Penggunaan hand sanitizer yang wajib dipakai kini selain membasuh dengan sabun sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan norma baru kita. Namun stok pencuci tangan ini jangan dibiarkan pada tempat yang rendah kerana ia mengundang bahaya pada anak.

Hand sanitizer yang mengandungi alkohol sebenarnya teramatlah bahaya untuk anak-anak kecil kita. Jika terminum, anak berpotensi mengalami beberapa simptom malah pada kes yang teruk hingga menyebabkan koma dan sawan. Ini yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol. Jadi awas!

Tertelan Hand Sanitizer, Anak Ingat Air Biasa, Bahaya Boleh Sampai Sawan!


“Anak saya tertelan hand sanitizer! Tolong saya doktor.”

Menurut ibunya, dia datang pada si ibu sambil bawa botol hand sanitizer yang dah kosong. Sepatutnya ada 30 ml cecair dalam botol tu.

IKLAN

“Macam nak runtuh dunia saya bila bau hand sanitizer tu sangat kuat datang dari mulut dan baju dia.”

Tertelan Hand Sanitizer, Anak Ingat Air Biasa, Bahaya Boleh Sampai Sawan!

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), ada 63,000 kes kanak-kanak bawah 5 tahun yang terdedah pada hand sanitizer secara berlebihan dari tahun 2011-2014. Dari jumlah tu, 97% kes ialah kes tertelan hand sanitizer melalui mulut. Bahaya sangat ni.

Tertelan Hand Sanitizer, Anak Ingat Air Biasa, Bahaya Boleh Sampai Sawan!

Yang lagi bahaya, warna cecair hand sanitizer ada yang tidak berwarna macam air masak. Diletak pula dalam bekas cantik. Anak ingatkan boleh minum.

IKLAN

Menurut Pusat Racun Negara, jika jumlah hand sanitizer yang ditelan ialah sedikit, tak ada kesan serius pada anak.

Tapi jika jumlahnya banyak, ia boleh menyebabkan Alcohol Intoxication. Gejalanya ialah

  • Kurang gula dalam darah
  • Muntah dan sakit perut
  • Muka menjadi lebih merah
  • Degupan jantung jadi perlahan
  • Koma
  • Sawan

Hand sanitizer selalunya ada 60-75% kandungan alkohol. Nasib baik alkohol ni ada rasa panas dan terbakar bila ia masuk ke ruang mulut.

IKLAN

Tertelan Hand Sanitizer, Anak Ingat Air Biasa, Bahaya Boleh Sampai Sawan!

Jadi anak akan selalunya muntah dan ludahkan hand sanitizer tu semula. Jarang budak nak minum sampai habis.

Untuk elakkan gejala kurang gula dalam darah, boleh berikan anak air manis dalam perjalanan ke hospital jika dia masih dalam keadaan sedar.

Hand sanitizer dikira wajib untuk kita ada. Jadi tanggungjawab kita untuk letakkan hand sanitizer di tempat yang tinggi dan selamat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI