Tahniah diucapkan buat pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta yang kini bergelar ibu selepas menimang cahaya mata kembar melalui kaedah ibu tumpang.
Perkongsian pelakon cantik manis, Preity Zinta ini menerusi Instagramnya ternyata mengejutkan para peminatnya di seluruh dunia.
Bahkan Preity dan suaminya, Gene Goodenough sudah pun menamakan kedua bayi lelaki mereka dengan nama yang cukup indah, Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.
“Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira kami dengan anda semua hari ini.
“Saya dan Gene sangat gembira serta dilimpahi dengan rasa syukur dan kasih sayang bagi mengalu-alukan anak kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough ke dalam keluarga kami,” tulisnya menerusi Instaram.
Malah pelakon cantik manis yang cukup popular menerusi beberapa buah filem ini juga amat teruja menerima kelahiran bayi kembar lelaki mereka dan begitu teruja melalui fasa baru.
“Sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami ini,” katanya berkongsi.
Ads
Malah Preity Zinta dan suami turut berterima kasih pada semua terutama ibu tumpang bagi kedua-dua bayinya serta doktor dan jururawat yang membantu kelahiran dua bayinya itu.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jururawat dan pengganti (ibu tumpangan) kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini,” katanya lagi.
Ads
Perkongsian Preity Zinta di laman Instagramnya itu menerima ribuan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga seluruh peminatnya.
Terdahulu, Preity Zinta dan Gene Goodenough yang kini menetap di Amerika Syarikat menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sebelum berkahwin pada 29 Februari 2016.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali anak-anak bermain dan melompat sana sini, kita akan rasa rimas dan terus bagi arahan diam. Sedangkan tingkah laku itulah sebenarnya baik untuk anak kerana anak yang aktif ini sebenarnya mempunyai otak yang bijak!
Ketahuilah anak yang sihat biasanya mereka akan aktif dan ceria. Ketahui lima tanda yang menunjukkan si kecil anda sememangnya anak yang sihat.
Lincah
Anda mungkin pening kepala melihat dia sentiasa bergerak aktif dan tidak henti-henti bermain. Jangan risau! Itu tandanya dia sihat. Sebaliknya anda perlu bimbang jika dia kelihatan lesu dan tidak berminat untuk bermain.
Pandangan dua hala
Si kecil biasanya suka bercakap mengenai apa sahaja yang terlintas di kotak fikirannya. Dia akan memandang anda dan mahu anda turut memandangnya sewaktu dia bercerita. Ketahuilah itu adalah salah satu cara anda mengetahui bahawa dia sihat atau tidak. Jika pandangan lesu atau dia tidak mahu bercakap dengan anda, dia mungkin sedang sakit.
Rambut sihat bersinar
Setiap kanak-kanak memiliki jenis rambut yang berbeza. Namun, kesihatan rambut dinilai dari segi keadaannya yang bermaya, kuat dan bersinar. Jika rambutnya mudah putus atau kusam, mungkin itu petanda dia kekurangan zat seperi B kompleks dan zink.
Suhu 36.5°C – 37.5°C
Jika anak lesu atau lebih selesa tidur berbanding bermain dan pada masa yang sama dia juga tidak lalu makan, maka segera periksa suhu badannya. Ada kemungkinan dia mengalami demam atau pun masalah kesihatan yang lainnya.
Tidak mudah sakit
Pada usia satu hingga enam tahun, anak anda mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan cenderung menerokai persekitarannya. Dia mungkin terdedah kepada kekotoran yang menjadi agen pembawa kuman. Jika daya tahan badannya kuat, dia tidak mudah diserang penyakit walau pun bergaul dengan rakan-rakannya yang tidak sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada Sabtu lalu, pasangan selebriti Akim dan Ummu Shaikhah Stacy Anam turut berkongsi pilihan nama ringkas untuk anak lelaki mereka.
Kongsi Akim menerusi satu petikan akhbar, dia dan Stacy sepakat memilih nama ringkas iaitu Isa untuk bayi lelaki mereka.
Malah kata Akim lagi, nama ringkas itu dipilih kerana ia cukup dekat dengan nama dua anaknya yang lain.
“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella,” kongsinya.
Tidak hanya berkongsi nama bahkan Akim turut berkongsi rasa terujanya saat melalui detik kelahiran anak keduanya ini.
Berkongsi keterujaan itu, Akim yang juga bapa kepada seorang cahaya mata turut berkongsi rasa terharunya bila mana dapat menemani Stacy di dewan bersalin.
Paling menyentuh hati kata Akim lagi, dia dapat mengazankan anak lelakinya.
“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu tadi dalam dewan bersalin buat pertama kalinya.
“Tidak dapat saya gambarkan perasaan saya waktu itu, sangat luar biasa.
“Selain itu, saya diberi peluang untuk bersama anak saya dalam sesi khas untuk mengukuhkan ikatan antara ayah dan bayi yang baru lahir,” jelas Akim lagi.
Terdahulu, Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Eshaal Afiq Akim, 5 dan putera yang baru dilahirkan, Isa.
Pasangan penyanyi ini juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella De Luna Valentina yang kini berumur 10 tahun.
Apabila bayi anda sakit atau tidak sihat disebabkan oleh masalah kesihatan seperti demam atau selesema, pastinya ia akan menerbitkan rasa bimbang dan risau di hati anda. Bagi ibu bapa baru, mesti pernah timbul persoalan di fikiran anda, apakah yang dikatakan suhu normal bayi?
Bagaimana untuk mengetahui bahawa sama ada bayi anda demam atau tidak? Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui perihal mengenai suhu normal bayi.
Adakah suhu normal bayi dan dewasa sama bagi setiap peringkat usia?
Badan anda akan mempunyai keupayaan untuk mengawal perubahan suhu selaras dengan peningkatan usia. Secara umumnya, individu dewasa yang lebih berusia akan berdepan kesukaran dan kesulitan untuk mengekalkan haba, malah mereka juga lebih cenderung untuk mempunyai suhu badan yang lebih rendah.
Suhu normal individu dewasa
Suhu badan normal bagi individu dewasa yang diambil secara oral adalah sekitar 36.4 ℃ ke 37.5 ℃, bergantung kepada kaedah pengukuran, kerana kaedah yang berbeza akan memberikan angka yang sedikit berbeza.
Suhu normal kanak-kanak
Suhu badan normal bagi kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun adalah pada 35.5 ℃ ke 37.5 ℃ apabila diambil secara oral. Kanak-kanak cenderung untuk mempunyai suhu badan normal yang sama dengan seorang individu dewasa.
Ada masanya, seorang bayi dan kanak-kanak akan mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada seorang individu dewasa bagi pengambilan suhu melalui bacaan ketiak dan telinga.
Suhu normal bayi yang berusia 0 hingga 2 tahun adalah sekitar 36.6 ℃ hingga 38 ℃ apabila diambil secara rektum. Suhu normal bayi akan meningkat sedikit apabila bayi sedang melalui proses pertumbuhan gigi. Secara puratanya suhu normal bayi yang baru lahir adalah sekitar 37.5 ℃.
Suhu badan bayi adalah lebih tinggi berbanding individu dewasa atau kanak-kanak kerana mereka mempunyai permukaan badan yang lebih besar berbanding dengan berat badan mereka. Badan mereka juga lebih aktif secara metabolik, yang mana akan menghasilkan lebih banyak haba.
Badan bayi tidak mengawal selia suhu badan seperti mana yang dilakukan badan individu dewasa. Bayi akan kurang berpeluh walaupun dalam cuaca atau keadaan panas, ini bermakna badan mereka menyimpan lebih banyak haba.
Ini sekali gus bermakna situasi adalah lebih sukar untuk mereka menyejukkan badan sekiranya mereka mengalami demam.
Mengenal pasti julat atau bacaan normal badan menjadikannya lebih mudah untuk memahami dan mengetahui kebarangkalian anda demam.
Apa yang dimaksudkan suhu panas bayi?
Menurut Ketua Pegawai Perubatan Residen dan Pediatrik di Royal Children’s Hospital di Melbourne, Dr Daniel Golshevsky, seorang bayi yang berada di bawah usia 3 bulan dengan suhu 38 ℃ dianggap mempunyai demam.
Manakala suhu 38.5 ℃ pula adalah tahap bacaan bagi bayi berusia lebih 3 bulan dan kanak-kanak untuk dianggap sebagai demam.
Sejarah kesihatan, sebarang tanda dan simptom seorang bayi merupakan antara faktor yang boleh menentukan sama ada suhu badan tinggi yang dialaminya merupakan satu perkara yang harus dibimbangkan atau tidak.
Ini kerana jelas Golshevsky lagi, ada kalanya bayi berkemungkinan akan mempunyai suhu badan yang tinggi disebabkan pakaian yang dipakai secara berlebihan, iaitu banyak lapisan atau mungkin dibaluti selimut.
Suhu badan bayi
Secara purata suhu normal bayi dan kanak-kanak adalah antara 36.4 ℃, tetapi ia mungkin berbeza sedikit bagi setiap bayi mahupun kanak-kanak. Seorang bayi atau kanak-kanak akan dianggap sebagai demam apabila mengalami suhu badan pada 38 ℃ atau lebih tinggi.
Bayi anda mungkin mengalami demam sekiranya:
Anda merasai sentuhan panas berbanding biasa, pada dahi, belakang badan mahupun perut bayi anda
Merasai peluh atau kelembapan pada bayi anda
Pipi bayi anda kelihatan kemerahan
Jika anda merasakan bayi anda mungkin mengalami demam, perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan memeriksa suhu badan mereka dengan termometer.
Bagaimana untuk mengambil suhu badan bayi?
Secara idealnya, anda memerlukan termometer digital untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat dan cepat.
Cara untuk mengambil suhu badan bayi anda:
Pegang dan letakkan bayi anda dengan cara yang selesa di lutut anda dan letakkan termometer pada bahagian ketiak mereka – sentiasa menggunakan termometer pada bahagian ketiak bagi anak anda yang berada di bawah usia lima tahun.
Dengan cara yang perlahan tetapi kukuh, cuba untuk menahan lengan mereka kepada badan untuk memastikan termometer berada pada tempat yang sama – ia bergantung kepada arahan pengeluar termometer – tetapi kebiasaannya ia adalah sekitar 15 saat dan terdapat termometer yang boleh memberikan bacaan kurang daripada 15 saat, dan beberapa termometer digital akan menghasilkan bunyi apabila sudah selesai membuat bacaan.
Suhu yang terpapar pada termometer akan menunjukkan bacaan suhu badan anak anda.
Bagaimana memastikan bacaan adalah tepat?
Sekiranya anda menggunakan termometer digital pada bahagian ketiak anak anda dan mengikut arahan pengeluar dengan teliti, anda kebiasaannya akan mendapat bacaan yang tepat.
Namun terdapat beberapa perkara yang turut boleh mengubah bacaan, antara beberapa contoh keadaan atau perkara yang boleh mengubahnya adalah seperti:
Anak anda dibaluti dengan selimut
Berada di dalam bilik yang sangat panas
Anak anda sangat aktif
Anak anda memeluk botol air panas
Memakai banyak lapisan pakaian
Sedang mandi
Jika perkara yang disenaraikan di atas berlaku, sila biarkan mereka untuk menyejukkan badan selama beberapa minit, tetapi elakkan untuk membiarkan mereka menjadi sejuk atau menggigil, kemudian ambil semula suhu badan mereka untuk melihat sekiranya terdapat perubahan.
Bagi anak yang asyik demam, batuk, sakit-sakit dan susah nak sembuh, PU Amin kongsikan ayat bacaan yang boleh meredakan kesakitan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.