Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan yang boleh diberikan kepada anak kepada pasangan selebriti terkenal Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana apabila ramai terpegun dengan kecantikannya.

Menerusi perkongsian di instagram Rozita Che Wan sempena majlis ulang tahun perkahwinan yang ke-10, kehadiran Aaisyah dalam majlis tersebut benar-benar mencuri tumpuan ramai kerana dia ibarat seperti seorang puteri.

Pada majlis itu juga, Rozita dan Zain menarik perhatian ramai kerana masih mengekalkan tradisi ‘bersanding semula’ sejak tahun 2019. Namun kali ini majlis persandingan dan majlis malam berinai itu diraikan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang dah menjangkau usia 10 tahun.

“Terserlah Aura Ratunya.” Anak Che Ta Jadi Perhatian Ketika Anniversary Ke-10

Dalam majlis tersebut, Che Ta turut diapit oleh dua anak lelakinya yang memakai pakaian sedondon berwarna merah bersama adik perempuan mereka, Aaisyah. Selain itu, Che Ta yang tampil bergaya seperti pengantin baru lengkap dalam satu persalinan dengan aksesori buatkan ramai yang terpegun walaupun usianya kini dah mencecah 40-an.

“Terserlah Aura Ratunya.” Anak Che Ta Jadi Perhatian Ketika Anniversary Ke-10

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta membuat perkongsian dengan memuat naik foto Aaisyah di laman IG. Di dalam foto tersebut kelihatan Aaisyah lengkap berbusana merah bersama barangan kemas. Selain pemakaian inai, Aaisyah juga ditatarias oleh jurusolek Kasih Cicie.

IKLAN

“Terserlah Aura Ratunya.” Anak Che Ta Jadi Perhatian Ketika Anniversary Ke-10

Majlis persandingan tersebut dikatakan telah ditaja oleh rakan baik Che Ta telah diadakan di Glam Hall Damansara, Damansara Perdana pada Selasa.

‘Aura ratu terpancar’

Di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut terpesona selepas melihat wajah terkini Aaisyah. Mereka juga turut memberi pujian terhadapa penampilan si kecil itu kerana saling tak tumpah seperti ibunya.

IKLAN

“Terserlah Aura Ratunya.” Anak Che Ta Jadi Perhatian Ketika Anniversary Ke-10

“Lawa sangat dah serupa mummy dia”

“Muka daddy abis nie…aishah, cantik ikut ibu…keep it up ya sayang…”

“Masya Allah… Cantik nya anak dara cek’ta nie macam anak raja zaman dulu dulu”

IKLAN

“Mata bulat dan bundar..ala-ala sri devi sis…”

Kredit: IG rozitachewan1

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

“Terserlah Aura Ratunya.” Anak Che Ta Jadi Perhatian Ketika Anniversary Ke-10Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI