Bukan mudah menjadi ibu bapa. Apatah lagi untuk menjadi ibu bapa yang baik dan cemerlang. Ia bukan sesuatu yang boleh dicapai tanpa sebarang usaha.

Untuk menjadi ibu bapa hebat, menuntut kita mencari ilmu dan melakukan banyak pengorbanan. Semuanya bermula sejak dari awal kandungan, kelahiran dan sehinggalah anak mencapai umur yang matang.

Tugas mendidik anak adalah satu proses yang berterusan, bukan bermusim. Sebagai ibu bapa, cabaran sangat besar dalam membesarkan dan mendidik anak secara sempurna kerana ilmu parenting ini sangat luas untuk dikuasai.

Anak Pemerhati Ibu Ayah. Jika Yang Baik Mereka Lihat, Itulah Disimpan Dalam Memori

Namun ia bukanlah mustahil. Untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak, kita perlu bersedia dengan ilmu yang mencukupi dan menjadi model yang terbaik agar anak-anak kita sentiasa berjiwa besar dan berakhla mulia.

1. Memberi Didikan Akidah

Perkara pertama dan utama dalam pendidikan anak-anak muslim adalah pendidikan iman.

Iman ialah teras pembangunan insan setiap manusia. Iman adalah senjata dan santapan rohani yang disediakan oleh Yang Maha Mencipta untuk menyinari jiwa makhluk-Nya yang bernama manusia.

Iman ialah modal terbesar yang menentukan jatuh bangunnya seorang insan bahkan menentukan masa depan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.

Usah bertangguh untuk mendedahkan anak-anak dengan akidah dan iman. Mereka sudah boleh menerima didikan iman sejak kecil mengikut tahap kemampuan mindanya.

2. Didikan Adab & Akhlak

Akhlak yang baik sebenarnya bermula daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya.

IKLAN

Anak yang bersopan menjadi penyejuk mata kepada ibu bapa dan orang lain. Tingkah lakunya mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya.

Bercakap dengannya akan menarik perhatian dan menggembirakan hati.

Anak Pemerhati Ibu Ayah. Jika Yang Baik Mereka Lihat, Itulah Disimpan Dalam Memori

3. Didikan Membina Pemikiran

Ibu bapa sebenar akan menjadikan ilmu sebagai elemen penting dalam pembentukan keluarga.

Akal fikiran anak-anak yang putih bersih memerlukan pengisian yang murni. Akal itu mendambakan kesungguhan ibu bapa untuk mewarnakannya dengan warna fitrah.

Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat.

Tidak dinafikan, ilmu akademik adalah penting dalam dunia hari ini. Namun sebaiknya kita mengisi jiwa anak kita dengan mengenal al-Quran terlebih dahulu.

IKLAN

Selain itu, anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif. Pemikiran dan sikap proaktif yang perlu dibentuk oleh ibu bapa adalah:

Anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya. Setiap apa yang disuruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya.

Mengajar anak-anak agar jangan cepat merungut dan menyalahkan orang lain, dibentuk melalui latihan kepada anak-anak untuk membuat keputusan.

Anak-anak perlu dididik untuk bertanggungjawab terhadap masa depan dirinya, tidak suka menuding jari menyalahkan orang lain dan berupaya untuk membuat keputusan sendiri. Inilah sifat proaktif yang perlu disemai dalam diri mereka.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

4. Didikan Kecerdasan Emosi

Selain daripada membina kekuatan pemikiran anak-anak, ibu bapa juga perlu serius untuk membentuk emosi cemerlang dalam diri anak-anak.

Antara perkara utama yang perlu dipupuk ialah pembinaan keyakinan diri anak-anak.

IKLAN

Keyakinan diri ialah perasaan yang teguh dalam jiwa seseorang yang meletakkan kepercayaan tinggi bahawa dia boleh berjaya, lantas menjadikannya bersemangat dan berani untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Di sini adalah panduan untuk membina keyakinan diri dalam diri anak-anak:

  • Anak-anak perlu dibiasakan dengan budaya dan adab bicara dengan tetamu dan orang yang diziarahi.
  • Galakkan anak berinteraksi dengan berani dan bebas
  • Ibu bapa perlu mendorong anak-anak agar mengambil bahagian aktif di sekolah, baik dalam kelas mahupun dalam aktiviti kokurikulum
  • Galakkan mereka bertanya soalan kepada guru, memberikan pendapat serta terlibat aktif dalam aktiviti sekolah.
  • Jika berpeluang doronglah mereka menyertai pertandingan atau persembahan supaya mereka menjadi berani dan tidak malu
  • Perasaan malu boleh dikikis dengan latihan dan pendedahan berterusan oleh ibu bapa.

Kejayaan dalam mendidik anak bukanlah bergantung kepada ilmu parenting semata-mata. Apa yang paling penting adalah kita sendiri menjadi contoh atau role model, dan mengamalkan sendiri apa yang kita terapkan kepada anak-anak.

Sebagai contoh kita mahukan anak kita menjadi seorang rajin, tetapi kita sendiri sering menangguhkan kerja dan selalu menghabiskan masa dengan smartphone ataupun rancangan TV.

— Jika anda sendiri gagal mendidik diri, bagaimana anda boleh mengharapkan anak menjadi lebih baik dari anda? Kelakuan kita adalah sumber utama pembelajaran anak kita.

Mereka akan meniru segalanya tentang kita, daripada cara bercakap sehinggalah apa yang kita bagaimana ke saat kita tidur. Segala baik dan buruk kita akan diserap oleh mereka.

Ibu bapa yang pintar sentiasa cuba menyesuaikan setiap ilmu parenting yang dipelajari dengan keperluan situasi anaknya, dan memperbaiki kaedah didikan mereka dari masa ke semasa.

Kredit: Muhammad Naim

Anak Pemerhati Ibu Ayah. Jika Yang Baik Mereka Lihat, Itulah Disimpan Dalam Memori

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI