Benar virus yang melanda kita ini bukanlah satu hal yang boleh dibuat main-main. Malah kini hospital penuh sesak dengan pesakit Covid-19 yang sudah terlalu padat dengan jumlah pesakit yang ramai. Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam turut berdepan hal yang sama bila mana gagal mendapatkan rawatan buat suaminya, Datuk Norazam Sulaiman yang secara tiba-tiba sesak nafas semalam.
Gagal menahan air mata ketika live di Instagramnya semalam, ibu kepada sembilan orang cahaya mata ini berkongsi cerita detik mencemaskan dan pengalaman yang dilalui kini.
Kata Rebecca, keadaan suaminya kini sudah pun berada di Stage 4 namun dia bersyukur enam orang anak-anaknya dan dirinya sendiri berada dalam keadaan baik dan stabil.
“Apa yang paling menyedihkan adalah ketika menghubungi lebih 20 hospital ibu kota dan Selangor tiada satu pun mahu menerima suami saya yang memerlukan bantuan oksigen dengan segera susulan kepadatan pesakit positif Covid-19.
“Saya terpaksa tinggalkan kesemua anak-anak yang positif Covid-19 buat sementara waktu kerana perlu menemani suami yang dalam keadaan kritikal semalam. Sebaik tiba di sebuah hospital swasta, kami diberitahu perlu menunggu giliran kerana jumlah pesakit yang ramai dan padat.
“Percaya atau tidak, saya dan suami perlu menunggu hampir dua jam di tepi jalan di dalam ambulans. Saya juga akui ada satu kedegilan apabila seboleh mungkin tidak mahu membawa suami ke hospital kerajaan atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang kerana saya amat takut jika keadaan suami akan bertambah teruk selepas melihatkan situasi di hospital swasta yang cukup menakutkan.
“Sementara menunggu giliran untuk suami saya menerima rawatan di hospital itu, saya teringat ada sahabat memberitahu terdapat hotel di ibu negara yang menjadi Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) kendalian klinik swasta.
Ads
Jadi saya terus membawa suami untuk mendapat alat bantuan oksigen kerana keadaannya sangat kritikal. Alhamdulillah, suami saya akhirnya menerima bantuan oksigen namun doktor memaklumkan dia kini berada di tahap 4 Covid-19,” katanya.
Suami menangis depan mata
Kata Rebecca ia adalah ujian yang cukup berat baginya sekeluarga. Sayu hati bila mana terpaksa berpisah dengan suami untuk seketika namun dia terpaksa sementelah anak-anak juga memerlukan perhatian daripadanya.
Menurut Rebecca, suaminya kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini selepas menerima panggilan sekitar jam 10.30 malam, semalam.
“Ketika mendapat panggilan telefon pusat perubatan di sini yang memaklumkan seorang pesakit Covid-19 dibenarkan pulang selepas keadaanya stabil, saya terus membawa suami ke hospital berkenaan.
Ads
“Ketika berada di wad kecemasan hospital terbabit, saya sangat sedih apabila melihat suami saya buat pertama kali menangis di depan saya. Dia beritahu dia tak sanggup dan minta jangan tinggalkannya.
“Berkali-kali dia cakap yang dia takut dan mohon saya berada di sampingnya. Namun saya diberitahu yang saya tidak boleh menemani suami di hospital kerana dia akan ditempatkan di wad yang lebih ketat kerana keadaannya yang sudah berada di tahap 4 ke 5.
“Selepas selesaikan urusan suami, saya tiba di rumah sekitar 5 pagi tadi. Alhamdulillah setakat hari ini anak-anak semua tidak demam cuma dua pembantu saya kini perlu dibawa ke hospital,” katanya berkongsi.
Mohon Total lockdown demi kehilangan insan tersayang
Tambah Rebecca, selepas menjalani ujian saringan Covid-19 dia mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin di rumah berbanding ke pusat kuarantin susulan jumlah pesakit Covid-19 yang semakin ramai dan keadaan pusat kuarantin yang padat.
Ads
“Selepas saya, suami, kesemua anak-anak dan pembantu rumah disahkan positif Covid-19, kami bersepakat untuk menjalani kuarantin di rumah. Saya agak takut untuk membawa anak-anak dan pembantu ke pusat kuarantin kerana setahu saya keadaan di sana sangat padat.
“Justeru saya mohon kepada kerajaan untuk rasalah apa yang rakyat hadapi sekarang. ‘Total lockdown’ kena dilaksanakan. Sesungguhnya penyakit ini sangat bahaya dan jahat. Kalau tidak semakin ramai yang akan mati, jatuh sakit serta kehilangan insan tersayang,” katanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tiada lagi sebarang pertikaian. Aktivis kemanusiaan, Mizz Nina mengesahkan dia mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga yang sah kepada anak angkatnya, Musa malah tidak mahu hal itu dibangkitkan lagi.
Nina hadir ke mahkamah hari ini bagi menghormati prosedur mahkamah malah tampil mengesahkan dokumen pengangkatan dimana tidak tertulis nama bekas suaminya, Noh.
“Jadi, dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian.
“Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap,” katanya.
Malah akui Nina lagi, dia mahu anak angkatnya itu membesar dengan baik disamping orang-orang yang menyayanginya.
“Musa ada mama dan baba, dia juga ada keluarga besar, jiran, persekolahannya dan semua orang yang sayangkannya.
“Jadi, saya mahu Musa dibesarkan dengan cara terbaik,” katanya.
Hak penjagaan penuh pada Mizz Nina
Sementara itu, peguam Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah dan tiada isu berbangkit kerana kes kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.
“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina, jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan.
“Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya, jadi tiada siapa boleh melawat.
“Keputusan muktamad adalah ibu kandung Musa memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” katanya lagi.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Sekumpulan 21 murid dan empat guru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS di Kampung Klang Gate di sini menempuh detik cemas apabila bilik darjah mereka dinaiki banjir kilat susulan hujan di Lembah Klang, sejak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata beberapa lokasi di sekitar kawasan itu dinaiki air susulan kejadian limpahan air sungai berhampiran.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah serta BBP Ampang dikerah ke lokasi terbabit sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi.
“Komander operasi melaporkan banjir dianggarkan pada paras pinggang (dewasa) menaiki empat rumah dan sebuah Tabika KEMAS.
“Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu dan mengeluarkan 21 pelajar serta empat guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keadaan anak-anak ini yang terpaksa naik ke atas meja turut tular di media sosial. Bagaimanapun kesemua murid dan guru-guru telah dibantu dan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mah Hang Soon berkata walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir pada 14 April, Kementerian Pendidikan tidak akan mengumumkan pembukaan semula sekolah di seluruh negara pada 15 April demi keselamatan pelajar.
Beliau berkata ketika ditemubual menerusi telefon bersama Sin Chew Daily bahawa kementerian akan terus berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan, termasuk cadangan daripada ibu bapa dan organisasi pendidikan, bahawa keselamatan pelajar merupakan keutamaan sebelum menghadiri kelas atau mengambil peperiksaan di sekolah.
Mah berkata ada yang bercadang untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah sehingga lewat Jun. Ada juga yang mencadangkan bahawa hanya pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM dikehendaki kembali ke sekolah, sementara yang lain mencadangkan bahawa hanya guru yang dibenarkan untuk kembali ke sekolah untuk menjalankan kelas dalam talian dengan pelajar menggunakan peralatan dan kemudahan rangkaian di sekolah.
Beliau berkata kementerian akan mengambil kira semua cadangan, termasuk cara meminimumkan perhimpunan pelajar sekiranya sekolah dibuka semula.
“Kami juga akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mendengar pandangan mereka mengenai penyelesaian yang kami ada sekarang.”
Beliau juga berkata Kementerian Pendidikan belum lagi mengarahkan sekolah membuat persiapan untuk dibuka semula dan ia akan menjadi lebih baik sekiranya pihak berkuasa sekolah mengambil inisiatif sendiri untuk mempersiapkan pembukaan sekolah kelak.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Kementerian tidak akan mengumumkan pembukaan semula sekolah dengan tergesa-gesa.
Kerjasama strategik antara RichWorks dan Astro bukan sekadar kolaborasi biasa lantaran bakal membuka lebih banyak peluang, akses kepada ilmu, inspirasi, dan bimbingan yang selama ini mungkin sukar dicapai.