska tu kemain cakap 1 cikgu 3 baby je dia jaga.
Dah lah waktu kecederaan tak beritahu. Boleh tahu pun waktu balik. Kalau ambil anak lambat hari itu tentu anak kena tahan sakit lagi lama. Tak bertanggungjawab langsung.
Lebih mengejutkan lagi apabila terdapat banyak kesan gigitan di bahagian pipi dan tangan. Malah, terdapat juga kesan jatuh pada kanak-kanak berusia 10 bulan itu.
8 kesan gigitan. Di pipi kanan kesan macam jatuh, pipi kiri kesan kena gigit. Telinga tak pasti kena gigit atau kena benda lain tapi berdarah. Di belakang telinga bahagian kepala ada kesan gigit juga. Tangan kanan 4 kesan gigit, tangan kiri 1 kesan gigit.
Dah buat laporan polis, tunggu keputusan JKM
Berasa tidak puas hati anaknya diperlakukan seperti itu, si bapa kemudian meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak taska, namun mereka memberi alasan bahawa rakaman CCTV terbabit tidak dapat dilihat kerana bil internet tidak dibayar selama dua bulan.
Lepas tu bila berlaku kecederaan pada budak, nak tengok CCTV kata tak bayar internet dah 2 bulan.
Ni bukan jaga dengan baik. Ni biarkan seperti haiwan yang duduk dalam sangkar lepas je nak jadi apa. Ini nyawa manusia, bukan boleh buat apa sahaja.
Walau bagaimanapun, Bakti sudah melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis dan kini sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Kebajikan Masyakarat.
Anak pembawa rezeki dalam keluarga. Zaman mak ayah kita dulu-dulu jika anak ramai orang tak akan bercakap tetapi sebaliknya akan rasa meriah dalam rumah. Namun hari ini, bila suami isteri mempunyai anak ramai, mulalah ada yang cakap di belakang.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain. Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
Kahwin usia 20 tahun
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
Seronok anak ramai
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Sentiasa ada jadual harian
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Fasa mengandung mudah, bersalin normal
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Syukur anak-anak sentiasa menyenangkan
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Kredit: Wan Nurul Melissa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau pun baru 12 hari mewujudkan akaun Instagram, bayi comel ini nampaknya mula mendapat perhatian netizen. Muhammad Zayne Tyler, anak kepada Mat Dan nampaknya mula menjadi pujaan para netizen.
Kecomelan penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Februari 2019 ini boleh membuat sesiapa pun cair. Dengan wajah kacukan England-Malaysia, Zayne tampil comel dengan foto-foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.
Ketika sesi fotografi yang diadakan baru-baru ini, Zayne memberikan kerjasama yang sangat baik. Mengenakan topi chef, anak kecil ini rupanya sukakan roti. Kata Mat Dan, Zayne memang suka makan roti. Malah dia sangat tertarik dengan roti baguette yang dijadikan props.
Zayne kini masih menyusu susu ibu. Pada usia 8 bulan, dia sudah pun boleh merangkak laju. Berikut adalah posting-posting yang dikongsikan dalam Instagram beliau.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.