Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Begitulah nasib seorang bapa yang menghidap strok dan lima anaknya terpaksa hidup dalam serba kekurangan selepas bapa tidak boleh bekerja dan hanya terlantar saja.
Anak sulung berusia 15 tahun merantau cari kerja di KL
Memandangkan tugas mencari rezeki beralih kepada anak sulung berusia 15 dan kini merantau ke Kuala Lumpur, sekarang di rumah mengharapkan anak usia 14 dan 13 tahun pula untuk bekerja. Adik-adik yang masih kecil berumur 8 dan 3 tahun terpaksa menjaga bapa yang sakit.
Difahamkan ibu kepada lima anak ini telah keluar dari rumah atas masalah peribadi.
Ads
Menerusi perkongsian di Facebook, Yuniey Iluniey dia berkongsi beberapa posting mengenai kisah keluarga ini yang cukup menyayat hati.
Menerusi posting itu, keluarga ini ada menerima bantuan RM300 sebulan tetapi hanya cukup untuk menampung perbelanjaan dapur. Malah penduduk setempat dan wakil ketua kampung serta badan bukan kerajaan (NGO) ada juga memberi bantuan.
Ads
Anak kecil terpaksa minum air gula dicampurkan air mentah
Ads
Nak hulur sumbangan dialu-alukan
Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank di 553038596721 (Wan Raliza Iluniey) dengan menulis Bantuan Abeli. Moga ada rezeki lebih baik buat mereka nanti. Insya-Allah.
Kanak-kanak autisme 4 tahun terjatuh dari tingkat 16, alami calar kecil tanpa sebarang patah tulang. Berpantang maut sebelum ajal. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari Aubervilliers, Perancis, terselamat selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri yang berketinggian 43 meter.
Kanak-kanak itu hanya mengalami calar kecil tanpa sebarang patah tulang, lapor Oddity Central. Kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme itu berada di dalam biliknya ketika bapanya mendengar dia menangis.
Bapanya kemudiannya segera pergi untuk memeriksa dan menenangkan anaknya, tetapi mendapati pintu bilik anaknya itu terkunci.
Difahamkan, ini tidak pernah berlaku sebelumnya, dan ibu bapa kanak-kanak itu percaya bahawa anak mereka secara tidak sengaja mengunci diri di dalam bilik yang menyebabkan dia panik.
Sebaik sahaja bapanya berjaya memecahkan pintu, tangisan kanak-kanak itu telah berhenti dan bilik tersebut kelihatan kosong. Melihat tingkap terbuka, bapanya menyedari bahawa dia ‘sudah terlambat’.
Bapanya kemudian segera bergegas ke balkoni dan melihat anaknya terbaring tidak bergerak di atas bumbung sebuah farmasi di aras bawah yang dipenuhi tanah.
Dia segera keluar dari bangunan pangsapuri dan memanjat bangunan farmasi untuk mencapai bumbung tersebut.
Tambah Oddity Central, bapanya terkejut melihat anaknya dapat bergerak sendiri, dengan hanya calar kecil pada kakinya.
“Dia mampu bergerak. Dia sedar dan saya tidak melihat sebarang pendarahan luaran. Dia hanya mengalami calar kecil pada kakinya,” jelas bapanya kepada akhbar Perancis, Le Parisien.
Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu yang masih bimbang akan anaknya yang mungkin mengalami kecederaan dalaman segera menghubungi perkhidmatan kecemasan.
Kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke Hospital Necker di mana dia ditempatkan di bawah pemerhatian selama tujuh hari.
Sepanjang tempoh tersebut, doktor menjalankan beberapa ujian untuk memastikan dia benar-benar sihat seperti yang dilihat.
Selain daripada sedikit pendarahan di buah pinggang dan paru-paru yang dapat dirawat oleh pakar bedah, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain.
Selepas tujuh hari, kanak-kanak itu dibenarkan keluar dari hospital dan menjalani kehidupan normal seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Dia malah dapat kembali ke tadika pada minggu terakhir bulan Jun dan kelihatan sihat seperti biasa. Ibu bapanya terkejut, begitu juga dengan doktor yang merawatnya.
“Dia telah kembali kepada kehidupan normal, semuanya baik. Saya tidak pernah percaya pada keajaiban, tetapi sekarang saya percaya,” kata ibunya.
Ada yang mengatakan bahawa bumbung farmasi yang dipenuhi tanah mungkin menyerap hentakan jatuhnya, tetapi doktor yakin bahawa ianya lebih berkaitan dengan badan kanak-kanak yang ringan dan fleksibel.
“Mereka (kanak-kanak) mempunyai koefisien keanjalan tulang dan sendi yang lebih baik,” kata Dr. Véronique Bourg kepada Le Parisien.
Comelnya bila teruja nak solat beginilah. Ini perkongsian penyanyi Mila Jirin bila anaknya teruja nak solat dan tertarik melihat mommy solat. Duduk atas kepala & kepala ditarik adalah momen manis dalam mendidik anak tentang ibadah solat.
Anak Mila, Mohamed Arif Zikri Ahmad Ailis yang kini berusia 1 tahun 9 bulan teruja bila ibunya membentangkan sejadah untuk solat. Malah anak kecil ini sudah pandai melakukan beberapa pergerakan seperti solat mengikut gayanya sendiri.
Mila juga mengakui kadang-kala kepalanya juga diduduki anak dan ditarik Arif semasa solat. Bekas juara realiti TV Akademi Fantasia ini mendoakan anak sulungnya itu menjadi anak soleh. Video telatah comel Arif bersolat dikongsikan Mila di Instagram.
mila_jirin Arif kalau Mommy dah bentang sejadah untuk solat… dia yang paling LAJU menuju ke sejadah dan terus solat ?… Macam macam gaya dan Aksi… ? Apa apa pun kebiasaanya aksi Sujud yang paling epik… Tapi kalau Mommy Daddy dah mula solat…Mommy selalu jadi mangsa…tak duduk atas kepala mommy waktu mommy sujud bukan Arif lah kan Arif hahahaha…kadang2 waktu Mommy tengah sujud ditariknya kepala mommy suruh tengok Arif ? (Mommy mommy mesti faham situasi situasi diatas ?)
Para peminat Mila turut memuji kecomelan Arif solat dengan caranya sendiri. Malah ada yang rindu momen indah saat anak masih kecil yang tengah teruja tentang solat.
Kasih ibu tiada tandingannya dan tidak boleh disangkal. Kekuatan seorang ibu yang koma selama lebih kurang 4 bulan ini menjentik hati semua orang apabila anak yang dikandungnya selamat dilahirkan meskipun terpaksa menggunakan kaedah pembedahan caesarean.
Bayi perempuan yang berada dalam kandungan ibu selama 117 hari itu selamat dilahirkan dengan berat 2.13 kilogram dan berukuran 432 sentimeter di Hospital Universiti di Brno, Czech 15 Ogos lalu.
Ibu bayi ajaib yang merupakan seorang wanita Republik Czech dimasukkan ke hospital April lalu selepas tidak sedarkan diri akibat diserang strok. Pada ketika itu, peluang untuk ibu hamil itu hidup amat tipis namun bayi dalam kandungannya yang telah berusia 15 minggu itu boleh lagi diselamatkan.
Wanita berusia 27 tahun itu berada di bawah sokongan hidup secara tiruan untuk membolehkan anak dalam kandungan terus bertahan. Doktor memastikan jantung, paru-paru, buah pinggang dan organ lain wanita itu stabil semasa memantau janin.
Tambahan pula, kakinya juga kerap digerakkan untuk mensimulasikan pergerakan seolah-olah sedang berjalan bagi membantu pertumbuhan anaknya.
Sepanjang tempoh itu, jururawat di hospital bercakap dengan bayi yang berada dalam kandungan ibunya manakala neneknya pula membacakan buku cerita.
Komplikasi semasa hamil boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, penting untuk ibu hamil mengetahui komplikasi yang mungkin boleh menjejaskan ibu dan bayi.
Salah satu komplikasi utama yang perlu diawasi ketika hamil adalah preeklampsia.
Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dalam air kencing.
Peringkat kandungan yang berusia dalam 20 minggu keatas dengan tekanan darah melebihi 140/90mmHg dan mempunyai kandungan protein sebanyak 300mg sehari didalam air kencing diklasifikasikan sebagai preeklampsia.
Simptom yang perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera ialah seperti sakit kepala, penglihatan menjadi kabur, sakit pada bahagia ulu hati, kencing dalam kuantiti yang sedikit atau rasa sesak nafas. Ini adalah simptom risiko sawan yang mungkin boleh berlaku sekiranya diabaikan.
Risiko kepada ibu
Jika praeklampsia tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk ibu seperti kegagalan hati, kegagalan buah pinggang serta masalah jantung. Risiko sawan adalah keadaan yang paling digeruni kerana kegagalan fungsi otak mungkin boleh berlaku sekiranya bekalan oksigen terhenti.
Risiko kepada bayi
Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien. Ini boleh menyebabkan pembantutan pembesaran janin didalam kandungan, pengurangan penghasilan air ketuban dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.