Bakal menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi, Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir mendedahkan masih belum mempunyai nama anak buat anak perempuan mereka.
Namun kata Ayda yang bakal melahirkan bayi sulung itu pada penghujung bulan ini berkongsi sudah menyiapkan beberapa nama. Namun masih belum memilih.
Apa pun kata Ayda, dia dan suami amat berharap pilihan nama untuk bayi mereka itu dapat membentuk sahsiah diri yang baik buat puteri mereka.
” Masih tak tahu nama apa yang akan diberikan kelak. Huruf pun lain-lain, tiada istilah tiba-tiba ada abjad A dengan N ke atau seumpamanya.
” Bagi saya nama itu pun adalah sebutan, doa juga. Jadi bila kita faham dan tahu apa maksudnya termasuklah nama samaran, jadi biarlah yang baik,” kata mereka.
Ads
Ayda dijangka bakal melahirkan puteri sulung mereka itu pada 8 Oktober ini namun memilih untuk bersalin dua minggu lebih awal memandangkan untuk menjalani pembedahan.
Terdahulu, pada penghujung Ogos lalu, Ayda dan Nabil tampil berkongsi jantina anak mereka menerusi satu majlis ringkas yang dibuat untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat secara virtual sekaligus mengumumkan kepada semua peminatnya.
Ads
Penyanyi dan pelakon yang cukup terkenal dengan sifatnya yang peramah dan ‘happy go lucky’ ini juga turut memilih untuk bersalin melalui kaedah pembedahan.
Semoga kelahiran puteri sulung Ayda dan suami dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan pembedahan kelak pada hujung September nanti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: Rotikaya & @aidajebat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah wanita mengalami masalah praeklampsia ketika mereka mengandung. Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dalam air kencing.
Peringkat kandungan yang berusia dalam 20 minggu keatas dengan tekanan darah melebihi 140/90mmHg dan mempunyai kandungan protein sebanyak 300mg sehari didalam air kencing diklasifikasikan sebagai preeklampsia. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang keadaan ini daripada Dr. Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan dan Sakit Puan dari Hospital Metro IVF, Klang.
Statistik menunjukkan kadar berlakunya praeklampsia untuk negara membangun seperti US (United States) adalah sebanyak lima ke sepuluh peratus. Manakala di Asia atau negara yang sedang membangun kadar praeklampsia meningkat ke 10-20 peratus.
Jika dilihat pada kadar statistik tersebut, masalah ini perlu diberi perhatian kerana komplikasi kepada kematian ibu hamil adalah tinggi sekiranya keadaan ibu tidak dipantau dengan ketat.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Etilogi mengenai praeklampsia masih belum dapat dijelaskan dengan tepat. Namun, kajian yang dijalankan mendapati, ia adalah berkaitan dengan masalah uri atau plasenta di dalam rahim ibu.
Patogenesis yang dikaitkan ialah:
Kenal Pasti Simptom Preeklampsia
Sistem pemeriksaan antenatal di Malaysia adalah salah satu yang terbaik di Asia, pemantauan secara penyeluruh telah berjaya mengesan risiko praeklampsia dalam kalangan ibu. Sekiranya ibu didapati mengalami tekanan darah lebih 140/90mmHg dan dikesan mengadungi protein di dalam kencing, pemeriksaan darah untuk beberapa ujian akan terus dijalankan.
Ini bertujuan untuk mengenalpasti risiko organ lain yang berkemungkinan terlibat kerana masalah praeklampsia. Tidak banyak simptom awal yang disedari para ibu tetapi sekiranya ada yang mengalami pembengkakan kaki yang teruk atau peningkatan berat badan yang mendadak perlu rujuk hal ini kepada doktor.
Simptom yang perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera ialah seperti sakit kepala, penglihatan menjadi kabur, sakit pada bahagia ulu hati, kencing dalam kuantiti yang sedikit atau rasa sesak nafas. Ini adalah simptom risiko sawan yang mungkin boleh berlaku sekiranya diabaikan.
Apakah risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan?
Risiko kepada ibu
Jika praeklampsia tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk ibu seperti kegagalan hati, kegagalan buah pinggang serta masalah jantung. Risiko sawan adalah keadaan yang paling digeruni kerana kegagalan fungsi otak mungkin boleh berlaku sekiranya bekalan oksigen terhenti.
Selain itu sindrom Penyakit HELLP (hemolisis, enzim hati yang tinggi, dan bilangan platelet yang rendah) – Keadaan yang biasanya berlaku lewat dalam kehamilan yang boleh menjejaskan pecahan sel darah merah, pembekuan darah, dan fungsi hati wanita hamil. Kesemua risiko ini boleh menyebabkan kematian atau morbiditi yang tinggi kepada ibu.
Risiko kepada bayi
Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga menyebakan kekurangan oksigen dan nutrien. Ini boleh menyebabkan pembantutan pembesaran janin didalam kandungan, pengurangan penghasilan air ketuban dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.
Rawatan utama kepada ibu dan bayi adalah kelahiran. Untuk menstabilkan keadaan ibu tersebut pihak doktor terpaksa mengambil keputusan untuk kelahiran awal bagi mencegah risiko-risiko yang merbahaya kepada ibu dan bayi dari berlaku. Tidak ada cara untuk mengubati praeklampsia kecuali untuk bersalin awal dari jangkaan iaitu melalui kaedah pembedahan. Walaupun selepas bersalin, tanda-tanda dan gejala preeklampsia boleh bertahan sehingga enam minggu.
Siapakah yang berkemungkinan mengalami Praeklampsia?
Ini boleh dikategorikan kepada 2:
Ini merujuk kepada ibu-ibu yang pernah mendapat praeklampsia untuk kandungan sebelumnya, ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum mengandung, pesakit diabetes sebelum mengandung atau pesakit buah pinggang.
Merujuk kepada ibu-ibu kandungan pertama dan kebiasaannya ibu remaja, atau berusia lebih dari 40 tahun, atau mempunyai BMI melebihi 30kg/m2 atau jarak kelahiran melebihi 10 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Bayi awak songsanglah” kata doktor semasa membuat ujian imbasan. Cuak hati si ibu bila mendengarnya. Terus tergambarkan perlu dibedah untuk bersalin, risau dan bimbang!
Tenang dulu mama, jangan cemas. Paling penting untuk anda perlu tahu bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36. Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah.
JENIS-JENIS SONGSANG
Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
1.Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.
2.Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.
3.Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;
PROSEDUR EXTERNAL CEPHALIC VERSION ( ECV) BANTU PUSINGKAN BAYI SONGSANG
Bagi kandungan songsang tanpa komplikasi, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi tentang prosedur External Cephalic Version atau ECV yang boleh dilakukan untuk untuk memusingkan bayi sebelum bersalin.
Menurut beliau, kandungan yang mungkin mengalami keadaan nuchal cord atau atau tali pusat melilit leher tetap boleh melalui prosedur ini kerana semuanya dipantau rapi, Sekiranya tidak berjaya, ibu akan bersalin menerusi pembedahan caesarean.
Nak Bersalin Normal Cuba ECV
ECV dilakukan pada usia kandungan 36 minggu pada kehamilan pertama dan 37 minggu untuk kandungan kedua dan berikutnya. Secara ringkasnya, ia adalah prosedur memusingkan bayi secara fizikal (seperti urutan) yang dahulunya dilakukan oleh para bidan zaman dahulu kala.
Namun, kini ianya dikendalikan oleh mereka yang berkemahiran dan lengkap dengan alatan perubatan untuk menjamin keselamatan ibu mengandung dan bayi.
Kadar kejayaan pemusingan bayi songsang melalui teknik ECV ini adalah tinggi, iaitu 50% peluang berjaya.
ECV TIDAK MENYAKITKAN
Jangan risau, kebanyakan ibu yang berkongsi pengalaman mereka mengakui bahawa prosedur ECV tidak menyakitkan tetapi memberikan ketidakselesaan kepada mereka buat sementara waktu sahaja.
Yang tukang buat ECV dan pesakit dua-dua kena BERTENANG . Biasa bila saya buat ECV saya kena kunyah coklat untuk dapat ketenangan. ?
Si ibu tak boleh makan coklat, kene puasa 6 jam sebelum ECV, in case kalau ada komplikasi perlukan pembedahan caeser, ibu dah berpuasa dan ready jika ada sebarang komplikasi berlaku.
ECV BUKAN UNTUK BAYI MELINTANG, KEMBAR ATAU SONGSANG BERMASALAH
Satu lagi, ECV ni hanya untuk baby songsang SAHAJA.
Baby melintang, kembar atau baby songsang yang bermasalah lain yang difikirkan tidak selamat untuk pusing – jangan paksa doktor anda lakukan ya. TAK BOLEH ECV
BAYI SONGSANG BERGERAK SENDIRI MENGUBAH KEDUDUKAN
Baby songsang ni tak boleh bergerak pun ikut lampu bila disuluhnya lampu even lampu spotlight menghala ke perut ibu tu. JANGAN MENGARUT
Hamil dan menyusu dalam bulan Ramadan tentu tidak mudah. Pengalaman yang diceritakan oleh blogger dan instafamous Yuyu Zulaikha ini boleh dijadikan panduan.
Yuyu yang kini sedang hamil anak ketiga muncul dalam rancangan TV Pa&Ma episod 11: Puasa & Hamil. Ibu ini rupanya sudah menempuhi pengalaman dua kali kehamilan dalam bulan puasa iaitu ketika hamil anak kedua & yang terkini anak ketiga.
ALAMI TEKANAN DARAH RENDAH & MUDAH PITAM
“Yuyu pernah ada pengalaman hamil masa bulan puasa sebanyak dua kali. Tapi pada kedua-dua kehamilan saya alami darah rendah & mudah pitam. Jadi agak sukar untuk berpuasa,” kata Yuyu.
Ketika hamil anak kedua, Yuyu cuba untuk menunaikan rukun Islam ketiga ini. Katanya sayang untuk meninggalkannya. Dia mahu merealisasikannya dan mencuba.
“Saya cuba berpuasa pada hari pertama, boleh. Namun pada hari kedua Ramadan, terus jadi macam nak pitam. Hari ketiga pun sama. Doktor pun nasihatkan supaya saya tak berpuasa sebab hb rendah dan darah rendah, “ kata Yuyu mengimbau Ramadan tiga tahun yang lalu.
RAMADAN KALI INI, YUYU CUBA PELBAGAI TIPS
Pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih bersedia menempuhi cabaran berpuasa. Ibu kepada Habib Muhammad dan Affan Muhammad kini sedang sarat hamil anak ketiga turut berkongsi tip yang diamalkan selain makanan seimbang.
“Jadi, untuk kandungan ketiga ini saya cuba puasa juga. Sekarang ni saya dapat banyak tips. Contohnya orang cakap minum susu, makan pisang, kurma dan roti untuk dapatkan tenaga yang berpanjangan. Itu antara yang saya amalkan semasa sahur. Tapi kalau tak boleh saya tak paksa diri. Saya juga nak jaga diri dan kandungan,” kata Yuyu.
MENYUSU & HAMIL DI BULAN RAMADAN
Selain itu, Yuyu juga ada pengalaman menyusukan anak pertamanya ketika hamil anak kedua dalam bulan puasa. Apa yang dilakukan ialah dia cuba untu berpuasa berselang seli untuk menggandakan jumlah penghasilan susu ibu.
“Bila saya berpuasa setiap hari susu jadi drop. Saya cuba untuk berpuasa secara berselang seli. Hari ini puasa, esok tak. Sebab dulu tak biasa dan tak tahu tips. Jadi pada kehamilan kali ini saya prepare awal.
SUAMI JAGA ANAK & URUS RUMAH
Blogger ini juga mengakui suami, Izwan Safuan banyak membantu sepanjang di bulan Ramadan. Apatah lagi kandungan ketika ini kandungan semakin sarat.
“Suami menjaga sendiri anak-anak. Kebanyakan kerja rumah juga suami yang lakukan buat sepanjang bulan Ramadan,” kata Yuyu tentang suaminya ketika melalui kehamilan kali ini.
“Kita sebagai suami kalau boleh bantu isteri ringankan segala beban. Kalau saya, sebolehnya sepanjang bulan puasa saya nak isteri saya rehat. Tapi bagi suami yang keluar bekerja, boleh bantu sedikit selepas balik kerja. Misalnya kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, supaya isteri tak perlu banyak bekerja dan boleh berehat,” kata Izwan.
PEMAKANAN DIPANTAU SUAMI
Bertuah Yuyu kerana suaminya bukan sekadar menguruskan anak dan kediaman, malah suaminya turut memantau pemakanannya.
“Dari segi pemakanan, sayalah yang akan sentiasa pantau. Saya akan tengok apa yang dia makan. Pagi apa yang dia makan. Petang tu kita dah siap awal-awal. Memang isteri nak cuba puasa tapi jaga-jaga dari awal supaya kita tak terlambat.
“Manalah tahu dia tak larat saya sediakan makanan siap-siap. Sebab waktu tak larat, isteri saya akan terus rasa nak pengsan,” kata Izwan.
Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut tentang puasa dan kehamilan, pandangan daripada pakar serta perkongsian daripada ibu bapa yang lain, boleh ikuti siaran ulangan rancangan TV Pa&Ma jam 9.00 malam, 21 Mei 2019 di Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara Potong Buah Untuk Anak yang betul dapat membantu mengurangkan risiko tercekik. Ketahui teknik potongan buah mengikut umur, jenis buah dan panduan keselamatan penting untuk ibu bapa.