Rasa bersalah dan sedih tak dapat selamatkan semua. Itulah yang kini dirasai Rezwan Romel, 15, selepas gagal menyelamatkan enam orang adiknya serta ibu, ketika rumah yang didiami terlibat dalam kebakaran di Kampung Lampijas, Membakut, Sabah,awal pagi semalam.
Rezwan yang merupakan anak sulung berkata, ketika kejadian dia tidur di ruang tamu bawah bersama sepupunya Rizal, sebelum mereka terhidu bau asap, dan terus mengejutkan keluarganya yang sedang tidur di tingkat atas.
Aca tunggu abang datang
Menurut Rezwan, dia cuba untuk menyelamatkan kesemua adiknya, ketika kejadian dia sempat melihat adik bongsunya Samasan, 2, hanya duduk terdiam di dalam bilik di mana bahagian pintunya sudah habis terbakar.
“ACA (adik) tunggu abang, abang masuk selamatkan Aca…”
Ads
Adik cuma duduk diam dalam bilik terbakar
Sejurus melihat adik bongsunya, Rezwan menjerit meminta adiknya tunggu kerana dia sedang mencari kain mahu menutup badan untuk meredah pintu yang terbakar.
“Ketika itu, keadaan rumah dipenuhi asap dan api mula marak. Ketika cuba menyelamatkan diri, saya ternampak Aca duduk seorang diri di dalam bilik yang pintunya mula terbakar…”
Ads
“Saya kemudian menjerit ke arah Aca supaya tunggu saya masuk untuk selamatkannya dan pada waktu itu dia (Aca) hanya terduduk diam…”
Wajah adik bermain di fikiran
Namun, malang sekali ketika mahu masuk ke bilik lantai tiba-tiba roboh, menyebabkan dia terjatuh bersama bapa dan sepupu. Kini bayangan wajah adik bongsunya duduk terpaku di dalam kebakaran bermain-main di ruangan matanya.
Ads
“Sukar saya kata apa-apa bila mengingat wajah Aca yang terduduk diam di dalam bilik. Jika boleh diulang, biarlah saya yang menggantikan tempatnya…”
“Sedih bila teringat kejadian itu kerana saya gagal menyelamatkan Aca yang berseorangan dan tidak tahu untuk melakukan apa-apa…”
Dalam nada sebak, Rezwan berkata adik bongsu yang dipanggil Aca adalah antara adik yang paling manja dengannya. Justeru, dia berasa amat kesal kerana gagal menyelamatkan adik kecilnya itu.
Anak-anak mana yang tak happy sambut kepulangan ayah dari kerja. Walaupun tak sampai 24jam si ayah keluar mencari rezeki apatah lagi yang terpaksa meninggalkan keluarga berbulan-bulan lamanya.
Kalau ayahnya seorang ayah yang baik dengan anak-anak, kepulanganya pasti dinanti-nantikan. Tak sabar nak peluk ayah dan nak diajak bermain. Memang banyak celotehnya bila si ayah depan mata, semua benda akan diceritakan.
Sama seperti video tular ini dan mendapat riaksi ramai. Seorang ayah sempat merakam moment gembira anak-anak setelah berpisah selama 6 bulan kerana tuntutan kerja.
“6 bulan tinggalkan anak bini”
Jelas kedengaran tepikan kegembiraan anak-anak setelah melihat ayahnya datang menjemput. Ternyata sosok tubuh seorang ayah yang sangat dirindui akhirnya ada di depan mata.
Dia sempat mengucapkan syukur apabila dapat berjumpa anak-anak setelah sekian lama. Terus rasa hilang penat bekerja dapat melihat cahaya mata yang dirindui sekian lama.
“Alhamdulillah, hilang rasa penat bekerja”
Semua anak-anak tak sabar nak peluk dan cium ayah.
“Semua tak sabar nak cium ayah”
Rata-rata warga maya terharu melihat video perkongsian ini.
Pelakon Ummi Nazeera masih lagi dalam proses belajar memasak selepas berkahwin. Dia memuatnaik video memasak di laman instagramnya menjelaskan walaupun tidak pandai memasak tetapi tetap akan belajar.
Dia yang mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah (8 bulan).
Perlahan-lahan belajar memasak walaupun tak pandai
Rata-rata netizen memuji sikap Ummi Nazeera yang tetap ingin belajar memasak walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ramai yang memberikan sokongan kepadanya untuk terus belajar memasak.
Its ok, yang penting rajin
Terernya
Aduhhh.. comei la awak niii. Nasib baik tak jadi menantu saya
Practise make perfect
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini tular satu keluarga di Teluk Intan menjalani proses kuarantin setelah disahkan positif Covid-19, kes lain pula berlaku pada pasangan suami isteri ini dan bayinya berusia 3 bulan di Kelantan.
Menerusi perkongsian di Facebook Deli Lah, dia bersama isteri dan bayinya disahkan positif wabak tersebut dan kini sedang menjalani kuarantin di hospital untuk rawatan selanjutnya.
Menurutnya, dia tidak pasti mempunyai hubungan jarak dekat dengan individu mana sehingga isteri dan anaknya yang berusia tiga bulan pun mendapat jangkitan sama.
“Jangan tanya contact dari mana sebab saya pun tak pasti. Saya dengan pekerja pun tiada contact sebab saya kuarantin diri sendiri sudah lebih 15 hari,” katanya.
“Buat masa ini kami mohon doa dari sahabat dan anda semua semoga semua urusan kami dipermudahkan.
“Alhamdulillah, sepanjang menerima rawatan ini cukup terharu melihat kakitangan hospital bertungkus lumus tanpa mengenal erti penat lelah. Semoga Allah SWT memudahkan urusan semua,” katanya.
Duduk rumah kalau sayang isteri, anak dan keluarga
Menerusi perkongsian lain, beliau turut berpesan kepada orang ramai supaya duduk di rumah dan manfaatkan masa sebaiknya untuk beribadah kepada Allah SWT. Ingat ini bukan main-main. Ini adalah benar. Janji Allah itu pasti.
“Taatlah kepada pemimpin. Wajib kita patuhi. Duduk rumah bersama keluarga. Yang bujang pun sama duduk rumah je. Keluar rumah jika penting sangat kalau tak boleh bawa mudarat kepada diri sendiri dan keluarga.
“Yang mana tidak pernah solat bersama keluarga Allah bagi peluang ni guna sebaiknya. Dakwah sudah tidak bergerak. Masjid-masjid telah sunyi. Gunakan masa ini untuk kita bertawakal,” ujarnya.
Ibu pun disahkan Covid-19
Besarnya ujian buat keluarga ni. Semoga semuanya terus diberi kekuatan dan cepat sembuh tanpa memberi kemudaratan yang lain. Amin Ya Allah.