Malang memang tidak berbau namun kita sebagai ibu bapa boleh mengurangkan risiko daripada berlakunya kecederaan kepada anak-anak ketika dalam perjalanan dengan meletakkan mereka di dalam kerusi keselamatan atau car seat.
Seperti kita sedia maklum, bermula awal tahun ini kerajaan mewajibkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah untuk duduk di dalam carseat atau booster seat bagi memastikan keselamatan mereka sepanjang perjalanan. Namun itu semua bagaikan lewat di angin lalu, masih ada lagi yang tidak mengambil berat tentang kepentingan penggunaan carseat kepada anak-anak.
Jangan nanti sudah terhantuk baru mahu terngadah, jadi sebaiknya ibu ayah menyediakan carseat untuk anak-anak. seperti perkongsian oleh seorang ibu, Zahirah Norizan yang cukup bersyukur kerana dengan izin Allah, kesedaran untuk memasang carseat dengan betul buat anak-anak tersayang menyelamatkan mereka dari kecederaan ketika berlaku kemalangan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama kali post dalam group ni. Selama ni jadi silent reader sambil kutip ilmu dalam group ni. Harini saja nak shared pengalaman. Baru mengalami tadi. Rasa bersyukur sangat join group ni, Sebab dari group ni jugala sy terjentik kesedaran untuk menggunakan carseat dengan cara yang betul.
Petang tadi kami sekeluarga telah mengalami kemalangan akibat kecuaian pemandu lain di atas lebuhraya. Pemandu tersebut terbabas ke tepi dan melanggar kereta kami. Ini menyebabkan suami saya hilang kawalan dan kereta berpusing lantas melanggar divider besi.
Ads
Alhamdullilah, anak2 selamat di dalam carseat.
Anak sulong umur 4 tahun menggunakan carseat secara foward facing manakala baby 10 bulan pula rear facing. kami sekeluarga hanya mengalami cedera ringan. Tak dapat dibayangkan apa akan jadi sekiranya sy memegang baby di kerusi hadapan. Syukur tuhan masih melindungi kami. Alhamdullilah.
Updated : terima kasih kepada semua yang mendoakan. Bagi yang bertanya lokasi kejadian,ianya belaku di plus highway.
Ads
Keadaan carseat selepas accident. Kukuh di tempat asal. Penyelamat nyawa anak2 dengan izin Allah. Si abang menggunakan carseat jenama sparco. Baby menggunakan carseat jenama joie
Untuk pemasangan dan keterangan lanjut bagi pemasangan car seat dengan cara yang betul boleh rujuk Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak di Malaysia.
Mempunyai anak kecil bukan bermakna mama perlu melepaskan pahala mengerjakan solat terawih di bulan Ramadan ini. Ada cara yang mama boleh lakukannya dengan lebih tenang, seperti yang dicadangkan ibu ini.
Walau pun mempunyai anak-anak masih kecil dan menyusu, ibu tak mahu ketinggalan mengutip pahala di bulan penuh berkat ini. Jangan berputus asa, susun jadual dan strategi supaya ia masih boleh dilakukan dengan penuh penghayatan. Perkongsian daripada Dr Nurhaya Yacob ini boleh dijadikan panduan.
Ramadhan, terawih dan anak kecil
“Haya mcm mana ko handle 3 ketul anak ko masa terawih, ke ko tunggu diorg tido dulu baru ko solat?”…
Haha memang tak la aku nak tunggu diorg tido..dengan aku-aku sekali tido..selalunya balik dari sekolah, aku siapkan diorg dulu, bagi makan, minum semua. Bawa gi mandi dan tukar baju pampers bagai..lepas tu solat maghrib..dalam jam 8.15 mcm tu gak la..lepas tu aku tunggu insyak sekali. dan mula la terawih..
Inikah jawapan saya kepada teman saya yang berkunjung mendapatkan konsultasi tentang penyusuan. Pasangan beliau PJJ kerana bekerja di luar negara dan pulang setiap bulan. Anaknya berusia 7 bulan.
TERAWIH BERSEORANGAN DI RUMAH DENGAN ANAK-ANAK KECIL
Tup tap tup tap..malam ini kita sudah melakukan ibadah solat terawih yang hanya kita temukan pada bulan Ramadhan sahaja! Padahal sebelum ni riuh rendah dok countdown masuk Ramadhan kan..dengan segala resolution yang dibuat utk bertemu dengan Bulan yg mulia ini. Bersama ini saya kongsikan sedikit tips tentang apa yang saya lakukan untuk atasi berterawih di rumah dengan anak kecil
Maksud solat terawih itu sendiri “rehat”..maka tak perlu kita solat pulun nak selesai semua lepas tu lipat telekung dan tidok.. dulu saya mcm ni..sebab tak paham..anak sorang baru tapi nak solat terawih punya la susah.. bila dah paham dan berguru dgn ahli alhamdulilah tahun lepas saya mengaplikasikan teknik ini dan dapat beribadah dengan sangat tenang di bulan Ramadhan. Tiada perasaan marah, sedih atau tidak puas hati.
2. SUSUKAN SI KECIL TANPA PERLU MENUNGGU WAKTU LAPAR!
Apabila selesai solat maghrib, saya berdoa la apa yg patut.. selalunya saya susu kan cik bunga masa ni..diantara maghrib dan isyak..nanti cik bunga dah tenang, dia akan main sendiri atau bermain dengan abang2nya sekejap… abg2nya dah tenang dah sebab saya dah selesaikan keperluan mereka… Mereka selalunya tidur jam 10 -11 mlm..weekend lambat skit sometime 12midnight. cik bunga awal tidonya..jam 10 dah ke lala land…
3. SEDIAKAN MAINAN UNTUK ANAK.
Di samping mereka melihat kita solat. double a akan main dgn mainan mereka. kalau Ammar suka main kereta, amirul pula suka susun blok. so saya keluarkan 4 biji kereta utk ammar..supaya nanti dia tak cepat bosan dan tukar lalu saya ganti dengan mainan yang lain bila dia dah nampak bosan dgn mainan yang sama. tapi most of the time mereka bergabung main..mesti la ada masa bergaduh.
Saya akan solat isyak…kemudian NIAT SOLAT TERAWIH dan lanjutkan dengan terawih..set pertama…maksudnya 2 rakaat pertama.
4. BERSANTAI
Sekiranya mereka masih ok…saya lanjutkan dengan set ke 2..tapi selalunya tak..so saya dah siapkan kudapan seperti chicken cheese pie atau waffle atau buah2an dan cookies. 2 ke 3 jam selalunya dah lapar..
Botol air mereka pun dah siap2… jadi saya akan break sekejap..dan penuhi keperluan mereka dulu.. kalau kita nak teruskan juga..akan jadi pemberontakkan yang luar biasa sampai cik bunga yang tidur tadi akan bangun. Lagi pun solat terawih tu kan maksudnya rehat2…kenapa nak gopoh gapah.
Belum lagi nanti Amirul datang duduk atas kepala dan panjat di belakang..bacaan pun serba kelaut.. dah settle semua..ada la dalam 10 ke 20 minit..kalau tak batal wudhuk, saya lanjutkan lagi. kalau tak saya wudhuk lagi…kadang2 mereka ajak saya main sekali..maka saya layankan dulu..so kene ingat lah berapa rakaat dah solat ?
begitulah yang saya amalkan..saya tak suka solat dlm keadaan stress dan cepat2 nak habiskan terawih hanya kerana nak puaskan hati “ok malam ni dak settle terawih” tapi tiada kualiti.
sejujurnya saya hanya buat 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir. sekiranya 4 rakaat pertama sempat saya selesaikan dalam satu2 masa.. masa selawat dan doa saya tak tinggal..tp bila dua hero dah mula mengeluarkan suara tak best..dan maknye kena campur tangan..maka kadang2 selawat dan doa dia antara solat terawih pun tercicir..?…
5. 10.30 MALAM..
Selalunya saya selesai semua dalam 10.30mlm ke jam 11 mlm.bergantung kepada toleransi anak-anak..apa2 pun saya pegang konsep bersantai-santai.
Saya berasa sangat tenang melalui Ramadhan walaupun anak semakin bertambah…dengan konsep dan cara makan dan minum yang baik serta solat terawih bersantai ini membuatkan kualiti saya “berkomunikasi” denganNya lebih baik…
KENAPA TAK TUNGGU ANAK TIDUR?
sebab..saya ada routine baca buku dgn mereka sebelum tidur..mereka takkan tidur kalau mummynya tak baca bedtime story, dan routine mereka tidur adalah jam begitu. Saya tidak mahu mengubah routine mereka yang masih kecil.
Jadi bila mereka tidur saya pun akan tidur bersama…. saya hanya akan terbangun di saat Cik Bunga ingin menyusu maybe sekitar jam 1 pagi…saya pernah cuba cara ini.iaitu bangun jam satu dan solat.tapi justeru saya berasa sangat letih dan hari siang saya kurang fokus dan produktif… selesai saya susukan cik bunga, saya akan tido kembali dan bangun jam 4 pagi utk susukan sekali lagi.
Kali ini saya akan terus bangun.. Kerana pada waktu ini, saya akan membuat hajat kepada Allah melalui solat tahajud,taubat, hajat dan istikarah…siapkan kerja-kerja rumah serta bersahur… Dan meneruskan routine kerja saya mcm biasa.
RAMADAN DATANG TAK MENUNGGU, HARUS DIKEJAR
Inilah yang saya lakukan apabila hanya saya dan anak2 di rumah… Ramadhan yang datang tidak akan menunggu, hanya saya yang harus mengejarnya.. saya harap perkongsian ini dapat membantu ibu yang mengalami situasi yang sama seperti suami bekerja shif, pjj dan lain2…
Maybe ibu selesa tunggu anak tidur dulu, apa2 pun sesuaikan dengan situasi ibu ya.. ini hanya berkongsian saya bagaimana saja menguruskan mereka dan mengejar nikmat di bulan yg mulia ini.
Solat terawih adalah di lakukan secara bersantai..tiada gopoh dah ingin cepat selesai..di saat solat, saya selang selikan dgn keperluan anak…mereka tenang, kepala saya pun tak serabut.?
Saya juga manusia biasa yang memerlukan rehat dan tidur, saya harus menjaga kondisi diri kerana saya sering bersendiri bersama anak2..sekiranya saya jatuh sakit di atas kelalaian tidak menjaga kesihatan diri..makan seluruh isi rumah akan kucar kacir..?
Begitulah…
Adakah saya membantu?
Sumber: Dr Nurhaya Yacob
Masih kekal mak anak 3, belum bertambah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fasa anak bercakap adalah tempoh masa yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa. Ini juga antara yang menentukan perkembangan anak itu lambat atau cepat.
Menurut Terapis Pertuturan, Puan Ruby Atika anak umur 3 tahun, sudah boleh bercakap dalam ayat. Dia gabung 3 perkataan dalam ayat. Kalau anak yang lebih cepat, dia cakap lebih banyak lagi.
Jadi apa aktiviti bahasa yang bagus untuk anak normal yang berumur 3 tahun ni?
1) main mainan olok-olok seperti teddy demam, kena bagi ubat, tidurkan dalam selimut, teddy sakit perut dan sebagainya.
2) main siapa dulu jadi patung?! Siapa gerak dulu, dia kalah, kena geletek.
3) main teka haiwan. Binatang apa yang duduk dalam laut? Binatang apa yang boleh terbang? Binatang apa yang kaki ada 2 saja?
4) buku cerita bergambar. Setiap hari 1 buku. Buku yang sama pun tak apa. Ulang selang hari.
5) waktu malam, cerita kat anak tentang apa yang dah buat dari awal pagi tadi. Mula-mula…..lepas tu…
6) berbual-bual tentang perasaan. Rasa letih, rasa tak selesa, rasa geram, rasa kelakar, rasa marah. Contohnya, “adik tak selesa pakai seluar ni ya, dah ketat.” atau “nasi tak habis ni, adik dah kenyang ya?”
7) Sampaikan pesanan. Bagitau kat abang, mama suruh mandi.
** tengok gambar percutian dulu-dulu. Cerita balik kat anak tentang percutian tu.
PELAWAK, pelakon dan pengacara tersohor tanah air, Nabil Ahmad sememangnya dikenali dengan gaya bersahaja dan jenaka yang mencuit hati. Namun di sebalik personaliti cerianya, tersimpan satu sisi jiwa besar yang cukup menyentuh hati seorang anak yang mahu menunaikan impian suci ibunya demi bekalan akhirat.
Segalanya bermula daripada hasrat seorang ibu, Rohaizah Abdul Latiff, yang kini menjalani rawatan dialisis sejak lapan tahun lalu. Dalam keresahan menghadapi hari-hari mendatang, ibunya sering meluahkan keinginan untuk menyumbang sesuatu sebagai bekalan akhirat.
“Ibu saya selalu tanya pasal madrasah… umur makin tua, jadi dia nak buat sesuatu sebagai bekalan akhirat,” kongsi Nabil dengan penuh emosi.
Berpegang pada niat tersebut, Nabil kini sedang dalam proses membina sebuah madrasah di atas tanah pusaka milik keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan, berkeluasan lebih kurang satu ekar setengah. Menariknya, projek ini bukan sekadar rumah ibadah, malah akan menjadi pusat ilmu lengkap dengan penempatan untuk ustaz dan pelajar, serta ruang pengajian terbuka buat komuniti setempat.
Kos pembinaan dianggarkan sekitar RM500,000, dan buat masa ini ia dibiayai sepenuhnya oleh Nabil sendiri.
“Insya-Allah nanti saya akan buka kepada sesiapa yang ingin turut serta… bila saya uar-uarkan nak buka madrasah, ramai mesej nak bantu,” katanya lagi.
Kisah ini cukup menyentuh hati, Di saat dunia moden sering menyibukkan kita dengan hal keduniaan, kisah seperti ini mengingatkan kita tentang pentingnya nilai kekeluargaan, berbakti kepada ibu bapa dan memandang akhirat sebagai matlamat utama.
Anak seperti Nabil membuktikan bahawa kasih seorang ibu tidak sia-sia dengan didikan yang penuh nilai, sokongan spiritual dan keinginan ibu yang mulia akhirnya menjadi pemangkin kepada sebuah projek yang bakal memberi manfaat besar kepada masyarakat.
Menariknya, tanah yang digunakan juga menyimpan nilai sentimental tersendiri. Ia merupakan rumah kenangan zaman kecil Nabil, dan kini bakal melahirkan generasi penuntut ilmu agama.
Projek ini juga diumumkan secara rasmi dalam sidang akhbar The Chosen One Xtra X Jutawan Ekspress, dan telah menerima sokongan moral daripada media serta peminat.
Kisah Nabil ini membuktikan bahawa didikan ibu dari kecil boleh mencorakkan seorang anak yang berjiwa besar, malah mampu mengubah warisan keluarga menjadi ladang pahala berpanjangan.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat ibu bapa di luar sana bahawa segala jerih payah membesarkan anak, jika disertai dengan niat dan doa yang tulus, pasti ada ganjaran yang indah menanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!