Semakin meningkat dewasa, anak lelaki atau anak perempuan akan mengalami perubahan bukan saja dari segi fizikal bahkan emosi mereka. Salah satunya apabila anak lelaki pertama kali mendapat ‘mimpi basah’ dan anak perempuan didatangi haid.

Sebagai ibu ayah, kita harus bersedia dengan jawapan yang tepat tetapi ringkas difahami oleh anak-anak untuk menerangkan tentang hal ini. Melalui perkongsiannya, Akhi Fairuz Al-Jengkawi memberi tip untuk ibu ayah yang harus membuat penjelasan tentang hal ini kepada anak lelaki anda:

IKLAN
NIAT KENA BETUL. PERLU MENDIDIK, BUKAN MELUCAH

Dah banyak hari aku nak bantu beri jawapan untuk persoalan Azam, anak si Khairul Ezuwan ni. Tapi itulah, tergendala dek macam-macam isu panas di Malaysia. So, hari ni aku berikan jawapannya.

Untuk menjawab soalan ni, mak ayah kena betulkan mindset, jawapan yang diberi haruslah dengan niat mendidik, bukan melucah.

Terus terang adalah kuncinya. Jangan gelabah. Jangan elak untuk beri jawapan. Jangan mereka-reka cerita. Jangan menipu. Jangan marah anak tanya soalan begini.

Mari saya buat dialognya.

Azam : Mami, tadi kat sekolah belajar pasal perempuan datang bulan, lelaki datang mimpi. Mimpi apa tu Mami? Abang rasa abang dah banyak kali mimpi.

Mami : Abang mimpi apa sebelum ni? (Dapatkan kepastian)

Azam : Macam-macam. Mimpi hantu pun pernah.

Mami : Maksud ustaz air mani lelaki keluar bukan sebab mimpi macam tu. Mimpi yang keluar air mani ni dipanggil mimpi basah, atau ihtilam (Bahasa Arab).

Azam : Oh, tapi mimpi basah tu mimpi yang macam mana?

IKLAN

Artikel Menarik: [Ibu Yang Nak Bersalin Ibarat Pergi Berperang. Pergi Sihat, Balik Belum Tentu Bernyawa]

Mami : Mudah je, dalam mimpi tu ada seorang bidadari cantik datang. Abang suka sangat tengok dia, kemudian jatuh cinta. Rasa syok je. Cuma mimpi ni tak nampak secara spesifik apa yang berlaku, tetapi ia menyeronokkan terutama bagi lelaki. Tak percaya tanya Papa.

Papa : Iya, betul tu Mami. Papa dulu pun mimpi macam tu juga. Bangun pagi je nampak ada keluar air mani. Air mani ni warna putih, amaun yang keluar tak banyak mana pun, sikit sahaja. Lama-lama ia akan kering dan mengeras pada pakaian.

Jadi, inilah permulaan seorang lelaki akil baligh. Dipertanggungjawabkan hal dosa dan pahala. Kena mandi wajib.

Azam : Air mani tu datang dari mana?

Papa : Lelaki Allah bagi pada dia genital (kemaluan) yang bernama zakar. Juga di bahagian itu ada testis. Testis yang Allah bagi ni akan produce air mani. Bila lihat bawah mikroskop, kandungan air mani itu merujuk kepada benih lelaki yang bernama sperma. (Lukis bentuk sperm kat kertas)

Azam : Oh, macam berudu ya Papa?

Papa : Ya, pandai abang. Allah bagi sperma pada lelaki, perempuan pula Allah bagi ovum. (Lukis gambar uterus). Di ovari inilah ovum akan dihasilkan.

Bila ovum ni mati, maka orang perempuan macam Mami akan keluar darah haid. Keluar darah haid yang pertama itulah pemula perempuan akil baligh. Bila darah haid dah kering, kena mandi wajib. Mami ada nak tambah info tak?

Mama : Tak ada nak tambah. Mami just nak tanya abang je, faham tak apa yang Mami dan Papa sampaikan?

Azam : Faham. Hehe. Tapi bila abang akan mimpi basah ni?

Papa : Orang lelaki ni akil balighnya lambat berbanding perempuan. Orang perempuan 9 tahun pun ada yang dah keluar darah haid. Orang lelaki paling awal biasanya lingkungan 12 ke 13 tahun. Paling lambat 15 tahun.

Azam : Oh, tak lama lagilah abang akan keluar air mani.

Papa : Ya bang. Selain kita dah kena laksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan larangannya, hormon lelaki turut berubah. Akan tumbuh bulu pada badan terutama pada bahagian muka, ketiak, dada dan kemaluan. (Tunjuk bulu kaki pada anak, juga bulu ketiak. Jangan tunjuk bulu ari-ari. Jangan buat gila bang. 🤣)

Artikel Menarik: [Anak Aktif Tanda Dia Sihat & Pandai. Sesekali Dia Nakal Sebenarnya Nak Perhatian]

Selain tu, suara lelaki akan garau. Dada dia akan membidang, kira macam sadolah. Muka naik jerawat.

Azam : Hahahaha. Macam manalah abang nanti ya. Mesti handsome macam Papa.

Papa : Abang kalau nak handsome macam Papa, kena botak dulu. (Tiber 🤣🤣)

Nanti kalau abang ada soalan lagi, tanya je. Papa dengan Mami ok je nak jawab semua soalan. Kalau ada kawan cerita benda lucah di sekolah pun bagi tahu ya.

Azam : Ok baik Papa. Thanks Mami. Thanks Papa.

***********
🤣🤣🤣🤣

Rasa kelakar pulak bila berlakon jadi Key. Mujur kami sama botak.

Cuma, dalam dialog di atas hanya asas sahaja. Kalau dah biasa berkomunikasi dengan anak soal seksualiti sejak awal, dah boleh tambah bab persenyawaan, pembiakan, sperm masuk ovum, kelahiran dan lain-lain.

Semoga bermanfaat untuk mak bapak semua. Dipersilakan share dan tag pasangan. Mari belajar ilmu pendidikan seksualiti ya. Seronok sebenarnya. 😁

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker

Buntu juga sebenarnya kalau kena jelaskan pada anak-anak hal yang sensitif begini. Sebagai ibu ayah kita tak mahu anak keliru dengan penjelasan yang bukan-bukan. Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan kita untuk menerangkan soal ini kepada anak-anak di masa hadapan.