Saat lafaz aku terima nikahnya bermakna hubungan sah dimeterai dengan ikatan sehidup semati dan kesetiaan. Dapat pasangan dari latar belakang berbeza mungkin satu cabaran untuk mengenali sikap yang sebenar.
Namun setelah hidup bersama, barulah masing-masing akan belajar memahami antara satu sama lain dan mula menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan. Dapat pasangan yang serius, suka bergurau, rajin, suka bertolak ansur dan sebagainya adalah rahsia Allah.
Jika dapat yang suka menyakat, orang kata tak kering gusi dengan gurauan pasangan. Sama juga seperti Puan Junariah Ab Rahman yang berkongsi mengenai sikap suaminya yang menyakat dengan memberi kiub ayam dalam kotak barang kemas.
Menurut Puan Junariah, dari awal perkahwinan lagi suami suka menyakat. Sikapnya itu memang dah diketahui oleh ahli keluarga kami. Gurauannya cukup bersahaja tetapi boleh buatkan orang tergelak.
Ads
Sama juga situasi, kononnya dia menghadiahkan gold bar dan disusun dalam kotak barang kemas. Tak sangka pula perkongsian ini viral sedangkan saya hanya berkongsi pada kenalan sahaja.
Idea spontan
Bercerita lanjut, Puan Junariah berkata, pada waktu itu, suami tengah mengemas barang dapur yang dibelinya. Tiba-tiba ketika waktu mengemas di dapur datang idea secara spontan.
Suami teringat bekas barang kemas saya yang masih disimpan dan terus mengambilnya dan menyusun elok kiub ayam tersebut. Kononnya kiub itu adalah gold bar. Pada mulanya agak terkejut juga bila dihulurkan, namun selepas membuka tergelak besar kami anak beranak.
Saya tak perasan waktu bila dia susun semua tu, tahu-tahu dia hulurkan kotak merah tanpa saya syak apa-apa pun.
Ads
Ada je idea suami kerana dia memang tahu saya suka memasak dan tak rugilah kalau berikan hadiah ini.
Saya anggap gurauan suami ini menghiburkan hati saya. Walaupun bukan betul-betul dapat barang kemas, saya tetap berterima kasih kerana suami tahu minat saya yang suka menyediakan pelbagai menu untuk keluarga.
Terima kasih encik suami. Saya sangat sayangkan awak selama-lamanya!
Kredit: Junariah Ab Rahman
** Dapatkan keperluan anak pada harga yang istimewa. Nak tahu lanjut, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang bukan mudah, tapi kenyataan ini didepani ibu ini dengan tabah & cekal tatkala anak kedua menanggung derita pelbagai penyakit.
Ibu muda Nurul Hana Zakaria, 26, berkata, Muhammad Nazmi Bin Ammar kini bergantung kepada mesin oksigen elektrik lantaran mengalami masalah paru-paru sempit sejak lahir itu. Selain itu, tubuh si kecil 11 bulan itu juga turut berdepan masalah jantung berlubang dan tiroid.
Muhammad Nazmi yang juga bayi Sindrom Down, berusia 11 bulan mengalami masalah paru-paru sempit sejak lahir. Kini si kecil ini perlu bergantung kepada mesin oksigen.
“Mesin oksigen itu akan membantu mengembangkan salur pernafasan Muhammad Nazmi dan jika tidak dipakai, bayi itu akan lemah selain sesak nafas,” kata Nurul Hana.
Bimbang tanggalkan mask
“Walau pun mengalami pelbagai penyakit, Nazim anak yang kuat. Kini Nazim aktif, tidak boleh ditinggalkan walau sekejap.
“Saya sering bimbang dia jatuh buaian sebab dia sangat aktif. Juga bimbang dia menanggalkan topeng gas oksigen yang perlu dipakainya,” ujar ibu tabah ini.
Nebulizer untuk cairkan kahak setiap hari
Nurul Hana turut berkongsi rutin harian bersama anak istimewa ini. “Setiap pagi Muhammad Nazmi akan dimandikan. Selepas menyiapkan dirinya, saya kemudian akan memberikannya susu dan ubat-ubatan. Saya kemudian akan memasang nebulizer untuk mencairkan kahaknya.
“Walau pun sakit, dia seperti anak yang lain, hendak bermain-main dan meneroka. Nazmi anak yang ceria dan kuat. Besar harapan saya untuk melihat dirinya sihat suatu hari nanti,” kata ibu ini.
Kerap demam bila jantung dijangkiti
Ada masanya anak istimewa ini perlu diberi perhatian serius. Selain Nurul Hana, suaminya juga kerap mengambil cuti apabila anak kedua mereka ini demam.
“Apabila demam, selalunya paru-parunya dijangkiti kuman dan Muhammad Nazmi akan dimasukkan ke wad beberapa hari,” katanya.
Semoga Muhammad Nazmi sembuh
Mengimbau kembali saat awal mengetahui penyakit yang bersarang dalam tubuh anak keduanya, Nurul Hana akui terkejut. Apabila mula-mula tahu memang tak dinafikan saya sebak dan sedih. Tapi saya redaa. Setiap hari saya berdoa agar MUhammad Nazmi akan sihat dan sembuh dari penyakitnya,” katanya.
Kepada anda yang ingin membantu, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun BSN milik Nurul Hana di 02003 41 00001240 8
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melalui 25 serangan jantung sehari, bayi berusia 19 bulan ini ternyata ajaib dan kuat. Ikuti kisahnya.
Si kecil Theo Fry bayi yang kuat. Pada usia 9 bulan, dia telah melalui berpuluh serangan jantung dalam masa 24 jam. Kes ini jarang berlaku dan dipercayai pertama kali bagi doktor-doktor di UK.
Ia bermula daripada masalah jantung yang mula dikesan ketika bayi comel ini berusia 9 hari. Dia berjuang untuk hidup dan melalui berbelas-belas kali pembedahan untuk hidup.
Malah ibunya pun seakan reda sekiranya Theo pergi dulu. Terakhir, pada Januari 2018, dia mengalami 25 serangan jantung sehari dan terpaksa dikejarkan ke hospital & perlu melalui pembedahan selama 10 jam. Dia anak yang kuat & pulih dengan cepat.
Kini pada usia 11 tahun 7 bulan Theo sudah pun pulih dan mampu tersenyum. Kata ibunya, Fauve, ramai yang tidak menyangka Theo akan sampai ke tahap ini.
Mengimbau kembali detik mencemaskan dia dan suami ketika kesihatan Theo masih teruk, nyawa si kecil ini seumpama di hujung tanduk.
“Jantung Theo berhenti selama 12 minit, pakar perubatan berusaha untuk sedarkan dia kembali.
“Krismas kami sekeluarga di hospital, Theo berjuang untuk setiap nafasnya,” kata ibunya lagi.
Menjadi budaya kanak-kanak apabila hari raya pastinya aktiviti kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah menjadi perkara yang wajib dilakukan! Disebakan itulah masyarakat kita sudah terbiasa menerima tetamu kecil yang datang beraya.
Namun lain pula kisahnya yang berlaku kepada wanita ini setelah menerima kunjungan dari sekumpulan kanak-kanak yang ingin beraya.
Menurut perkongsian yang tular di Facebook, Puan Norfatin hanya berkongsi cerita yang baru sahaja berlaku kepadanya dan memohon orang ramai agar berwasapada jika kumpulan kanak-kanak yang sama datang beraya. Risau ada yang terkena sepertinya.
“Kejadian yang berlaku di rumah saya..Jadi saya nak pesan la kot ada budak-budak tu datang beraya mohon berjaga-jaga la..”
“Petang tadi (semalam) rumah saya ada sekumpulan budak-budak (9 org) semua pakai baju merah sedondon, berkulit gelap datang nak beraya, sebab nampak budak-budak kan jadi kami bagi jelah diorg masuk kebetulan ade kakak saya sekali datang masa tu”
Dalam pada kami sibuk dok hidang-hidang air budak-budak tu sempat menyelongkar beg tangan orang, mula-mula kami tak perasan dah budak-budak tu balik, tengok sampul-sampul duit raya dah hilang.. kami jumpa sampul-sampul tu dalam bilik air, tapi dah kosong baru teringt budak-budak tu guna bilik air tadi”
“Masa budak2-budak tu beraya macam-macam soalan diaorg tanya, dalam rumah ada siapa? bilik berapa? macam-macam la.. kami pun tanya ramai-ramai dari mana, katanya bandar mahkota (brookland), ikotkan jauh jgk la dr Bukit Changgang ni katanya datang naik kereta mak sedara hantar tapi mak sedara tak masuk cuma tunggu dalam kereta”
“Bila pikir balik buat apa sanggup datang susah-susah dari jauh tak ada sedara mara pun kat sini, tapi datang hantar budak-budak tu beraya.. kami semua jadi tanya tanya sakarang ni, & dalam keadaan risau jugak.. sebab budak-budak tu tanya macam-macam detail kita malam ni tido kene jaga-jaga la jawabnya..”
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.