Ramai sedia maklum pendedahan terhadap gajet dalam tempoh lama akan memudaratkan jika penggunaan tidak dikawal. Tambah lagi jika anak masih kecil dan tumpuan pada gajet berjam-jam dalam sehari.
Suka main game
Menerusi perkongsian ibu ini di FB Nurul Pyeza, dia berkongsi mengenai anak lelakinya, Luth Harraz yang perlu menjalani pembedahan mata selepas terdedah pada gajet dalam tempoh yang lama.
Ramai pm tanya kenapa dengan mata Luth Harraz. Kenapa kene operate? Sebenarnya mata dia juling.
Ads
Ceritanya macam ni.. Sejak PKP Luth start belajar online. Pagi-pagi bangun tidur dah start class online lepas tu mama busy niaga. Luth memang banyak masa terluang main handphone, dia bukan tengok youtube tapi dia suka main game.
Jadikan sebagai pengajaran
Dia terlampau fokus sangat sampai jadi macam ni. Ramai tak perasan sebenarnya mata dia juling tapi bukan setiap masa dia juling dia hanya juling kalau dia fokus sesuatu je. Mata dia tak rabun ye mata dia sihat-sihat je. Doktor cakap mata Luth terlalu aktif dari lahir (ada setengah budak lazy eyes) so doktor decide untuk betulkan balik mata dia ke kedudukan asal.
Ads
Mama mengaku semua ni jadi memang salah mama sampai adik jadi macam ni. Mama harap ibu kat luar sana ambil la pengajaran.
Sebagai ibu bapa, kita sering bimbang bila anak tiba-tiba demam, batuk atau naik ruam. Namun, adakalanya masalah kesihatan si manja bukanlah kerana jangkitan kuman, tetapi sebenarnya disebabkan oleh alahan (allergy). Malangnya, ramai ibu ayah kurang sedar tentang tanda-tanda awal alahan pada kanak-kanak sehingga keadaan jadi semakin serius.
Alahan berlaku apabila sistem imun anak memberi tindak balas berlebihan terhadap sesuatu yang sebenarnya tidak berbahaya, contohnya makanan, habuk, bulu haiwan atau ubat tertentu. Reaksi ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk – ada yang ringan, ada juga yang membahayakan nyawa.
Kulit Gatal & Ruam Jika anak tiba-tiba naik ruam merah, gatal atau kulit kering bersisik selepas makan sesuatu makanan, itu mungkin tanda ekzema atau alahan makanan.
Masalah Pernafasan Bunyi berdehit (wheezing), batuk berpanjangan atau hidung sering tersumbat walaupun tidak selesema boleh jadi petanda asma atau alahan habuk.
Masalah Penghadaman Anak kerap muntah, cirit-birit atau sakit perut selepas makan makanan tertentu (contoh: susu lembu, telur, kacang).
Bengkak Muka, Bibir & Mata Reaksi yang lebih serius boleh menyebabkan bengkak pada bahagian muka, lidah atau kelopak mata. Ini perlu rawatan segera.
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas berulang kali, jangan tunggu lama. Bawa mereka berjumpa doktor pakar pediatrik atau pakar alahan. Ujian alergi boleh dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar. Langkah awal ini sangat penting supaya ibu ayah dapat mengelakkan pencetus alahan daripada berterusan.
Catat jurnal makanan: Tulis apa yang anak makan dan kesan selepas itu.
Jaga kebersihan rumah: Elakkan habuk, bulu kucing atau asap rokok.
Sediakan kit kecemasan: Jika anak ada alahan serius, sentiasa simpan ubat antihistamin atau auto-injector (jika disarankan doktor).
Didik anak: Ajarkan mereka elakkan makanan yang boleh memudaratkan.
Alahan mungkin nampak remeh pada awalnya, tetapi jika dibiarkan boleh memberi kesan jangka panjang kepada tumbesaran anak. Sebagai ibu bapa, peka dengan tanda awal adalah langkah terbaik untuk melindungi kesihatan si kecil. Ingat, lebih cepat dikesan, lebih mudah kita mengawalnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayangilah rahim anda, jangan ambil mudah tanda-tanda ia jatuh! Rahim jatuh adalah igauan ngeri kepada setiap wanita tidak peringkat usia.
Menurut Dr.Nurhazinat Yunus, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Tropicana, masalah rahim jatuh berlaku apabila rahim turun dari kedudukannya yang normal. Utero vaginal prolapse (UVP) adalah keadaan di mana rahim bersama vagina atau faraj turun dari kedudukan yang sepatutnya.
Masalah rahim jatuh juga boleh berlaku bersama kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan (dipanggil anterior wall prolapse atau cystocoele), atau kejatuhan saluran usus pada bahagian belakang (dipanggil posterior wall prolapse atau enterocele/rectocele). Masalah rahim jatuh boleh berlaku dengan sendiri. Tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan rahim terkeluar daripada anterior (depan), atau posterior (belakang) dinding faraj, atau kedua-duanya.
Hakikatnya selepas bersalin, segelintir wanita hanya akan mengalami masalah rahim jatuh peringkat pertama. Oleh itu, mereka perlu lebih prihatin menjaga organ peranakan tersebut dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, mengelak sembelit, melakukan senaman lantai pelvis.
Walaupun masalah ini normal, tetapi ramai wanita malu untuk mendapatkan rawatan. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan intervensi seperti memakai gelang vagina atau menjalani pembedahan membuang rahim atau menaikkan vagina yang jatuh.
Peringkat pertama
Rahim jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan normal, tetapi masih di dalam vagina atau faraj. Pada peringkat ini kebanyakan wanita tidak mengalami apa-apa simptom. Jika adapun, kebiasaannya wanita hanyalah perasan ada rasa berat pada bahagian rongga pelvis sahaja.
Peringkat kedua
Sebahagian dari rahim telah keluar dari vagina. Pada peringkat ini wanita tersebut mungkin merasa sakit belakang, perasaan berat pada bahagian pinggang ke bawah, dan yang pastinya terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri.
Peringkat ketiga
Keseluruhan rahim berada di luar vagina. Biasanya keadaan ini akan bersama dengan kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan, dan kejatuhan saluran usus besar pada bahagian belakang. Namun pada peringkat ini, organ ini masih lagi boleh ditolak masuk ke dalam vagina semasa pesakit baring di atas katil.
Peringkat keempat
Keadaan organ jatuh seperti peringkat ketiga, namun pesakit tidak boleh memasukkannya kembali ke dalam vagina biarpun pada keadaan baring. Mungkin wanita tersebut boleh mengalami masalah membuang air kecil dan sukar mengawalnya.
SIAPAKAH YANG BERISIKO?
PUNCA
Rahim jatuh berlaku apabila otot lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah, lantas tidak mampu memberi sokongan secukupnya kepada rahim. Oleh itu, rahim akan melorot jatuh atau tersembul keluar daripada bukaan faraj.
Rahim jatuh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia, namun ia sering berlaku pada wanita yang sudah putus haid (menopaus) yang pernah bersalin secara normal. Kerosakan pada otot lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin, kesan graviti, ketiadaan hormon estrogen dan perbuatan meneran berulang-ulang kali selama bertahun-tahun, boleh membawa kepada kekenduran otot lantai pelvis dan menyebabkan rahim jatuh.
4 AMALAN SIHAT SEMASA BERPANTANG ELAK RAHIM JATIH
Cara berpantang yang betul boleh mengurangkan risiko terjadinya rahim jatuh.
LANGKAH PENCEGAHAN
5 LANGKAH SENAMAN LANTAI PELVIS (KEGEL EXERCISE)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susulan arahan kerajaan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka setiap kali keluar rumah sememangnya adalah satu tindakan wajar bagi mencegah penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Bukan sekadar mengenakan denda semata-mata, bahkan kerajaan mahu seluruh rakyat sedar bahawa dengan pemakaian pelitup muka disamping mengamalkan SOP, jangkitan yang melanda seluruh dunia ini dapat dicegah dari terus merebak.
Kumpulan Media Karangkraf menerusi anak syarikatnya, Karangkraf MedICare Sdn.Bhd tidak terkecuali mengeluarkan pelitup muka buat seluruh masyarakat. Menariknya tidak hanya dijual pada harga cukup berbaloi untuk dimiliki, paling utama pelitup muka yang dihasilkan ini diperbuat mengikut spesifikasi dan standard yang diiktiraf melindungi dari pelbagai bakteria.
Pagi ini, pelitup muka yang dihasilkan oleh Karangkraf MedICare Sdn Bhd ini sudah pun mula dijual menerusi talian. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, pelitup muka yang dihasilkan oleh Karangkraf MedICare ini adalah tanda keprihatinannya dalam membantu masyarakat.
“Pelitup muka yang dihasilkan ini merupakan salah satu usaha Karangkraf untuk membantu masyarakat. Bila mana pelitup muka dijual dengan harga RM2 sekeping dan diturunkan harga menjadi RM1.50 semasa PKP dahulu, saya terpanggil untuk menghasilkan pelitup muka sendiri dan lakukan sesuatu untuk bantu masyarakat.
“Dulu- dulu seingat saya masa ada SARS setiap kali ke luar negara saya beli mask RM7 sekotak. Bila PKP, dijual dengan harga RM2 sekeping saya rasa tidak patut berlaku.
“Malah banyak orang jual mask dengan kualiti yang teruk tapi dijual dengan harga tinggi. Jadi saya buat kajian untuk buat mask terbaik dan menepati piawaian dan kami pastikan jual mask lebih murah dan paling penting bersih kepada masyarakat,” katanya berkongsi.
Produk Menepati Standard, Suci & Bersih
Berbanding pelitup muka dari China yang dijual lebih murah tetapi tidak pasti akan kebersihan dan cara pembuatannya yang tidak menepati piawaian, adalah lebih wajar kita memilih satu produk yang diyakini.
Pelitup muka ini dihasilkan daripada tiga lapisan yang terdiri daripada PP-Non-Woven, Melt Blown Filter yang diimport dari Jepun serta lapisan Soft Absorbent Non Woven yang pastinya membuatkan pemakaian cukup lembut dan selesa.
Ia pastinya berkeupayaan menapis bakteria melebihi 98% malah sedang dalam proses mendapatkan sijil ISO 13485: 2016 Medical Device. Malah lapisan Melt Blown ini juga berkeupayaan menapis segala partikul, zarah dan juga virus. Jadi pastinya anda lebih selamat.
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred ‘MEDICAL’.
Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih dan terjamin dari segi pembuatannya.
Satu hal yang patut diketahui oleh semua, pelitup muka hebat ini juga dihasilkan di sebuah ‘clean room’ yang dijamin tahap kebersihannya. Jadi tidak perlulah merasa was-was akan penggunaannya.
2 Pilihan Terbaik!
Jadi untuk mama papa yang mungkin terpaksa keluar rumah atas tuntutan kerja dan sebagainya, kena pastikan anda memilih pelitup muka dengan kualiti terbaik. Bermula hari ini, 26hb Oktober 2020, pihak Karangkraf secara rasminya akan membuka ‘link’ pembelian pelitup muka Karangkraf & Karangkraf Plus di www.karangkrafmall.com.
1. Pelitup muka Karangkraf
– Mengandungi 30 keping/kotak
– Terdapat 6 pilihan ‘design’ kotak.
2. Pelitup muka Karangkraf Plus
– Mengandungi 10 keping/kotak
– Disertakan bersama 10 keping HYGIENE CASE. Setiap ‘face mask’ dipek dengan teliti di dalam HYGIENE CASE yang berasingan.
– Juga mempunyai 6 ‘design’ kotak dan 6 ‘design’ HYGIENE CASE yang berbeza.
– ‘Design’ HYGIENE CASE diberi secara rawak dalam setiap kotak Karangkraf Plus.
Boleh nampak bezanya? Jangan risau, kualiti pelitup muka bagi Karangkraf dan Karangkraf Plus adalah sama. Yang berbeza adalah HYGIENE CASE di dalam kotak Karangkraf Plus.
Tujuan HYGIENE CASE ini ialah bagi membantu anda menyimpan pelitup muka dengan betul dan terjamin kebersihannya, serta mengurangkan risiko anda daripada terkena virus berbahaya.
Jom dapatnya segera!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...