Setelah 3 tahun menanti, Anzalna mengumumkan kehamilannya pada Januari lalu ketika kandungan mencecah usia 4 bulan.
Bakal ibu ini telah membuat persiapan untuk kamar si kecil. Anzalna yang telah diketahui berbakat dalam seni lukis telah berkongsi foto dua lukisan yang dihasilkannya. Satu lukisan beruang manakala satu lagi ialah arnab yang comel.
Anzalna turut menyatakan dia mudah sakit pinggang semasa melukis. Lukisan tersebut baru 60% siap dan terdapat 2 lagi lukisan yang bakal dihasilkan olehnya.
Tahniah diucapkan buat adik kepada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Siti Sairah yang kini dikhabarkan hamil anak kelimanya.
Sairah yang kini sedang bersaing untuk satu program nyanyian, Famili Duo memohon doa yang baik-baik untuk kandungan kelimanya ini selepas dua kali mengalami keguguran sebelum ini.
“Dapat tahu hamil minggu lepas. Harap dipermudahkan. Usia kehamilan pula saya masih belum dapat pastikan lagi kerana masih belum berjumpa dengan doktor lagi,” kongsinya.
Akui Sairah yang muncul bersama kakaknya, Saida, dia sebelum ini sudah dapat mengagak hamil dan cuba membuat ujian kehamilan di rumah.
“Sebelum ini saya sudah dapat agak dan ada kongsikan kepada suami dan kakak, Siti Saida. Saya terus buat ujian kehamilan dan alhamdulillah positif.
“Saya dan suami terima dengan hati terbuka, ini rezeki. Cuma pada awal kehamilan ini, saya mula alami alahan. Harap dipermudahkanlah sampailah bersalin nanti, insyallah,” katanya lagi berkongsi.
Berkongsi kisah keguguran yang dialaminya sebelum ini, akui Sairah, dia keguguran buat kali kedua pada awal tahun ini.
Malah selepas dua kali keguguran, dia juga dinasihatkan oleh doktor agar menjaga kandungannya jika hamil lagi dalam waktu terdekat ini.
“Bila kembali hamil, memang saya risau juga sebab usia kandungan masih baru lagi.
“Sebelum ini pun doktor minta saya untuk betul-betul jaga selepas dua kali gugur. Saya harap kali ini ada rezekilah,” katanya lagi.
Sudah berada di fasa akhir kehamilan, Neelofa, 32, nampaknya dah mula terbuka berkongsi rutin yang dilakukan sebelum menyambut kelahiran permata hatinya bersama PU Riz.
Neelofa akui yang dia kini akan cuba melengkapkan 5,000 langkah setiap hari ketika bekerja di pejabatnya.
Walaupun kini berada di trimester akhir, Neelofa masih lagi cergas dan tak nampak pun kepenatan.
Daripada gambar terkini yang dikongsikan di instagramnya, seri ibu mengandung itu makin terserlah. Malah tak nampak pun kenaikan berat badan yang mendadak dan sembab.
Bukan itu saja, Neelofa juga turut berkongsi di instastorynya, rutin harian yang diamalkan sejak dari awal mengandung sehingga kini.
Menurut Neelofa, antaranya adalah minum air dilema yang memang terbukti banyak khasiatnya.
“Air dilema saya minum dari trimester pertama lagi. Alhamdulillah..almost everyday. Boleh kira berapa hari je yang skip..”
Tambah Neelofa lagi, selain air dilema, dia juga turut amalkan minum air putih atau mineral, rendam sekali beberapa helai saffron.
Sebagai ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi, tiada apa yang diharapkannya, cuma minta yang baik-baik sahaja untuk diri dan bayinya.
Sebelum ini, Neelofa mengambil pendekatan ‘berdiam diri’ dan hanya minta doa yang baik-baik sahaja mengenai berita kehamilannya walaupun orang ramai mula nampak ‘baby bump’.
Kongsinya sebelum ini, dia mahu lari daripada kebiasaan. Ini disebabkan ramai suka mengumumkan kehamilan. Sebenarnya tak perlu buat sedemikian, sebab digalakkan menghebahkan kelahiran berbanding kehamilan.
Bagaimanapun, baru-baru ini dia mula terbuka selepas kandungannya dah semakin besar dan tak boleh disorok lagi. Namun jantina bayinya sehingga kini dirahsiakan.
Harap proses kelahiran Neelofa dipermudahkan. Moga ibu dan bayi kedua-duanya sihat. InsyaAllah.
Kredit: IG Neelofa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali hendak membuat pemeriksaan bulanan, ibu hamil pasti risau kenaikan dan atau penurunan berat badan waktu hamil. Bimbang dimarahi doktor jika berat tidak naik.
Ini yang disyorkan oleh pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar untuk naikkan berat badan ibu hamil secara sihat.
Yang dah ada family mesti pernah dengar kan doktor selalu cakap dekat bakal ibu untuk naikkan berat badan semasa mengandung.
Kalau tak naik mesti kena bebel. Betul tak?
Kenapa ya macam tu, kenapa ibu mengandung ni kena pastikan berat badan mereka naik selari dengan perkembangan janin?
Secara fisiologinya, ibu mengandung perlu gain weight agar dapat menampung keperluan tenaga dan nutrien untuk perkembangan janin. Ia juga sebagai persediaan penyusuan susu ibu selepas selamat bersalin.
Sudah semestinya ibu hamil ni ada makanan yang digalakkan untuk makan sebab kita mahu peningkatan berat badan yang sihat.
Hari ini, saya nak share 3 tips peningkatan berat badan yang sihat ketika hamil.
1- Kurangkan pengambilan makanan berproses dan minuman tinggi gula serta kafein. Untuk ibu mengandung ni memang akan ada momen nak makan macam-macam. Mengidam orang cakap.
Selalunya pada 3 bulan pertama tu, selera makan berkurang disebabkan alahan seperti muntah ataupun tak boleh bau makanan tertentu.
Sampai pada satu tahap, terpaksa ambil masa lama untuk jamah makanan. Namun, masuk bulan ke-4 dan seterusnya nafsu makan naik membuak-buak dan ibu hamil akan sentiasa lapar.
Fasa pertama (trimester pertama) ni paling penting untuk ibu makan sihat sebab time ni proses pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku sangat cepat.
Time ni, janganlah dilayan sangat ‘craving’ nak makan jajan segera, nak minum air manis, nak minum kopi.
Seeloknya makan makanan yang sihat dan cukup nutrisi serta mengenyangkan. Kalau nak makan snek pun cari snek versi sihat dan tidak mengandungi terlalu banyak perasa tiruan dan MSG. Ingat!
Cara pemakanan akan mempengaruhi pembentukan janin jadi kena ambil tahu pasal ni untuk elak berlakunya kecacatan fizikal mahupun mental pada bayi.
Ibu hamil kena jaga peningkatan berat badan sebab kalau tak, akan berisiko untuk lahirkan bayi obese.
Makanan untuk otak bayi
Pemakanan tidak dinafikan sangat-sangat membantu untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Disebabkan itulah ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil jumlah makanan yang mencukupi malah makanan yang berkhasiat untuk membantu otak anak berkembangan dengan baik.
Menurut Dr Rizal, ketika awal kandungan lagi, iaitu sebaik tulang belakang terbentuk, pemakanan yang tepat sangat disyorkan untuk ibu hamil.
Pemakanan yang paling tepat pastinya pemilihan makanan yang mengandungi folid asid dan juga vitamin B12 yang sangat membantu pembentukan darah merah. Antara yang dikongsikan oleh Dr Rizal adalah daripada sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi.
“Antara makanan yang kaya dengan folate adalah seperti sayuran hijau seperti asparagus, brokoli, avokado, kekacang seperti badam, kuaci dan sebagainya.